Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, July 17, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS BERSAMA CIK FAME

Terimakasih pada semua pembaca, rakan rakan , students, kawan tenaga pengajar dan ramai lagi termasuk pelajar pelajar Universiti dan anak anak sekolah yang telah membeli


Buku Masterji, Mohd Rafi Jalaluddin yang bertajuk DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Memang buku ini sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sedang berkerja, Para pengurus, pelajar Universiti dan juga anak anak sekolah.
Sebuah buku yang lengkap untuk semua peringkat.

Terima kasih juga kepada Puan Noor Jahan aka Cik Fame yang menjemput Masterji bersama dinner meraikan aktiviti 5S mereka pada hari Jumaat lepas di Nyonya Kitchen, Klang.

Masterji di jemput pada hari pertama buku Masterji di terbitkan maka dinner berkenaan menjadi begitu meriah. Terima kasih yang tak terhingga pada Cik Fame kerana menyelitkan upacara perasmian buku Masterji sekali.

Tahniah pada Cik Fame kerana berjaya sekali lagi menyambung kejayaan persijilan 5S untuk masa setahun lagi selepas di audit baru baru ini.
This is what I called the real leaders. tahniah ya Cik Fame.

Justeru itu, orang yang pertama mendapat autograf Masterji untuk buku berkenaan ialah Puan Noor Jahan di upacara dinner berkenaan.

Untuk makluman anda semua, buku Masterji sedang hangat dijual di semua cawangan MPH bermula Jumaat lepas. Ramai yang membeli dalam jumlah yang banyak memandangkan harga nya amat munasabah dan diberikan untuk cenderamata bagi anak anak jiran, anak saudara dan anak anak sendiri.
Sebuah buku yang memberikan jalan kejayaan , tidak mengarut dan bersama samalah kita berkongsi pahala agar pemberian dan pembelian ini dapat sama sama mengubah hidup seseorang! Insyaallah.



Masterji sedang menandatangani buku yang akan dihadiahkan




 
Orang yang pertama mendapat autograf Masterji Cik Fame. beliau banyak memberikan sokongan pada Masterji dan rakan bertukar tukar ilmu. Thank you Cik Fame.


Majlis berakhir dan menghantar Cik Fame ke kereta .Sebelum Cik Fame pulang sempat memujuk Masterji agar tidak terlalu sebak dan lap sikit airmata tu..ha ha ha. Masterji rasa sedikit terharu dan agak terperanjat melihat impian menjadi realiti. Sedih kerana bukan senang untuk sampai ke tahap ini. Bukan lah tahap yang terbaik tetapi bagi Masterji ia amat berharga. Kalau nak tahu kenapa sayu, baca lah buku ini. Semua manusia boleh berubah.

Sebuah buku yang sarat dengan perjuangan seorang anak yang hanya dibesarkan oleh Ibu tunggal yang serba kekurangan. Sebuah buku yang menceritakan seorang pencuci yang berjaya U TURN ke arah lane yang lebih baik. Sebuah buku yang memberikan anda jalan supaya tidak malap dalam karier!

Apa pun pertama kali nampak gambar Masterji kulit cerah pulak ke atas tu. Selalu nya gerhana ha ha ha.

Friday, July 13, 2012

Sudah Terbit!!

Sudah terbit!!
Masterji mendapat maklumat, semua buku Dulu Pencuci Kini Pengurus habis terjual di MPH Bookstore cawangan SACC Mall Shah Alam.

Jangan risau kerana Masterji percaya buku ini masih boleh di dapati dari rangkaian MPH Bookstores yang lain.


DAPATKAN SEGERA!!

Thursday, July 12, 2012

Karangkraf Solid!

Masterji ke pejabat Media Karangkraf tempoh hari untuk menghantar sesuatu. Kualiti pengurusan Karangkraf dapat dilihat dari pondok pengawal lagi. Cemerlang!
Bila Masterji mendaftar masuk di pondok pengawal, ada dua orang abang yang gambar nya tertera diatas, cukup komited dalam kerja mereka. Bersungguh sungguh membimbing pelawat mengikuti prosedur mereka. Bukan mengarah atau menyuruh tetapi membimbing. Secara mesra dan teliti.Mereka tidak kenal Masterji.

Masterji pernah dulu menjadi Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, salah satu job scope ialah menguruskan pengawal keselamatan maka Masterji tau apa yang Abang berdua ni buat betul atau tidak.
Mereka berdua ni hebat. Masterji test sikit...
"Kenapa kena tulis nombor phone kat sini dalam borang ni?"
"Begini Encik, kalau lah apa apa yang terjadi pada kenderaan encik ke lampu terpasang ke, atau ada apa apa kecemasan lain yang berlaku, bolehlah kami dengan segera menghubungi Encik, begitulah maksudnya Encik". Jawap mereka dengan senyum mesra dan begitu bererti.

Tepat ! Jawapan mereka tepat! Hebat Abang berdua ni. Abang berdua telah berjaya mencerminkan kualiti cemerlang pada saat awal lagi pada orang luar untuk media Karangkraf.

Hebat!

Friday, July 6, 2012

Buah tangan Masterji , The breaking news!


Nota : Buku ini AKAN dipasarkan dalam masa terdekat oleh Alaf21


Komen dari profesional :
" Buku ini membawa mesej yang cukup membina. Memberi inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang untuk bekerja keras memajukan diri dan memartabatkan bidang yang diperjuangkan . Syabas! Tahniah."
Dato' Yusof Haslam .

Juga terdapat komen komen dari profesional lain didalam naskah ini.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani , saya ingin berkongsi berita baik dengan semua para pembaca yang setia mengikuti blog ini dan juga bagi mereka yang baru.

Buku hasil tulisan berdasarkan pengalaman Masterji , Mohd Rafi Jalaluddin akan berada di pasaran tak lama lagi . Ia akan diterbitkan oleh Alaf 21 KarangKraf pada suatu tarikh yang telah atau akan ditetapkan oleh mereka. Untuk maklumat lanjut, boleh sahaja ke SINI
Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin bersinar ditempat kerja, mereka yang ingin membuka pintu kejayaan dan juga untuk bakal graduan untuk dijadikan strategi "SPRING UP " apabila mula bekerja.

Buku ini bukanlah teori tetapi sebuah REALITI yang dapat memberikan tools atau kaedah memperbaiki diri dan berjaya dalam hidup.
Ianya di tulis berdasarkan pengalaman Masterji sendiri. Dari seorang tukang cuci tandas sehinggalah mampu berdiri dan menyampaikan buah ilmiah kepada para pelajar dan peserta program latihan yang di kendalikan oleh Masterji.
Masterji bukan mahu mendabik dada mengatakan buku ini yang terbaik, tetapi percayalah, semua pengalaman hidup Masterji di curahkan di dalam buku ini untuk di kongsi bersama pembaca.
Garapan yang kemas bersama teknik-teknik untuk mencapai kejayaan di perturunkan satu persatu di dalam buku ini.

Masterji mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak pengurusan dan editor Karangkraf yang telah membantu menerbitkan buku ini, terutamanya untuk Puan Ruzita serta semua kakitangan yang terlibat.

Pada semua rakan rakan atau sesiapa yang mengenali Masterji, berikanlah sokongan anda untuk membeli naskah ini apabila diterbitkan nanti. Jutaan terima kasih di ucapkan.

Thursday, July 5, 2012

Not beautiful slides.

Hah hari ini kita borak pasal presentation skills ya. Ramai yang ditugaskan membuat presentation selalu nya mengambil masa yang lama menghiaskan slide agar kelihatan cantik.
Jangan bazirkan masa kita untuk melambat kan lapuran yang harus diberikan. Yang harus ada adalah faktanya.

1- Topik


2- Sebab


3- Target


4- Cadangan aktiviti

5- Result yang diharapkan.

Ataupun ikut konsep STAR
Situation ; current condition
Target ; target to attack the problem by neumerical data =%
Activities ; activities proposed to achieve target
Results ; results expected

Jangan buang masa kerana CEO nak tengok output bukan hiasan pada slides.
Selamat mencuba!

Tuesday, July 3, 2012

30 minutes a day tak kan tak leh kot.....



"Those who think they have no time for bodily
Exercise will sooner or later have to find time for illness"
- Edward Stanley


Teringat senikata lagu filem Grease...nyanyian Olivia Newton John dan John Travalto.

Tajuk lagu : YOU ARE THE ONE THAT I WANT.

Kata nya dalam lagu ,..... You better shape up' cause I need a man.

Lupakan Olivia dan John Travolta dan ingat satu perkara, apakata kalau sehari kita luangkan setengah jam aje untuk exercise? 30 minit aje...Kalau satu dua jam mungkin ramai yang tak larat dan hanya bertahan sehari dua aje kot.

Hah tak pa buat setengah jam aje sehari.

Macam ni..dari duduk duduk sembang sembang pasal benda yang bukan bukan, shape badan orang tu shape badan yang baru lalu, orang tu mengiurkan orang ini mengiurkan.. tengok tu fikir lain tengok ni fikir lain, duduk kat tempat minum petang petang pun kadang sampai satu dua jam lepas kerja borak borak kosong tambah gula, lemak, dan macam macam lagi lebih baik jom kita jaga badan kita .

Banyak pahala lagi kita boleh buat. Lagi lama kita boleh berikan rezeki pada anak isteri serta kedua ibu bapa kita. Sekarang ini umur pencen pun dah nak meningkat kan. Kena lah jaga

So lets shape up ...

Friday, June 29, 2012

JALAN KEMBALI

Masterji nak tabik spring kat Syamsul Yusof, anak Dato Yusof Haslam pasal filem Jalan kembali. Sebuah cerita yang bukan harus ditonton semata mata tetapi realiti yang harus difikirkan.


Benar kita pernah tersalah 'lane' dan ingin berubah setelah sedar tetapi akan ada banyak tangan yang menarik semula kebawah. Maka berhati hatilah ketika memilih lane yang ingin kita

gunakan. Benar dunia menghantat kita seribu satu cabaran, tetapi kita punyai akal untuk menilai nya. Ramai yang mungkin sedikit keliru dengan pepatah, manusia tidak sempurna. Benar tetapi ia bukan alasan yang boleh memberikan kita lesen selama lama nya untuk ke lane yang salah. Harus ada usaha untuk mendekati kesempurnaan. Harus dan tiada jawapan lain selain harus!



CARILAH RAKAN ATAU MENTOR YANG MEMIMPIN UNTUK KITA BOLEH BERENANG DAN BUKAN TENGGELAM.

Cari lah rakan atau mentor yang hanya bersikap yang clear meaning daripada double meaning selalu kerana selepas itu hidup kita akan jadi tripple meaning kalau tersalah langkah.



Tahniah pada Syamsul Yusof.

Tuesday, June 26, 2012

Happy!

The happiest people don't worry too much about whether life is fair or not.
They just get on with it.


Wowww!
Cik Fame hantar sms pada Masterji pukul 5:30 pagi untuk beri semangat.
Terima kasih yang tak terhingga.

Friday, June 22, 2012

TAG LINE


"Every man has a past, Every Don a history'"

Emm cantik tag line nya. Setiap bidang ataupun disiplin yang diceburi dari pertanian sampailah ke koporat, pasti terdapat legend legend yang hebat dan tag line yang membimbing .

Benar juga ya, Every Don a History. Orang macam Don ini memang wujud, mungkin ada yang masih aktif, ada yang dah bertukar profession mungkin menjadi driver teksi, buruh kontrak, pemandu bas, pengawal keselamatan, dan macam macam jenis kerjaya lagi termasuk lah proffesion koporat. Mereka menjadi amat berbeza dengan siapa mereka dahulu. Amat berbeza. Mereka sendiri tidak mahu pulang ke status asal mereka kecuali kalau "di jemput " bermakna dipaksa dengan gangguan ataupun mereka yang baru belajar erti kenakalan. Kalau mereka kembali, susah sikit nak menyelamatkan keadaan. Begitulah Don. biar lah mereka dengan profession baru mereka.

Mereka aman dengan keadaan mereka sekarang. Jangan dijemput. Jangan dikejutkan ,.................


Waw baru baru ini, jumpa Cik Fame di Higashifuji, alamak exercise makin aktif dah nampak macam Ratu Port Klang dah. Nampak nya Cik Fame dah pergi banyak tempat untuk 5S dah dapat banyak jemputan dari pelbagai syarikat. Level dah tahap Sifu. syabas ya Cik Fame.

Thursday, June 21, 2012

The King Is Back

Tagline Don ; "Bukan sukar untuk menangkap aku tetapi mustahil".
Don terus kekal dalam survivornya. Maka, apakah pula tagline anda?

Satu hari nanti anda mungkin menjadi seseorang yang hebat dan bersedialah dengan tagline anda sendiri.
Apapun The King Is Back and The Chase Begin!

Tuesday, June 19, 2012

Wanted to be someone.


Hi apa khabar semua...maaf lama tak up date blog.
Masterji tengah buat project besar untuk masa depan. Sibuk amat tapi tak pernah lupa pada blog.

Untuk tatapan hari ini, kita fikirkan bolehkah kita menjadi seperti mereka dibawah ini; I am not asking you to be someone like them of course be yourself but be someone better!
Those who never think failure is improtant than success.

Thomas Edison - Light Buld.

Alexander Graham Bell - Telephone.

Wright Brothers - Aeroplane

Philo T. Farnsworth - Television.

Dr Martin Cooper - Cellphone/Handphone.

And many more .........

Buat para pembaca sekelian , tak lama lagi anda akan dapat mengengam Masterji ke mana-mana sahaja dan menjadi rakan baik anda...tunggu ya.

Monday, May 21, 2012

Dulu...sekarang.

Semalam Masterji mengajar dan berkongsi pandangan dengan para peserta program mind change.

Dulu...dalam satu kampung hanya ada sebuah kereta sahaja. Kereta itu lah yang menjadi pusat pertolongan seluruh penduduk.
Kini....sebuah rumah punyai lebih kurang tiga buah kereta.
Dan dalam sudut fikiran yang lain , Malaysia sudah maju dan rakyat sudah selesa. Tidak seperti dulu. Sebuah kampung hanya ada satu atau dua buah kereta sahaja.

Dulu untuk mencari buruh atau machine operator atau general worker dari kalangan rakyat tempatan begitu mudah. Sekarang semuanya pekerja asing kecuali jawatan yang lebih tinggi kerana taraf pencapaian dan pendidikan akademik lebih tinggi bagi orang Malaysia.

Syukur kita sudah maju dan lebih baik daripada dahulu tetapi hidup kadang ibarat roda, keselesaan mungkin boleh menjadikan kita semula kembali kekurangan dan kesusahan. Di atas dan mungkin kebawah semula.

Wednesday, May 16, 2012

Super Dynisco...

Salam pada semua pembaca.
Minggu sudah berada di Dynisco Manjung Perak.
Seronok bersama mereka. Best dapat belajar dan berkongsi pendapat bersama sama.


Value Guide pergi bersama tiga orang tenaga pengajar; Masterji, Master Q Saniyah Kadir dan Encik Shaharum pakar standard time.
Seronok dan terima kasih tak terhingga pada semua warga Dynisco. Mr Razali, Mr Wong dan semua yang lain.


Macam macam nama keluar. Ha ha ha..ada yang dipanggil Aaron Aziz, ada yang dipanggil Ayu Raudha, Rita Rudaini dan macam macam lagi.
 "Encik Rafi, penat masuk kelas Encik Rafi..penat ketawa..." Kata Noor salah seorang peserta program.
"Encik Rafi, lepas datang Dynisco..banyak improvement yang kami dapat..kilang sudah change banyak"..Kata Vanitha seorang peserta program yang berbangsa India. Dia suka sebab Masterji boleh bicara dalam bahasa Tamil dengan dia.

Cik Neelofa tengah melalui ujian gentir dalam game problem solving.



Master Q Saniyah Kadir sedang mengemudikan game The Success Boxes. Makin maju dalam kepakaran memberikan latihan.


 
Game " MAT....Must Achieve Target. Game yang nampak mudah tetapi amat sukar.


Tengah bermati matian mencapai sasaran...Time for Rock N Roll.... Di pantau dengan kemas dan diberikan bimbingan daripada Encik Razali. Bagus Encik Razali ni.


The best group Kucing ....apa punya nama kumpulanlah yang dipilih...Ha ha ha tapi terrer sangat.






Belajar tentang Muda, Mura , Muri.....



Mamat Handsome Dynisco yang kedua begitu rancak mempersembahkan hasil kajian nya. Bottle neck study in the process... Macam Engineer dia explain.

Thank you so much to Mr Wong Sifu. ...always came early and support us to arrange facilities. Thank you.
Best Individual... Shidi...handsome Dynisco

Tuesday, May 15, 2012

The News

Lama tak menulis aktiviti latihan Masterji. Banyak yang dilalui beberapa minggu yang lepas.
Kami tenaga pengajar daripada Value Guide jua terhibur dan turut terharu. Master Q Saniyah Kadir selepas hampir 2 tahun menguruskan Value Guide Training Consultant jua benar benar mempelajari banyak perkara dan pengalaman baru. Cuma yang terkeluar dari mulutnya ialah "Wow" ..."Bestnya dunia latihan ni. ,... Lebih banyak yang kita belajar, Cara berfikir lebih mantap dan kehadapan serta dapat melihat kejayaan ramai para peserta serta bagaimana sebuah kejayaan yang kecil begitu berharga pada mereka yang rasakan selalu gagal". Tahniah Master Q.

Disertakan beberapa aktiviti latihan kami di beberapa buah tempat dengan kisah suka, dan haru nya.



Mengadakan lawatan susulan di Keng Lek Industri tersentuh dengan linangan airmata seorang peserta program yang berasal dari Bangladesh. " Encik Rafi, saya sudah banyak sedih dapat tempat no 2 dalam 5S competition. Saya kalah sikit mata saja..setengah point. Saya tak boleh tidur. Saya hati banyak susah...."
Dengan linangan airmata beliau menyatakan rasa penyesalannya kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan 5S/ Kaizen dalam syarikatnya. Menangis kerana dapat tempat kedua? Terharu Masterji. Kadang ada orang , dapat tempat tercorot pun masih boleh tersenyum. Buat jahat pun tersenyum tetapi kawan ni dah buat sesuatu yang agak baik tapi masih rasa bersedih.


Masterji raikan beliau dengan tepukan yang gemuruh daripada semua rakan rakan. Alangkah bagusnya kalau punyai rakyat sebegini dan staff seperti ini.


Juara keseluruhan " Encik Lafi selalu panggil saya Bill Gates so saya mesti selalu dapat no 1 ma...." Kata seorang juara. Tahniah Boss.






Satu kagi babak terharu . Menangis kerana pertama kali berjaya menerima penghargaan. Tak sangka 5S menobatkan dirinya sebagai salah seorang pekerja cemerlang. Naif taraf immediately.


" Saya tak ada apa apa kelulusan pun Encik Rafi, tapi saya cuba bikin dan terperanjat dan sedih saya berjaya".
Kata Victoria yang Masterji panggil sebagai Victoria Beckham dalam kelas.

Mereka adalah manusia yang bangun dan mara kehadapan maka mereka berjaya. Masterji pulang dan sebak di dada. Syukur, latihan yang diberikan bukan sekadar periuk nasi bagi Masterji, tetapi cahaya baru kepada ramai orang. Syukur pada Yang Maha Esa.

Siapa kata tanpa kelulusan anda tidak boleh berjaya. Memang harus punyai kelulusan tetapi jika gagal tidak bermakna anda gagal selamanya. Mereka yang tiada kelulusan kiranya berjaya adalah mereka yang menempah nama sebagai lagenda!

Teringat kata Mummy ;
"Kalau Apit bodoh tetapi mulia budi pekerti dan mahu belajar pasti berjaya ditempat kerja ya nak"
Nasihat yang diberikan sewaktu ingin memulakan kehidupan berkerja 25 tahun dahulu. Benar ciri utama kejayaan bukan lah hanypada sekeping kertas bermaruah tetapi adalah kerana hidup yang bermaruah dan mulia budi pekerti. Thank you Mummy.


Hah Cik Fame kita Puan Noor Jahan hari ini khabar nya melalui audit 5S tahunan ya...Jauh disudut hati saya , saya yakin dengan kemampuan anda. Saya percaya pasti lulus dan berjaya melalui nya.


Tahniah Puan Noor Jahan, tidak pernah terlupas walau sesaat untuk meningkat kan kemajuan diri dan terus tersuan menjadi Asset.

Tuesday, May 8, 2012

GRED A

Hari ini kita cerita pasal performance appraisal. Bila bekerja selalulah tanyakan diri kita,
"AM I COST SOURCES OR PROFIT SOURCES?"
Kalau rasa cost sources, pandai-pandailah ubah ya.


Listen , now such question is important. Why??
Because you're surrounded by the measurable method ; Key Performance Indicator.
Ok readers?


Cik Fame apa khbar? Lama tak baca your powerful words