Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, September 30, 2010

Who paid your salary?


Salam kepada semua pembaca yang di hormati dan kepada semua yang di sayangi. Terima kasih pada komen komen yang di berikan. Ada sms yang bertanya melihat entri semalam, PIBG, ya benar, ibu Thomas Edison bisa mengubah keadaan. Ini yang di katakan Leadership Quality. Untuk melihat sama ada seseorang itu boleh memimpin ialah sewaktu krisis . Waktu itulah kadang kadang Performance Appraisal harus di jalankan.

Ada yang bertanya, pengorbanan itu haruskan Masterji? Memang benar. Untuk memerdekakan sesebuah negara kadang kadang beratus yang mati. Untuk membuatkan negeri Melaka memahami pentingnya Hang Tuah, ia telah membuatkan Hang Jebat kehilangan nyawa.

Dalam filem Bara,untuk menyelamatkan Effa (lakonan Nasha Aziz ) yang telah di ugut, aniayai, dan di jadikan pelacur oleh watak setan yang bernama Carlos (Rosyam No) , Amri (lakonan Awie ) kehilangan banyak perkara termasuk maruah dan masa depan. Hah pengorbanan! Tetapi kalau pasangan kekasih anda minta anda berkorban dulu untuk menguji status cinta anda, itu jangan ikut. Itu bukan pengorbanan , itu terkorban namanya. Ha ha ha. Masterji suka nonton filem. Filem adalah knowledge!

Komen Encik Azaman perihal pasukan bolasepak negara kita. Susah nak consistent. Bagi saya beginilah ya, ada beza antara pemain dan pejuang.

Entri kali ini ialah berkenaan dengan kualiti dan betapa pentingnya customer!

Gambar di atas saya petik daripada akhbar Metro hari ini.

London, seorang lelaki mengesan bangkai tikus melekat pada sebuku roti yang di beli dan di sediakan untuk anak anak. Teruk. Bapa kepada empat anak itu, Stephen Forse, berkata roti itu dibeli dari sebuah pasaraya. Forse melaporkan bahawa beliau telah termakan beberapa keping roti berkenaan sebelum ternampak bangkai tikus itu. Pegawai kesihatan yang memeriksa roti berkenaan memberitahu , ekor tikus itu tidak di jumpai dan membuatkan Forse fikir , dirinya telah menelan ekor tikus berkenaan. Lagi haru kawan tu jadinya. Bagaimana pun tiada ahli keluarga Forse yang sakit.

Kerugian yang teruk! Rugi nak bayar gantirugi, rugi nak bayar macam macam saman dan rugi yang terlalu rugi ialah image syarikat.!

Teringat salah seorang Boss Jepun , Tom Watanabe , saya dulu bertanya pada saya 'Lafisan ( Encik Rafi ) Who paid your salaly ( Salary)'?

Jawap saya secara direct "Company, HR dept".

Katanya "No, it is the customer who paid your salary".

Saya "...Errr..." Benar juga kata nya. Maka Customer amat mustahak.

"There is only one Boss, The Customer. And he can fire everybody in the company from Chairman on down, simply by spending his money somewhere else"
- Sam Warlton, Wallmart.

No comments: