Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, December 7, 2012

Mak dan Abah emm...err...


Mungkin;

Kita selalu tepat untuk membuat perancangan dan budget untuk banyak perkara kecuali satu.

Renungkanlah;

ANSURAN BULANAN KERETA ; RM 1, 900

RUMAH : RM 2,800

KAD KREDIT : RM 1,000

PETROL : RM 800

DUIT SAYUR / MAKAN ; RM 1,000

ELEKTRIK / AIR : RM 300

ASTRO : RM 150

SHOPPING : RM 1,000

PERFUME : RM 350

MAK DAN ABAH : ..Errrr...emmmmmmmmm ...RM 50 ok kot atau bulan lain ajelah. Atau masa raya ajelah bagi.

Ibu Bapa adalah tanggungjawap anak anak. Lagi banyak kita beri pada mereka lagi banyak yang kita boleh dapat rezeki baru.

Hidup kita akan selalu berkat.

Kadang kita lupa buat budget untuk mereka. Mungkin ada senarai yang diatas sana boleh kita potong ataupun kurangkan untuk diberikan pada mereka.

Pakai lah baju ikut sukatan badan . Jangan hidup untuk orang lain sehingga kan kita kadang terlupa atau buat buat lupa untuk menulis jumlah budget bulanan untuk Ibu Bapa kita.

Bila kita buat senarai budget letaka kan lah no 1 adalah budget bagi mereka yang telah dengan begitu sukar membesarkan kita yakni Ibu Bapa kita.

Dan kita kadang menyalahkan pihak lain kerana tidak prihatin, tidak bertanggungjawap , tidak menyediakan subsidi yang secukup nya dan Bos yang tidak naik kan gaji kita sebab itu

Mak Bapak aku susah.

Dan kita kadang terlupa kita juga emmmm satu hari nanti akan menjadi Ibu atau Bapa. Kita lupa mungkin ataupun kita terlalu sibuk barangkali.

3 comments:

DrLaptop said...

kadang-kadang Mak Ayah mungkin dah ada pencen etc..namum wang dari anak plg dirasai gembiranya.

Sania said...

Biasanya dalam musim cuti atau hariraya, anak-anak akan balik ke kampung halaman. Seronok ibubapa dengan kepulangan anak-anak..walaupun setahun sekali. Banyak fenomena yang saya perhatikan di mana., di hadapan rumah yang uzur dan tua, berbaris kereta mewah yang mahal. Siapa lagi kalau bukan anak-anak yang kerja bagus-bagus di bandar sana yg punya. Ada 2 perkara dalam kotak fikiran saya. Pertama., betapa orang tua yang di rumah usang itu telah berjaya dalam menjadikan anak-anaknya manusia yang berkedudukan tinggi hingga dapat pakai kereta mewah2. Kedua., betapa gagalnya anak-anak yang dianggap berjaya tu tadi kerana mereka berkereta mewah tapi ibubapa terabai. Di mana kepuasan mengecap kemewahan tu kalau ibubapa kita masih begitu...

mama leen said...

betul tu Maste'rji

saya baru nak baca DARI PENCUCI KINI PENGURUS..