Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, September 5, 2013

Dulu Pencuci Kini Pengurus - Komen dari Cikgu Kamil

Komen ini datangnya dari Cikgu Kamil, penulis buku Rahsia Menjadi Genius.
"Salam Encik Rafi, terima kasih hadiahkan buku.  Saya sedang membaca. Setakat ini apa yang boleh saya saya komen ialah ianya 'world class' in term of content and writing.
Baca buku tuan ada rasa macam baca buku Brian Tracy."

Terima kasih Cikgu Kamil. Masterji juga sedang membaca buku Rahsia Menjadi Genius dan mendapati ianya amat menarik.

Tuesday, September 3, 2013

Two thumbs up for Tanda Putera!


Filem yang harus ditonton.
Bukan dari segi perkauman tetapi kerana;

Tokoh pemimpin yang hebat!
Tokoh lelaki yang amat berkualiti dan disegani!
Tokoh pemimpin yang mendahulukan kerjaya, negara, misi lebih dari penyakit berat sendiri!

Malu rasanya Masterji.
Kadang demam sedikit, selsema sedikit, kita sudah meraung raung, mc lah, rehat lah, macam macam lagi.
Tidak pada Tokoh Hebat Tun Abdul Razak.


Syabas pada Datin Suhaimi Baba!
Berjaya menjadikan bahan bacaan keperwiraan Negara, kisah politik, Pemimpin menjadi visual yang mudah difahami!
Diharapkan lebih ramai Tokoh yang kisah kehebatan mereka di filemkan.
Malaysia perlukan lebih banyak filem seperti ini agar bukan sahaja generasi sekarang mengenali pengorbanan seorang pemimpin malah saya sendiri turut belajar!
Rasa taat, kasih dan berjuang untuk negara akan wujud!

Amat cemerlang filem ini.
Filem yang berjaya membuatkan banyak keluarga mengeluarkan airmata ketika menonton!
Filem yang diberikan tepukan gemuruh sejurus tamat dipawagam.
Terperanjat Masterji sampai begitu sekali respon penonton!

Memang sebak dada dan banyak boleh dipelajari.
Masterji benar benar tertarik dengan kualiti  lelaki dan kepimpinan Tun Razak .

Juga Masterji tertarik dengan keperwiraan Kulasingam. Polis yang jujur , ditembak lebih kurang lapan belas das tetapi masih selamat!
Orang jujur, baik, amanah, tidak menganiaya orang lain akan terus selamat cuma perjalanan hidupnya banyak cabaran!
Tetapi mereka lah Hero sejati! Rock Star!

Banyak yang Masterji belajar dari filem ini.

Friday, August 30, 2013

Tahniah Kavyan!

Masterji ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kumpulan Sasterawan Kavyan terutamanya kepada Encik Uthaya Sankar SB kerana dengan usaha beliau dan ahli kumpulan tersebut, laporan aktiviti Lawatan Penulisan Kavyan telah tersiar di majalah e-BACA terbitan Kumpulan Media Karangkraf edisi September 2013.
Laporan yang tersiar di majalah e-BACA ini adalah berkaitan Lawatan Penulisan Kavyan di negeri Perak dan Pulau Pinang.
Masterji juga pernah terlibat dengan aktiviti yang di anjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan iaitu pada acara  Baca Cerpen Kavyan dan Dialog Penulis sempena Pesta Buku Selangor 2013.


Untuk makluman, Kumpulan Sasterawan Kavyan ini adalah kumpulan yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang berteraskan sastera dan budaya masyarakat di Malaysia.
Menariknya, mereka menggunakan Bahasa Malaysia dalam setiap acara yang di adakan.

Pada 01-September-2013, Kumpulan Sasterawan Kavyan yang diterajui oleh Encik Uthaya Sankar SB akan menganjurkan acara Baca Cerpen Kavyan:Sedekad Kemudian di Galeri Shah Alam, Selangor dan Masterji mendoakan supaya majlis ini berjaya.


Sekali lagi, tahniah Kavyan.




Tuesday, August 20, 2013

Priyanka Chopra Bestseller!


Siapa kata orang dapur tak hebat!
Siapa kata orang dapur hanya layak keluar didada akhbar hanya dengan kes kes airmata!
Siapa kata orang dapur hanya boleh cakap" Saya ni orang perempuan apa lah daya saya"

Mereka boleh menjadi legenda!
Mari kita lihat kisah Rock Star Prinyanka Chopra!
Rock Star bermaksud mereka mahu menjadi yang terbaik dalam bidang mereka! Tidak mengejar nombor tetapi memastikan berkualiti!
Kalau anda seorang pemain bolasepak, anda lah terbaik dalam bidang anda!
Anda dikenali dengan bakat anda bukan kerana glamer murahan anda!

Ratu Filem Don ini dikatakan terbang tinggi kini.  Anak kepada pasangan yang pakar dalam bidang fizik!
Priyanka Chopra atau pun nama watak nya dalam filem Don; Rhoma bijak mencipta masa untuk mencipta nama!
Berjaya membawa diri nya dari satu titik ke satu titik kejayaan!
Rock Star yang hebat!

Priyanka Chopra atau pun nama watak nya dalam filem Don; Rhoma bijak mencipta masa untuk mencipta nama!
Berjaya membawa diri nya dari satu titik ke satu titik kejayaan!
Rock Star yang hebat!

Polisi hidupnya;

With every hit film, you become a number one or a number two, and with each flop film, you become a number six or number seven. And hits and flops come and go like nobody’s business in this fraternity. If you start keeping track of the number and the position, you’ll really lose your mind. Nothing succeeds like success, and that’s why I pay no attention to this whole number game. We’re all striving to be successful, but the measure of success does not come from being called number one for three months and then being forgotten about,”

Bekas Miss World ini ditawarkan untuk merakamkan suara nya dalam filem Walt Disney!
Akan dimuatkan dalam lagu penyanyi PittBull  jua tidak lama lagi

Rhoma atau Rock Star Priyanka Chopra akan terbang tinggi!
Menjadi terbaik dalam bidang nya!

Rock Star seperti ini jelas dengan tiang gol nya!
Sama seperti Rooney dari Machester United menjadi yang terbaik dalam bidang nya.
Sama seperti Pele Raja Bolasepak yang tidak mengenali orang orang atasan tetapi hanya tahu menjadi yang terbaik!

Mereka akhirnya menjadi terbaik! Mereka matang dalam mendefinisikan kehidupan dan kejayaan!
Mereka tahu membezakan perbezaan mengejar glamaer dan kredibel diri!
Mereka tidak menjadi manusia suku.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam nyanyian.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam sajak.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam lukisan.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam bidang korporat!
Sekejap itu sekejap ini tiada fokus!

Rock Star manusia yang fokus., konsisten , dan merancang setiap babak kecemerlangan!
Mereka tidak mengejar nombor tetapi mereka pastikan mereka yang terbaik!

Cik Fame dan Dr Lap Top Kulim apa khabar.
Jom kita jadi Rock Star!

Thursday, August 15, 2013

Apit


Suatu  pagi di hospital bukit klang ( Nama dulu).

" Akak dapat anak lelaki ya"
Wanita berkenaan mendapat anak lelaki, anak yang pertama .
Ibu wanita berkenaan menemani anak nya!
Nenek pada bayi yang baru lahir itu.

Bapa bayi berkenaan ada tetapi entah dimana ketika itu! 

Kehidupan amat sukar ketika itu.
Wanita berkenaan tiada pekerjaan ketika itu
mengharapkan jasa baik suaminya yang kadang ada kadang tiada.

Nenek ! Ya Ibu pada wanita  berkenaan lah manusia yang banyak membantu.
Bekerja di estet, memasak dan menjual nasi lemak serta menjadi orang gajian dirumah orang kaya!

Mak Cik Esah datang melawat. Lawatan yang penuh dengan seribu hajat.
Mahu menolong mengurangkan beban wanita yang bersalin tadi.
Kehidupan yang daif, susah mana mungkin boleh memberikan yang terbaik pada bayi yang baru lahir berkenaan!
Sudah pasti tak boleh!

Mak Cik Esah sedang hanyut dibuai angan angan. Bayi berkenaan sebentar lagi pasti bertukar tangan!
Nenek tadi sibuk kesana kesini setelah diberitahu boleh membawa anak dan cucu nya pulang kerumah.
Teksi tahun 60an dicari dan seorang pemandu teksi yang berbangsa Cina sudah siap menunggu untuk menghantar pulang didepan
Hospital!

Wanita yang baru bersalin itu sedang menatap wajah bayi berkenaan dengan rasa yang amat sayu.
Dibuang mati emak, ditelan mati bapa . Sukar membuat keputusan.
Tiada pekerjaan, ada suami tetapi sudah tidak mencerminkan tanggungjawap sebagai suami.

" Esah atau bawa pulang"
" Bawa pulang atau Esah"
berfikir dengan serius dikala airmata nya menitis satu persatu.
Nenek memerhatikan cucunya yang baru lahir dan anak nya yang sedang sedih dikala ibu ibu lain yang bersalin
sedang gembira dan seronok bermain dengan bayi masing masing

Akhirnya, wanita berkenaan , ibu nya dan bayi berkenaan berada didalam teksi dan sedang
bergerak pulang.
Mak Cik Esah kecewa, sedih kerana impian nya tidak tercapai.
Bayi lelaki tadi tidak berjaya menjadi miliknya .

Ibu bayi berkenaan lebih berhati waja, lebih nekad dan tekadnya jelas.
Mati atau hidup , bayi berkenaan adalah miliknya dan akan bersama dengan nya!
Akan dijaga oleh nya biarlah susah biarlah daif, biarlah Bapa bayi berkenaan ada atau tidak!

Diberikan nama yang penuh pada anak berkenaan sama dengan bintang pujaan Hindustan ketika itu, Mohd Rafi! penyanyi legenda tahun 60an!
" Mummy mau kau berjaya seperti nya nak".
Wanita berkenaan membisik kan kata nya pada bayi berkenaan!

Apit nama timangan yang diberikan pada anak berkenaan!
Wanita berkenaan mencari pekerjaan dan berjaya diterima bekerja sebagai pekerja biasa.

Bapa bayi berkenaan?
Cuma nampak sekali sekali. Banyak kali yang tak nampak!

Pulang kerja bayi berkenaan selalu dikedongnya keluar berjalan tidak jauh dari kawasan rumah.
Ketika itu ia adalah sebuah perkampungan kecil , kini dipanggil sebagai bulatan Taman Berkeley Klang!

" Apit, kalau  besar nanti kerja mesti pegang pen sahaja ya nak, kerja sign sign sahaja, kita dah lama susah"
Pesanan wanita berkenaan pada bayi nya yang didukung dan dibawa berjalan!

Satu kenangan yang abadi, Satu keputusan yang tepat,!
Mummy nama mu terindah disisiku.

Ya nama nya Apit! 
Esok atau bila bila boleh kita sambung ya para pembaca!

Cik Fame dan lain lain apa khabar ya?
Harap semua sihat adanya!

Wednesday, August 14, 2013

Bojan Hodak



Saya terdengar sesuatu dari penerangan Bojan Hodak ketika perlawanan  bolasepak tempoh hari antara Barcelona dan skuad Harimau Malaya.
Saya tiada komen tentang perlawanan berkenaan baik atau buruk. Biarkan pasukan Harimau berlatih dengan pendedahan bersama kumpulan kumpulan jaguh lain.

Saya juga berharap agar Malaysia satu hari nanti dapat masuk ke Piala Dunia.

Cuma saya ingin memetik ayat ayat yang bagus dari Bojan Hodak berkatian dengan Coaching dan taktik!

" They are creating space, they are running without ball with them"!
Menerangkan corak permainan Barcelona dimana pemain mereka tidak menunggu bola tetapi
mencipta ruang agar mereka dapat mencapai kejayaan. Mereka tidak menunggu bola kemudian mula berlari.
Mereka tidak bertumpu pada satu tempat.  Bermakna mereka mencorak kan bentuk permainan tanpa arahan!

Satu ungkapan yang bagus dari Bojan.

Mungkin sudah sampai masanya Malaysia memilih beberapa orang bekas pemain ataupun yang sedang bermain tetapi
tengah menuju ke umur persaraan diambil sebagai jurulatih dan dihantar ke Negara Negara hebat sebagai pelatih/ Trainees
atas biayaan negara.

Mungkin 3 tahun mencukupi. 6 bulan yang pertama sekiranya pencapain pembelajaran mereka tidak bagus bawalah pulang dan hantar
calon lain!

Ini cuma pandangan peribadi saya.

Ingat kata Bojan
"They are creating space , they are running without ball with them".
Begitulah pada pendengaran saya lebih kurang.

Tuesday, August 6, 2013

Nasihat Encik Zakaria , good for Business Man!

Malam tadi bertemu dengan seorang lelaki hebat. Encik Zakaria suami Puan Noor Jahan (Cik Fame )
Pre raya kat dirumah Cik Fame.

Encik Zakaria bertugas sebagai pegurus di Proton.
Banyak yang saya pelajari dari nya.
" Kalau kita berniaga , kita juga harus makan gaji dan bukan meranapkan keuntungan"

Satu nasihat yang bagus. Beliau mengingatkan rakan rakan nya dan sesiapa sahaja tentang betapa bahaya nya seorang ahli perniagaan
yang tiada disiplin dan minda yang betul perihal pegurusan perniagaan serta profit.
Betul kita kalau berniaga jangan lupa diri, jangan mula melihat setiap sen yang kita dapat boleh dibelanjakan sesuka hati.

Benar kita harus fokus pada masalah perniagaan yang memang sudah ada bukan tambah hutang persendirian dan jadikan business kita dalam bahaya!

Terimakasih Tuan !

Terimakasih dan tertarik melihat pasangan suami isteri ini, sama sama punyai fikiran pandang kehadapan dan dapat merasionalkan setiap isu dengan jelas!

Terimakasih .

Selamat Hari Raya



Masterji ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca, sama ada yang pernah berjumpa atau langsung tidak di kenali.

Jika terselit khilaf dalam berkata, terguris hati dalam bicara dan tersinggung rasa dengan tulisan Masterji, harap dapat di maafkan.

Salam lebaran dan jaga diri dari Mohd Rafi bin Jalaluddin dan Value Guide Training Consultant.

Monday, July 29, 2013

Hero Singlet kembali!



Filem Wolverine yang terbaru hebat!
Tubuh sasa Hugh Jackman makin menonjol.
Sebuah filem yang mengisahkan rasa tamak.

Seorang lelaki benama Yashida diselamatkan oleh Logan , Wolverine dalam sebuah episod yang penuh perikemanusiaan.
Yashida kagum, memuji Logan kerana kehebatan Logan.
Logan bukan manusia biasa. Boleh cedera, pulih seperti biasa dan hidup kekal abadi.

Yashida tertarik dengan kelebihan yang Logan punyai, kehidupan kekal abadi.
Yashida mahukan kelebihan berkenaan dan sanggup melupakan segala jasa baik Logan dimasa lepas.
Logan diheret ke kancah pergelutan walaupun sudah tidak mahu mencampuri urusan dunia.


Bagaimanapun yang tamak, berhati kotor kelihatan gagah tetapi pasti gagal.
Logan berjaya kembali walaupun banyak kelukaan.

Watak Logan amat menarik. Walaupun punyai kelebihan , tidak sesuka suka hatinya sepak terajang  mana mana manusia yang difikirkan
tidak berdaya ataupun kelihatan selekeh. Logan walaupun punyai animal character tidak memandang rendah mana mana manusia lain.
Dia sedar dia berada disebuah kelas yang lebih tinggi, terasing dan terbaik maka tidak perlu dia terkinja kinja, terhegeh hegeh mencari glamer dengan
suka suka sepak terajang orang lain. Logan masih boleh berfikiran waras walaupun punyai kuku serigala!
Kekuatan seperti Logan kalau hinggap pada orang yang salah , ramai yang akan jadi kucar kacir hidup nya!

Yashida akhirnya musnah. Mesej nya muah akan ada dimana mana mereka yang kita tolong, bantu, sokong, lonjak kan namanya kehadapan
akan dibalas dengan tuba! Kita pula yang akan jadi mangsanya!

Sunday, July 14, 2013

1985 Ayu


Satu hari di tahun 1985 saya berkira kira untuk membuat keputusan. Ada 3 ringgit di saku. Akhirnya saya akur pada poster filem Suara Kekasih.
Ogy tarikan utama kerana lakonan yang hebat dlm filem setahun sebelum itu Azura.
Sebuah filem yang kata kata cintanya indah, penuh hormat dan dua watak dalam percintaan yang hebat, kelas dan jujur pada diri masing-masing.
Taufik watak pencinta lelaki yang melihat cinta dari sudut penuh kasih dan tiada cacat kerana noda. Sebuah cinta yg penuh dengan kata kata indah!
Cinta kelas pertama! 2 ringgit melayang untuk tiket dan pulang dengab baki tambang bas yg secukupnya. Tak makan tapi hati puas. Menonton sebuah kisah yg percintaanya berkualiti! Hari ni kita old school sikit lah ya. Hahaha.

Pujian kepada Ayu dan Taufik.Ayu sang pencinta yang hebat.

Friday, July 12, 2013

'Tu sais je t'aime'

'Tu sais je t'aime' atau You Know  I  Love You.


Lagu yang meletup di France !
Hanya 6 enam bualn selepas ketibaan Dato Shake  disana!
Dato Shake meletup disana! Menjadi Dinamit yan kuat!
Anak muda yang fokus, anak muda yang jelas tiang gol nya.
Tahu nak jadi apa.!

Seorang lelaki yang jelas tiang gol nya.
Mahu menyanyi dan fokus pada bidang berkenaan seratus peratus dan berjaya!
Kini beliau di Beverly Hills California US.

Dato Shake berikan kita mesej yang mudah!
Anda boleh menjadi Dinamit yang meletup selagi anda sedar yang anda perlu fokus pada apa yang anda sebenarnya mahukan dalam hidup!
Kita kadang tidak fokus dan lebih kelihatan terhegeh hegeh .
Sekejap nak kerja .
Sekejap nak jadi penyanyi ,
sekejap nak jadi romeo,
sekejap nak glamour  kerja
sekejap nak glamour pentas!
Orang cerita pasal menyanyi kita pun nak jadi penyanyi dan masa yang sama membuat kerja lain , tidak fokus. Hanya kerana Glamour!
Kita tak tahu nak jadi apa sebenar nya . Kurang fokus tetapi lebih pada terhegeh hegeh!


Fokus, jadi Dinamit dan anda boleh!.
Masih ingat dengan lagu yang dirakam khas untuk isternya


Jauh sudah ku kembara
Ke kota-kota yang indah
Merintis jalan membina
Masa hadapan

Suka duka ku alami
Pengalaman pahit manis
Semuanya memberi aku
Semangat yang tabah

Ohhh...
Lina... kini bahgianya
Kau membawa ilham seni untuk ku
Lina... kini ku mengerti
Kau memberi cinta yang suci
Ohhh...

Gadis-gadis di jalanan
Yang memikat dan menawan
Namun tak seindah
Budimu yang suci
yea yea yea

Kau menyinari hidupku
Dalam sepiku di rantau
Kau selalu bersamaku
Seiring jalan

Ohhh...
Lina... kini gembiranya
Ku berjaya demi pengorbanan mu
Lina... kasih dan sayang mu
Ku nyanyikan dalam hidupku
Huu huu yea...

Maaf lama tak menulis di Blog kerana sibuk dengan buku kedua.
Apa khabar semua! Cik Fame Dr Lap Top apa khabar! 
Harap anda sihat dan selalu dengan THE GOOD BREAKING NEWS!


Wednesday, June 26, 2013

BUKU KE 2



Salam pada semua rakan rakan.
Ramai yang sudah bertanya buku ke 2 Masterji.

Sedang di perkemaskan dan akan bertemu dengan anda tidak lama lagi!

Tajuk dan sebagai nya akan diberitahu kemudian. Berikan sokongan anda kerana ia bukan sekadar sebuah buku, ia adalah butang turbo anda kehadapan!

Terima kasih!



Cik Fame Puan Noor Jahan selamat menjalani audit TS! Saya pasti anda berjaya!

Monday, June 10, 2013

Apollo Creed



Hari ini kita belajar sedikit dari Apollo Creed ya. Siapa itu Apollo Creed?
Masterji sedang menulis buku baru. Banyak research yang Masterji buat. Terlihat poster lama yang ditampal dalam buku nota lama Masterji. Gambar Syvlester Stallone memegang watak Rocky Balboa.
Tercatat dibawah gambar berkenaan perkataan; THERE IS NO TOMORROW . Rocky seorang juara yang selesa dengan statusnya memandang rendah terhadap pencabarnya Mr T.
Rocky tewas dengan teruk dan binggung dengan kekalahan nya. Rocky berlatih semula tetapi tidak serius.

Kata kata pedas dai rakan mentor nya membuatkan Rocky berubah.
Bila disuruh berlatih dengan sungguh sungguh ; Rocky menjawap ;" Tomorrow. Let's do it tomorrow. "

Rakan mentor nya Apollo Creed mengatakan; "There is no tomorrow! THERE IS NO TOMORROW! THERE IS NO TOMORROW! " ( 3 kali).

Bingo! Ramai dinatara kita yang suka menangguhkan usaha. Setiap destinasi yang kita ingin sampai hanya akan sampai kalau kita mula bergerak. Lagi lama kita duduk lagi lama lah kita ditempat yang sama!

Rocky kembali bangun, dan berjaya!
Di antara ayat ayat yang digunakan oleh Apollo Creed pada Rocky yang menarik ialah;

"See that look in their eyes, Rock? You gotta get that look back, Rock. Eye of the tiger, man. "

"Now, when we fought, you had that eye of the tiger, man; the edge! And now you gotta get it back, and the way to get it back is to go back to the beginning. You know what I mean? "

Bila rebah ingat kan asas dan jalan kita datang semula. Back to basic! Punca kekalahan Rocky adalah kerana beliau sudah tidal lapar kan kejuaraan lagi kerana sedang menjadi juara bermakna sedang selesa, sedang alpa!

Rocky kembali



Wednesday, June 5, 2013

Skrip Baru



Semalam kami berbincang . Rakan sama sekolah dulu, Isteri saya dan saya.
Kami berbincang dan ketawa. Ketawa saya lebih kuat. Ketawa rakan sekolah lagi lagi kuat.
Isteri saya ketawa dan merah padam sedikit wajah nya. Kemudian dia jua turut ketawa.
Kami melihat lihat gambar dan menyusun nya untuk program latihan dan projek projek baru.

Rakan sekolah yang telah lama tidak bertemu tiba tiba menghubungi selepas membeli buku Masterji
DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Dan acara flash back .
Dia kata; MUSTAHIL DALAM BUKU ITU IALAH RAFI. Sejurus itu kami sama sama gelak besar. Kecoh.
Hanya dia, saya dan semua yang ketika itu berada di High School Klang sahaja termasuk guru guru akan memahami kenapa saya dan rakan tadi tergelak besar bila dia kata mustahil tadi.
Isteri jua turut tersenyum , mungkin tidak bersama di High School Klang tetapi dia memahami nya kemudian.
Isteri jua kemudian gelak besar.


Rafi..? Mengajar, bekas Penolong Pengurus besar? Kini tenaga pengajar?
Kami gelak lebih besar dan lebih galak.
Mohd Rafi Jalaluddin sebuah nama yang ada didalam fikiran setiap murid dan guru guru ketika itu tetapi
dalam bentuk skrip yang berlainan.

Saya katakan pada rakan tadi. Manusia boleh berubah sekiranya mereka mahu. Mereka boleh dan saya boleh.
Buang skrip lama, Cipta Skrip baru. Skrip yang lebih bestseller, lebih menarik!
Rakan tadi bersetuju dan bila melihat gambar diatas, ketawa kami menjadi lebih kuat.
Rafi kembali kesekolah dengan skrip hidup yang berlainan.

Kami gelak dan Isteri terpaksa meleraikan gelak kami kerana sudah sampai waktu makan.
Kami masih bergelak sakan ketika makan.

Sekolah Tinggi Klang atau Klang High School dalam kenangan.
Manis kenangan ketika itu. Kami bergelak sakan lagi.

Manusia boleh berubah. Buang skrip lama, Cipta Skrip baru. Skrip yang lebih baik.

Kepada Dr Lap Top Kulim tahniah kerana telah mengadakan majlis perkahwinan, Syabas ya, Maaf tak dapat hadir kerana banyak tuntutan program latihan. Masih bercuti kan.
Pada Cik Fame, how are lama tak bertemu dan berborak. Harap sihat dan always a champion ya

Tuesday, June 4, 2013

Boi..


Hah jangan salah faham pula pada gambar ini ya...
Tujuannya jelas, kita belajar.

Orang muda sekarang hebat. Satu pertemuan dengan rakan di gym . Nama 'glamour'nya, Boi.
Bertemu dengan beliau membuatkan Masterji termenung dan mengimbas masa lalu Masterji. Benar banyak yang Masterji buat dan Boi seakan memberitahu Masterji ada yang tertinggal ketika Masterji remaja dulu.

Ada yang Masterji tak masuk kan dalam list kemajuan. Baru sekarang Masterji bergiat cergas menjaga kesihatan dan bersenam. Baru 8 tahun kebelakangan ini. Dulu seperti yang lain biarkan sahaja.
Boi berumur dalam 20 puluhan..amat rajin bersenam. Masterji tewas dengan beliau dalam acara sit up. Beliau boleh melakukan nya lebih dari seratus kali tanpa henti. Kadang beliau berlari 10KM. Pernah belajar Muay Thai di Thailand selama beberapa bulan.

Katanya pada Masterji;
"I always wanted to stay healthy and fit, Health is wealth Abang Rafi".

Benar katanya. Masterji menjadikan beliau guru dalam beberapa teknik menjaga otot.
"Abang never worry, life starts at 40 and you'll be one" Tambahnya.

Saya tersenyum dan bersetuju. " Life starts at 40 is an excuse for those who left and overlooked their 30's Boi..or perhaps to inspire those who thought that they are getting old . Anyway it's good inspiring advice from you. I will do my best to match up with at least your sit up numbers". Balas saya pada nya.

Dulu sibuk mengalas pelbagai cabaran dan kita terlepas pandang penjagaan tubuh badan kita.
Every where you go stands a great Sifu regardless of their age, experience and races. Get something valuable from them. Of course something good and valuable not something that will make you sink. Something that makes you swim better, faster and smarter to the end.
Saya mahu jadi sepeti Boi.. I want to have young body while I am old because I had already got old matured thinking when I am young.

Yes, never wait to be old to get experience when you are young. Do everything , challenge yourself harder, take responsibility, execute bigger and difficult mission. You had older person experience while you are young. Great! No one say you can't.

It's an advantage.

And when we are old, have a young body . It's fair.

Boi.. Thank you so much. On my way ya....