Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, August 11, 2014

The Rising Sun


Mula-mula, dengarkan dulu persembahan dari kumpulan Thaikkudam Bridge dengan lagu Nothing Else Matter, sebuah lagu yang asal dari kumpulan metal lagenda, Metallica.
"Never cared for what they say
Never cared for games they play
Never cared for what they do
Never cared for what they know
And I know"
Ya, nama kumpulan ini Thaikkudam Bridge, sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kerala, India.
Di namakan sebagai Thaikkudam Bridge bersempena nama sebuah jambatan berdekatan apartment tempat mereka berlatih bermain muzik iaitu di Kerala.
Penyanyi utama mereka iaitu Govind Menon merupakan seorang komposer yang banyak menghasilkan lagu dan bertindak sebagai pembantu pengarah muzik didalam bahasa Malayalam, Tamil dan Hindi.

Begitu ringkas tetapi muzik mereka hebat.
Seperti juga lirik diatas, mereka percaya dan yakin dengan apa yang mereka lakukan.

Kekuatan utama kita juga sebenarnya adalah keyakinan pada diri sendiri, tidak kira kita berasal dari latar belakang yang bagaimana sekali pun.

 

No comments: