Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, February 28, 2011

Bridge not fences!


Dalam kehidupan ini, kita akan berjumpa ramai orang. Dalam pendakian kita ke Puncak , kita akan mendengar dua jenis nasihat, yang mengalu alukan kita membina jembatan dan mengesyorkan kita memasang pagar halangan dengan lebih kukuh!

Begitu juga saya. Dalam bad kerjaya, bermula dari seorang toilet cleaner sampai lah ke HR Manager , saya menemui kedua kedua jenis kategori penasihat di dibawah ini dan saya rasa anda juga pernah melalui nya.

Kumpulan yang mengesyorkan anda memasang pagar supaya tidak maju ke depan :
" Kalau gaji kita kecik, kita kurang kan lah usaha kerja kita berbanding dengan gaji kita"
" Eleh, nak buat apa tonjol tonjol diri, nanti macam macam di suruh nya, tambah beban"
"Eleh, apa risau, kita kan graduan, kalau syarikat ni tak best, kita pi lah kerja tempat lain"
"Hishh, lu apahal kerja lebih lebih, oh mau kasi tunjuk lu bagus kita orang malas lah"
"Kerja tu biar slow slow sikit, kalau boleh biar lambat, nanti boleh dapat OT"
"Eleh, rilek lah , dah memang nama pun manusia biasa lah tak perfect, kalau nak perfect sendiri bikin lah"
"Susah susah ambil aje MC esok, bukan bapak lu punya kilang pun"
"Kita tengok siapa power, Management atau kita "
" Kita jangan jadi hamba kerja"
"Apa tambah elaun ke, kalau kita buat perubahan"
" Silap ke? Reject banyak ke? Biasa lah tu, standard lah"

Aha , itu adalah sedikit daripada yang pelbagai lagi. Kita harus tanya diri kita semula: Adakah beban tanggungan kita sama berat dengan penasihat itu? Adakah masalah kita akan selesai dengan nasihat seperti itu? Adakah kita rasa tabung untuk berikan anak anak kita ke pengajian yang lebih tinggi sudah cukup? Adakah isteri dan anak kita akan berasa bangga dengan sikap seperti di atas ? Adakah kita rasa cukup kebal apabila kita punyai kelulusan? Adakah kalau esok esok kita terlungkup, penasihat itu bisa memberikan bantuan ekonomi secara percuma pada kita?

Kadang kadang kita lebih banyak melawan orang daripada diri kita.
Kita tak lawan diri kita supaya lebih maju,
kita tak lawan diri kita supaya menjadi lebih terbuka dan positif,
Kita tak lawan diri kita supaya kita lebih baik daripada yang lain,
Kita tak lawan rasa malas dalam diri kita sebalik nya kita lawan segala falsafah dan penasihat yang berikan jembatan yang lebih baik,
Kita tak lawan fikiran kita supaya berfikiran lebih rasional dan kreatif,
Kita tak lawan keselesaan yang wujud dalam diri kita,

"Setiap Hari, kita di berikan peluang; Samaada membina jembatan ataupun mengukuhkan lagi tembok halangan"

Benar, Kalau dulu kita gagal, masa yang lepas tak akan kembali, tetapi masa yang akan datang boleh di perbaiki. Go and change your chances for betterment.

Of course , we may not get a perfect tommorow but at least a better tommorow!

Bercakap pasal membina jembatan kemajuan diri ini, sekali lagi saya ucapkan tahniah pada The One. Pn Noor Jahan, Cik Fame kita juga mengucapkan tahniah dalam entri semalam untuk The One. Cik Fame juga tumpang gembira dan mengesyorkan membina jembatan yang lebih luas ke hadapan.

Saya tertarik pada komen anda, Normally behind a success man, there is a women, but in your case it was a Man, ha ha ha. Thank you. Saya bukan sahaja berjaya memberikan jembatan kepada The One tetapi satu kegembiraan pada seluruh ahli keluarga anda. Syukur alhamdulillah. Memperbaiki salah seorang insan bermakna memberikan kebahagiaan dan kehidupan pada sepuluh insan insan lain yang bersama nya. The One kini anak anak anda dan isteri anda pasti melihat anda sebagai legenda keluarga yang cemerlang.

Blog ini, menemui nawaitu asal saya, sedekah dan amal jariah melalui perkongsian pengetahuan.
Saya gembira. Blog ini akan hidup dan menjadi kenangan manis pada semua para pembaca yang di hormati.

Pada Cik Fame, YES YOU ARE SUPER RIGHT! Saya tertarik dengan komen mengatakan brand itu lebih banyak berkaitan dengan personality dan image seseorang individu itu. Bingo!
Melihat ragam kita sudah bisa memastikan brand nya! Thank you a good and simple key word for my training contents!



Sunday, February 27, 2011

Bird View!



Some people success at the workplace because of:
" While the rest having departmental view, I have organizational view"

Aha! a good one right. Way to the top , you must have bird view ! If you have got it, you are on your way to be CEO or you had excellent potential to be a business man.

Therefore, be a bird view experts!


Pada The One, tahniah in advance. Anda begitu ceria semalam ketika berjumpa. Rupa nya sudah hampir gaduate. Kira sudah berjaya. Hampir dua tahun wrestle with time to balance in working and learning. Kini, anda membuktikan diri anda berjaya memasuki senarai orang orang yang berjaya menggunakan masa 24 jam sehari dengan cemerlang. Anda akan meniti dari bibir ke bibir rakan rakan anda, " Tengok , dia pun ada masa yang sama 24 jam sehari, tetapi lebih berjaya dari kita" Ayat yang akan anda dengar kelak!. Now you had brought yourself out from Merry Go Round trap.
Congratulations and well done. Don't stop and go for more.

Turn back to your kids and tell them, Daddy made it and tell them , age is not the problem. At least even you're not going to be a world legend after this but in family will be confirmed!

Masih jelas bagaimana sukar nya memujuk anda untuk memasang tiang gol, dan akhirnya anda ketepikan Merry Go Round dan bermain dengan tiang gol. Very good.

Saya doakan yang terbaik. Ketua Union yang berwawasan dan memang benar anda seorang yang berbeza.

Pada yang lain, The One kawan kita yang sering mengikuti blog Masterji telah berjaya naik taraf dirinya. Kalau mahu ikut silakan.

Saturday, February 26, 2011

Brand


Kalau kita beli barang pasti kita kan memilih yang branded. Jam tangan yang ada brand, kasut yang ada brand, dan macam macam lagi yang ada brand. Tak kira lah apa brand tetapi kita punyai definisi yang tersendiri terhadap brand brand tersebut.

Aha! begitu juga kita. Diri kita. We must create our brand! A brand that make us noticed by many others.

Kadang orang kata " Hah, dia tu, memang Mat Smart asyik kemas aje" Itu salah satu brand.
Ataupun, " Tak pernah tengok baju dia berkedut, rapi bergosok setiap masa" itu juga brand.
Ataupun " Itu orang, kalau bercerita selalu double meaning" itu pun brand juga tetapi yang tak manis.

Bila kita memilih calon kenaikan pangkat, kita melihat apa jenis brand calon berkenaan. Rajin, kemas, telus dan macam macam lagi. Begitu juga apabila kita memilih calon pekerja baru.

Begitu juga dalam pemilihan pasangan hidup, sudah pasti yang di cari adalah brand yang berkualiti.

Kita bebas memilih brand yang kita rasa sesuai dan boleh menarik perhatian dan pastikan brand tersebut tidak menjejaskan maruah kita dan letak kan kita dalam buku sejarah hitam.

Kita harus ada brand yang terpuji untuk personaliti, kerja, cara pemikiran dan gaya pergerakan kita.

Mutu, gaya dan keunggulan! itu salah satu brand dan sebutan yang kita sering dengar. Anda boleh mula memilih brand yang bisa masyurkan diri anda! Create and sell your own brand!

Baru baru ini, saya terjumpa seorang rakan lama sewaktu sama sama bekerja sebagai operator ( staff pengeluaran ) Ayat nya membuatkan saya terkedu.

"Dulu kita sama sama bawa troli tetapi sekarang Rafi dah jadi tenaga pengajar dan jauh kehadapan, " Kata nya.

Saya ucapkan terimakasih pada nya dan memberikan dia semangat yang dia juga boleh jadi lebih baik dari saya. Saya katakan pada nya :
"Sesiapa yang melihat tempat kerja sebagai tanda ringgit semata mata, akan mendapat ringgit,
tetapi bagi sesiapa yang melihat tempat kerja sebagai tangga kejayaan akan mendapat ringgit dan kemajuan".

itu juga satu brand dalam kehidupan.
Brand kita akan meniti dari satu bibir ke bibir yang lain dan amat beruntung sekira nya brand kita adalah brand yang berkualiti maka pilih lah yang tepat! Brand itu akan menjadi sejarah kemasyuran dan jangan lah yang bisa menghancurkan.

Saya doakan kejayaan untuk diri nya.
Ikan di dalam balang air, akan berputar putar beratus kali pada tempat yang sama, tetapi kita bukan seperti ikan di dalam balang air, we can make better living for our selves. Go for goalpost and don't ever play with Merry Go Round!

Start with End in Mind kata Stephen Convey.

Pada para pembaca yang sms tanya mana entri, maaf Masterji tak berapa sihat sehari dua yang sudah. Insyaallah akan ada jangan risau ya.

Pada Cik Fame Pn Noor Jahan thank you for your sharing on 5S new format. Expert dah sekarang ya.

Pada Encik Faris dari EPF Kuala Lumpur, I've got your message and try to get one later. Cantik tajuk buku tu, pilih kerjaya bukan kerja. Tahniah. Perfect. Anda menulis perkara yang baik dan bila di laksanakan oleh yang lain, mereka akan mendapat pahala dan begitu juga pada diri anda! Penulisan juga bisa mencerminkan brand diri kita !

To Suneeta, thank you for reading Masterji, Bahut shukriah mere Suneeta. Tummara kesi heh? Hope you are fine. Thank you mera dost.

Pada pembaca yang lain, terimakasih yang tak terhingga meluangkan masa untuk membaca ya.




Tuesday, February 22, 2011

Salute!


Salute pada adik Mohd Rifaat Husin. Beliau seorang pelajar buta yang berjaya. Akhbar Metro mengatakan, Adik Mohd Rifaat Husin memperolehi keputusan 4A 1B dalam STPM. Anak yang benar benar memahami kesusahan ibu bapa nya dan juga anak yang begitu cekal serta kuat semangat nya.

Hebat! Salute pada Adik Mohd Rifaat. Buta tidak menghalang beliau mencapai kejayaa malah kekuatan untuk nya. Kini melakarkan sejarah agung untuk diri nya. Ketika ini beliau berjaya menempatkan diri nya dalam orang orang yang berjaya di Malaysia. Tahniah.

Dia membuktikan yang dia berjaya buktikan , kekurangan dan cabaran bukan lah penghalang kepada sebuah kejayaan.

Impossible to Possible!

Tahniah.

Pada Cik Fame , Pn Noor Jahan, cantik perkataan balancing tu. Yes we have to balance our time in workplace and family. Balancing a good word.

Pada Cik Shahirah, ha ha, thank you untuk sms yang pertama pagi Ahad untuk entri Credit. Bukan Kredit Kad ya . Lain kali kita kupas pasal kredit card. Yes, we do it for development and along the way, there will be many benefits and mind set will be just stable.

Pada pembaca yang lain, terimakasih kerana sudi membaca. Thank you

Saturday, February 19, 2011

Credit

Hi everyone, hope you have good weekends. You must, because you've been doing good planning for week days in workplace therefore weekends will require the same. Enjoy it. It's family day and utilise it. Being a Trainer and always being out of the home, I missed it so much. Anyway, the rest please utilise it to maximum with your wife and kids.

Credit? ada dua jenis pekerja di tempat kerja. Satu yang bekerja untuk mendapatkan sebanyak mana credit yang boleh dan satu lagi yang bekerja bukan unutk credit tetapi kemajuan, development.

Nothing wrong with that. Either way, we'll have to work hard to get credit or development.

But , Just some suggestions:

Working to obtain credits will sometime make you disspointed if your top people overlook your performance. They may sometimes. Being in working environment for more than 21 years , I noticed that frequently. I saw many tears and morale down issues from many people. Why? Because it's all due not being noticed by their bosses.

You see dear friends, many that I had observed suddenly do Harakiri not in their self but in their performance. They stop and quit from giving extradiordinary performance. Just because people overlook their results. Just ask our selves, Is it good to kill our future just because of some busy people don't notice of how good we are? We are actually further damaging ourselves if we do that. Not only that, we disconnected our route to success and end up as death person in the workplace. Wasted all your many years of hardwork to the top. Just because you don't get credits.

Running for credits may sometimes turn organization into office politics and battlefield among us! Our enemy is our competitor and not among us.

Sometimes, we need to adjust our mind set for success. Why don't we go for development instead of doing it for credits. If we go for development, along the way we'll get credits and experiences. Should there be any incidents appear, such as not being noticed accordingly, it will be fine, because we are doing it for us and who cares about credits. We are valuers searchers and not credits. Our brain will persuade our hearts by saying, hei, we don't do for credits!

"You can accomplish anything in life, provided that you do not mind who gets the credit,"
- Harry Truman.

Having the right mind set will give us the right outcomes and make us happy!

Therefore, do it for your development and not for credit.
Thank you to all my beloved readers.

Thursday, February 17, 2011

LORRY

Pagi ini pagi yang gembira buat Masterji. Hari ini hari jadi anak yang ketiga, Cik Senah Senator. Awal pagi saya bangun dan duduk sebelah dia sampai waktu dia sedar dari tidur.

Happy birhtday to you my dear little sweet.Ucapan pada nya dan abang nya bacakan doa. Cik Senah gembira dan terus tanya "Where's my cake"?. "Hari ini cuti ke " Tanya nya lagi. Ha ha ha. Cik Senah selalu berpendapat , sekolah dua hari, cuti lima hari. Ha ha ha. Hari hari selalu tanya, "hari ni cuti ke , sekolah".

Kenangan manis pagi ni. Seperti biasa, dengar radio dalam perjalanan ke program latihan hari ini dan tertarik pada perbualan , Raja Azurah, Khiril dan Abang Salleh.
Celoteh mereka kadang berikan makna yang bagus dan buka minda. Salah satu sms yang di bacakan oleh mereka dari Kelindan Lori.

Kata kelindan lori itu " Dulu saya jadi kelindan lori, sekarang saya dah beli dua buah lori". Saya tersenyum dan berkata dalam hati " Satu lagi orang Malaysia yang berjaya dan M proud of you man" akan saya jadikan bahan untuk mendorong orang lain nanti. Kalau benar, Masterji tabik pada anda. Anda kuli tapi bertekad menjadi taukeh! Anda ada tiang gol.

"BERMAIN DENGAN TIANG GOL ANDA TAHU KEMANA DAN BERMAIN DENGAN MERRY GO ROUND ANDA TIDAK KEMANA! You've got it right my man !

Dan ramai yang bekerja sebagai kelindan mungkin masih lagi seorang kelindan manakala anda sudah jadi taukeh! Apa yang buat anda terpisah dari mereka ? Mudah! Kerana anda ada tiang gol!

"PROSES KERJA ADALAH PINTU PADA PERNIAGAAN". Dapatkan kemahiran yang mendalam tentang kerja yang kita lakukan sekarang kerana ia bisa menjadikan kita sebagai seorang ahli perniagaan selepas bersara atau sebelum. Tahniah.

Pada Raja Azurah , Khiril dan Abang Jem, thank you. Something valuable shared today.

Terperanjat dengar dan baca, peminat sanggup habiskan RM 10,000 semata mata ingin berjumpa dengan SRK di Melaka. Melaka juga untung ya. Itulah Star. Manusia kadang sanggup berbelanja besar untuk sekadar berjumpa.

Aha! Kita pun boleh sebenar nya. Tapi STAR ditempat kerja. Sekira nya anda ada talent yang extraodinary di tempat kerja, you'll be the most expensive workers! Sebut aje nama anda, berebut rebut ketua Jabatan lain yang mahukan anda berada di department mereka.

Pada Cik Fame kita Pn Noor Jahan, thank you for comments in GEMBA. Senang contoh yang di berikan. Arahan suruh potong rumput dipadang, kita harus pastikan padang yang mana dulu therefore go to GEMBA First!

Pada HR Manager lain, contoh Pn Noor Jahan tadi berguna kerana mungkin anda sedang menguruskan Domestic Inquiry. Untuk menjadikan show cause anda atau siasatan anda lebih berkesan, GO TO GEMBA and for sure you understand better!

Pada Pn Sonia, thank you for your sharing in leadership view on the recent training. "Being lonely as a leader is common, because you're leader and leader is independent!" Fuhh, Cikgu Quality cakap pasal leadership. Hebat juga ya. Anyway thank you.

Pada pembaca yang lain , Masterji ucapkan ribuan terimakasih kerana sudi membaca ya.

Tuesday, February 15, 2011

GEMBA!

"Let's go to Gemba first" Huh kalau kerja dengan orang Jepun, perkataan Go To Gemba adalah biasa dan penting. Masterji selalu menyaran kan para peserta program kualiti ataupun 5S memegang dan melaksana kan prinsip ini.

Samaada ada problem atau tidak kita harus selalu turun padang. itu di katakan Go Gemba! Ramai pengurus dan ketua punyai kekurangan dalam bidang ini. Kita suka menyelesaikan masalah atau memantau sesuatu isu daripada bilik ofis atau mesyuarat kita yang berhawa dingin.

Bila laporan diberikan, kita harus memastikan lapuran itu benar dan sudah dilaksanakan. Kerana kadang orang bawahan kita hanya melaporkan apa yang kita minat dan suka nak dengar. Ataupun lapuran di ringkaskan supaya tidak kena marah.

Bila ada problem kita harus turun padang. Bila kita pergi Gemba, kita akan dapat melihat dengan mata sendiri samaada kecil atau besar problem berkenaan. Gemba atau tempat kerja adalah THE SOURCES OF MONEY NOT AT SUPERVISORS DESK!

Agak kerap sewaktu dalam program latihan Masterji buat kejutan pada para pengurus ketika sessi GO TO GEMBA. Kenapa? Ada yang di antara mereka baru sedar tempat kerja sudah berubah dan tanpa mereka ketahui, ada yang terperanjat melihat keadaan bilik stor dan susunan nya, ada yang baru tahu apa proses business nya yang sebenar walaupun sudah bertahun kerja di situ. Go To Gemba bukan skop kerja Penyelia atau Pengawal keselamatan sahaja. Salah! Kerja untuk semua pengurus. Banyak kerugian yang boleh di hapuskan selepas kita pergi Gemba.

Taichi Ohno salah seorang expert dari Toyota dalam bidang Kaizen, sering mengingatkan penyelia nya " When you got Gemba, don't comeback without at least one improvement". Asuhan yang berkesan. Toyota berpegang kuat pada prinsip Go To Gemba dan aktiviti ini telah menyumbang pada populariti Toyota dalam aktiviti Kaizen. They Trained the employees eyes to pick up problems and make improvements.

Malah semua pekerja dan penyelia baru akan di berikan orientasi dalam aktiviti Go To Gemba. There is many improvements you can see if you go to Gemba.

Bagi para pengurus yang bekerja di syarikat Jepun, kadang kadang hampir satu hari tiada di office sebab turun padang. Banyak checkpoints yang boleh di gunakan untuk di perhatikan. Kebersihan tempat kerja, kalau kotor, maka kotor lah kualiti pekerja, penggunaan tandas, malah sawang juga harus di perhatikan! Mungkin ada yang berkata, Masterji melalut ni, why should I do the Janitor's work? They are paid to do cleaning and checking surrounding. Salah!

Rumah kita ada orang gaji, maka tak perlu lah kita periksa hasil kerja nya? Tempat kerja adalah bangunan kita, cermin kita. Tanggungjawap kita.

Begitu juga di tempat tempat yang kritikal seperti tempat customer membeli barang atau menunggu dan mungkin Q terlalu panjang. Pengurus harus Go To Gemba untuk melihat adakah cara yang lebih mudah, cepat untuk customer menyelesaikan urusan mereka.

Cubalah dan saya jamin banyak perkara yang memeranjatkan anda nanti bila anda Go To Gemba! Saya pasti. Tengok tengok lah bawah meja staff ada berapa banyak jenis kasut, selipar, dan perkara perkara lain. Dan yang pasti bilik stor sudah tentu sukar dimasuki dan mencari barang yang diperlukan padahal barang itu ada tetapi entah dimana ya.. maka keluar duit untuk beli baru! Dan kos syarikat meningkat.
Kenapa belanja wang untuk pembaziran? kan elok di kongsi untuk gaji atau elaun masing masing.

Cuba ya jangan tidak. Encik Azaman mungkin punyai pengalaman yang luas dalam bidang ini dan Cik Fame kita juga begitu. Di UTEM, Encik Bakri, serta ramai lagi yang mahir dalam Go To Gemba!

Pada Cik Fame Pn Noor Jahan, thank you for the comments. Ya benar, kebanyakan yang gagal SPM tak semesti nya gagal terus. Guna kan kekuatan walaupun satu. Cari Mentor yang merasional kan anda boleh pergi jauh dan jangan cari mentor yang boleh jadi sejarah yang tidak di ingini dalam sejarah hidup kita.Thank you Cik Fame.

Hari ini, Shah Rukh Khan keluar berita, ada kat Melaka shooting filem Don 2. Siap promote lagi datang ke Melaka. Melaka popular dah. Tahniah. Melaka berjaya menarik pelabur. Restoran pasti penuh, tol pasti penuh, hotel pasti laris, dan banyak lagi aspek yang mendatangkan keuntungan sewaktu lawatan SRK ke situ.

Bang Man, Don dalam proses of making sekarang ini, jangan lupa ya. Johor dan Melaka tak jauh kan.

Apa pun Go To Gemba ya and see how people spend the money in the workplace. Don't forget " Comeback to office only after you've got at least one improvement idea" Boleh ya.

Terimakasih pada semua para pembaca.

Sunday, February 13, 2011

LEGENDA!

Daripada hati yang luhur untuk mereka yang punyai nasib yang sama seperti saya;
Pernah gagal dan tidak punyai apa apa kelulusan atau pun sekeping kertas yang bermaruah.

Anda yang gagal di sekolah, anda yang tidak pernah merasai betapa indah nya melalui suka duka kehidupan sebagai penuntut Universiti, Tidak pernah ke pentas mengambil segulung ijazah dan kini anda rasa anda gagal.

Dari hati yang ikhlas dan rasa kasih serta hormat saya cadang kan;

" Pada mereka yang tiada kelulusan, anda harus mencuba mencari kejayaan, kira nya gagal anda punyai alasan yang kukuh tetapi jikalau anda berjaya , anda adalah legenda"!

maka tidak salah mencuba kerana mereka yang menjadi sejarah dalam senarai orang orang yang berjaya adalah mereka yang pernah di ketawakan dan di perlekehkan.


Pada Cik Fame Pn Noor Jahan, terimakasih untuk komen dalam 400 VS 4000, Ya benar, kemenangan bukan lah terletak pada kekuatan semata mata, tetapi keberanian dan akal yang bijak. Yang besar boleh di tumpaskan oleh se kecik, kira nya strategi nya berkesan. Thank you. Saya ada beli buku baru, A COMPASS TO FULFILLMENT, dari Kazuo Inamori. Buku yang bagus. Kena beli tu. Encik Azaman pun kena beli.

Pada pembaca yang lain, Masterji ucap kan terimakasih yang tak terhingga kerana sudi membaca entri entri dari saya. Semoga ia berguna untuk kita semua.

Friday, February 11, 2011

400 vs 4000


400 orang askar mengalahkan 4000 askar dan mengundurkan mereka. Hairan bukan? Shibata Katsuie membuktikannya. Jeneral perang dan Samurai Jepun.

Shibata telah berjaya menakluki Castle Chokoji. Sewaktu berkubu di Castle berkenaan, beliau dan askar askarnya yang seramai 400 orang telah di kepung oleh musuhnya, kumpulan Sasaaki Shotei bersama 4000 askar. Bekalan air di putuskan.

Shibata dan 400 orang askarnya terkepung. Bekalan air semakin berkurangan dan tiada jalan keluar lain.
Maka Shibata pada suatu malam telah mengumpul kan askarnya yang terkepung di dalam Castle itu dan berkata :
"Perlukah kita duduk di sini dan menunggu maut?". " Tidak, kita harus mati dengan nama yang gemilang kerana kita adalah pahlawan".
" Lebih baik mati berlawan daripada duduk dan menunggu mati ".
Teriaknya pada semua askar-askarnya.

Sewaktu Subuh menjelma, Shibata dengan semangat yang tinggi mara ke luar bersama askar nya untuk menangani kumpulan 4000 ribu askar yang di ketuai oleh Shotei.

Kerana semangat juang yang tinggi dan hanya tinggal satu jalan sahaja untuk keluar, mereka bertarung berhabis habisan dan memeranjatkan ramai askar Shotei yang terkorban dan barisan hadapan askar Shotei terpaksa berundur! Kumpulan Shibata berjaya meloloskan diri setelah berperang bersungguh sungguh.

Aha! kalau ikut dari segi strength , sudah tentulah 4000 askar lebih kuat daripada 400 tetapi kalau tidak di uruskan dengan pengurusan dan strategy yang berkesan maka kekalahan adalah kenyataan.

Shibata menang kerana bersemangat tinggi dan bersungguh sungguh. kalau dia tunggu, semua akan mati bila bounce balik mungkin ada yang akan mati dan ada yang akan selamat tetapi yang selamat akan pasti akan berasa bangga punyai ketua yang sebegitu hebat!

Shotei, rasa selesa dan memikirkan kumpulan Shibata akan mati kebuluran , atau akan menyerah kalah. Maka kumpulan nya menjadi complacent.

Banyak lesson point yang boleh kita perolehi.
When you are pushed to a corner, strike back to the fullest and your bounce back may defeat your enemy strongly.
It is not how many soldiers you have, it is how effective you lead and utilise them to meet victory. Numbers alone won't give you any big impact.


Pada Jabatan Fakulti UTEM, thank you for the invitation yesterday. March tiada masalah. Fun at work and higher productivity. Nanti kita bicara lebih ya. Thank you Cik Hazrin.


Hah ada sms kata tengok cerita Khurafat. Ya benar menarik. Thank you. Tetapi cerita tu ada persamaan dengan filem Hindi RAAZ. Mungkin secara kebetulan. Apa pun kedua kedua filem berkenaan cukup menarik.

Sekarang ni bulan February kan, apa kata kita berhibur dengan Sekuntum Mawar Merah dan alunan nya.
Hah jangan lupa beri bunga pada isteri dan suami anda! dan bukan pada isteri jiran ya , ha ha ha ha.
Kalau dulu rajin beri bunga , sekarang mula kan lah semula. Berikan nafas baru dalam rumah tangga masing masing. Kalau 20 tahun dulu jumpa di stesen bas, bawa lah semula pasangan ke situ dan hidup kan lah suasana yang penuh harapan semula. Macam mana? boleh cuba dan silakan..



Thursday, February 10, 2011

Jom Teh Tarik!


Kenapa ada restoran yang sesak dan setiap masa penuh dengan pelanggan dan ada yang kurang dan hampir kosong setiap waktu?

Kenapa ada yang dari waktu sarapan sampai lah esok pagi pun masih di kunjungi pelanggan dan kenapa ada yang hanya sampai makan tengahari sahaja?


Kebiasaannya orang pergi kedai yang sama di sebabkan:
1. Budi bahasa pekerja di restoran berkenaan.
2. Layanan yang cemerlang .
3. Cepat.
4. Kualiti yang konsisten
5. Bersih.

Kita salah seorang pelanggan di restoran yang punyai lima perkara di atas. Kita nampak dan kita tahu jadi...........
Kenapa tak kita ambil lima kriteria yang di atas tadi dan gunakan untuk diri kita sendiri di tempat kerja. Mudah dan salah satu cara untuk STAYING ALIVE CONTINUOUSLY.

Pada Cik Fame kita, apa khabar dan harap sihat ya. Thank you for comments. Sekarang baca buku apa?

Pada Encik Azaman, nice opinions shared in Patut ler...
Benar kita harus ada masa untuk family dan juga benar kita juga punyai hak untuk mempunyai limit atau sempadan dalam comittment kerja jangan sampai keluarga tidak dapat perhatian yang cukup.
Lesson point clear, saya juga teringat bila baca comment anda, fikirkan keluarga. Thank you.

Mungkin kita bisa lihat dari scenario yang berbeza. Hari ini kita seorang pekerja. Esok kita seorang peniaga. Mungkin bermula sebagai ahli perniagaan perseorangan. Kita yang control semua access maklumat dan money access menerusi komunikasi Hand phone. Tetapi as time goes on perniagaan kita mungkin akan menjadi lebih besar dan berjaya maka kita perlu kakitangan sokongan. Di situ perhubungan komunikasi akan di kongsi dan mustahil kita seorang dapat handle semua hubungan komunikasi kerana kita sudah lebih sibuk.

Kalau dulu information kepada kita, bermaksud lorong wang directly kepada kita tetapi bila kita berkembang dan punyai kakitangan, maka information sistem akan di kongsi bermakna lorong kemasukan wang juga di kongsi.
Adalah mendukacitakan sekira nya kita ketahui ketika itu salah seorang daripada kakitangan kita gagal di hubungi atau gagal mendapat kan informasi yang tepat. HP off. Benar kita sebagai ketua atau individu bisa sejuk kan hati kita dan memujuk perasaan kita, staff juga manusia biasa dan masa dia cuti dan HP harus bercuti. Tetapi adakah alasan itu bisa di sampaikan pada pihak pelanggan., atau pun untuk memperbaiki semula sesuatu yang lebih dahsyat lagi seperti kebakaran dan sebagai nya.

Benar, mungkin segala kerja kuat kita tidak akan di kenang, tetapi kita tahu diri kita sendiri dan nilai kita sendiri. Dan itu amat mencukupi. Rock Star, tidak pernah buat untuk orang tetapi untuk diri nya.
Kita akan rasa kecewa dan hanya peratus kecil sahaja yang masih dapat memisahkan rasa kecewa dan komitment kerja. ditakuti perasaan kecewa tadi akan terus memberikan ketegangan yang berpanjangan.

Mungkin dalam hidup pekerjaan ini, siang siang lagi kita harus tetapkan dalam pemikiran kita, I want to do this and I must do this for my own values regardless of whether in the end I 'll get carrot or stick.

Apa pun saya bersetuju dengan betapa kuat nya kita kerja, begitu juga lah komitment yang harus di berikan pada family dan ia akan balance! Kalau kita ada plan yang cantik untuk kerja , kita juga harus ada plan yang cantik pada hujung minggu untuk keluarga.
Thank you Encik Azaman, benar ramai kadang tak nampak dan tak pernah nak nampak apa yang kita buat. Anyway we sometimes must work like Rock Star. Do it for us. Permata tetap permata, kalau tidak di selatan pasti di utara ia akan tetap bersinar kerana ia adalah permata!

Pada Cik Azian, thank you for your comments untuk STORM, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Monday, February 7, 2011

Storm


Suasana pekerjaan kekadang seperti air di laut, ada ketika nya tenang dan semua tersenyum senyum belaka.
Ada ketika taufan dan angin puting beliung melanda dan ramai yang sudah tidak tersenyum tapi berduka.
Aha! itu di kata kan "Crisis Time " . Waktu taufan, waktu puting beliung, adalah seperti sales naik mendadak, atau sales turun mendadak, masalah kualiti yang terlalu kritikal atau pun masalah kelambatan memenuhi keperluan customer.

Di waktu tenang , kita tak nampak siapa yang hebat dan siapa sebenar nya yang berkebolehan. Semua nya hanya menjadi pelapor keadaan dan hasil kerja yang mantap. Actual as per planned! Mudah.

Tetapi bila ribut melanda, di situ lah sebenar nya kita bisa melihat siapa jaguh dan siapa tidak. Siapa penyelesai dan siapa penumpang, siapa pengerak dan siapa yang tak tahu nak buat apa apa! The best time to see leadership is the time of crisis! That is where your KPI judgement needs to be activated immediatelly !

Bila STORM melanda , kita dapat melihat :
Scene A:
1.Penyelesai masalah yang cekap dan hebat! Bisa membuat turn over dan recovery yang punyai nilai thinking outside the box!
2.Pemimpin yang bertanggung jawap untuk menangani krisis dan rela menerima tekanan.
3. Pemain yang menukar rentak permainan berpandukan situasi semasa
4. Semangat Team Work yang lebih mantap.
5. Terhasil lah satu idea baru yang telah di gunakan untuk menyelesaikan STORM tadi!

Scene B
1. Pemimpin yang hanya melihat dan mengharapkan keadaan akan berubah sendiri
2. Pemimpin yang tiba tiba ada masalah peribadi yang terlalu urgent hingga memerlukan cuti emergency seminggu atau dua. Dapat mengelak dari pada STORM yang melanda.
3. Bala tentera kehilangan direction dan tidak di uruskan dengan betul
4. Pekerja yang bersungguh sungguh dan bertungkus lumus berfikir bahawa syarikat akan hancur dan STORM inilah petanda nya!
5. Pekerja yang bertungkus lumus mempengaruhi yang lain , eleh..gimmick aje tu, rilek lahhh..ulat dalam batu pun boleh makan. " Apa susah, kalau elaun dipotong nanti , kita kurangkan lah kerja berbanding dengan elaun yang kita dapat"

Kalau peratus scene A lebih banyak baguslah. Tapi kalau peratus scene B yang lebih banyak, maka usaha pemulihan akan terencat!

Kalau scene A yang terhasil, maka kita tak perlu cerita apa patut kita buat, tetapi kalau scene B yang terjadi apa nak buat kalau anda sebagai seorang ketua?

Some suggestions:
1. Make problems clear and express required support and understanding as some may like to make pre assumptions of a situation and make people to believe it even it 's not the right issue. Give the right picture and specify requirement and make it simple !
2. Time to review who is play maker and who is 'PLAY PLAY' . Time to remove ineffective soldiers and placing the right soldiers in the right position.
3. Be prepared to piss people off especially those who you found is not contributing and adding up STORM or problems. Being responsible sometimes is pissing off people!


Bila sebut perkara di atas ini, teringat pengalaman bekerja dengan Encik Azaman, " Pi bila problem , first inform kedua, beri assignment dan ketiga make sure they move and be serious in moving them..." Ayat yang selalu di terapkan. Thank Encik Azaman.

Cik Fame, I tak tahan gelak dengan kelab gossip punya wordings. Ha ha ha betul tu. But sometimes this kind of gossip club may some kind of unnecessary STORM. Anyway thank's for the word. Bila kita berada di atas kita sebenar nya lebih memahami dan being leaders is like being a lonely person. Ayat Cik Fame , Pn Noor Jahan tu sama macam ayat Jeneral Perang US, COLLINS POWELL. Pasti banyak membaca ni ya. Cik Fame , jadi HR Manager pu kadang kadang being a lonely leader juga kan. antara making the right decision or popular decision.

Pn Sonia aka Sania, fuhh hebat ya pandangan yang di kongsi. Harus plan betul betul ya. Saya atas saranan Pn, sudah menonton cerita Shaolin, ya memang hebat cerita tu. Thank you. Itu boleh di masuk kan dalam latihan program kualiti tu.

Banyak yang saya belajar dari cerita itu, ya benar, seseorang harus berkorban kadang kadang untuk menyedarkan orang yang tersesat. Pengorbanan kita ibarat kehidupan baru untuk diri nya.

Saya juga menonton filem Khurafat yang khabar nya telah mendapat pungutan sebanyak 7 juta lebih. Ya cerita yang menarik dan penuh pengajaran. Kita kadang walaupun celek tetapi lebih buta daripada orang buta. Cerita yang berikan mesej yang mudah pada manusia., you get waht you give.. Kalau hidup pernah menyiksa orang lain, maka kita akan terima balasan yang setimpal. Malah bukan kita sahaja tetapi semua yang kita sayangi. Macam main bola pulak, kita score satu gol tapi pihak lawan score balik sampai lima , enam gol secara berturut turut.

Pada pembaca lain terimakasih untuk semua komen komen ya. Banyak SMS masuk sampai penuh kotak SMS. Sorry ya tak dapat reply on time.

Saturday, February 5, 2011

Patut ler...


Di suatu pagi, jam 8.30 pagi selepas 30 minit waktu kerja bermula. Dua orang Manager sedang berada di bilik mensyuarat sementara menunggu meeting pagi di mulakan. Manager A begitu tenang, berkeyakinan dan nampak begitu riang gembira.

Manager A : " Tenangnya rasa pagi ini,...jiwa rasa bahagia dan mood bagus, semuanya lancar pagi ni".

Manager B : " Iye ke?"..." Aku pagi ni deritalah, macam macam...line stoplah, Boss panggillah, shipment delay lay,customer complaint, ...budak budak memonteng mc lah , aduhai macam macam lah petaka pagi ni.

Manager A : " Biasalah tu, tapi kita kena cool dan jangan risau, tak boleh settle semua , settle kan satu satu dulu"

Manager B : " Huh, pagi tadi aku ada call kau, nak tanya pasal material yang department kau patut hantar malam tadi tapi tak sampai lagi,... line aku dah nak stop dah, bila boleh masuk ya.."?

Manager A : " Hei, iye ke kau ada call aku, tak dengar pun... emm nanti aku check hand phone , ada missed call tak".Alamak hai ...! , patut lah tenang aje pagi dan bahagia aje pagi ni, aku tertinggal hand phone, aduhai..."

Manager B : " Ceh... apa punya orang lah, cakap macam best aje... patut lah kata tenang aje pagi ni, asyik tersengih sengih, rupa nya tak bawak hand phone, Cis apa lah..."

Ha ha ha. Patut lah kawan tu happy aje pagi ni. Patut lah cool aje pagi ni, rupa nya tak bawak mobile phone.. Pas tu yang best nya , dia kasi nasihat pulak kat member dia. Adegan yang biasa berlaku. Berlaku juga pada saya. Bila balik ambil phone, is just that, I m lucky as my wife wil pick up the calls and read the sms as on behalf and replied accordingly if I left my mobile phone at home.

Tak ada pass word atau code tertentu untuk access my mobile phone message ataupun lain lain. It's all open. Even my kids can take the calls or reading messages. It's important as customer cannot wait for us.

Menjadi Manager atau pun penyelia, salah satu role kita ialah communicator. Management defined as " The Art og Getting Things Done Through Other People" . Therefore the primary role to get things done through other people is Communication. And to be specific, Effective Communication!. We need to get things done through people by giving instruction, telling them of the methods and also to listen feed back, issues and problems through communication. Mobile phone speed up communication.

Mobile phone is important when we are a Supervisor or even lower than that or higher than that. Make sure it is activated all the time. Being a HR Manager in my experience, never once I had off it. Even during bed time my phone will just beside me. Even holidays, it's 24 hours. My wife and kids were used to it. Mr 7 eleven nick name is common to me given by the employees. Simply my thinking wil be " If company is caught by fire, what will happen if i ignore the calls or just don't border with mobile phone management".

I just can't imagine if I don't border to manage my mobile phone properly and responding in a very inffecient manner to the coming calls, and company had caught by fire and I came to work the next day, being a Manager knowing nothing about the incident which had occured last night. The worst part, my Boss knows better than me on things happened which I were supposed to inform him and not vice versa. Wow !, that could be a hell of the day.

Any thing would happened. Emergency, fire, disaster, or death cases. Some may think that , mobile phone should also go for holiday during holidays or week ends. Depends upon your wish and way of thinking. We may be suffering a while by the calls during holidays or if don't pick up the calls during holidays , we'll suffer longer time after holidays.

After all, A Manager is being paid not only because of his role but responsibilities as well.

Pada Cik Fame Pn Noor Jahan dan Encik Azaman, thank you. Pagi ni saya tergelak besar membaca komen you all dalam entri Tiger Wong. Ha ha ha ha, pasal saya nyanyi lagu Jamal , hari ahad hujan tak berhenti henti ya.. sampai banjir Johor ha ha ha ha.

Selangor tak de lak banjir ya...he he he saja usik. Teruk juga banjir di Johor ya. Encik Azaman juga seorang sifu. Tergelak saya bila you tulis Long Sifu. Mr Long, ha ha ha Walking Tall. Kalau nak rescue team kat Johor nanti beritahu lah ya... ha ha ha, sorry lama dah tak gurau dengan Encik Azaman.

Cik Fame kita Pn Noor Jahan, thank you pasal comment untuk entri Adjust Your Tune. Betul item ke Dua tu pasal Dateline. Itu salah satu strong point dalam memenangi hati pelanggan serta Bos kita.

Pada Cik Rita, thank you for sms comment on yesterday entri : Joint The Club. Ya kita kena ubah bila kita jadi Boss.
Ohh,.. sekarang dah jadi Training Officer kat Vistana Hotel KL ya... good. Tahniah dah bejaya tamat kan Diploma in HR ya. Saya pernah ada program latihan di situ, ok nanti saya lawat. Boleh, leadership taining program tak ada masalah.

Pada Cik Anita Ahmad , selamat hari jadi dan semoga murah rezeki ya dan panjang umur. We'll keep in touch. Thank you for your interest in this Blog. Thank you for the encouragement given.

Tuesday, February 1, 2011

Joint The Club?


Bila anda seorang subordinate :
" Bos, saya nie tak ada planning lah, semua kerja macam bidan terjun,"
" Bos saya teruk lah, bila ada problem dia lari, saya kena jawap"
"Bos saya tak guna, information tak clear, saya tak tahu apa nak buat"
" Bos saya asyik cuti aje, tapi cuti saya tak approve"
" Bos saya terlalu sibuk untuk bos dia, tiada masa untuk saya"
" Bos saya tak nak tahu betapa sukar nya saya buat kerja tapi hanya nak results saje"
" Bos saya gelojoh, belum habis dengar dah potong dan tanya soalan, hilang mood nak bercakap"
" Bos saya langsung tak tahu apa apa, bila saya cuti macam tak cuti asyik call aje"
" Bos saya tak responsible, hari hari balik awal, kami kena buat kerja"

Dan macam macam lagi pasal Bos kita...
Tetapi bila kita jadi Bos, apa agak nya yang subordinate kita cakap pasal kita ya?
Mungkin :
" Bos, saya nie tak ada planning lah, semua kerja macam bidan terjun,"
" Bos saya teruk lah, bila ada problem dia lari, saya kena jawap"
"Bos saya tak guna, information tak clear, saya tak tahu apa nak buat"
" Bos saya asyik cuti aje, tapi cuti saya tak approve"
" Bos saya terlalu sibuk untuk bos dia, tiada masa untuk saya"
" Bos saya tak nak tahu betapa sukar nya saya buat kerja tapi hanya nak results saje"
" Bos saya gelojoh, belum habis dengar dah potong dan tanya soalan, hilang mood nak bercakap"
" Bos saya langsung tak tahu apa apa, bila saya cuti macam tak cuti asyik call aje"
" Bos saya tak responsible, hari hari balik awal, kami kena buat kerja"

Aha mungkin sama! Therefore bila kita mengata pastikan kita tidak menjadi seperti yang kita pernah jadikan contoh yang buruk. Kalau sama seperti yang kita selalu kritik maka kita sebenar nya dalam kategori pengomen hebat dan bukan pengubah yang hebat.

Pastikan kita menjadi lebih baik , lebih creative, lebih berkualiti apabila kita gantikan tempat Bos kita yang kita selalu kutuk. Setiap detik yang di lalui boleh jadi naskah pengetahuan yang berjuta ringgit nilai nya.

Terima kasih untuk semua komen yang di berikan dan sms pagi ni kata pernah baca majalah Tony Wong dan usik Masterji, Long Sifu ha ha ha. Sememang nya nama itu adalah harapan dan Doa. Rafi bermaksud yang tinggi. Erti di sebalik nama saya maka sebab itu saya tinggi dan macam KLCC. Bagus nya jadi KLCC ni, selalu jadi tarikan dan focus of attention sebab orang pelik tengok orang tinggi dan selalu menang sebab dia boleh nampak apa yang terjadi di hadapan ha ha ha pasal dia tinggi.