Salam aidilfitri kepada semua rakan rakan, my valued customers and semua peminat.
Bagi Masterji, Aidilfitri tahun ini ada yang menarik dan pahit. Ada ketika Masterji tersenyum dan ada masanya Masterji termenung. Apa pun kita mesti teguh!.
Jangan lupa ibu bapa di kampung dan adik beradik sekelian. Darah adalah lebih pekat dari air. Di kala kita sibuk bershopping untuk beraya , orang tua di kampung sedang berpeluh menyedia kan apa yang patut untuk menyambut kepulangan kita dari bandar.
Kalau kita tujuh beradik dan setiap kita telah berkahwin dan katakanlah setiap dari kita ada 3 orang anak. Maka kalau di campurkan , diri kita, pasangan kita, anak kita tiga orang maka jumlahnya adalah :5 orang. Kali dengan 7 keluarga maka total nya : 35 orang! Ramai tu. Maka hulurkanlah apa yang patut. Sama ada, si Along, atau Angah, atau Alang, atau Ucu ada hulur atau tidak, kita jangan peduli. Itu bukan soal utama. Soal utama ialah kita dan tanggungjawab kita. Walau pun keadaannya seperti kita sahaja yang kasi tapi tidak yang lain, itu pun bukan soal nya. Kalau orang lain tak nak sembahyang tak kan kita pun berhenti sembahyangkan.
Therefore , teruskan bantuan anda pada mereka. Berayalah semesra mesranya dengan mereka dan sepenuh kasih. Kita tidak pasti dan kita juga tidak boleh pastikan sama ada Aidilfitri tahun depan dapatkah mereka bersama kita lagi atau dapatkah kita bersama mereka lagi. Kita juga kelak akan jadi seperti mereka. Maka apa yang kita buat hari ini, adalah pelaburan untuk masa akan datang.
Akhir sekali, Masterji ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada semua para peminat, pembaca, yang menyokong blog ini. Masterji juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua dan kiranya ada kata kata yang kasar dan perilaku yang tidak manis, maka kemaafan di pinta dari hati yang tulus ikhlas.
Blog ini akan bercuti sementara. Akan di buka semula selepas 20 September. Tetapi ia boleh di baca dan komen di alu alukan. Masterji akan sering memeriksanya.
Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin dari Masterji.
1 comment:
Salam Master Ji. Pantas betul masa berlalu yer...dah nak beraya pulak!!
Bercakap pasal balik kampong utk beraya ni memang mcm2 versi yg kita dengar. Pendek kata kalau ada yg bersikap kurang bertanggungjawab pada ibubapa yg masih ada spt yg Master Ji sebutkan dlm entri....berubahlah kerana kita ni adalah 'mentor' pada anak2. Jgn esok kita menyesal pulak...masa tu 'nasi sudah menjadi bubur'.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada Master Ji sekeluarga. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan dari Master Ji andai ada terkasar bahasa atau perbuatan yg melukakan hati Master Ji. Salam dari saya buat keluarga Master Ji.
Tidak lupa pada mereka yang saya kenal dlm blog ni....Ms. Sonia & Mr. Azaman...Selamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir batin. Semoga bergembira bersama2 keluarga tersayang!!!
Post a Comment