Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 15, 2012

The News

Lama tak menulis aktiviti latihan Masterji. Banyak yang dilalui beberapa minggu yang lepas.
Kami tenaga pengajar daripada Value Guide jua terhibur dan turut terharu. Master Q Saniyah Kadir selepas hampir 2 tahun menguruskan Value Guide Training Consultant jua benar benar mempelajari banyak perkara dan pengalaman baru. Cuma yang terkeluar dari mulutnya ialah "Wow" ..."Bestnya dunia latihan ni. ,... Lebih banyak yang kita belajar, Cara berfikir lebih mantap dan kehadapan serta dapat melihat kejayaan ramai para peserta serta bagaimana sebuah kejayaan yang kecil begitu berharga pada mereka yang rasakan selalu gagal". Tahniah Master Q.

Disertakan beberapa aktiviti latihan kami di beberapa buah tempat dengan kisah suka, dan haru nya.



Mengadakan lawatan susulan di Keng Lek Industri tersentuh dengan linangan airmata seorang peserta program yang berasal dari Bangladesh. " Encik Rafi, saya sudah banyak sedih dapat tempat no 2 dalam 5S competition. Saya kalah sikit mata saja..setengah point. Saya tak boleh tidur. Saya hati banyak susah...."
Dengan linangan airmata beliau menyatakan rasa penyesalannya kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan 5S/ Kaizen dalam syarikatnya. Menangis kerana dapat tempat kedua? Terharu Masterji. Kadang ada orang , dapat tempat tercorot pun masih boleh tersenyum. Buat jahat pun tersenyum tetapi kawan ni dah buat sesuatu yang agak baik tapi masih rasa bersedih.


Masterji raikan beliau dengan tepukan yang gemuruh daripada semua rakan rakan. Alangkah bagusnya kalau punyai rakyat sebegini dan staff seperti ini.


Juara keseluruhan " Encik Lafi selalu panggil saya Bill Gates so saya mesti selalu dapat no 1 ma...." Kata seorang juara. Tahniah Boss.






Satu kagi babak terharu . Menangis kerana pertama kali berjaya menerima penghargaan. Tak sangka 5S menobatkan dirinya sebagai salah seorang pekerja cemerlang. Naif taraf immediately.


" Saya tak ada apa apa kelulusan pun Encik Rafi, tapi saya cuba bikin dan terperanjat dan sedih saya berjaya".
Kata Victoria yang Masterji panggil sebagai Victoria Beckham dalam kelas.

Mereka adalah manusia yang bangun dan mara kehadapan maka mereka berjaya. Masterji pulang dan sebak di dada. Syukur, latihan yang diberikan bukan sekadar periuk nasi bagi Masterji, tetapi cahaya baru kepada ramai orang. Syukur pada Yang Maha Esa.

Siapa kata tanpa kelulusan anda tidak boleh berjaya. Memang harus punyai kelulusan tetapi jika gagal tidak bermakna anda gagal selamanya. Mereka yang tiada kelulusan kiranya berjaya adalah mereka yang menempah nama sebagai lagenda!

Teringat kata Mummy ;
"Kalau Apit bodoh tetapi mulia budi pekerti dan mahu belajar pasti berjaya ditempat kerja ya nak"
Nasihat yang diberikan sewaktu ingin memulakan kehidupan berkerja 25 tahun dahulu. Benar ciri utama kejayaan bukan lah hanypada sekeping kertas bermaruah tetapi adalah kerana hidup yang bermaruah dan mulia budi pekerti. Thank you Mummy.


Hah Cik Fame kita Puan Noor Jahan hari ini khabar nya melalui audit 5S tahunan ya...Jauh disudut hati saya , saya yakin dengan kemampuan anda. Saya percaya pasti lulus dan berjaya melalui nya.


Tahniah Puan Noor Jahan, tidak pernah terlupas walau sesaat untuk meningkat kan kemajuan diri dan terus tersuan menjadi Asset.

No comments: