Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, February 15, 2011

GEMBA!

"Let's go to Gemba first" Huh kalau kerja dengan orang Jepun, perkataan Go To Gemba adalah biasa dan penting. Masterji selalu menyaran kan para peserta program kualiti ataupun 5S memegang dan melaksana kan prinsip ini.

Samaada ada problem atau tidak kita harus selalu turun padang. itu di katakan Go Gemba! Ramai pengurus dan ketua punyai kekurangan dalam bidang ini. Kita suka menyelesaikan masalah atau memantau sesuatu isu daripada bilik ofis atau mesyuarat kita yang berhawa dingin.

Bila laporan diberikan, kita harus memastikan lapuran itu benar dan sudah dilaksanakan. Kerana kadang orang bawahan kita hanya melaporkan apa yang kita minat dan suka nak dengar. Ataupun lapuran di ringkaskan supaya tidak kena marah.

Bila ada problem kita harus turun padang. Bila kita pergi Gemba, kita akan dapat melihat dengan mata sendiri samaada kecil atau besar problem berkenaan. Gemba atau tempat kerja adalah THE SOURCES OF MONEY NOT AT SUPERVISORS DESK!

Agak kerap sewaktu dalam program latihan Masterji buat kejutan pada para pengurus ketika sessi GO TO GEMBA. Kenapa? Ada yang di antara mereka baru sedar tempat kerja sudah berubah dan tanpa mereka ketahui, ada yang terperanjat melihat keadaan bilik stor dan susunan nya, ada yang baru tahu apa proses business nya yang sebenar walaupun sudah bertahun kerja di situ. Go To Gemba bukan skop kerja Penyelia atau Pengawal keselamatan sahaja. Salah! Kerja untuk semua pengurus. Banyak kerugian yang boleh di hapuskan selepas kita pergi Gemba.

Taichi Ohno salah seorang expert dari Toyota dalam bidang Kaizen, sering mengingatkan penyelia nya " When you got Gemba, don't comeback without at least one improvement". Asuhan yang berkesan. Toyota berpegang kuat pada prinsip Go To Gemba dan aktiviti ini telah menyumbang pada populariti Toyota dalam aktiviti Kaizen. They Trained the employees eyes to pick up problems and make improvements.

Malah semua pekerja dan penyelia baru akan di berikan orientasi dalam aktiviti Go To Gemba. There is many improvements you can see if you go to Gemba.

Bagi para pengurus yang bekerja di syarikat Jepun, kadang kadang hampir satu hari tiada di office sebab turun padang. Banyak checkpoints yang boleh di gunakan untuk di perhatikan. Kebersihan tempat kerja, kalau kotor, maka kotor lah kualiti pekerja, penggunaan tandas, malah sawang juga harus di perhatikan! Mungkin ada yang berkata, Masterji melalut ni, why should I do the Janitor's work? They are paid to do cleaning and checking surrounding. Salah!

Rumah kita ada orang gaji, maka tak perlu lah kita periksa hasil kerja nya? Tempat kerja adalah bangunan kita, cermin kita. Tanggungjawap kita.

Begitu juga di tempat tempat yang kritikal seperti tempat customer membeli barang atau menunggu dan mungkin Q terlalu panjang. Pengurus harus Go To Gemba untuk melihat adakah cara yang lebih mudah, cepat untuk customer menyelesaikan urusan mereka.

Cubalah dan saya jamin banyak perkara yang memeranjatkan anda nanti bila anda Go To Gemba! Saya pasti. Tengok tengok lah bawah meja staff ada berapa banyak jenis kasut, selipar, dan perkara perkara lain. Dan yang pasti bilik stor sudah tentu sukar dimasuki dan mencari barang yang diperlukan padahal barang itu ada tetapi entah dimana ya.. maka keluar duit untuk beli baru! Dan kos syarikat meningkat.
Kenapa belanja wang untuk pembaziran? kan elok di kongsi untuk gaji atau elaun masing masing.

Cuba ya jangan tidak. Encik Azaman mungkin punyai pengalaman yang luas dalam bidang ini dan Cik Fame kita juga begitu. Di UTEM, Encik Bakri, serta ramai lagi yang mahir dalam Go To Gemba!

Pada Cik Fame Pn Noor Jahan, thank you for the comments. Ya benar, kebanyakan yang gagal SPM tak semesti nya gagal terus. Guna kan kekuatan walaupun satu. Cari Mentor yang merasional kan anda boleh pergi jauh dan jangan cari mentor yang boleh jadi sejarah yang tidak di ingini dalam sejarah hidup kita.Thank you Cik Fame.

Hari ini, Shah Rukh Khan keluar berita, ada kat Melaka shooting filem Don 2. Siap promote lagi datang ke Melaka. Melaka popular dah. Tahniah. Melaka berjaya menarik pelabur. Restoran pasti penuh, tol pasti penuh, hotel pasti laris, dan banyak lagi aspek yang mendatangkan keuntungan sewaktu lawatan SRK ke situ.

Bang Man, Don dalam proses of making sekarang ini, jangan lupa ya. Johor dan Melaka tak jauh kan.

Apa pun Go To Gemba ya and see how people spend the money in the workplace. Don't forget " Comeback to office only after you've got at least one improvement idea" Boleh ya.

Terimakasih pada semua para pembaca.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Setuju sangat dgn entri kali ni... bukan sebab Masterji yg tulis tapi through pengalaman sendiri...bak kata bahasa pasar..."Turun Padang"

Umpama pabila kita tahu keadaan padang kita...spt rumputnya panjang mana, ada batu kat kawasan mana, di mana bahagian yg merbahaya kalau bermain, permainan apa yg sesuai...dll. Maka dengan itu, kita dapat membuat keputusan yg lebih baik berdasarkan apa yg telah kita lihat tanpa ragu2.

Saya pun masih banyak kena belajar so pasal tu suka turun padang... kalau tak nanti kena angguk jer bila orang bercerita. Silap2 rumput kawasan lain yg panjang..kita buat keputusan potong rumput di kawasan lain. Baru haru-biru...wang dah keluar upah potong rumput tp tiada perubahan di bahagian yg sepatutnya.