Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, December 3, 2012

The Learning Points

Aha, minggu lepas Masterji berjaya membahagikan masa untuk menonton wayang. Seperti yang selalu saya kongsikan , wayang adalah salah satu cara untuk saya belajar dan mengenali contoh-contoh yang baik dan tidak baik di dalam kehidupan.

The Life of PI

 1. Pi menukarkan persepsi dan imej buruk yang diberikan pada nya dengan menarik. Rakan rakan sekolah mengejek beliau dengan gelaran "pissing", kerana nama penuh beliau adalah Piscine Molitor Patel. " Very Impressive kata gurunya " Begitulah kehidupan ada jalan untuk bersinar.

2. Sikap survivor diri dan tidak putus asa yang hebat. Meredahi segala halangan tanpa pengetahuan dan kelengkapan serta sentiasa diambang maut tetapi masih dapat bertahan dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri.

3. Richard Parker- harimau Bengal yang menjadi sahabat dalam pelayaran membuatkan Pi menjadi seorang yang gigih, tabah dan berperikemanusiaan.

Banyak lagi point point yang menarik tetapi amat jelas sekali sebenarnya untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan, anda harus sabar, berusaha dan berfikir dengan sebaiknya dan tidak mudah dipengaruhi oleh mana mana keadaan yang boleh merosak kan usaha dan diri anda. PI membuktikan kita boleh berjaya walaupun tidak cukup resources dan kemahiran. Semua itu mengwujudkan kita yang baru!



COLDWAR

1. Filem yang sesuai dan menarik untuk ahli korporat, pengurus pengurus syarikat dan orang biasa. Kisah jabatan polis yang mengalami dugaan terbesar apabila anggota polis yang diculik berbanding dengan keadaan yang selalunya diman orang biasa yang diculik. Kadang kadang masalah yang wujud adalah memeranjatkan dan boleh membuatkan kita tergamam! Namun hakikat nya kita harus terima dan selesaikan.

2. Politik dalaman, permainan kuasa, percanggahan pendapat dan pembelot dalaman menerang kan kepada kita sebenar nya kadang kadang masalah tidak datang dari faktor luaran tetapi dalaman lebih teruk.

3. Pemimpin akan selalu mempunyai risiko atas keputusan dan hasil pencapaian cemerlang nya. Pasti timbul dua jenis pihak ; yang menyokong dan yang dengki maka dipecah belah kan lah puak dalaman agar pemimpin itu akan jatuh dengan permainan kotor yang hebat. Anggota polis menculik anggota polis agar menimbulkan keperitan dan kepayahan yang maksima untuk diselesaikan oleh pemimpin berkenaan.

Sebuah filem yang boleh meningkatkan nilai tambah dalam diri kita. Commonsense kita kan menjadi lebih baik.


LAGENDA BUDAK SETAN 2

1. Mungkin yang pertama lebih baik tetapi masih sesuai untuk ditonton.

2. Kasyah ( Farid Kamil ) masih lagi lelaki yang mulia dan hebat tahap kesabaran nya. Kualiti lelaki yang harus ada untuk setiap wanita agar boleh jadi teman hidup yang sempurna Masih mampu menjaga bayi walaupun kematian isteri dan sabar dengan pelbagai dugaan dunia. Amat manis bercinta dengan kualiti lelaki seperti ini. Dianiayai dengan kerap oleh manusia manusia lain tetapi masih kuat pendirian nya. Pelukis yang hebat tetapi tidak mendewa dewakan diri dalam hubungan percintaan. Cinta dan karier di uruskan dengan cara berbeza dan menarik. Tidak bongkak dengan karier nya yang hebat. Kekasih adalah insan yang harus dihormati sepenuh jiwa raga dan Kasyah manusia yang boleh menerima hakikat disukai atau tidak.

3. Hisyam watak yang dibawa oleh Bront Palarae amat menonjol dan menarik. Hisyam lelaki toksik dan perosak serta bijak mengaturkan bencana kemusnahan dalam kehidupan wanita. Hisyam mempunyai masalah split personality dalam kehidupannya. Tidak boleh menerima fakta dan kenyataan. Sanggup mencederakan , membunuh, memalukan dan menghancurkan sasaran dengan apa cara sekalipun selagi kemahuannya tidak mahu dituruti. Hati tau apa yang kita mau dan tidak tetapi tidak bagi Hisyam . Dia tidak bijak memahaminya dan tidak boleh menerimanya. Cinta wujud dari hati dan bukan perbuatan serta pandangan. Cinta tidak boleh dipaksa paksa. Katerina wanita yang diburu ( Maya Karin ) di malukan dengan keadaan yang tidak terhingga. Segala sejarah percintaan yang dipahat antara Hisyam dan Katerina digunakan untuk menjadi bahan ugutan dan mendatangkan aib agar Katerina tidak akan dipunyai oleh orang lain selain dari diri nya ataupun kalau dia tidak dapat Katerina siapa pun tidak akan dapat Katerina. Watak Hisyam adalah contoh hidup yang baik untuk dipelajari memandangkan watak sedemikian makin menular dan meningkat sekarang. Ramai yang terlantar stress akibat di ugut dan ada yang tidak jumpa jalan pulang selama lama nya didalam sangkar kurungan dan tunggu arahan sahaja.

Sebuah filem yang mempertontonkan dua jenis kualiti lelaki yang boleh dijadikan panduan untuk mencari teman hidup dan cinta itu sebenarnya hebat cuma kadang kita keliru dengan pasangan yang kita suka dan yang kita cinta. Suka kerana mungkin kita terhibur di waktu sunyi tetapi kemudian baru diketahui kita tidak mencintainya. Maka bila bertemu seseorang kita harus fikirkan secara mendalam adakah ini suka suka atau cinta sebelum sejarah terpahat. Bila cinta , cinta adalah soal hati .

No comments: