Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, February 1, 2011

Joint The Club?


Bila anda seorang subordinate :
" Bos, saya nie tak ada planning lah, semua kerja macam bidan terjun,"
" Bos saya teruk lah, bila ada problem dia lari, saya kena jawap"
"Bos saya tak guna, information tak clear, saya tak tahu apa nak buat"
" Bos saya asyik cuti aje, tapi cuti saya tak approve"
" Bos saya terlalu sibuk untuk bos dia, tiada masa untuk saya"
" Bos saya tak nak tahu betapa sukar nya saya buat kerja tapi hanya nak results saje"
" Bos saya gelojoh, belum habis dengar dah potong dan tanya soalan, hilang mood nak bercakap"
" Bos saya langsung tak tahu apa apa, bila saya cuti macam tak cuti asyik call aje"
" Bos saya tak responsible, hari hari balik awal, kami kena buat kerja"

Dan macam macam lagi pasal Bos kita...
Tetapi bila kita jadi Bos, apa agak nya yang subordinate kita cakap pasal kita ya?
Mungkin :
" Bos, saya nie tak ada planning lah, semua kerja macam bidan terjun,"
" Bos saya teruk lah, bila ada problem dia lari, saya kena jawap"
"Bos saya tak guna, information tak clear, saya tak tahu apa nak buat"
" Bos saya asyik cuti aje, tapi cuti saya tak approve"
" Bos saya terlalu sibuk untuk bos dia, tiada masa untuk saya"
" Bos saya tak nak tahu betapa sukar nya saya buat kerja tapi hanya nak results saje"
" Bos saya gelojoh, belum habis dengar dah potong dan tanya soalan, hilang mood nak bercakap"
" Bos saya langsung tak tahu apa apa, bila saya cuti macam tak cuti asyik call aje"
" Bos saya tak responsible, hari hari balik awal, kami kena buat kerja"

Aha mungkin sama! Therefore bila kita mengata pastikan kita tidak menjadi seperti yang kita pernah jadikan contoh yang buruk. Kalau sama seperti yang kita selalu kritik maka kita sebenar nya dalam kategori pengomen hebat dan bukan pengubah yang hebat.

Pastikan kita menjadi lebih baik , lebih creative, lebih berkualiti apabila kita gantikan tempat Bos kita yang kita selalu kutuk. Setiap detik yang di lalui boleh jadi naskah pengetahuan yang berjuta ringgit nilai nya.

Terima kasih untuk semua komen yang di berikan dan sms pagi ni kata pernah baca majalah Tony Wong dan usik Masterji, Long Sifu ha ha ha. Sememang nya nama itu adalah harapan dan Doa. Rafi bermaksud yang tinggi. Erti di sebalik nama saya maka sebab itu saya tinggi dan macam KLCC. Bagus nya jadi KLCC ni, selalu jadi tarikan dan focus of attention sebab orang pelik tengok orang tinggi dan selalu menang sebab dia boleh nampak apa yang terjadi di hadapan ha ha ha pasal dia tinggi.

3 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Ini entri yg bagus...mmg ada Club ni kat semua syarikat. Kelab Gosip namanya....kalau tak de club ni tak meriah hidup pekerja. Mana ada club yang percuma...tak de bayaran yuran, tak ada peraturan, tak ada limit umur ahli, tak ada waktu mesyuarat club yg specifik!!

He..he...sebab tu la kita kena ingat apabila kita berada di atas kita akan kekurangan kawan....but jgn ambil perduli tu semua. Target kena jelas, perancangan kena bagus...so perlaksanaan akan sempurna!!!

sonia shakir said...

Terimakasih pada en. Azman kerana komen tu. Lapan tahun jadi single mother en. Azman... Kalau tak buat planning yang betul, macamana nak handle "tarzan-tarzan dan Jane" saya yang bertiga tu.. Alhamdulillah..anak-anak saya semuanya baik-baik dan berpotensi semuanya. Mind set pun agak terkehadapan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Semua kerja mesti ada jadual, complete target. Dalam jalani rutin harian, kena ada checklist supaya teratur dan tak ada yang tertinggal. Apa nak buat., mak kerja di syarikat Jepun..anak-anak pun dah jadi askar Jepun hahaha.. Selain dari tu, jangan lupa peluk anak-anak kita. Kita akan dapat rasa stress kita akan turun setiap kali kita mendakap mereka. Anak-anak pun akan jadi lebih 'lembut' dan penyayang. Memang benar sbg petua, dakapan dapat menurunkan kadar stress tapi ingat, jangan pulak di tempat kerja bila stress, kita peluk boss atau rakan kerja yang lain..karang lain pulak jadinya. Kalau tak kena charge 'sexual harrassment', tak pasal-pasal dapat makan kasut free haha.
Untuk Long Sifu kita, tahniah ya. Gelaran tu memang padan dan sesuai. Teringat saya watak ketua Shoulin dalam movie "Shoulin" yg saya sempat tonton malam tadi. Satu cerita yang menarik, penuh dengan unsur-unsur kesetiaan dan kasih sayang, penuh dgn pengajaran dari sejarah yang melorek kehidupan hari ini.

azaman said...

Masterji,

Semua manusia, selagi namanya manusia, akan berkata-kata. Cuma kekadang, kata-kata yang diluahkan itu tidak bertapis. Kalau dicetus dalam hati kat diri sendiri untuk dijadikan iktibar, baguslah. Tapi kalau di luahkan kepada rakan taulan, Kelab Gosiplah kata Pn Noor Jahan, itu yang kurang enak. Memanglah enak masa berborak, kutuk oranglah, tapi secara amnya taklah bagus.

Kalau yang kaki bola tu adakalanya komen dia depan TV punyalah hebat. Mengata orang tu kaki bangkulah, referi kayulah, tapi kalau kita bagi dia boot bola suruh masuk padang, agak macam mana ye? Kutuk orang politik pun sedap jugakkan. Si anu tu kaki rasuahlah, Mr 10% lah dan macam-macam lagi. Kalau kitalah ditempat si anu tu, agak lebih-lebih lagi kut?

Maaflah terpanjang pulak. Apa yang nak saya kongsikan simple aje, kalau kita tak boleh bikin yang lebih baik, baik jangan buat dosa kering dan mengata orang. Lebih baik buktikan menerusi kerja kita, tunjuk cara yang lebih baik.

azaman