Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, September 28, 2010

PIBG DAY !



Salam hormat pada semua pembaca yang di kasihi.

It's PIBG Day! Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Gambar di atas adalah gambar Masterji di Sekolah Rendah Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Bertarikh 28 Februari 2009. Bulan Februari 2009 ni banyak kenangan untuk Masterji. Banyak sangat. Bukan sekolah anak Masterji. Sekolah lain.

Pihak sekolah dan Pengerusi PIBG, Encik Abdul Hadi telah menjemput saya untuk memberikan ucapan berunsurkan motivasi pada ibu bapa dan guru-guru serta berkongsi sedikit pendedahan tentang alam pekerjaan.

Kali pertama mereka menukar rentak. Kali pertama menjemput orang swasta datang dan berikan ucapan. Masterji gembira dan terharu. Kalau babak sekolah inilah permulaan dan kemudian ke sekolah lain. Kalau di tempat lain banyak juga termasuk di hospital berkongsi pengetahuan. Tak sangka boleh berkongsi pandangan dengan para doktor dan jururawat dalam dewan kuliah mereka. Dulu masa duduk belek rambut panjang tak pernah fikir boleh masuk dewan kuliah hospital dan bercakap di aktiviti PIBG. Tapi bak kata peribahasa "yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang."

Di Sekolah Rendah Pandamaran Jaya, ni Masterji beritahu 5 perkara. Seperti biasa, Masterji tak suka berjela jela dan simplicity adalah mustahak. Tambahan pula bagi memudahkan pendengar mudah faham yang Masterji ada lima perkara aje maka kuranglah mereka menguap. Strategy pertama jalan! Mata mereka bersinar dan mulut tersenyum.

5 Perkara :
1. Salam dan ucapan terima kasih pada mereka yang menjemput dan para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Sambil betulkan kedudukan microfon. Al maklumlah , saiz ukuran Masterji tinggi jadi kenalah buat necessary adjusment. Nama pun Rafi, bermaksud yang tinggi, nama tu kan satu doa maka bila di panggil berkali kali maka bertambah tambah lah tingginya.

2. Ucapkan terimakasih pada para ibu bapa kerana sudi meluangkan masa satu atau dua jam untuk anak sendiri.
Masterji sambung : Kebanyakkan mereka cuma ada masa 6 tahun untuk membentuk peribadi, tingkah laku dan sikap yang tepat dalam kehidupan anak anak. Darjah satu sampai darjah 6, kalau cemerlang dari tingkatan satu sampai tiga duduk asrama kalau cemerlang lagi sampai tingkatan lima di asrama dan kalau masih cemerlang terus ke Universiti dari babak diploma, Degree , Master, sampai ke PHD! Berapa lama tu? Lama. Lama di luar dan lama belajar. Dalam masa enam tahun kita boleh jadikan anak kita sebagai Juara atau "Sazali" macam dalam cerita anak ku Sazali. Hadirin ketawa.

3. Saya kemudian berikan 3 jenis ibu bapa : Allaryaham Dato Haji Sidek, Encik Hassan, dan Nancy Eddison.

Allahyarham Dato Sidek adalah bapa kepada pemain pemain Badminton negara yang berjaya. Kenapa? Beliau menetap kan sasaran dalam hidup anak anak nya dan memastikan sasaran tercapai dengan didikan, disiplin dan keseimbangan mengendalikan rasa kasih sayang dan hukuman.

Encik Hassan, yang terpaksa menahan pedih herdikan ana nya "kalau dua puluh tahun dulu, bapak pukul Sazali , ya mungkin Sazali berubah, bapaklah yang bersalah"....Hassan bapa kepada Sazali.

Nancy Eddison yang membuktikan secarik kertas yang di bawa pulang oleh anaknya dari guru sekolah tidak benar. Tidak benar dan Nancy bisa membuktikannya.Kertas itu tertulis," Tommy sangat bodoh, di minta keluarkannya dari sekolah". Nancy sebagai ibu membuang kertas itu dan berkata anak saya tidak bodoh. "Saya sendiri yang akan mengajarnya. Saya sendiri". Ia terbukti dan anak itu membesar dan berjaya. Dia adalah Thomas Edison.


Begitulah serba sedikit perkongsian Masterji dengan mereka. Hadirin gembira dan begitu juga para guru.Pulang hari itu, saya terfikir, suatu pengalaman yang manis untuk orang seperti saya.

Banyak juga aktiviti kemasyarakatan lain yang saya buat:

Seminggu sebelum tu, 21 Februar1 2009 ( hari sabtu ) dari 9 malam sampai pagi Ahad buat kerja rukun tetangga. Tengok rumah, tengok orang, tengok kereta dan melihat kisah kisah pelbagai ragam manusia di awal pagi.Emm menarik. Sampai dua kali minum teh 'O' ais tengah tengah malam akibat dahaga sangat . Dua kali tumpah. Tak tahu kenapa tumpah. Ha ha ha. . Mungkin straw itu terlalu pendek, atau straw itu tidak padan dengan gelas yang cantik atau pun straw itu tidak berkualiti langsung. Mungkin juga gelas berkenaan tidak dapat di kendali kan dengan baik. Apa pun kenangan jadi rukun tetanga pun boleh buat kita belajar banyak perkara.

1 comment:

Noor Jahan said...

Mubarak Ko Master Ji!!!
Makin jauh perjalanan Master Ji dan kejayaan diraih satu persatu berkat usaha yg gigih.

Actually I just came back from one open house in Shah Alam....a big bangalow house in Sect. 7. I like her 'coz beliau tidak berpendidikan tinggi..tapi berkat usaha yg tidak mengenal jemu beliau berada dikedudukan sekarang & mampu mengubah nasib keluarganya!! Dan satu lagi yg I puji sikap dia ialah beliau tidak pernah melupakan rumput dibumi....