Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, September 27, 2010

5'2


Bak komen Pn Noor Jahan dan Encik Azaman berdasarkan entri Sungguh Kau Istimewa, perkataan kecik kecik cili api, memang benar. Mereka tidak boleh di pandang rendah.

Mengikut beberapa sumber yang di yakini, ketinggian jeneral Revolusi Perancis, Napolean Bonaparte ialah 5 kaki 2 inchi. Tetapi bisa jadi penakluk yang terkenal dan berani.

Masterji ;
1.Beliau tidak pernah merasakan kekurangan fizikal(ketinggian) yang ada pada beliau sebagai halangan untuk berjaya.
2. Beliau tidak pernah menyalahkan keadaan
3. Beliau memberikan mesej yang baik pada kita, ada hati semua jadi janji di usahakan.

"He who fears being conquerred is sure of defeat"
- Napoleon Bonaparte.

"Selagi kita tidak lakukan apa yang Allah larang cukup, apa orang nak cakap, pedulikan. Betul ke Masterji"
dari Encik Azaman. Waw lama tak dengar citer? Apa macam ? Lama ya beraya.

Benar Encik Azaman. Kalau kita kaya pun orang tersenyum kalau kita miskin pun orang tersenyum. Kita kena hidup untuk kita. Benar kita perlu mendapat kan pandangan orang tetapi kita harus screen betul betul sebab ada yang berikan pandangan secara jujur, ada yang berikan pandangan kerana punyai agenda.

Contohnya macam di atas ni, Kalau ah ada orang mengeji Jeneral Perang di atas ni dulu, "tak usah lah berperang, saiz badan pun tak cukup syarat " dan dia terasa malu dan was was maka hari ini, nama dia tak akan wujud dalam sejarah.

No comments: