Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, July 12, 2012

Karangkraf Solid!

Masterji ke pejabat Media Karangkraf tempoh hari untuk menghantar sesuatu. Kualiti pengurusan Karangkraf dapat dilihat dari pondok pengawal lagi. Cemerlang!
Bila Masterji mendaftar masuk di pondok pengawal, ada dua orang abang yang gambar nya tertera diatas, cukup komited dalam kerja mereka. Bersungguh sungguh membimbing pelawat mengikuti prosedur mereka. Bukan mengarah atau menyuruh tetapi membimbing. Secara mesra dan teliti.Mereka tidak kenal Masterji.

Masterji pernah dulu menjadi Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, salah satu job scope ialah menguruskan pengawal keselamatan maka Masterji tau apa yang Abang berdua ni buat betul atau tidak.
Mereka berdua ni hebat. Masterji test sikit...
"Kenapa kena tulis nombor phone kat sini dalam borang ni?"
"Begini Encik, kalau lah apa apa yang terjadi pada kenderaan encik ke lampu terpasang ke, atau ada apa apa kecemasan lain yang berlaku, bolehlah kami dengan segera menghubungi Encik, begitulah maksudnya Encik". Jawap mereka dengan senyum mesra dan begitu bererti.

Tepat ! Jawapan mereka tepat! Hebat Abang berdua ni. Abang berdua telah berjaya mencerminkan kualiti cemerlang pada saat awal lagi pada orang luar untuk media Karangkraf.

Hebat!

No comments: