Salam pada semua. Sungguh kau istimewa! Terimakasih pada sokongan dan sudi meluang kan masa untuk membaca entri entri Masterji. Masterji tidak sepandai mana cuma boleh berkongsi benda yang Masterji fikir bisa menjadikan kita termasuk saya sendiri menjadi manusia yang berkualiti.
Baru baru ini Masterji jumpa ramai orang selain daripada students dan training participants. Ada yang unik, dan menarik. Ada yang subjective dan ada yang objective.
Teringat pada pesanan Cik Fame kita, Pn Noor Jahan, jangan lupa senyuman yang menawan dan meninggal kan kesan bila di khalayak ramai. Sure tak lupa.
Tergelak saya baca pasal 5S. Kenapa tak jalan dah setahun nie, why, why, why.... ha ha ha macam tanya sewaktu berada dalam training program pulak. Saja mengusik ya. Apa pun saya yakin dengan kebolehan Pn. Saya pasti bisa di aktifkan semula dengan bakat yang Pn ada. Sesiapa yang dah berurusan dengan Pn, akan tahu kebolehan Pn. Walaupun Masterji ada untuk berikan pengetahuan, anda lah yang memasti kan nya bergerak. Banyak kali Pn telah buktikan. Saya dengar , Syarikat Pn,akan di lawati oleh orang besar dari Jepun untuk belajar pasal 5S . Kalau benar itu berita gembira. Kalau dulu, orang Malaysia pergi ke sana unutk menimba ilmu tetapi kini Pn telah buktikan kita sudah MERDEKA dan bisa jadi Tok Guru untuk mereka. Mubarak Ko Jahan Ji, Mubarak Ko!
Tak pa nanti bila kita retired, kita akan duduk tersenyum bangga mengenangkan apa yang telah kita buat dalam hidup kita. Sekurang kurang nya Pn pernah menjadikan organizasi Pn cemerlang sebagai seorang rakyat Malaysia, seorang HR Manager dan juga sebagai seorang muslim. Anda pernah menjadi guru dan di rujuk!
Ada yang bersara nanti tersenyum pabila mengenangkan masa lampau sekurang kurang nya dia pernah jadi penyelia. Dan tidak kurang juga yang merana mengenangkan tiada apa sebenar nya di capai sekadar glamour yang tiada mendatang kan faedah. Hargai lah diri kita.
Itulah juga harapan Masterji . Masterji mahu nanti bila bersara , ada lah sesuatu yang murni, bernilai dan manis untuk di kenang . Benar tiada yang perfect tetapi kita tidak boleh sewenang wenang nya hidup dan beriontasikan slogan itu selama lama nya. Kita harus cuba mengurang kan jurang antara kekurangan dan kesempurnaan. Jangan lah nanti kita ibarat "..Kerakap di atas batu..................." .
Entri kali ini berkaitan dengan, Tommorow never dies 2: sungguh kau istimewa. Berita ini Masterji baca dan petik daripada akhbar Metro dated: 23rd September 2010. Masterji pernah menulis tentang entri Tommorow never dies yang pertama tentang kejayaan orang yang kurang upaya bisa masuk ke Universiti dan kalai ini juga untuk orang orang yang sama.
A Thousand and One Nights sebuah restoran di Barat Afghanistan yang menyediakan nasi panas dan dan kebab yang enak mempunyai satu ke unikan. Sebenar nya ada daya tarikan lain di situ. Terdapat 3 orang pekerja yang kerdil di situ. Ia memberikan pandangan yang menarik pada setiap pengunjung. Di samping membantu untuk memberikan peluang pekerjaan kepada mereka bertiga yang telah di klasifkasikan sebagai orang kurang upaya oleh Kerajaan nya, Pengasas restoran berkenaan juga bijak untuk mengwujud kan something different di restoran nya.
"Orang pendek tak semesti nya jadi badut sahaja" Kata salah seorang dari mereka. Abdul Jabber yang gemar pada aktiviti bina badan.
Sesuatu yang berlainan dan mungkin boleh di pertimbang kan oleh mana mana tokeh restoran di Malaysia. Saya fikir ia akan berjaya dan sudah pasti beratus ratus kanak kanak yang akan memaksa ibu bapa nya ke restoran berkenaan! Saya pasti.
Sungguh Kau Istimewa!. Be different , Be Creative !
Bila sebut perkataan sungguh kau istimewa nie, teringat Masterji pada lagu nyanyian Dj Dave bersama Uji Rashid. Lagu lama. Saya sertakan. Sambil belajar kita berhibur, Principle of Adults Learning.
Mungkin di masa akan datang bila anda mendengar nya ingat lah pada entri ini,
A Thousan d and One Nights.
2 comments:
Salam Masterji,
Lama dah tak buka blog ni, dah banyak tertinggal rupanya. Syabas pada Masterji kerana dapat meneruskan blog ini tanpa jemu.
Saya dulu mempunyai seorang kawan yang kerdil. Apa yang saya perasan adalah perasaan mereka untuk membuktikan kepada dunia yang mereka adalah sama atau lebih baik daripada orang biasa kadang kala menyusahkan diri.
Saya pernah tanya pada rakan saya tersebut kenapa dia hisap rokok (masa tu masih belajar tingkatan 4) dan kadang-kadang tu mengacau orang tak tentu pasal (perempuanlah)? Jawapnya supaya tak tersisih dari kawan. Dia menyangka yang keadaannya akan menyebabkan kawan lari, malu. Untuk mengelakkan dari itu berlaku, dia terpaksa mengikut apa yang kawan buat.
Masa tu saya tak pandai sangat nak nasihat orang, pasal sendiri pun tak berapa betul, cuma sekarang ni teringat balik. Pada asasnya kita cuma perlu percaya pada diri sendiri. Selagi kita tidak lakukan apa yang Allah larang, cukup. Apa orang nak cakap, pedulikan. Betul ke Masterji?
Salam for now.
azaman
Salam Masterji....melihat gambar2 pd entri ini..."kecik2 cili padi". jgn pandang rendah pd mereka ini...sekiranya peluang diberikan dan sekiranya kena pada tempat & ketika pasti mereka juga boleh berjaya seperti 'orang biasa'
InsyaAllah...dgn aktiviti2 yg mendatang ditempat saya...terasa semakin bersemangat memperkembangakan & memperbaiki progam 5S. Sudah semestinya usaha demi usaha akan diteruskan agar ia dapat dikekalkan & menjadi budaya pada semua kakitangan.
Post a Comment