Saya mengambil kesempatan yang memang terhidang untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ramai pembaca yang menghubungi saya untuk entri Junior semalam. Saya sertakan email yang saya terima dari seorang rakan.Email ini sedikit menyentuh jiwa saya. Kiriman Pn. Moly Nazima,rakan dan guru bahasa Jepun saya yang mesra dengan panggilan Chief. Beliau kamus yang bergerak. Komennya; "I baru bacer your blog entry- Junior, very touching ...sebak dada I.... U bagilah Junior bacer....Mesti dia pun bangga..."
Saya menjawap email tersebut; "Terima kasih. Dada saya pun sebak dan menyedarkan saya supaya berusaha dengan lebih gigih.Junior sudah melihat entri berkenaan, "katanya dulu gambar Babah, sekarang dalam gambar Junior dalam entri blog Babah pulak. Junior suke.."
Kali ini, biarlah saya bercerita tentang Amitabh Bachan pula sesudah bercerita tentang Mohammad Rafi dan Rajinikanth. Saya rasa, tidak perlu lagi saya bercerita lanjut tentang siapa Amitabh Bachan. Populariti beliau bukan sahaja tersebar di sebelah Asia bahkan telah di kenali di seluruh dunia.
Nama Amitabh Bachan melonjak naik selepas membintangi filem Sholay pada 1975 yang di lakonkan bersama aktor Dharmendra.
Saya cukup tertarik dengan lagu yang beliau nyanyikan dalam filem Zameer keluaran tahun 1975. Ketika itu beliau berlakon bersama Saira Banu. Ingat bukan Saira Banu? Orang lama tentu ingat,kan?
Antara lain, lirik lagu ini berbunyi ;
"Tum Bhi Chalo hum bhi Chale,
Chalti rahe zindagi,
Na Zameen manzil na aasman zindagi hai zindagi..,"
Lagu berkenaan amat popular sehingga telah di sadurkan oleh seorang penyanyi popular tanahair era 80an , DJ Dave.
DJ Dave juga seakan menyalin raut wajah tampan Amitabh Bachan. Hidung mancung dan kening tebal. DJ Dave berjaya menghayati lagu ini, lalu di tukarkan liriknya ke Bahasa Melayu dengan tajuk Masa Yang Lepas Takkan Kembali. Mungkin ada antara kita yang masih ingat bait lirik lagu berkenaan.
"Kau bahagia, Ku bahagia,
biar hidup , hidup lagi..
Masa yang lepas takkan kembali lagi..."
Ibu saya akan termenung dan tersenyum keseorangan bila mendengar lagu ini. Banyak kenangan manisnya terselit di setiap baris lirik lagu ini.Sementara filem Sholay lakonan Amitabh Bachan pula menjadi filem kegemaran ibu.
Filem Sholay bukan sahaja menjadikan pengorbanan sebagai temanya, tetapi turut memberi kesedaran kepada penonton untuk bersama menghayati nilai-nilai persahabatan. Amitabh Bachan yang memegang watak sebagai Jai(Jaidev) adalah seorang protagonis yang berjuang menentang sekumpulan penjahat sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Secara semulajadi, itulah juga watak Amitabh Bachan di dunia sebenar. Tahukah anda, sebelum mencipta nama sebagai pelakon yang bertaraf lagenda hidup, Amitabh Bachan pernah di nafikan haknya semasa sesi ujibakat sebagai pelakon. Beliau yang mempunyai "tone"suara "barritone" dan di anggap tidak layak berlakon, walaupun sekadar memegang watak sebagai tukang pacak(watak tempelan).Tambahan pula, wajahnya yang mempunyai iras wajah kuda dan berkulit agak gelap menyukarkan pengarah dan penerbit filem untuk memilih beliau. Pada masa itu, nama juga adalah aset untuk menjadi pelakon.Memandangkan nama beliau berakhir dengan nama "Bachan", tidak seperti kebanyakkan pelakon lain yang menggunakan akhiran nama "Poor", kehadiran Amitabh Bachan pada sesi ujibakat itu hanyalah sebagai penambah bilangan dan tiada mendatangkan apa-apa faedah kepada panel pemilihan.
Beliau tidak pernah berputus asa atau berniat berundur dari mencuba menjadi pelakon. Beliau mencuba dan terus mencuba dengan menggunakan pelbagai cara untuk mencapai impian hidupnya. Berbekalkan sikap yang tidak pernah berputus asa, beliau akhirnya menjadi pelakon dan bintang filem keluaran Bollywood yang terbaik yang pernah wujud di India dan turut di gelar sebagai "Angry Young Man".
Sepanjang pembabitan beliau di dalam bidang seni, Amitabh Bachan telah berlakon lebih dari 120 buah filem di samping aktif sebagai pengacara rancangan televisyen.Antara rancangan televisyen yang mencatat rating tertinggi adalah rancangan Who Want To Be A Millionaire dalam versi India. Antara pencapaian dan pengiktirafan yang di terimanya sepanjang 40 tahun pembabitannya sebagai anak seni ialah ;
- 1978 – Filmfare Best Actor Award untuk filem Don
- 1989 – Lifetime Achievement Award from the Rotary Club of Bombay (Mumbai).
- 1990 – Filmfare Lifetime Achievement Award (penerima pertama untuk anugerah tersebut)
- 2010 - Di senaraikan sebagai "antara 25 pelakon Asia terbaik sepanjang zaman" oleh CNN.
1. Sikap tidak pernah berputus asa. Sekiranya beliau mengalah semasa gagal ketika kali pertama menjalani ujibakat, sudah tentu tiada sesiapa yang mengenali beliau seperti sekarang.
2. Impian yang jelas. Untuk mencapai apa yang di impikan, cabaran akan sentiasa datang.Setiap cabaran harus di tempuhi dengan kesabaran, ketabahan dan dengan kecermatan yang tinggi,walau kekadang di hinggapi malu menerima hinaan.
3. Vince Lombardi, seorang jurulatih lagenda di dalam sukan American Football(NFL), kemudiannya telah menyerap strategi kejurulatihan sukan di dalam bidang pengurusan telah berkata ; "play to your strength.." . Di dalam konteks ini, Amitabh Bachan telah menggunakan kelebihan yang ada padanya sebaik mungkin.Di anugerahkan dengan suara "barritone"yang mengetarkan jiwa, mimik muka bersahaja kelebihan tubuh tinggi lampainya untuk meraih kejayaan di dalam filem-filem yang di bintangi.
Benar. Kita tidak boleh mudah putus asa. Kalaulah para pakar perubatan dahulu mempunyai sikap cepat berputus asa, sudah tentu sehingga sekarang kita tidak mempunyai teknologi pembedahan yang canggih.
Bak kata Jack Canfield dalam bukunya yang bertajuk; How To Get From Where You Are to Where You Want To Be.
"What others think about you is none of your business".."you have to believe in yourself when no one else does. That's what makes you a winner".
Kalau difikirkan juga secara mendalam,ada benarnya kata-kata Dr.Daniel Amen's yang terkenal dengan falsafah 18/40/60.
"Bila kita berumur 18 tahun, kita bimbang apa yang orang lain fikirkan pasal kita. Bila kita berumur 40, kita tidak peduli apa yang orang fikirkan pasal kita. Bila kita berumur 60, baru kita sedar sebenarnya tiada siapa pun yang fikirkan pasal kita"
Nah!!
Sebenarnya pada kebanyakan masa, tiada sesiapa yang fikirkan pasal kita sama sekali! Kerana masing masing sibuk dengan urusan sendiri-sendiri dan lebih bimbangkan tentang apa yang mereka harus lakukan.
Maka dengan itu jangan buang masa yang banyak dalam menangani kerisauan memikirkan hinaan dan apa yang orang fikirkan pasal kita. Bila sasaran kita jelas maka kejarlah ia tanpa berputus asa.
Kalau ada masa dengar lah lagu Tum Bhi Chalo Hum Bhi Chale dan ingat lah kekentalan jiwa Amitabh Bachan demi mengejar impiannya.
1 comment:
Ya memang betul, dalam mengejar impian kita kena setkan target..and go! Jangan fikirkan apa orang lain fikirkan tentang kita. Terlalu fikirkan apa orang kata...kita tak akan ke mana. Kebanyakan orang lebih suka lihat kita tidak ke mana..
Post a Comment