Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, February 13, 2011

LEGENDA!

Daripada hati yang luhur untuk mereka yang punyai nasib yang sama seperti saya;
Pernah gagal dan tidak punyai apa apa kelulusan atau pun sekeping kertas yang bermaruah.

Anda yang gagal di sekolah, anda yang tidak pernah merasai betapa indah nya melalui suka duka kehidupan sebagai penuntut Universiti, Tidak pernah ke pentas mengambil segulung ijazah dan kini anda rasa anda gagal.

Dari hati yang ikhlas dan rasa kasih serta hormat saya cadang kan;

" Pada mereka yang tiada kelulusan, anda harus mencuba mencari kejayaan, kira nya gagal anda punyai alasan yang kukuh tetapi jikalau anda berjaya , anda adalah legenda"!

maka tidak salah mencuba kerana mereka yang menjadi sejarah dalam senarai orang orang yang berjaya adalah mereka yang pernah di ketawakan dan di perlekehkan.


Pada Cik Fame Pn Noor Jahan, terimakasih untuk komen dalam 400 VS 4000, Ya benar, kemenangan bukan lah terletak pada kekuatan semata mata, tetapi keberanian dan akal yang bijak. Yang besar boleh di tumpaskan oleh se kecik, kira nya strategi nya berkesan. Thank you. Saya ada beli buku baru, A COMPASS TO FULFILLMENT, dari Kazuo Inamori. Buku yang bagus. Kena beli tu. Encik Azaman pun kena beli.

Pada pembaca yang lain, Masterji ucap kan terimakasih yang tak terhingga kerana sudi membaca entri entri dari saya. Semoga ia berguna untuk kita semua.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Saya ingin menambah sikit berkenaan dgn entri kali ni. Tanpa segulung ijazah tidak bererti kita tidak boleh berjaya cuma jalannya agak penuh dengan duri & mengambil masa yg agak lebih sedikit.

Ramai juga di luar sana yg berjaya dengan hanya SPM. Golongan seperti ini mesti melihat 'strength' yg ada pada diri mereka atau lihat apa peluang yg ada di sekeliling mereka. Grab the opportunity. Memang cakap macam senang...nak melaksanakan tu memang penuh dgn cabaran / dugaan.

Apapun tiada apa yang mudah dalam hidup ini...wlwpun bagi mereka yg ada segulung ijazah. Penting jangan putus asa, teruskan usaha dan sentiasa memohon kepadaNYA.