Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, June 8, 2010

Captain Hook

Terima kasih pada semua yang menghantar sms dan juga yang memberikan komen dalam entri yang terdahulu.

Pn. Norjahan , terima kasih untuk komen entri Toilet. Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki sebagai khalifah
yang harus menjadi tunjang dalam keluarga. Kesusahan banyak mengajar kita erti sebagai manusia. Sebagai anak lelaki yang membesar tanpa bapa, saya harus mengambil alih tanggungjawab itu sepenuhnya. Walaupun bodoh dan tidak mungkin mempunyai kelulusan tinggi dan pangkat yang besar, sekurang-kurangnya jika mati nanti kita meninggalkan satu pencapaian. Setidaknya, berjaya menjadi pelindung dan lilin yang bersinar terang untuk keluarga walaupun cuma mempunyai kelulusan SPM dengan pangkat 3.
Pn Norsiah, lama sudah tak ketemu ya. Terima kasih pada komen Pn. Komen Pn mengatakan , banyak pengalaman temuduga. Iya, betul kita kena jual diri kita dengan cemerlang.
Pn sekarang sendiri rasa saya boleh menjadi penasihat atau pun tenaga pengajar dalam bidang temuduga yang cemerlang . Bagaimana anda boleh melepasi temuduga! Satu tajuk ilmu yang sesuai untuk Pn. Why not.
Kepada yang menghantar sms menegur fesyen rambut dahulu amat melucukan. Ada yang mencadangkan dari perkataan, who said a cleaner cannot become a manager di tukar kepada who said a kutu cannot become a manager!. Hahaha.
Bagus juga tu. Itu pun benar. Kerana apabila anda menjadi Manager, skop anda dan pengalaman terlalu luas.

Kali ini saya akan teruskan dengan entri perjalanan ke puncak yang tidak kurang hebatnya. Saya sengaja memberikan tajuk entri kali ini dengan nama Captain Hook!
Selepas agak lama bekerja di syarikat pembersihan, saya terpaksa memohon untuk berhenti kerana majikan meminta saya di tukarkan kepada daerah lain. Ketika itu saya terpaksa menolak kerana saya tidak boleh berpisah jauh dengan arwah nenek dan adik saya. Saya kembali menganggur. Aduhai nasib. Kali ini berseorangan. Saya kembali melawat pejabat buruh dengan membawa sekeping sampul surat yang terisi dengan sijil yang entah berguna entah tidak. "Tamat dari sekolah tinggi", dialog Jamal Abdillah dalam filem Azura. Hakikatnya pelajaran saya rendah. bukannya saya berkelulusan tinggi tapi cuma sekolah saya tinggi.

Dalam masa yang sama, saya di jemput oleh beberapa orang rakan untuk menghadiri majlis perpisahan setelah pengumuman keputusan SPM.Seperti yang di duga, ramai rakan mendapat kelulusan yang terpuji dan sebilangannya mendapatkan keputusan cemerlang tetapi keputusan SPM saya banyak menghasilkan angka 6 terbalik kecuali 3 atau 4 subjek yang sedikit memberangsangka. Sudah jelas, nasib saya umpama telur telur di hujung tanduk.Ibarat "the chase begin", ungkapan Don lakonan Shah Rukh Khan.

Selepas tamat menduduki peperiksaan SPM, kebanyakkan dari kami langsung tidak pernah berjumpa.Jelas terpancar kegembiraan pada setiap yang hadir. Riuh rendah cerita yang terbias dari mulut ke mulut. Ada yang membawa berita sudah di tawarkan ke universiti, ada juga yang berpeluang ke politeknik, segelintir kecil yang akan melanjutkan pelajaran di "oversea" dan sekumpulan yang lainnya dapat juga masuk ke tingkatan 6.
Pedih. Bagaimana dengan saya? Saya hanya berupaya menayangkan bentuk rambut yang menarik dan seluar "thrash lusuh" mengikuti peredaran zaman, kononnya.
Setelah selesai majlis tersebut, kami bersalam-salaman dan benar-benar merasai yang kami semua akan berpisah dan membawa haluan hidup masing-masing. Ada yang mendekati saya dan memberikan kata-kata semangat agar tidak berputus asa dan kembali menyambung pelajaran. "Yalah, siapa yang tak nak sambung pelajaran", detik hati kecil saya.Tetapi apakan daya, landasan kehidupan saya berbeza. Saya terbayang muka adik dan wajah arwah nenek. Setiap hari mereka mesti makan. Adik harus ada belanja untuk ke sekolah. Kalau saya sambung belajar, adik kena berhenti sekolah.Saya sama sekali tidak akan memperjudikan masa depan adik. Adik seorang perempuan, kalau dia berhenti sekolah bagaimana nanti masa depan adik?
Filem Ali Setan tidak mengambarkan lelaki sebagai setan sepenuhnya. Banyak lagi yang lebih setan. Sedangkan wanita yang bijak cerdik pun boleh di permainkan apatah lagi wanita yang yang kurang pendidikan. Tidak. Saya tidak mahu adik susah. Nenek sudah tua.,sudah uzur. Nenek sudah tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawap untuk mencari rezeki.
Dalam perjalanan pulang saya teringat rakan-rakan sebaya di kawasan tempat tinggal saya yang lama, Taman Eng Ann, Klang.Sebelum berpindah ke Shah Alam, saya menetap di situ. Saya singgah di situ.Di sini, kami banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan/perbualan harian.Masih tergiang-giang cerita rakan-rakan lama di situ. Thomas dengan bangganya menceritakan akan menyambung pengajian di US, Stephen yang juga akan keluar negara,Australia dan Siva Kumar yang ke sebuah universiti tempatan.
"Rafik, am going to fly far man". Kata kata Thomas tadi. Saya senyum dan tumpang gembira."I am going to fly also , fly kite" ,bisik hati kecil saya.
Selepas upacara give me 5 (tepuk sebelah tangan ) saya pun beransur meninggalkan mereka. Mereka benar benar berjaya.Selepas itu, mereka sering mengirimkan saya surat, menyampaikan khabar.Kini mereka adalah orang lain. Ketika itu , saya rasakan wang satu sen lebih bernilai daripada diri saya.

Saya menaiki bas dan pulang ke Shah Alam.Perlahan lahan air mata saya jatuh menitis ke baju. "Aku gagal dalam hidup ni. Tak pa lah. Kadang kadang hidup harus berkorban". Bak kata lagu P. Ramlee,"berkorban apa saja , harta atau pun nyawa, itulah tanda kasih mesra sehati dan sejiwa." Wajah adik kembali terbayang.

Mummy atas pengalaman kerja lamanya telah berjaya mendapatkan peluang temuduga untuk saya di Malaysian Tobbacco Company di Shah Alam. Kilang rokok.
Ketika itu tiada pekerjaan tetap,semuanya berstatus pekerja sementara. Saya pergi temuduga.Ketika itu lagu siulan saya ialah lagu In Trance kumpulan Scorpions dan sesekali lagu Azura dari filem Azura nyanyian Jamal Abdillah. "Aku hanya ada muzik dan Azura dalam hidup ini",dialog yang saya ingat sempena lagu berkenaan. Saya hanya ada muzik tak ada Azura.Perempuan mana yang mahukan saya? Kerja pun tiada..Apa nak buat. Tiada siapa yang akan menghiburkan diri kita kecuali kita.

Pegawai Sumber Manusia yang menemuduga saya bersetuju mengambil saya bekerja walaupun pada asalnya rimas melihat rambut dan pakaian saya. Syukur dapat kerja.

Wajah adik dan arwah nenek kembali berbunga. Hari yang pertama saya ke tempat kerja berkenaan berbekalkan nasi yang di berikan Mummy yang di galas di dalam beg sandang yang bercorak "Heavy Chain Loudness. Hidup harus berjimat. Pagi itu di sebalik ramai orang yang datang melaporkan diri terdapat dua orang yang saya fikirkan unik. Seorang berbadan besar lagak seorang kaki pukul. Di jaket nya tertulis perkataan One Man Gang. Fuhh, hebat.

Tiba tiba masuk seorang lelaki yang sedikit berumur dengan pakaian lagak gaya seorang Manager bersama beg bimbit James Bondnya. Kemas bergaya bersama kasut kulit hitam yang berjenama.Terlintas di fikiran saya, adakah ini Manager di bahagian saya nanti? Hati sudah gelisah melihat raut wajahnya. Dia membuka beg dan mengambil surat khabar yang berbahasa English dan duduk di barisan kerusi yang sama dengan kami. Saya memerhatikannya, atas bawah."Boss ni bagus, dia suka membaca sambil menunggu masa untuk punch card."

Sebentar kemudian, keluar seorang penyelia memanggil semua yang akan melaporkan diri pada hari berkenaan supaya dapat mengekori beliau ke tempat kerja kami. One Man Gang dan Abang yang berpakaian kemas tadi mengikuti kumpulan itu. Hati saya mula berdetik, "siapa abang ini?"
Penyelia tadi sempat menjeling dengan ekor matanya ke arah abang yang berpakaian kemas."Garang betul abang yang saya sangka boss ni sampai penyelia ni pun takut", fikir saya.

Kami di berikan tempat duduk untuk mendengar taklimat dan di ambil rekod kedatangan. Abang Boss dan One Man Gang juga duduk seperti saya. Tembelangnya pecah bila tiba sesi memperkenalkan diri. Rupanya, dia cuma sama seperti kami yang lain, pekerja sementara.Perut saya senak menahan gelak dan One Man Gang tadi memperkenalkan nama sebenarnya, Romzi.
Selepas sesi taklimat pendek, kami di bawa ke tempat kerja.Jelas kelihatan guni guni tembakau yang nampak amat berat sedang menunggu untuk di turunkan daripada lori dan di buka untuk menilai gred daunnya, di ikat semula dan di pikul untuk di muatkan kedalam pallet sebelum di angkut oleh forklift. Kami di berikan hook ataupun pengangkuk untuk menarik guni tembakau berkenaan di atas roller sebelum di pikul.

Hati mula gelisah."Kerja berat ni. boleh ke badan saya memikul guni tembakau tu dari 8 pagi sampai jam 5 petang?" Abang yang saya sangkakan boss itu sudah membuka baju kemeja lengan panjangnya dan cuma beralaskan sehelai singlet. Saya meneliti susuk tubuh One Man Gang dan saya yakin lelaki berbadan seperti ahli gusti itu tidak akan bermasalah dalam bekerja berat begini.
Kami bersalaman. One Man Gang memperkenalkan dirinya sekali lagi tetapi di ingatkan supaya memanggil beliau dengan nama Ramli Sarip."Ohh minat Ramli Sarip rupanya. patutlah berjambang". Abang yang saya sangkakan sebagai boss tadi bernama Hanafiah.

Kami di tempatkan di satu kawasan. Hanafiah di suruh memotong penjuru guni tembakau yang sudah tersusun. Dalam satu conveyor ada 20 guni dan di darab dengan enam conveyor dan setiap guni itu beratnya lebih kurang 60 kilogram. Saya di tugaskan mengikat guni yang sudah di potong hujungnya selepas di nilaikan gred daun. Manakala One Man Gang, di arahkan membuat kerja-kerja stacking dan memikul guni yang sudah di periksa dan di ikat semula. Giliran akan bertukar setiap 2 jam. Panas betul suasananya.

Sewaktu rehat pagi, saya membuka t-shirt yang saya pakai dan nah, peluhnya jika di takung boleh memenuhkan setengah jag air. Dulu kerja cuci, tapi bahaya sekarang kerja berat. Jiwa anak muda dan pekerja yang termuda di situ mula kacau.

Kami bertiga menjadi sahabat karib , Abang Hanafiah, One Man Gang yang di geruni dan saya. Selepas seminggu bekerja, barulah saya tahu yang Abang Hanafiah bekas seorang kelasi kapal. Tugasnya sebagai tukang masak. Terus namanya kami tukar, kami memanggil nama beliau dengan nama Abang Labu.Nama itu sebati sehingga ke hari akhir kami bertemu. Daripadanya kami banyak mengetahui tentang indahnya hidup sebagai kelasi kapal."Pi, life beyond the sea is wonderfull" . Katanya, beliau sempat ke Jepun, US, Indonesia, Australia, Singapore , Italy dan berpuluh lagi negara di dunia. "Gaji macam mana?" ."Banyak.." katanya.
"Habis apsal berhenti" soal saya sambil di perhatikan oleh One Man Gang persis seorang samseng.
"Berhenti pasal dah kahwin jadi kena kerja di darat"
"Oh begitu,"saya mengiyakan. Abang Labu memberi saya semangat baru. Alang-alang menjadi lilin, kerja ini mungkin sesua untuk saya. Biarlah tak berkahwin ataupun lambat berkahwin, di samping mendapat gaji yang lumayan, ada peluang flying far , seperti kata Thomas.
Setiap bulan saya boleh kirimkan wang pada adik. Lagipun hidup atas kapal berbulan-bulan dan duit gaji akan terlonggok sekaligus,tentu saya dapat kirimkan wang yang lebih pada adik dan nenek.

Ungkapan kata-kata dari Thomas pada saya mula terngiang di gegendang telinga." Rafik, am flying far man,".
Ya aku pun boleh ke seberang laut dengan cara ini, setidaknya satu hari nanti!

Hari hari yang seterusnya kami mula mahir dalam menggunakan hook ataupun menjadi Captain Hook.Saya pernah membuka gloove dan melihat tapak tangan yang banyak luka dan berparut serta hitam warnanya kerana memegang hook terlalu lama. Mulut pantas mengeluh" Cis hitam habih tangan". Keluhan saya tadi tertangkap di telinga Abang Labu, pintasnya ,"Pi, biar tangan hitam , jangan hati kita hitam" . Kata-kata Abang Labu tadi terjerat kukuh di benak saya.

Pada insiden yang lain, saya pernah mengeluh di hadapannya, mungkin kerana sudah merasa bosan," Hari hari pegang hook". Jawapan yang cukup educated saya fikir darinya" Biar pegang hook janji jangan pegang tiang penjara" . Ahhhh, Abang Labu melontar kata-kata yang berbaur azimat untuk saya.

Abang Labu seterusnya menjadi penasihat yang berguna pada saya dan juga One Man Gang. Selain daripada nasihat Abang Din sewaktu saya menjadi pencuci dahulu, Abang Labu juga banyak memberikan saya teguran berguna. Antara kata-kata nasihat Abang Labu yang masih saya ingat ;
Beliau mendidik saya agar menjadi seorang pekerja yang jujur - "Biar tangan hitam jangan hati kita hitam."
Beliau mendidik saya agar menjadi seorang pekerja yang bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan mengeluh - "Biar pegang hook janji jangan pegang tiang penjara".
Beliau mendidik saya tentang betapa pentingnya mempunyai seorang penasihat atau moderator di tempat kerja supaya pekerja akan sentiasa mempunyai persepsi yang betul dan positif.
Dan sesuatu yang paling bermakna bagi saya,sesuatu yang dapat saya teladani daripada sikap Abang Labu ialah, dia tidak malu mengangkat guni tembakau yang berbau tengik dan kotor berbanding kerjanya dahulu sebagai TUKANG MASAK KAPAL LAUT yang sentiasa kemas dan segak.

Saya bekerja hinggalah ke tarikh terakhir yang tercatat di dalam kontrak kerja saya,enam bulan. Memandangkan saya mempunyai rekod kerja yang baik dan rajin, kontrak saya di sambung lagi selama dua bulan sementara rakan- rakan lain telah ditamatkan perkhidmatan. Abang Labu hanya sempat bekerja selama empat bulan sebelum mendapat kerja di sebuah hotel. One Man Gang pula berhenti kerja pada bulan yang kelima setelah mendapat kerja sebagai pemandu lori. Akibat rekod kerja yang baik, penyelia syarikat berkenaan cuba mengesyorkan ke pihak atasan untuk mengambil saya sebagai pekerja tetap tetapi malangnya ketika itu zaman ekonomi sedang gawat. Kos untuk seorang pekerja tetap amat tinggi, di tambahkan lagi dengan tembakau yang bermusim sifatnya. Pihak atasan memberi maklumbalas bahawa tidak memerlukan pekerja tetap yang terlalu ramai.

Selepas bekerja selama sembilan bulan, akhirnya saya perkhidmatan saya di tamatkan.Dengan hati yang sedih, saya melangkah keluar dan di iringi oleh ramai pekerja tetap serta penyelia saya .Lambaian tangan mereka cuma di balas oleh curahan airmata saya. Saya pulang menaiki bas mini dan terbayang semula wajah adik serta nenek, " Aku kembali menggangur" bisik hati saya.

"Pegang hook lebih baik daripada pegang tiang penjara..".
Apapun hidup ketika itu adalah lilin...


Friday, June 4, 2010

TOILET


Penghujung tahun 1987, ketika matahari pagi sudah meninggi saya baru terjaga dari tidur. Tersenyum sendirian. Saya gembira, teramat gembira pagi itu. Peperiksaan SPM sudah habis, sudah tamat sesi sekolah.Saya sudah tidak perlu lagi ke sekolah seperti hari-hari sebelumnya. Saya sudah tidak perlu lagi menjinjing beg sekolah yang di dalamnya cuma terisi sebuah buku tulis dan beberapa buah buku teks yang langsung tidak pernah di sentuh.Balik dari sekolah, beg itu akan di campak di suatu sudut sempit rumah usang kami sekeluarga, esoknya saya akan kembali menjinjit beg tersebut. Saya juga tidak perlu lagi berpakaian sekolah, baju putih yang sudah kekuningan dan sehelai seluar hijau yang tidak pernah di sentuh seterika.


Setelah beberapa kali menggosok mata, saya segera berdiri di depan cermin, membelek-belek rambut yang melepasi bahu, kerinting dan sedikit kasar. Rambut yang ada iras David Arumugam dari kumpulan Alleycats, terkadang nampak seakan paras penyanyi kumpulan Deep Purple itu saya mula simpan tidak berpotong sejak 3 bulan sebelum SPM bermula.Pun begitu, saya lebih senang menyamakan rambut saya dengan rambut Zakaria bin Puteh atau Zack, watak yang di bawa oleh Jamal Abdillah di dalam filem Azura. “Zack bukan anak patung, ayah! Itu tak boleh, ini tak boleh. Tanggungjawab ayah telah ayah laksanakan setelah membesarkan Zack, kehidupan Zack, hak Zack. Segala keputusan di tangan Zack! “
Dialog itu saya hafal, masih terpaku kukuh dalam ingatan. Hampir keseluruhan dialog dari filem Azura saya hafal. Pengaruh filem itu bukan hanya pada dialognya sahaja tetapi juga merebak pada pakaian yang di pakai oleh Jamal Abdillah., semuanya saya ikut. Tidak dapat membeli yang baru, yang bundle(terpakai) pun saya sebat. Janji, Zack!


Selepas habis peperiksaan SPM yang saya sifatkan sama dengan terlepas dari penjajahan, saya laungkan MERDEKA beberapa kali. Sekolah umpama satu benteng yang menghalang tanpa saya sedar bahawa pelajaranlah yang akan menentukan untung nasib masa depan. Tamat zaman persekolahan, saya membantu keluarga,terutamanya nenek(arwah) dan seorang adik perempuan yang menjadi tanggungan saya.Sebagai anak sulung di dalam keluarga, wajib bagi saya untuk menggalas tanggungjawab yang kekadang terasa amat menyeksa. Saya mahu membahagiakan mereka dengan segenap upaya saya, walaupun saya sendiri kelelahan.Saya mahu melihat mereka tersenyum suka setiap kali saya pulang dengan tangan menjinjit beg berisi beras dan sedikit wang saku untuk adik ke sekolah.


Dalam kesusahan yang sudah sebati dalam hidup, saya terlebih dulu di ajar dengan didikan alam, hidup perlu cekal, hati perlu tabah dan separuh dari usia remaja zaman ketika mereka yang seusia saya masih galak memakai pakaian seragam sekolah, saya sudah mula bekerja. Kembali dari sekolah, saya perlu bergegas ke sebuah gerai menjual makanan sebelum pukul 6:00 petang. Di situ, saya bekerja secara sambilan. Pulangnya nanti ketika kedua-dua jarum jam sudah saling bertindih(12 malam). Saya tiada langsung ruang untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi untuk melakukan tugasan sekolah. Saya tidak pernah kenal istilah “main bola waktu petang”, tidak langsung ada peluang. Saya hanya berpeluang untuk berlumur dengan sabun mencuci pinggan, mengelap meja untuk pelanggan sehinggalah berteriak “nasi ayam, nasi goreng, nasi putih, nasi goreng ayam, nasi goreng daging, nasi goreng telor bungkus”, memanggil pelanggan datang. Menu tadi harus di hafal, perlu lancar seperti lancarnya orang lain membaca sifir darab. Jauh dalam hati, seperti juga remaja lain, saya mahu hidup senang.Mahu hidup dengan tenang, mahu ke sekolah bersama ibu yang menemani hingga ke pintu pagar sekolah, mahu berjalan berpimpin tangan dengan keluarga menghirup udara nyaman gedung mewah. Semua itu cuma angan-angan, wujud dalam dunia khayalan saya. Saya tidak pernah menyesal dengan segala kesempitan yang menghimpit, saya perlu hidup, perlu terus hidup untuk mereka yang saya sayang.


Saya pernah juga mencuba untuk bekerja sebagai buruh binaan sewaktu cuti penggal persekolahan, tetapi hanya sempat bertahan selama 2 hari sebelum di berhentikan oleh seorang taukey Cina.Alasannya, “lu kurus,talak kuat mau bancuh simen..”. Saya akur dan meneruskan semula kerja sambilan di gerai makan. Sewaktu bekerja di gerai makan itu, lagu-lagu dari kumpulan Iron Maiden dan Deep Purple sering saya siulkan atau sesekali melagukan Sendiri nyanyian Jamal Abdillah. Seperti yang saya katakan awal tadi, tamat sahaja SPM bukanlah kebebasan mutlak untuk saya. Ini zaman mencabar, zaman di mana bidang pekerjaan bukan hanya memerlukan kemahiran tetapi juga sekeping sijil sebagai pelaburan. Nah! Saya perlu bekerja, sepenuh masa. Untuk diri sendiri, untuk membantu nenek dan menyekolahkan adik. Sedikit bakinya, boleh di hulur kepada ibu dan pakcik. Yang paling penting(rasanya), saya tidak perlu lagi menghisap sebatang rokok yang di kongsi-kongsi, saya sudah boleh membeli sekotak besar(20 batang) dengan wang gaji dari titik peluh sendiri. Mewah,bukan? “Cayalah..!”


Bersama beberapa orang rakan sebaya, kami berpakat untuk mula mencari kerja,sekurang-kurangnya untuk mengisi waktu sementara menanti keputusan SPM. Di takdirkan, zaman itu kemelesetan ekonomi sedang menggila. Bukan hanya mereka yang kurang pendidikan(seperti saya) yang menganggur, bahkan si graduan lulusan tinggi juga senasib dengan kami, anak jalanan. Di antara ramai kawan-kawan, ada juga yang cuba menghasut. Katanya “Eleh Pi, ulat dalam batu pun boleh hidup…”. Saya cuma tersenyum sedang hati menggerutu geram. “Itu ulat batu, memang makan batu. Gua orang, kalau beruang lain cerita beb!”. Awal pagi, kami ke Pejabat Buruh, memohon sebarang jawatan. Sampai di Pejabat Buruh, orang ramai sudah bersesak hingga untuk melabuhkan punggung pun tiada ruang. Akhirnya, kami berpeluang mendaftar diri, tetapi masih lagi tiada sebarang peluang pekerjaan. Hanya menunggu. Hampir 3 hari kami ke Pejabat Buruh, melakukan rutin yang sama. Daftar, tunggu.Daftar, tunggu dan akhirnya kami menyerah kalah. Pejabat Buruh tidak membenihkan sebarang harapan, hatta sebesar hama pun buat kami.


Rakan-rakan yang bersama saya ketika naik turun tangga Pejabat Buruh mengambil pendekatan drastik. Kata seorang rakan “ kita terus saja pergi kilang, mana-mana kilang yang ada dalam area Seksyen 15 Shah Alam kita terjah, kita tanya jawatan kosong.” “Setuju”, sahut yang lain. Semua kilang yang berada dalam lingkungan Seksyen 15 Shah Alam kami serbu,ada wang naik bas, habis wang kami jalan kaki, tetapi semuanya pulang dengan harapan yang kosong.
Di takdirkan, setelah kaki mula pedih melecet, saya dan rakan-rakan tadi mendapat tawaran untuk hadir sesi temuduga jawatan kosong, sebagai Cleaner(cuci tingkap, cuci tandas, menyapu). Seorang Supervisor - lelaki yang sebelah matanya lebam(sejak lahir)- menjadi penemuduga kami. Melihat mukanya yang begitu, perut senak menahan gelak. Soalan pertama “ boleh kerja selepas pukul 5 petang?” Salah seorang dari rakan saya yang bermulut “laser” menjawab, “tak boleh, pasal petang kami nak main bolasepak”. “Habislah…”kata saya dalam hati. “Kalau nak main bola, jangan datang minta kerja”, bentak si penemuduga tadi dengan suara yang meningkat tinggi. Sambungnya lagi “esok datang kerja”. Saya tergamam, rakan-rakan yang bersama saya diam membatu. “Esok datang kerja, maksudnya kita dapat kerja ler..!” saya membisik perlahan.

Selesai temuduga yang mencerahkan harapan, saya bergegas pulang memberitahu ibu. Terus pula mencapai basikal dan berkayuh dengan kelajuan maksimum, mahu segera ke rumah nenek bertemu adik. Saya termengah, peluh menyimbah.Tetapi kepenatan itu segera hilang bila melihat muka adik yang menanti dan arwah nenek yang berharap. “ Dik, abang dah dapat kerja, jadi cleaner.” Adik mengangguk. “ Nanti abang kasi duit ya, buat belanja sekolah. Adik kena belajar rajin-rajin”, sambung saya. Adik mengukir senyum. Saya puas. Separuh dari kegusaran saya sudah lekang dari tangkai hati. Tanpa saya sedari, arwah nenek memerhatikan gelagat kami. Saya tahu, arwah nenek tentu gembira.


Tugasan pertama sebagai Cleaner, kami di tempatkan di SUK dan UiTM(dulu di kenali sebagai ITM). Di bekalkan dengan sehelai T-Shirt yang tertera nama syarikat. Seluar, boleh pakai seluar sendiri. Bebas. Saya memakai sehelai jeans yang sudah koyak pada bahagian lutut dan di bahagian paha tertulis beberapa perkataan(zaman rock!).


Di SUK Shah Alam, saya terpaksa memanjat bangunan, tinggi. Pakai safety belt dan cuci tingkap bangunan. Pelantar yang di jadikan tempat berpijak akan terbuai-buai bila di tiup angin. Tubuh tergantung berpuluh meter dari tanah, kenderaan yang lalu lalang nampak seakan semut yang sedang merayap.Sayup, tinggi. Jika tersalah pijak pelantar, alamatnya terus berdesup jatuh.Tubuh boleh hancur. Rasa macam dalam filem Clifhanger pula! Rasa takut sentiasa ada, tetapi segala ketakutan itu akan segera lenyap bila teringatkan janji saya dengan adik. “Nanti boleh beri adik wang, boleh beli buku sekolah dan pakaian sekolah untuk adik”, bisik hati saya. Adik dan janji saya tidak pernah lupus sepanjang saya teroleng di tiup angin sambil mencuci tingkap.


Saya paling suka bila bekerja di UiTM. Di samping mencuci tingkap, dapat juga saya mencuci mata, ramai pelajar wanita yang cantik di UiTM. Beberapa orang pelajar lelaki tersengih-sengih memerhatikan saya. Mereka masih tersengih memerhatikan seorang lelaki dengan rambut kerinting melepasi bahu dan berseluar koyak seperti kutu sedang mencuci tingkap.”Itu lelaki kutu”, mungkin begitu fikir mereka.


Sering juga, dalam waktu-waktu tertentu hati saya mudah terseliuh. Airmata akan menitis, tanpa mampu di tahan. Saya sedar, keputusan SPM saya tidak akan membawa saya ke sini(UiTM) atau ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Barangkali, seumur hidup saya hanya mampu bekerja sebagai Cleaner, sesuai dengan kelayakan yang ada. Saya bergelut dengan perjuangan untuk hidup dan member harapan pada adik dan keluarga, hingga masa depan sendiri entah sesat di mana. Biarlah, saya hidup untuk mereka. Mereka ada saya sebagai pemakmur keluarga dan saya ada mereka sebagai tulang belakang saya, pembakar semangat saya. Wajah ibu dan segugus harapannya yang hampir punah melintas di depan khayal saya. Masuk ke dalam jiwa seorang lelaki yang terpaksa berkorban untuk hidup. Terbayang dengan jelas, harapan ibu yang di tuturnya pada suatu masa “Apit, dewasa nanti kerja mesti pegang pen dan sign saja, ya nak.., mummy dah puas hidup susah, mummy tak mau anak mummy susah macam mummy.Kalau anak mummy kerja jawatan besar, mummy tumpang senang”. Perkataan“nak” tidak pernah renggang dari mulut ibu. “Maaf mummy, saya tak dapat sempurnakan harapan mummy untuk kerja jawatan besar..” dan airmata saya turun mencurah bersama peluh yang membasahi tubuh. Tangan masih terketar membilas kain pengelap tingkap. Saya gagal menyempurnakan mimpi-mimpi ibu.


Sepanjang bekerja sebagai Cleaner, tugas yang paling saya benci adalah bila di arahkan mencuci tandas. “Jatuh standard aku!” Bentak hati. Saya cepat-cepat melarikan diri bila Abang Din(Supervisor) mengarahkan untuk mencuci tandas. Akhirnya, tugas itu di laksanakan oleh pekerja wanita yang sedikit berusia berpangkat kakak.


Saya pernah di tangkap Abang Din sewaktu melarikan diri dari melakukan tugas mencuci tandas. Abang Din yang sedikit rugged tetapi amat jujur dalam bekerja menegur saya dengan dengan suara berbaur kecewa. " Fi, kenapa tak nak cuci tandas? Selalu mengelak?..Malu takut orang tengok ya?" Saya diam dan merenung ke lantai. Tambah Abang Din," Pi, kalau kita takut malu, tak ada apa pun dalam dunia yang kita boleh buat, tak kan ke mana punye". Dia berlalu untuk menghabiskan tugas yang sepatutnya saya lakukan. Saya malu bila di tegur begitu.Sebatang rokok hinggap di bibir. Hujungnya saya nyalakan api. Asap yang memenuhi rongga dada di hembus keluar, berkepul-kepul menembusi hidung. Wajah adik melintas. Janji saya pada adik kembali merentang, seperti sepanduk di depan mata. “ Nanti abang kasi duit ya, buat belanja sekolah. Adik kena belajar rajin-rajin”,ungkapan itu memenuhi ruang minda saya. Itu janji saya, janji seorang abang. Jika saya berhenti kerja sebagai Cleaner, apa lagi yang dapat saya lakukan? Dengan keputusan SPM yang sudah di jangka banyak angka 9, mampukah saya menunaikan janji pada adik? Saya tersandar pada dinding, rokok yang sudah tinggal puntungnya saya campakkan ke longkang dan hilang di bawah arus alur longkang. Betul kata Abang Din, kalau malu perut akan kosong. Ya, jangan berasa malu dan segan. Saya segera mencapai sarung tangan yang terselit di poket belakang. Sehelai sapu tangan berwarna merah di ikat kemas di dahi.Tandas harus segera di cuci, malu di campak ke tepi. Bayang wajah adik dan segunung harapan ibu dan nenek menyerap membakar semangat. “Ini kerja untuk orang yang tak berkelulusan tinggi”.


Bermula dari situ dan setangkai azimat dari Abang Din melalui nasihatnya “kalau kita takut malu, tak ada apa pun dalam dunia yang kita boleh buat”, saya mula bersungguh dalam melakukan tugasan.saya mula di beri kepercayaan untuk melakukan kerja lebih masa(overtime) kerana tiada orang lain lagi yang sanggup melakukan tugasan mencuci tandas, kecuali saya.
Dalam mendaki puncak selepas itu, ayat Abang Din kekal dalam ingatan saya. Semasa mendapat tawaran menjadi Pegawai Latihan dalam kerjaya selepas itu, timbul juga rasa malu. Saya perlu mengajar ramai pekerja baru. Malu jika saya tersalah cakap. Tapi, wajah Abang Din dan gambaran tandas yang pernah saya cuci segera muncul.Saya terima semuanya.Malu dan segan, asam garam dalam bidang kerjaya saya. Hari ini, saya mampu menyampaikan hujah dan pendapat di depan orang ramai dan pernah beberapa kali memberi ucapan di hadapan ratusan hadirin yang terdiri dari pelbagai cabang ilmu dan pangkat, dari mereka yang berstatus pelajar IPT hinggalah kepada yang berstatus Pengarah Urusan. Ia secara langsung menjadi sebahagian dari periuk nasi saya. Berkat sikap tidak tahu malu dan meletakkan sedikit keberanian mencuba sesuatu yang baru, dari seorang operator mesin saya melangkah perlahan-lahan sehingga di pertanggungjawab menjawat jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia. Saya, operator pengeluaran pertama yang berjaya menembusi tembok tebal untuk menjadi seorang Pengurus di sebuah syarikat yang mempunyai hampir 1000 orang operator pengeluaran ketika itu.
“Mummy, saya dapat pegang pen dan sign juga akhirnya. tapi lambat sikit ya mummy..”
Adik sudah dewasa. Adik tidak pernah mengalami pengalaman perit seperti saya. Adik sudah berkahwin dan di kurniakan tiga orang anak yang comel.
“Tanggungjawab abang sudah di laksanakan ya Dik.”

Who said a cleaner cannot become a Manager? Boleh dan tiada jawapan lain selain boleh. You can win if you want , bak lagu Modern Talking.
Saya tidak lupakan pesanan Abang Din dan gambaran tandas yang meletakkan saya pada tahap sekarang.

Wednesday, June 2, 2010

READ!


Satu perkara yang selalu saya titik beratkan dalam sesi latihan untuk penyelia dan pengurus;
READ!

R = Responsible
You are been paid not because of your position but to be Responsible
E = Effectiveness
You are been paid not to be effecient only but also Effective!
A = Action
You are been paid not to report problems mainly but propose and take Action!
D = Dateline.
You are been paid not to plan only but also to meet Dateline.!

So, all Supervisors and Managers out there , by all means please READ!


Nota : Terima kasih pada komen-komen yang di berikan. Ramai yang menelefon saya dan tertarik dengan entri semalam. Nak tahu, nak kongsi bersama formula kemajuan diri saya? Insyaallah entri akan datang saya akan cuba berkongsi rahsia kemajuan diri saya.

Happy Wedding Anniversary yang ke empat tahun kepada Samurai hebat saya.
"Shahrul, baru empat tahun tau..!!"

Tuesday, June 1, 2010

What Do You Do?



Suatu waktu, ketika itu sekitar tahun 1997. Saya yang sedang duduk mengadap meja kerja terkejut dengan sekeping surat yang terselit kemas di antara beberapa keping surat lain.Surat bersampul warna coklat itu tertulis rapi tajuknya " Promotion Interview Exercise"
Wah! Ada chance jadi Executive. Management Staff. "

Saya bermula sebagai seorang penjaga mesin atau lebih di kenali sebagai "machine operator" sebelum di tukarkan ke bahagian Latihan sebagai Pegawai Latihan dan kini peluang kenaikan pangkat ke bahagian pengurusan terbentang luas. Perasaan gembira yang bergaul dalam gementar tak berirama kerana risaukan sesi temuduga sudah meresapi diri saya. Bersarang dan kejap di tangkai hati. Saya gusar kerana kurang pendedahan dalam sesi temuduga di tambah pula dengan detik hati " apa yang nak di jawab dalam temuduga nanti".

Kilatan ingatan wajah ibu pantas menutupi kerisauan tadi. Saya terbayang raut suram wajah ibu dan airmata yang tumpah di pipinya ketika menerima berita buruk kegagalan saya dalam SPM berbelas-belas tahun dulu. Saya gagal. Saya gagal menunaikan tanggungjawab mengembalikan keceriaan ibu yang semakin terpadam.
Ibu terduduk di depan pintu dan melemparkan pandangan jauh. Matanya masih merah dan lelehan airmata tadi di kesat dengan lengan baju yang sudah lusuh warnanya.
Saya pantas mencapai basikal sambil bersiul ke kedai berhampiran untuk membeli sebatang rokok sambil mengibaskan rambut yang panjang melepasi bahu.
Kurang ajar! Betul-betul kurang ajar ketika itu. Ibu yang sedang bergundah dengan kegagalan dan saya yang semakin galak dengan keindahan dunia remaja. Tiada langsung sesal waktu itu. Anak muda yang penuh dilema dengan pelbagai suka duka kehidupan.

Saya membuka surat yang bersampul coklat tadi...
Airmata saya menitis, sambil memegang surat itu memikirkan kenangan yang sempat singgah tadi. "Mummy , I am back Mummy". Detik hati saya. "Tiada lagi air mata", bak lagu Helter Skelter yang popular lewat tahun 80 an.

Pulang dari waktu rehat pagi itu, saya masih duduk termenung di meja kerja dan memegang surat berkenaan. Waktu rehat tadi, saya sempat berjumpa dengan Encik Azaman, lelaki yang kaya dengan nasihat dan lelaki yang saya pernah saya ceritakan dalam entri Take 5 dulu.Encik Azaman sering menitipkan nasihat, terutamanya untuk anak-anak muda(seperti saya), beliau yang kami panggil Sifu tidak pernah kontang dengan teguran dan tunjuk ajar kepada kakitangan yang dahagakan kemajuan dan perubahan dalam bidang pekerjaan ketika itu. Setiap katanya, akan sentiasa saya sematkan sebagai azimat berguna.
Saranan dari Encik Azaman masih terngiang-ngiang di gegendang telinga. Semasa sedang leka dengan secawan kopi dan sebatang rokok yang tidak renggang dari bibir, saya mengajukan soalan pada Encik Azaman. "Bang Man, saya nak cakap dalam interview nanti?"
Dia menjawab "jual diri kamu".
Short , simple and and precise. Gulp!??!!!
"Err....jual diri? Detik hati saya.
Sambung Encik Azaman ,"berikan persepsi kepada si penemuduga yang kamu bukan sahaja layak menjadi seorang Executive tetapi Manager"

Saya mewaraskan kembali kotak fikir saya sebelum saya jumpa jawapnya.
Ya betul, jual diri kita dengan ayat ayat yang meyakinkan dan mampu mengagumkan!

Saya menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat, dengan semangat tinggi yang membalut diri. Keyakinan. Ya, saya melangkah yakin ke ruang yang akan menentukan masa depan saya. Ruang itu nanti, akan membasuh luka ibu. Ruang itu nanti, akan pasti memadamkan episod seorang lelaki berambut panjang yang bersiul mengayuh basikal sedang ibunya masih menitiskan airmata.
Semasa sesi temuduga, saya menjawab setiap soalan tanpa memikirkan siapa saya dahulu. Saya memperincikan setiap apa yang ada dan bersarang dalam kepala saya, dalam pemikiran saya ketika itu. Saya membuang jauh perasaan gentar, sebaliknya kegentaran itu saya alirkan bersama keyakinan ketika menjawab soalan yang di lontar penemuduga. Setiap satu yang saya jawap, saya pastikan dalam bahasa dan ayat yang mudah di fahami, dengan jelas dan terperinci. Saya juga memastikan bahawa jawapan yang saya berikan bukan hanya pendapat dan pandangan yang datang dari seorang Pegawai Latihan, tetapi juga pandangan jauh seorang bakal Executive,barangkali juga pandangan seorang Manager. Saya, seorang Pegawai Latihan yang bermula dengan kegagalan dan kali ini saya hadir untuk menjadi manusia berjaya hanya bertemankan persepsi yang akan di berikan kepada si penemuduga.

Saya berjaya dan di berikan kepercayaan menggalas tugas sebagai Executive/Management Staff. Saya menghulurkan surat kenaikan pangkat kepada ibu dengan kuntum senyum. "Ibu, saya tebus kembali derita ibu", detik hati saya ketika itu. Ibu membacanya, satu persatu.Wajahnya menceritakan gembira,wajahnya mencerahkan kembali jiwa saya. Tiada lagi airmata, kali ini ibu tersenyum penuh berbunga.

Apa yang boleh kita pelajari dari contoh cerita benar saya tadi?
Jual diri kita dengan cara yang kreatif dan bijak. Berikan jawapan yang bisa membuahkan persepsi bahawa anda seorang yang cemerlang dan menarik. Cara kita memberi maklumbalas dalam setiap sesi temuduga atau apa-apa juga bidang merupakan cerminan peribadi dan pemikiran kita.

Lowndes, dalam buku tulisan terbarunya bertajuk : How To Talk To Anyone, telah memberikan contoh yang sama seperti di ajar oleh Encik Azaman kepada saya tetapi lebih mendalam dan lebih terperinci sifat olahannya.
Lowndes memberi kan tips yang bernilai, How To ; What to say when they ask you" what do you do..."
Tambahnya "99% of the people you meet will, of course, ask "and what do you do? Big winners, realizing someone will always ask, are fully prepared for attrative and benefit statements."

Sebagai contoh kalau di tanya kepada seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang joker atau pelawak;
"Excuse me, What do you do?"
Barangkali dia akan menjawab "I am a Joker !"
Jawapan seperti ini tiada kesan dan kurang menarik untuk memberikan persepsi yang cemerlang kepada orang yang bertanya.

Saya syorkan begini ;
"My job is to make people happy. I am a joker"
Jawapan ini sedikit menarik dan dapat memberi persepsi berbeza orang yang bertanya terhadap "si joker".

Maka dengan itu, bersiap sedialah dengan jawapan yang strategik supaya anda akan mendapat faedah darinya.
Kalau masih kurang yakin dengan pendapat saya, rujuklah kepada seorang wakil penjual insurance! Apa jawapnya?

So what is your answer if someone ask you , Hello Sir/ Mdm, What Do You Do? WHAT DO YOU DO?

Monday, May 31, 2010

FAME


Terima kasih kepada semua yang memberikan komen dan juga yang tidak berkira mengutus sms. Ada yang seronok mendengar lagu Tum Bhi Chalo Hum Bhi Chale dan terbawa-bawa oleh kedegilan Amitabh Bachan dalam mengejar kejayaan. Ada yang kata, beliau tergelak membaca perkataan Merry Go Round. Ya benar. Itu perkataan yang sering saya gunakan semasa sesi latihan Leadership ataupun Managing Change. Kebanyakkan organisasi dan pengurus yang gagal dalam menguruskan sesebuah organisasi di klasifikasikan sebagai Merry Go Round. No foward thinking!
Kepada yang menghubungi saya dan bertanya "kenapa tiada entri baru pada hujung minggu?"
Insyaallah akan saya cuba.

Kali ini saya nak bercerita pasal "Aura" dan kehebatan seorang Lady Boss pula. Aura yang hebat. Aura yang boleh menarik perhatian orang. Aura yang mampu membuatkan anda terpegun. Tiap kali saya dengar lagu Fame , ada 2 watak yang selalu bermain di kepala. Salah seorangnya adalah Noorjahan, lebih mesra dengan panggilan Puan Noorjahan, seorang rakan baik saya.


'Baby look at me,
and tell me what you see,
You ain't seen the best of me yet,
Give me time , I'll make you forget the rest'......

Puan Noorjahan adalah seorang Pengurus Sumber Manusia di sebuah firma multi nasional. Baru-baru ini beliau telah berjaya membawa syarikat beliau ke satu lagi tahap menerusi pensijilan 5S seperti gambar di atas. Mubarak ko Jahan ji. ( Tahniah Puan Jahan ).

Beliau telah di pertanggungjawabkan untuk menjadi ketua gerak kerja bertujuan untuk mencapai sasaran bagi mendapatkan pensijilan tersebut. Seorang Pengurus Sumber Manusia yang kebiasaannya memikul tanggungjawab sebagai pembayar gaji bagi para pekerja dan pembuat dasar sesebuah organisasi telah berjaya menjadi pakar berkaitan produktiviti, kualiti , pengurangan kos dan penjenamaan semula imej syarikat adalah sesuatu yang sungguh menarik untuk di kongsi.

'Encik Rafi, saya selalu pusing kilang, saya tahu kat mana ada sawang, lubang yang bocor, pagar yang koyak, longkang yang berminyak dan berapa kotor tandas saya serta adakah alat pemadam api syarikat jelas kedudukannya" .
"Kilang yang bersih kerana orang nya bersih. Pekerja yang bersih akan mengeluarkan produk yang juga bersih'.
Terangnya tenang dalam gaya seorang seorang pemimpin yang sedang di asak dengan pelbagai soalan, tetapi asakan itu gagal untuk menghentikan percakapan dengan jawapan yang bernas dan jelas.Dia meletakkan keyakinan tinggi untuk setiap jawapan yang di beri. Matanya yang beralis tebal tidak pernah berkelip ketika bercerita.
Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya dan senyuman itu selalu saya labelkan sebagai "senyuman CEO".

Ungkapan "pusing kilang" itu bermaksud turun padang atau dalam istilah Kaizen lebih di kenali dengan "Go to Gemba", seperti kata Masaaki Imai-guru Kaizen-dalam bukunya yang bertajuk Gemba Kaizen. Imai melabelkan pengurus yang selalu turun padang adalah pengurus yang cemerlang kerana dapat mengenal pasti punca utama yang menjana keuntungan(profit).Menurut Imai lagi, keuntungan akan datang dari segenap aspek di dalam kawasan syarikat dan bukannya berpunca dari meja pengurus! Pengurus yang bijak adalah pengurus yang dapat membawa keuntungan untuk syarikat bermula dari persekitaran syarikat itu sendiri.

Berbalik kepada Puan Norjahan tadi, ada 3 perkara yang saya belajar daripada beliau setelah mula mengenalinya pada tahun 2005.

Pertama ; Seorang Pengurus Sumber Manusia yang boleh berbicara berkaitan perubahan syarikat selain daripada hanya pakar dalam bidang pembayaran gaji. Seorang pengurus yang tidak berada dalam kategori Merry Go round. Bukan mudah untuk mengubahkan keadaan sesebuah syarikat, walau kita mampu mengubah seketul batu menjadi tugu berupa manusia tetapi untuk merubah sesebuah organisasi/syarikat yang memiliki pelbagai cabang pemikiran pekerja memerlukan seorang pengurus yang benar-benar kreatif.
Puan Norjahan telah membuktikan yang beliau boleh merubah syarikat tempat beliau bekerja dengan kebolehan beliau memimpin.

Kedua ; Sebagai seorang wanita, jantina adalah soal kedua. Hidup harus kompetitif. Falsafah mesti bolehnya terlalu kuat dan mendalam. Kalau wanita boleh , lelaki harus lebih lagi, itu detik hati kecil saya. Keupayaan seorang wanita seperti beliau sebenarnya mencabar tahap kebolehan seorang pemimpin lelaki-seperti saya- dalam membentuk syarikat/organisasi.Benarlah seperti kata pepatah "tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia".

Ketiga ; Saya terkesan, ada banyak kriteria lain yang menarik tentang Lady Boss ini. Banyak ciri-ciri yang ada pada beliau ini membuat saya terfikir , adakah saya sedang berbicara dengan seorang pemimpin tinggi atau pun CEO sebuah syarikat. Ada aura yang tertentu yang menghambat saya. Saya meneliti satu persatu. Dari namanya yang membawa maksud "cahaya dunia", sehinggalah kepada bentuk cermin mata yang di pakainya. Bingkai cermin mata agak sedikit mengunjur dan memberi sedikit ruang keselesaan dari sebelah tepi mata, sekaligus menambah persona pada karisma yang ada pada beliau.

Saya juga cuba melihat Puan Norjahan dari sudut fizikalnya. Apa yang menarik dan membuat saya terpegun seperti ada aura yang menyambar.

1. Senyumannya. kalau di perhatikan gambar di atas , ada sedikit perbezaan antara senyuman kita dan beliau. Senyuman yang mencerminkan personaliti yang tinggi. Senyuman yang meletakkan beliau lebih dari kelas yang di duduki sekarang. Senyuman beliau tidak menampakkan perasaan gembira yang teramat sangat tetapi tidak pula menggambarkan kehambaran yang nyata.Ia seakan ikhlas dan tidak walau saya sedar setiap senyuman beliau adalah cerminan keikhlasan hatinya.
Ini amat penting. Benar senyuman yang menarik boleh mencerminkan siapa anda . Leil Lowndes dalam buku nya yang bertajuk " How To Talk To anyone , 92 little tricks for big success in Relationship , mengatakan 'Big Winners know their smile is one of their most powerful weapons, so they've fine tunned it for maximum impact'. Kita harus belajar menguntumkan senyuman. Senyuman yang boleh mendatangkan kejayaan ketika sesi temuduga, senyuman yang bisa meredakan kemarahan orang bawahan kita sewaktu membawa arahan dan senyuman yang boleh membuatkan orang lain terasa anda sudah kenal dengan mereka berbelas tahun walaupun baru lima minit berjumpa.

2. Gaya percakapan dan intonasi suara seakan akan membuat anda sabar dan berhenti untuk mendengar . Tiada langsung "pause" atau terhenti dengan ngomelan 'uh...errr.." untuk kembali menyusun ayat. Setiap percakapannya lancar dan di hantar dalam nada yang bercampur emosi, membuai tetapi tidak menjemukan. Jika bercakap di khayalak ramai dan anda adalah salah seorang dari khayalak tadi, anda akan merasakan yang beliau cuma sedang bercakap dengan ada sahaja.
Skill "verbal communication" beliau amat tinggi. Ia berkesuaian dengan apa yang di bincang kan oleh D.A Benton dalam buku nya ' How To think Like A CEO, The 22 vital traits you need to be the person at the top,' menyarankan salah satu cara untuk menjadi CEO adalah bercakap dengan cemerlang seperti seorang CEO. ! Bagaimana seorang CEO harus bercakap? Mesti tenang, jelas, tidak kelam kabut , meyakinkan dan boleh mempengaruhi walaupun dengan sepatah perkataan!
Logik. Bercakap itu penting . Cara bercakap itu harus ada tarikan. Satu lagi contoh yang mudah untuk di fahami ialah, kenapa kita panggil orang datang untuk interview sedang resumenya sahaja sudah lebih daripada yang mencukupi. Tetapi kita mahu dengar suaranya, kita mahu melihat tahap keyakinannya , kita mahu lihat keterampilan dan bermacam-macam lagi.


Untuk Puan Norjahan, Teruskan. Prestasi kerja dan gaya yang menyakinkan amat penting. Kedua-duanya sama penting. Dalam keterampilan anda, sudah nyata terserlah separuh dari kriteria untuk menjadi seorang CEO. Anda cemerlang.
Selalulah dengar lagu Fame, anda salah seorang darinya!

Thursday, May 27, 2010

Merry Go Round


Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ramai rakan-rakan yang menelefon dan menghantar komen dalam ruangan ini. Terima kasih.

Saya menjawab satu komen daripada Puan Sania bertarikh May 11, 2010 yang di kirim pada jam 12.30am(mengikut waktu internet), melalui ruangan entri Make Time To Use Time.
Puan Sania telah menulis komen beliau di dalam bahasa Inggeris yang berstatus tinggi. Terkedu saya untuk menjawab kembali komen beliau. Apapun, komen tersebut saya jawap kembali dalam bahasa Melayu bagi memudahkan semua pembaca.
Saya menyalin satu persatu komen dari Puan Sania ;

"sania, May 11, 2010 12.30am,
Each of us has the same 24 hours a day...but how to manage it well and so well..so that we can go beyond the call of duty" Masterji ...please help.

Dan saya menjawab begini : -
"Pn, sudah tentu can go beyond. Semua ada masa 24 jam sehari tapi the WRIGHT BROTHERS MAMPU MENCIPTA KAPAL TERBANG dengan amount masa yang sama dengan kita!"

" Puan Sania, waktu yang tertera pada ruangan komen yang di hantar kepada saya adalah pada jam 12:30am, sudah larut malam(awal pagi). Saya kira, puan tergolong di kalangan mereka yang minat membaca. Kesanggupan Puan untuk membaca dan menulis komen kepada saya amat saya hargai. Jika tidak silap saya, Puan Sania juga merupakan seorang tenaga pengajar sambilan yang hebat.Hait,domo arigato ghozaimazu!"
Terima kasih yang tidak terhingga.

Susulan dari komen Puan Sania yang mencari teknik pengurusan masa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara lebih dari apa yang sepatutnya, saya kategorikan Puan Sania dan sesiapa juga yang mempunyai fikiran sedemikian sebagai " Building a better you is the first step to building a better Malaysia"
Tahniah kerana soalan Puan Sania punyai ciri ciri awal kategori berkenaan! Berikan tepukan kepada diri anda. Kepada pembaca lain yang sedang membaca entri ini, ayuh berikan tepukan kepada diri anda sendiri kerana anda juga sedang melihat benda yang sama.

Kali ini, kita belajar sedikit berkaitan Time Management (Pengurusan Masa) tetapi dari sudut yang berbeza

Pendapat 1 : Hidup mesti ada tiang gol!
Puan Sania, mungkin boleh ke entri saya yang pertama di mana saya mencadangkan agar untuk menjimatkan masa dan melangkah lebih maju daripada apa yang kita pernah capai dahulu ataupun pencapaian orang lain ialah dengan mempunyai tiang gol. Maksud saya, menetapkan impian dan sasaran yang jelas. Persoalannya sekarang adalah bilakah kita mahu mencapai sasaran yang kita tetapkan tadi dan apa yang kia mahu jadi? Bukan perkataan satu hari nanti kerana perkataan satu hari itu boleh di ganjak kan. Mesti ada time frame bila? Bagaimana cara untuk mendapatkanya akan terbit dengan sendiri apabila sasarannya jelas. Hidup bukan lah seperti MERRY GO ROUND.



Pendapat 2 : Wookey siap boss!
Mungkin Puan Sania pernah ke restoran mamak. Encik Azaman yang sedang membaca entri ini mungkin akan tersenyum. “Alahai Rafi oh Rafi, asyik pi restoran mamak sahaja. Saya pasti itu yang terpancul dari mulutnya kalau dia membaca. Hahahha.
Begini ya Puan Sania, saya juga minat makan di restoran lain tetapi kadang kadang apabila saya ingin cepat saya ke restoran mamak. Apa yang saya perhatikan , si pembancuh minuman boleh menghasilkan pelbagai jenis order yang berlainan rasa pada masa yang sama dan kualiti yang sama dalam keadaan yang begitu sibuk. Efficient bukan. Kalau dalam konteks pengeluaran atau kilang, ia sama seperti seorang pekerja dapat menghasilkan lebih daripada satu jenis model pada masa yang sama. Amat pantas. Pembancuh minuman itu punya “tack time” atau “standard time” ataupun “time frame”. Beliau harus menepatinya. Bukan dari segi jumlah yang di order tapi time line yg di berikan.





Pendapat 3 : SINGLE MOTHER
Saya juga kagum dengan golongan “single mother” yang terpaksa bekerja dan anak-anak dalam jagaan mereka selepas proses penceraian. Ibu saya pernah menjadi “single mother” ketika saya berusia 5 tahun sehinggalah umur saya mencecah 13 tahun. Ibu berkahwin semula. Tetapi saya tidak pernah mati kebuluran sewaktu hidup dengan beliau semasa berstatus “single mother” walaupun ibu bekerja di dua tempat satu hari. Saya juga membesar seperti anak anak yang lain. Sempat ke sekolah, sempat makan, sempat membaca buku, dapat tidur yang secukupnya. Banyak yang saya perhatikan dan pelajari. Konteks pemerhatian ini juga saya panjangkan kepada “single mother” yang lain menjelang dewasa. Rasa hormat saya pada seorang “single mother” amat tinggi. Mereka harus bekerja, menjaga anak anak, memandu ,memasak, membasuh, mengemas rumah dan macam macam lagi. Pendek kata mereka adalah bapa dan merekalah ibu. Mereka juga adalah pengurus masa yang cemerlang. Mungkin kalau dapat di temubual mereka ini kita akan pelajari lebih lagi. Kalau mereka boleh menguruskan masa kenapa kita tidak boleh. Kadang kadang sebagai lelaki , saya rasa aktiviti seharian saya lebih kurang daripada apa yang di lakukan oleh seorang single mother yang punyai tanggungan. Sewaktu saya belajar Master dari tahun 2001 sehingga ke 2003, sesi di adakan pada setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad, di dalam kelas yang sama terdapat tiga orang single mother yang punyai tanggungan dan bekerja pada hari biasa. Sudah tentu sukar. Tetapi mereka masih sempat belajar. dapat membuat sesuatu yang lebih daripada orang lain.
Pendapat 4 : Make Time to Use Time.

Pada entri saya yang bertajuk Make Time to Use Time , saya ada menunjukkan contoh seorang samurai saya yang menggunakan sistem yang simple dan mudah. Sebelum kita pulang daripada tempat kerja kita hanya perlu meluangkan masa lima minit untuk merancang apa yang harus di lakukan untuk hari esok berdasarkan keutamaan tugas. Amat Berbaloi!!! Kerana lima minit, berjaya lapan jam waktu kerja esoknya. Beliau tidak menjadikannya sebagai sistem tapi tabiat.

- Pengurusan Masa Sebagai Tabiat Yang Menguntungkan
Pengurusan masa yang cemerlang ialah tabiat bukan sistem. Cuba kita “break” seminit. Saya ingin mengajak Puan Sania dan pembaca yang lain cuba mengingati apa yang telah kita lakukan pada tarikh yang sama tahun sebelumnya, kalau bertulis tentu ingat kalau tidak parahlah jawapnya! sudah tentu tak dapat nak jawab . Perancangan harus di tulis dan bila di laksanakan ia adalah bukti. Bukti yang mengatakan kita menguruskan masa dengan cemerlang kerana kita tahu apa yang telah kita buat dan apa yang patut kita buat. Ingat ia harus bertulis. Jelas. Jelas untuk hari esok dan jelas untuk hari kemudian. Bayangkan, kita di tangkap atas tuduhan yang tidak benar oleh mana mana pihak berkuasa atas pemberian maklumat palsu. Kita telah di tuduh melakukan sesuatu pada hari lepas atau setahun lepas maka kita terpaksa membuktikan yang kita tidak bersalah dan kita tiada di tempat kejadian tersebut. Maka yang boleh membantu kita adalah tabiat kita dalam pengurusan masa. Diari adalah mustahak.Bukankah tabiat pengurusan masa yang baik mendatangkan keuntungan?Dan ia menjadi lebih manis apabila kita bersara nanti, kita akan rasa terhibur melihat diari kita yang lepas kerana kita ingat apa yang kita pernah lakukan dan kita akan tersenyum dengan bangga. “Masa ku tidak terluang dan banyak perkara rupanya yang aku pernah capai sewaktu muda!” Kan hebat tu.




Saya harap pandangan di atas bisa memberikan idea yang bernas dan kesedaran diri yang lebih tinggi dalam penggunaan masa. Time is money!
Hidup harus ada tiang gol dan harus di uruskan dengan berkesan sekiranya tidak hidup berkitar di satu tempat seperti Merry go round!!!


Nota:
1- Pada Encik The One only yang mengikuti blog saya , akhirnya anda berjaya make time to use time. Berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi walaupun sudah disarankan banyak kali tetapi sering menolak dengan alasan tiada masa dan sibuk bekerja tapi kini anda berjaya make time to use time more successfully in the future. Anda bukan lagi Merry Go Round . Tahniah. Ayuh maju ! Anda sudah pacak tiang gol. Bezanya dulu anda sibuk bekerja dan sekarang dengan masa yang sama anda sibuk, bekerja dan BERPELAJARAN!. Berikan tepukan pada diri anda.
2- Tahniah kepada anak buah saya yang juga bernama Apit mendapat peluang ke matrikulasi di Melaka. Syabas, anda berjaya memanfaatkan masa dengan pintar.

Wednesday, May 26, 2010

Tum Bhi Chalo Humbhi Chale



Saya mengambil kesempatan yang memang terhidang untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ramai pembaca yang menghubungi saya untuk entri Junior semalam.
Saya sertakan email yang saya terima dari seorang rakan.Email ini sedikit menyentuh jiwa saya. Kiriman Pn. Moly Nazima,rakan dan guru bahasa Jepun saya yang mesra dengan panggilan Chief. Beliau kamus yang bergerak. Komennya; "I baru bacer your blog entry- Junior, very touching ...sebak dada I.... U bagilah Junior bacer....Mesti dia pun bangga..."
Saya menjawap email tersebut; "Terima kasih. Dada saya pun sebak dan menyedarkan saya supaya berusaha dengan lebih gigih.Junior sudah melihat entri berkenaan, "katanya dulu gambar Babah, sekarang dalam gambar Junior dalam entri blog Babah pulak. Junior suke.."

Kali ini, biarlah saya bercerita tentang Amitabh Bachan pula sesudah bercerita tentang Mohammad Rafi dan Rajinikanth. Saya rasa, tidak perlu lagi saya bercerita lanjut tentang siapa Amitabh Bachan. Populariti beliau bukan sahaja tersebar di sebelah Asia bahkan telah di kenali di seluruh dunia.
Nama Amitabh Bachan melonjak naik selepas membintangi filem Sholay pada 1975 yang di lakonkan bersama aktor Dharmendra.
Saya cukup tertarik dengan lagu yang beliau nyanyikan dalam filem Zameer keluaran tahun 1975. Ketika itu beliau berlakon bersama Saira Banu. Ingat bukan Saira Banu? Orang lama tentu ingat,kan?
Antara lain, lirik lagu ini berbunyi ;
"Tum Bhi Chalo hum bhi Chale,
Chalti rahe zindagi,
Na Zameen manzil na aasman
zindagi hai zindagi..,"



Lagu berkenaan amat popular sehingga telah di sadurkan oleh seorang penyanyi popular tanahair era 80an , DJ Dave.
DJ Dave juga seakan menyalin raut wajah tampan Amitabh Bachan. Hidung mancung dan kening tebal. DJ Dave berjaya menghayati lagu ini, lalu di tukarkan liriknya ke Bahasa Melayu dengan tajuk Masa Yang Lepas Takkan Kembali. Mungkin ada antara kita yang masih ingat bait lirik lagu berkenaan.

"Kau bahagia, Ku bahagia,

biar hidup , hidup lagi..

Masa yang lepas takkan kembali lagi..."

Ibu saya akan termenung dan tersenyum keseorangan bila mendengar lagu ini. Banyak kenangan manisnya terselit di setiap baris lirik lagu ini.Sementara filem Sholay lakonan Amitabh Bachan pula menjadi filem kegemaran ibu.
Filem Sholay bukan sahaja menjadikan pengorbanan sebagai temanya, tetapi turut memberi kesedaran kepada penonton untuk bersama menghayati nilai-nilai persahabatan. Amitabh Bachan yang memegang watak sebagai Jai(Jaidev) adalah seorang protagonis yang berjuang menentang sekumpulan penjahat sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Secara semulajadi, itulah juga watak Amitabh Bachan di dunia sebenar. Tahukah anda, sebelum mencipta nama sebagai pelakon yang bertaraf lagenda hidup, Amitabh Bachan pernah di nafikan haknya semasa sesi ujibakat sebagai pelakon. Beliau yang mempunyai "tone"suara "barritone" dan di anggap tidak layak berlakon, walaupun sekadar memegang watak sebagai tukang pacak(watak tempelan).Tambahan pula, wajahnya yang mempunyai iras wajah kuda dan berkulit agak gelap menyukarkan pengarah dan penerbit filem untuk memilih beliau. Pada masa itu, nama juga adalah aset untuk menjadi pelakon.Memandangkan nama beliau berakhir dengan nama "Bachan", tidak seperti kebanyakkan pelakon lain yang menggunakan akhiran nama "Poor", kehadiran Amitabh Bachan pada sesi ujibakat itu hanyalah sebagai penambah bilangan dan tiada mendatangkan apa-apa faedah kepada panel pemilihan.
Beliau tidak pernah berputus asa atau berniat berundur dari mencuba menjadi pelakon. Beliau mencuba dan terus mencuba dengan menggunakan pelbagai cara untuk mencapai impian hidupnya. Berbekalkan sikap yang tidak pernah berputus asa, beliau akhirnya menjadi pelakon dan bintang filem keluaran Bollywood yang terbaik yang pernah wujud di India dan turut di gelar sebagai "Angry Young Man".

Sepanjang pembabitan beliau di dalam bidang seni, Amitabh Bachan telah berlakon lebih dari 120 buah filem di samping aktif sebagai pengacara rancangan televisyen.Antara rancangan televisyen yang mencatat rating tertinggi adalah rancangan Who Want To Be A Millionaire dalam versi India. Antara pencapaian dan pengiktirafan yang di terimanya sepanjang 40 tahun pembabitannya sebagai anak seni ialah ;

  1. 1978 – Filmfare Best Actor Award untuk filem Don
  2. 1989 – Lifetime Achievement Award from the Rotary Club of Bombay (Mumbai).
  3. 1990 – Filmfare Lifetime Achievement Award (penerima pertama untuk anugerah tersebut)
  4. 2010 - Di senaraikan sebagai "antara 25 pelakon Asia terbaik sepanjang zaman" oleh CNN.
Apa yang boleh kita pelajari daripada beliau:
1. Sikap tidak pernah berputus asa. Sekiranya beliau mengalah semasa gagal ketika kali pertama menjalani ujibakat, sudah tentu tiada sesiapa yang mengenali beliau seperti sekarang.
2. Impian yang jelas. Untuk mencapai apa yang di impikan, cabaran akan sentiasa datang.Setiap cabaran harus di tempuhi dengan kesabaran, ketabahan dan dengan kecermatan yang tinggi,walau kekadang di hinggapi malu menerima hinaan.
3. Vince Lombardi, seorang jurulatih lagenda di dalam sukan American Football(NFL), kemudiannya telah menyerap strategi kejurulatihan sukan di dalam bidang pengurusan telah berkata ; "play to your strength.." . Di dalam konteks ini, Amitabh Bachan telah menggunakan kelebihan yang ada padanya sebaik mungkin.Di anugerahkan dengan suara "barritone"yang mengetarkan jiwa, mimik muka bersahaja kelebihan tubuh tinggi lampainya untuk meraih kejayaan di dalam filem-filem yang di bintangi.

Benar. Kita tidak boleh mudah putus asa. Kalaulah para pakar perubatan dahulu mempunyai sikap cepat berputus asa, sudah tentu sehingga sekarang kita tidak mempunyai teknologi pembedahan yang canggih.
Bak kata Jack Canfield dalam bukunya yang bertajuk; How To Get From Where You Are to Where You Want To Be.
"What others think about you is none of your business".."you have to believe in yourself when no one else does. That's what makes you a winner".
Kalau difikirkan juga secara mendalam,ada benarnya kata-kata Dr.Daniel Amen's yang terkenal dengan falsafah 18/40/60.
"Bila kita berumur 18 tahun, kita bimbang apa yang orang lain fikirkan pasal kita.
Bila kita berumur 40, kita tidak peduli apa yang orang fikirkan pasal kita. Bila kita berumur 60, baru kita sedar sebenarnya tiada siapa pun yang fikirkan pasal kita"
Nah!!
Sebenarnya pada kebanyakan masa, tiada sesiapa yang fikirkan pasal kita sama sekali! Kerana masing masing sibuk dengan urusan sendiri-sendiri dan lebih bimbangkan tentang apa yang mereka harus lakukan.

Maka dengan itu jangan buang masa yang banyak dalam menangani kerisauan memikirkan hinaan dan apa yang orang fikirkan pasal kita. Bila sasaran kita jelas maka kejarlah ia tanpa berputus asa.
Kalau ada masa dengar lah lagu Tum Bhi Chalo Hum Bhi Chale dan ingat lah kekentalan jiwa Amitabh Bachan demi mengejar impiannya.