Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, September 30, 2013

Filem KL Gangster 2 Hebat!


Sebuah filem Malaysia yang terhebat tahun ini.
Saya berikan two thumbs up buat filem ini dan Skop Production! Filem ini boleh memberikan mesej pada Hollywood, We are on our way to beat you!

Pawagam penuh sesak dan berbagai kaum yang datang menonton. Masterji menontonnya minggu lepas dipawagam.

Kalau dilihat dari segi bird view, filem ini mengisahkan pertembungan antara beberapa organizasi yang mahu merebut pasaran.

Masing masing punyai CEO, dan samurai di dalam organizasi mereka. Masing masing mahu melebarkan profit margin . Jelas kelihatan elemen coaching, leadership, recruitment dan strategi untuk berdaya saing.

Cuma produk mereka adalah haram, gangster dan perkara perkara lain.
Sebuah filem yang bukan sahaja memaparkan isu gangster tetapi perjuangan seorang Ibu tunggal yang di tinggalkan oleh seorang suami yang tidak berguna .

Sebuah filem yang memberikan kita mesej bercampurlah dengan mereka yang boleh membina.
Sebuah filem yang memberikan  kita mesej , apa pun status profession kita  kalau silap percaturan
kita boleh menjadi mangsa Tai Long, Dragon, King. Manusia pembinasa.

Semua watak utama jelas kelihatan hidup. Pertembungan dua wira yang perkasa tetapi berlainan jiwa.
Tai Long yang kejam bersama mimik mukanya.Tahniah kepada Rosyam Noor kerana mampu membawakan apa saja watak yang diberikan.
Malik seorang yang bertimbang rasa dan kesayuan yang jelas pada mimik muka nya mencerminkan beliau tidak suka dengan apa yang dibuat.


Syabas adik Syamsul , Dato Yusoff Haslam dan skop production.

Friday, September 27, 2013

Larry King


Ramai yang mungkin mengenali beliau. Selalu kelihatan di CNN.
Komunikator yang hebat!

Nama sebenarnya ialah  Lawrence Leibel Harvey Zeiger .
Di ubah oleh Pengurus Besar  sebuah stesen radio ,  Marshall Simmonds kepada  Larry King agar ia lebih mudah, cepat untuk diingati.  
Nama berkenaan akhirnya meletup dan menjadi popular !

Salah sseorang Pengurus disitu telah mengambil beliau bekerja untuk tugas lain.
Apabila salah seorang announcer di Radio berhenti, peluang berkenaan telah diberikan pada beliau.

Dan beliau jadikan hari berkenaan sebagai hari untuk bertolak ke sebuah destinasi yang lebih cemerlang!
Manusia yang bijak menggunakan peluang dengan menghargai nya dan bukan dengan seribu satu alasan tidak boleh.
" Err leceh lah"
" Err tak da orang lain ke"
" Hissssh tak nak lah apa nie suka suka aje pilih orang suruh buat itu ini"
" Err saya tak boleh bercakap lah tak nak lah.."
" Hissh malu lah , tak nak lah"
" Err kalau tukar kerja, gaji naik tak, elaun tambah tak, itu ini tambah tak".

Semua itu tidak wujud didalm kamus hidup Larry King ketika diberikan peluang.
Dia jadikan sebuah peluang itu sebagai pembuka jalan untuk beridir sama dengan mereka mereka yang hebat!


"Mereka yang berjaya bebas daripada penjara kegagalan seterusnya mencipta kejayaan adalah mereka yang menyedari kunci
pembuka nya  adalah diri mereka sendiri"
Rafi Masterji!

Thursday, September 26, 2013

Kuasa seorang Pengawal Keselamatan!



Baru baru ini kecoh tentang berita seorang pengawal keselamatan di kasari dan dimarahi oleh isteri kepada seorang pemain bolasepak negara..
Masterji cuma membacanya di akhbar.

Sebagai seorang yang pernah menjadi  Ketua Jabatan Sumber Manusia , setahu Masterji perkara ini bukan baru dan selalu terjadi.
Masterji tidak mahu komen perkara yang terjadi pada Encik Azman Nayan, pengawal keselamatan tersebut tetapi untuk komen am bagi pengawal keselamatan yang lain.

Dulu sewaktu bekerja , ramai staff Masterji yang bertugas sebagai pengawal keselamatan akan dimarahi, ditengking sesuka hati, diherdik dan dikatakan jangan menunjuk pandai.
"Kau kerja Security, apa yang kau tau?"
"Kau belajar pun tak tinggi. Dapat kerja sebagai guard dah kira cukup elok lah tu."
"Jangan sibuk boleh? Kau jangan campuri urusan akulah!"
Itu antara contoh caci maki yang sering diterima oleh pengawal keselamatan di tempat Masterji bekerja dulu.

Jangan salah faham dengan nama jawatan berkenaan. Walaupun nama jawatan cuma sebagai Pengawal Keselamatan, tetapi mereka sebenarnya mempunyai bidang kuasa yang luas.
Pengawal Keselamatan boleh menegur sesiapa sahaja termasuk C.E.O syarikatnya sendiri.

Seorang Pengawal Keselamatan juga boleh menahan mana-mana pekerja yang disyaki terlibat di dalam apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang syarikat tanpa ada sekatan dari segi pangkat, berjawatan tinggi atau rendah.

Pengawal Keselamatan juga berhak untuk memeriksa kenderaan pekerja, beg pekerja, almari, meja dan laci pekerja pada bila-bila masa sahaja sekiranya di dapati ada sesuatu yang mencurigakan mengikut kuasa yang diperuntukkan dan melalui prosedur yang tertentu.

Apabila kita memasuki mana-mana premis syarikat pegawai pertama yang harus kita patuhi dan hormati ialah pengawal keselamatan. Mereka mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana individu dari memasuki presmis mereka sekiranya di dapati ada kecurigaan atau alasan yang tidak munasabah.

Di zaman Masterji dulu, tiada keistimewaan diberikan sama ada kereta yang masuk ke syarikat kami punyai
pelekat-pelekat tertentu ataupun pengaruh pengaruh tertentu. Malah kereta C.E.O kami pun akan diperiksa.

Secara ringkasnya, jika polis bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan orang awam, Pengawal Keselamatan pula bertanggungjawab menjaga premis dan kakitangan yang berada di dalam premis yang di amanahkan kepada mereka.

Apabila ada orang memasuki rumah kita harus lah menghormati tuan rumah
itu sahaja asasnya!

Friday, September 20, 2013

DJ Tra


Semalam bertemu dengan DJ mysuara.fm, DJ Tra.

Semalam diadakan acara temubual perihal buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS..di mysuara.fm.
DJ T'Ra lakukan persediaan yang cukup rapi sebelum menebual Masterji.
Beliau mempelajari dahulu buku berkenaan dan berjaya mengupas perkara perkara yang penting.

Beliau mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat, dan Masterji fikir beliau boleh bergerak jauh kehadapan.
Masterji cadangkan DJ T' Ra jadi yang terbaik di Malaysia.

Beliau punyai pandangan yang jelas dalam penetapan kerjaya nya.
" Bukan berapa banyak kebolehan tapi fokus pada satu jua boleh berikan kejayaan".
Sama dengan apa yang Masterji selalu ajarkan dan tuliskan didalam buku.

Syabas T'Ra, anda bakal jadi manusia terkenal. Tetap kan tiang gol anda dan anda akan terbang tinggi.
Tiada yang bermula cemerlang kecuali mereka yang bermula untuk menjadi cemerlang!

Terimakasih pada Cik T' Ra dan juga semua kakitangan mysuara.fm yang cukup peramah dan tinggi nilai customer servicenya.
Jua pada saudara Fathi dan grup RJ dari Karang Kraf.

Friday, September 13, 2013

Six Million Dollar Man.


Gambar diatas pasti mengingatkan anda tentang Steve Austin, watak Bionic Man yang dbawa oleh Lee Majors.
Idea asal dari buku Cyborg yang ditulis oleh Martin Caidin.


1974 sehingga tahun 1978 kisah ini cukup popular. Disusuli kemudian oleh Cyborg wanita, Bionic Woman .
 Mungkin ramai yang masih ingat wajah ayu Jaime Sommers dilakonkan oleh Lindsay Wagner ketika itu.

Ketika zaman itu, program Six Million Dollar Man ini adalah produk jauh kehadapan; Blue Ocean Strategy.
Memaparkan manusia yang punyai elemen kuasa Bionic dalam diri nya.
Mata, tubuh, larian dan kekuatan Bionic.

Menjadi program no 1 dan paling diminati. Watak Steve Austin menjadi icon, ikutan pada zaman kanak kanak ketika itu.

Apa sahaja filem lain yang dilakonkan oleh Lee Majors ketika itu pasti namanya tetap dipanggil Six Million Dollar Man. Identiti yang kekal bersamanya.

Idea yang innovatif ketika itu.Selepas itu banyak filem Cyborg yang dihasilkan sehingga hari ini.
Mungkin Six Millikon Dollar Man masih kuat di hati bagi setengah setengan penonton.

Ingat Inovatif ingat strategi lautan biru!
Indah dan manis kenangan ketika itu.

Wednesday, September 11, 2013

Bapa yang terpuji, Datuk Yusof Haslam, KL Gangster 2


Filem KL Gangster 2 ditimpa masalah sebelum ditayang kan.
Menyedihkan. Kita jua akan akan merasa tertekan andai kata kita berada di tempat  Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof .

Ia tidak sepatutnya terjadi. Mencuri hasil pendapatan orang lain yang bukan hak kita.
Suratkhabar mengatakan Syamsul Yusof berada didalam keadaan yang tidak keruan dan emosi nya terganggu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Dugaan yang besar dan berat buat mereka.

Kalau dilihat dari satu sudut yang lain, sudah pasti nya filem ini adalah sebuah karya yang terhebat maka ia menarik perhatian mereka yang
menjadikan nya bahan curi.
Setiap dugaan membawa tanda hikmah yang kita manusia biasa tidak ketahui. Bersabarlah.
Setiap kesalahan jua akan dibalas sewajarnya yang dimana kita manusia biasa jua tidak tahu bagaimana dan bila ia akan berlaku. Tetapi ia tetap akan berlaku.

Masterji membaca akhbar hari ini.
Kes bunuh manusia kerana haiwan, Cicak Tokek dan;
kisah Datuk Yusof bersama isu filem KL Gangster 2.

Masterji berikan pujian pada Datuk Yusof.
Ciri ciri kebapaan dan kepimpinan yang hebat.
Filem nya dicuri, anak nya tertekan tetapi beliau masih cekal, sabar, berani kesana kesini untuk bertindak .
Beliau tidak putus asa.
Berusaha keras membimbing anak nya keluar dari kemelut ini dan masa yang sama mencari pesalah yang sebenarnya.

Bapa yang terpuji.
Masih kuat, mampu kedepan, kesana kesini memperbaiki keadaan.
Sebagai Bapa, Masterji juga belajar dengan sikap kepimpinan seorang Bapa seperti Datuk Yusof Haslam.
Leadership starts from family , in the home.
Syabas Datuk.


Pada adik Syamsul Yusof,
Jangan lah berpatah hati.
Walaupun anda seorang anak muda , anda ada bakat yang hebat.
Anda ada idea yang bagus. Anda telah memberikan sesuatu kelainan dalam industri perfileman Malaysia.
Kalau dulu kita asyik mengagungkan filem filem Gangster dari Barat dan lain lain tetapi kini anda serta Bapa anda berjaya mengubahkan persepsi berkenaan.

Anda adalah kilang penyelidikan dan pembangunan, sumber idea maka sudah pasti nya anda dapat menghasilkan lebih banyak filem filem lain.
Mereka tidak boleh mencuri otak anda.
Kita harus ada pelapis pengarah muda yang berbakat seperti anda untuk masa depan,

Ketika ini, lakukan lah apa yang kita boleh buat. Cari punca dan perbaiki lah ia.
Kita tidak boleh jatuh terus terusan.
Bangun kembali dengan LEDAKAN YANG LEBIH HEBAT!
CARI SAMPAI DAPAT ROOT CAUSE NYA!

Ayuh kembali dan ada ramai diluar sana yang akan berikan anda sokongan dan kerjasama yang bagus.

Datuk Yusof Haslam,
Anda hebat!

Tuesday, September 10, 2013

Heart Break Kid



Wajah dan orang nya pernah mengegarkan dunia gusti (wrestling tahun 90 an) .
Ketika itu dia membawa kebudayaan dan cara baru kealam berkenaan.
Beliau diberikan gelaran Heart Break Kid(HBK)
Menjadi pengusti y
ang lebih rugged, gaya seorang rock star dan membawa lebih ramai kaum muda
untuk menjadi peminat gusti dan penonton distadium bertambah!

Beliau bukan sekadar hebat di gelangang gusti malah menjadi pujaan ramai peminat.
Beliau tidak punyai susuk tubuh yang beroto amat, teapi masih gagah untuk menjadi juara!
Menjadi juara WWF sebanyak 3 kali sepanjang karier nya dan kini sudah bersara akibat kecederaan dibahagian belakang!

Dilahirkan pada tahun 1965, 22 July anak kepada seoang askar.

Beliau tidak menjadi pengusti kerana kebetulan tetapi memang telah memasang tiang gol untuk menjadi
pengusti profesional sejak berumur 12 tahun!

Dia berjaya mencapai impian nya!
Berjaya membawa cetusan perubahan dengan gaya yang lebih keremajaan ketika zaman kemunculan nya.
Dia berjaya dengan tiang gol nya!

Salah seorang legenda terhebat di WWF selain daripada mereka yang lain seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Stone Cold, dan The Rock.

Saya masih ingat dengan jelas lagu tema background music Shawn tiap kali apabila giliran nya sampai untuk bertarung;

"I think i'm cute,
I know I'm sexy.
I got the looks,...,
I got the moves..." .

Saya bukan  menyarankan anda menjadi pengusti tetapi pasang lah tiang gol dari awal agar kita tahu dimana harus bermula sekiranya kita tahu dimana mahu berakhir!

Ramai yang mungkin masih ingat dengan Shawn.
 Ingat Shawn ingat lah ...umur 12 tahun sudah tiang gol!

Kadang ada diantara kita yang sibuk dengan pelbagai jenis perkara , semua terrer tetapi satupun yang tidak digenggam dengan betul dan berjaya!

Tahu kenapa kadang-kadang ada orang yang bekerja begitu lama tetapi masih tidak berubah pangkatnya?
Ini kerana mereka tidak mempunyai tiang gol yang jelas.


Cik Fame dan Dr Lap Top apa khabar?
Harap anda sihat selalu ya.

Tempoh har berbual dengan Cik Fame Puan Noor Jahan, beliau masih hebat dengan banyak tiang gol untuk menjayakan syarikat nya!


Thursday, September 5, 2013

Dulu Pencuci Kini Pengurus - Komen dari Cikgu Kamil

Komen ini datangnya dari Cikgu Kamil, penulis buku Rahsia Menjadi Genius.
"Salam Encik Rafi, terima kasih hadiahkan buku.  Saya sedang membaca. Setakat ini apa yang boleh saya saya komen ialah ianya 'world class' in term of content and writing.
Baca buku tuan ada rasa macam baca buku Brian Tracy."

Terima kasih Cikgu Kamil. Masterji juga sedang membaca buku Rahsia Menjadi Genius dan mendapati ianya amat menarik.

Tuesday, September 3, 2013

Two thumbs up for Tanda Putera!


Filem yang harus ditonton.
Bukan dari segi perkauman tetapi kerana;

Tokoh pemimpin yang hebat!
Tokoh lelaki yang amat berkualiti dan disegani!
Tokoh pemimpin yang mendahulukan kerjaya, negara, misi lebih dari penyakit berat sendiri!

Malu rasanya Masterji.
Kadang demam sedikit, selsema sedikit, kita sudah meraung raung, mc lah, rehat lah, macam macam lagi.
Tidak pada Tokoh Hebat Tun Abdul Razak.


Syabas pada Datin Suhaimi Baba!
Berjaya menjadikan bahan bacaan keperwiraan Negara, kisah politik, Pemimpin menjadi visual yang mudah difahami!
Diharapkan lebih ramai Tokoh yang kisah kehebatan mereka di filemkan.
Malaysia perlukan lebih banyak filem seperti ini agar bukan sahaja generasi sekarang mengenali pengorbanan seorang pemimpin malah saya sendiri turut belajar!
Rasa taat, kasih dan berjuang untuk negara akan wujud!

Amat cemerlang filem ini.
Filem yang berjaya membuatkan banyak keluarga mengeluarkan airmata ketika menonton!
Filem yang diberikan tepukan gemuruh sejurus tamat dipawagam.
Terperanjat Masterji sampai begitu sekali respon penonton!

Memang sebak dada dan banyak boleh dipelajari.
Masterji benar benar tertarik dengan kualiti  lelaki dan kepimpinan Tun Razak .

Juga Masterji tertarik dengan keperwiraan Kulasingam. Polis yang jujur , ditembak lebih kurang lapan belas das tetapi masih selamat!
Orang jujur, baik, amanah, tidak menganiaya orang lain akan terus selamat cuma perjalanan hidupnya banyak cabaran!
Tetapi mereka lah Hero sejati! Rock Star!

Banyak yang Masterji belajar dari filem ini.

Friday, August 30, 2013

Tahniah Kavyan!

Masterji ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kumpulan Sasterawan Kavyan terutamanya kepada Encik Uthaya Sankar SB kerana dengan usaha beliau dan ahli kumpulan tersebut, laporan aktiviti Lawatan Penulisan Kavyan telah tersiar di majalah e-BACA terbitan Kumpulan Media Karangkraf edisi September 2013.
Laporan yang tersiar di majalah e-BACA ini adalah berkaitan Lawatan Penulisan Kavyan di negeri Perak dan Pulau Pinang.
Masterji juga pernah terlibat dengan aktiviti yang di anjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan iaitu pada acara  Baca Cerpen Kavyan dan Dialog Penulis sempena Pesta Buku Selangor 2013.


Untuk makluman, Kumpulan Sasterawan Kavyan ini adalah kumpulan yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang berteraskan sastera dan budaya masyarakat di Malaysia.
Menariknya, mereka menggunakan Bahasa Malaysia dalam setiap acara yang di adakan.

Pada 01-September-2013, Kumpulan Sasterawan Kavyan yang diterajui oleh Encik Uthaya Sankar SB akan menganjurkan acara Baca Cerpen Kavyan:Sedekad Kemudian di Galeri Shah Alam, Selangor dan Masterji mendoakan supaya majlis ini berjaya.


Sekali lagi, tahniah Kavyan.




Tuesday, August 20, 2013

Priyanka Chopra Bestseller!


Siapa kata orang dapur tak hebat!
Siapa kata orang dapur hanya layak keluar didada akhbar hanya dengan kes kes airmata!
Siapa kata orang dapur hanya boleh cakap" Saya ni orang perempuan apa lah daya saya"

Mereka boleh menjadi legenda!
Mari kita lihat kisah Rock Star Prinyanka Chopra!
Rock Star bermaksud mereka mahu menjadi yang terbaik dalam bidang mereka! Tidak mengejar nombor tetapi memastikan berkualiti!
Kalau anda seorang pemain bolasepak, anda lah terbaik dalam bidang anda!
Anda dikenali dengan bakat anda bukan kerana glamer murahan anda!

Ratu Filem Don ini dikatakan terbang tinggi kini.  Anak kepada pasangan yang pakar dalam bidang fizik!
Priyanka Chopra atau pun nama watak nya dalam filem Don; Rhoma bijak mencipta masa untuk mencipta nama!
Berjaya membawa diri nya dari satu titik ke satu titik kejayaan!
Rock Star yang hebat!

Priyanka Chopra atau pun nama watak nya dalam filem Don; Rhoma bijak mencipta masa untuk mencipta nama!
Berjaya membawa diri nya dari satu titik ke satu titik kejayaan!
Rock Star yang hebat!

Polisi hidupnya;

With every hit film, you become a number one or a number two, and with each flop film, you become a number six or number seven. And hits and flops come and go like nobody’s business in this fraternity. If you start keeping track of the number and the position, you’ll really lose your mind. Nothing succeeds like success, and that’s why I pay no attention to this whole number game. We’re all striving to be successful, but the measure of success does not come from being called number one for three months and then being forgotten about,”

Bekas Miss World ini ditawarkan untuk merakamkan suara nya dalam filem Walt Disney!
Akan dimuatkan dalam lagu penyanyi PittBull  jua tidak lama lagi

Rhoma atau Rock Star Priyanka Chopra akan terbang tinggi!
Menjadi terbaik dalam bidang nya!

Rock Star seperti ini jelas dengan tiang gol nya!
Sama seperti Rooney dari Machester United menjadi yang terbaik dalam bidang nya.
Sama seperti Pele Raja Bolasepak yang tidak mengenali orang orang atasan tetapi hanya tahu menjadi yang terbaik!

Mereka akhirnya menjadi terbaik! Mereka matang dalam mendefinisikan kehidupan dan kejayaan!
Mereka tahu membezakan perbezaan mengejar glamaer dan kredibel diri!
Mereka tidak menjadi manusia suku.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam nyanyian.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam sajak.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam lukisan.
Sekejap nak tunjuk bakat dalam bidang korporat!
Sekejap itu sekejap ini tiada fokus!

Rock Star manusia yang fokus., konsisten , dan merancang setiap babak kecemerlangan!
Mereka tidak mengejar nombor tetapi mereka pastikan mereka yang terbaik!

Cik Fame dan Dr Lap Top Kulim apa khabar.
Jom kita jadi Rock Star!

Thursday, August 15, 2013

Apit


Suatu  pagi di hospital bukit klang ( Nama dulu).

" Akak dapat anak lelaki ya"
Wanita berkenaan mendapat anak lelaki, anak yang pertama .
Ibu wanita berkenaan menemani anak nya!
Nenek pada bayi yang baru lahir itu.

Bapa bayi berkenaan ada tetapi entah dimana ketika itu! 

Kehidupan amat sukar ketika itu.
Wanita berkenaan tiada pekerjaan ketika itu
mengharapkan jasa baik suaminya yang kadang ada kadang tiada.

Nenek ! Ya Ibu pada wanita  berkenaan lah manusia yang banyak membantu.
Bekerja di estet, memasak dan menjual nasi lemak serta menjadi orang gajian dirumah orang kaya!

Mak Cik Esah datang melawat. Lawatan yang penuh dengan seribu hajat.
Mahu menolong mengurangkan beban wanita yang bersalin tadi.
Kehidupan yang daif, susah mana mungkin boleh memberikan yang terbaik pada bayi yang baru lahir berkenaan!
Sudah pasti tak boleh!

Mak Cik Esah sedang hanyut dibuai angan angan. Bayi berkenaan sebentar lagi pasti bertukar tangan!
Nenek tadi sibuk kesana kesini setelah diberitahu boleh membawa anak dan cucu nya pulang kerumah.
Teksi tahun 60an dicari dan seorang pemandu teksi yang berbangsa Cina sudah siap menunggu untuk menghantar pulang didepan
Hospital!

Wanita yang baru bersalin itu sedang menatap wajah bayi berkenaan dengan rasa yang amat sayu.
Dibuang mati emak, ditelan mati bapa . Sukar membuat keputusan.
Tiada pekerjaan, ada suami tetapi sudah tidak mencerminkan tanggungjawap sebagai suami.

" Esah atau bawa pulang"
" Bawa pulang atau Esah"
berfikir dengan serius dikala airmata nya menitis satu persatu.
Nenek memerhatikan cucunya yang baru lahir dan anak nya yang sedang sedih dikala ibu ibu lain yang bersalin
sedang gembira dan seronok bermain dengan bayi masing masing

Akhirnya, wanita berkenaan , ibu nya dan bayi berkenaan berada didalam teksi dan sedang
bergerak pulang.
Mak Cik Esah kecewa, sedih kerana impian nya tidak tercapai.
Bayi lelaki tadi tidak berjaya menjadi miliknya .

Ibu bayi berkenaan lebih berhati waja, lebih nekad dan tekadnya jelas.
Mati atau hidup , bayi berkenaan adalah miliknya dan akan bersama dengan nya!
Akan dijaga oleh nya biarlah susah biarlah daif, biarlah Bapa bayi berkenaan ada atau tidak!

Diberikan nama yang penuh pada anak berkenaan sama dengan bintang pujaan Hindustan ketika itu, Mohd Rafi! penyanyi legenda tahun 60an!
" Mummy mau kau berjaya seperti nya nak".
Wanita berkenaan membisik kan kata nya pada bayi berkenaan!

Apit nama timangan yang diberikan pada anak berkenaan!
Wanita berkenaan mencari pekerjaan dan berjaya diterima bekerja sebagai pekerja biasa.

Bapa bayi berkenaan?
Cuma nampak sekali sekali. Banyak kali yang tak nampak!

Pulang kerja bayi berkenaan selalu dikedongnya keluar berjalan tidak jauh dari kawasan rumah.
Ketika itu ia adalah sebuah perkampungan kecil , kini dipanggil sebagai bulatan Taman Berkeley Klang!

" Apit, kalau  besar nanti kerja mesti pegang pen sahaja ya nak, kerja sign sign sahaja, kita dah lama susah"
Pesanan wanita berkenaan pada bayi nya yang didukung dan dibawa berjalan!

Satu kenangan yang abadi, Satu keputusan yang tepat,!
Mummy nama mu terindah disisiku.

Ya nama nya Apit! 
Esok atau bila bila boleh kita sambung ya para pembaca!

Cik Fame dan lain lain apa khabar ya?
Harap semua sihat adanya!

Wednesday, August 14, 2013

Bojan Hodak



Saya terdengar sesuatu dari penerangan Bojan Hodak ketika perlawanan  bolasepak tempoh hari antara Barcelona dan skuad Harimau Malaya.
Saya tiada komen tentang perlawanan berkenaan baik atau buruk. Biarkan pasukan Harimau berlatih dengan pendedahan bersama kumpulan kumpulan jaguh lain.

Saya juga berharap agar Malaysia satu hari nanti dapat masuk ke Piala Dunia.

Cuma saya ingin memetik ayat ayat yang bagus dari Bojan Hodak berkatian dengan Coaching dan taktik!

" They are creating space, they are running without ball with them"!
Menerangkan corak permainan Barcelona dimana pemain mereka tidak menunggu bola tetapi
mencipta ruang agar mereka dapat mencapai kejayaan. Mereka tidak menunggu bola kemudian mula berlari.
Mereka tidak bertumpu pada satu tempat.  Bermakna mereka mencorak kan bentuk permainan tanpa arahan!

Satu ungkapan yang bagus dari Bojan.

Mungkin sudah sampai masanya Malaysia memilih beberapa orang bekas pemain ataupun yang sedang bermain tetapi
tengah menuju ke umur persaraan diambil sebagai jurulatih dan dihantar ke Negara Negara hebat sebagai pelatih/ Trainees
atas biayaan negara.

Mungkin 3 tahun mencukupi. 6 bulan yang pertama sekiranya pencapain pembelajaran mereka tidak bagus bawalah pulang dan hantar
calon lain!

Ini cuma pandangan peribadi saya.

Ingat kata Bojan
"They are creating space , they are running without ball with them".
Begitulah pada pendengaran saya lebih kurang.

Tuesday, August 6, 2013

Nasihat Encik Zakaria , good for Business Man!

Malam tadi bertemu dengan seorang lelaki hebat. Encik Zakaria suami Puan Noor Jahan (Cik Fame )
Pre raya kat dirumah Cik Fame.

Encik Zakaria bertugas sebagai pegurus di Proton.
Banyak yang saya pelajari dari nya.
" Kalau kita berniaga , kita juga harus makan gaji dan bukan meranapkan keuntungan"

Satu nasihat yang bagus. Beliau mengingatkan rakan rakan nya dan sesiapa sahaja tentang betapa bahaya nya seorang ahli perniagaan
yang tiada disiplin dan minda yang betul perihal pegurusan perniagaan serta profit.
Betul kita kalau berniaga jangan lupa diri, jangan mula melihat setiap sen yang kita dapat boleh dibelanjakan sesuka hati.

Benar kita harus fokus pada masalah perniagaan yang memang sudah ada bukan tambah hutang persendirian dan jadikan business kita dalam bahaya!

Terimakasih Tuan !

Terimakasih dan tertarik melihat pasangan suami isteri ini, sama sama punyai fikiran pandang kehadapan dan dapat merasionalkan setiap isu dengan jelas!

Terimakasih .

Selamat Hari Raya



Masterji ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca, sama ada yang pernah berjumpa atau langsung tidak di kenali.

Jika terselit khilaf dalam berkata, terguris hati dalam bicara dan tersinggung rasa dengan tulisan Masterji, harap dapat di maafkan.

Salam lebaran dan jaga diri dari Mohd Rafi bin Jalaluddin dan Value Guide Training Consultant.