Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Saturday, February 26, 2011

Brand


Kalau kita beli barang pasti kita kan memilih yang branded. Jam tangan yang ada brand, kasut yang ada brand, dan macam macam lagi yang ada brand. Tak kira lah apa brand tetapi kita punyai definisi yang tersendiri terhadap brand brand tersebut.

Aha! begitu juga kita. Diri kita. We must create our brand! A brand that make us noticed by many others.

Kadang orang kata " Hah, dia tu, memang Mat Smart asyik kemas aje" Itu salah satu brand.
Ataupun, " Tak pernah tengok baju dia berkedut, rapi bergosok setiap masa" itu juga brand.
Ataupun " Itu orang, kalau bercerita selalu double meaning" itu pun brand juga tetapi yang tak manis.

Bila kita memilih calon kenaikan pangkat, kita melihat apa jenis brand calon berkenaan. Rajin, kemas, telus dan macam macam lagi. Begitu juga apabila kita memilih calon pekerja baru.

Begitu juga dalam pemilihan pasangan hidup, sudah pasti yang di cari adalah brand yang berkualiti.

Kita bebas memilih brand yang kita rasa sesuai dan boleh menarik perhatian dan pastikan brand tersebut tidak menjejaskan maruah kita dan letak kan kita dalam buku sejarah hitam.

Kita harus ada brand yang terpuji untuk personaliti, kerja, cara pemikiran dan gaya pergerakan kita.

Mutu, gaya dan keunggulan! itu salah satu brand dan sebutan yang kita sering dengar. Anda boleh mula memilih brand yang bisa masyurkan diri anda! Create and sell your own brand!

Baru baru ini, saya terjumpa seorang rakan lama sewaktu sama sama bekerja sebagai operator ( staff pengeluaran ) Ayat nya membuatkan saya terkedu.

"Dulu kita sama sama bawa troli tetapi sekarang Rafi dah jadi tenaga pengajar dan jauh kehadapan, " Kata nya.

Saya ucapkan terimakasih pada nya dan memberikan dia semangat yang dia juga boleh jadi lebih baik dari saya. Saya katakan pada nya :
"Sesiapa yang melihat tempat kerja sebagai tanda ringgit semata mata, akan mendapat ringgit,
tetapi bagi sesiapa yang melihat tempat kerja sebagai tangga kejayaan akan mendapat ringgit dan kemajuan".

itu juga satu brand dalam kehidupan.
Brand kita akan meniti dari satu bibir ke bibir yang lain dan amat beruntung sekira nya brand kita adalah brand yang berkualiti maka pilih lah yang tepat! Brand itu akan menjadi sejarah kemasyuran dan jangan lah yang bisa menghancurkan.

Saya doakan kejayaan untuk diri nya.
Ikan di dalam balang air, akan berputar putar beratus kali pada tempat yang sama, tetapi kita bukan seperti ikan di dalam balang air, we can make better living for our selves. Go for goalpost and don't ever play with Merry Go Round!

Start with End in Mind kata Stephen Convey.

Pada para pembaca yang sms tanya mana entri, maaf Masterji tak berapa sihat sehari dua yang sudah. Insyaallah akan ada jangan risau ya.

Pada Cik Fame Pn Noor Jahan thank you for your sharing on 5S new format. Expert dah sekarang ya.

Pada Encik Faris dari EPF Kuala Lumpur, I've got your message and try to get one later. Cantik tajuk buku tu, pilih kerjaya bukan kerja. Tahniah. Perfect. Anda menulis perkara yang baik dan bila di laksanakan oleh yang lain, mereka akan mendapat pahala dan begitu juga pada diri anda! Penulisan juga bisa mencerminkan brand diri kita !

To Suneeta, thank you for reading Masterji, Bahut shukriah mere Suneeta. Tummara kesi heh? Hope you are fine. Thank you mera dost.

Pada pembaca yang lain, terimakasih yang tak terhingga meluangkan masa untuk membaca ya.




2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

"Brand" is equivalent to "Personality" or "Image". Mungkin ada yg kurang bersetuju tapi pada saya ianya penting bagi setiap individual.

Contoh yg senang...cuba lihat bagaimana seorang pegawai di sesebuah industri servis terutamanya...melayan pelanggan yang berimej & pelanggan yang tidak berimej?? Berbeza bukan? Imej atau personaliti akan first impression orang terhadap kita. Wlw apapun imej yang berkualiti biarlah berganding dengan pemikiran yang berkualiti, skil komunikasi yang berkualiti.... barulah ada 'harga diri'. Dengan adanya kualiti2 tersebut, insyaAllah senang untuk menjual 'brand' kita...

one said...

Salam masterji,

Brand satu topic yg bagus. Saya ada satu memori tentang brand. Dulu kalau cakap psl brand dah tentu kita ingat tentang dunhill, cartier, adidas, nike, levi's dll. Kalau kita gunakan salah satu drp ini tentu dipandang high class.

Tapi kwn saya ada beritahu " one kalau kita pakai tentu org kata beli kat Petaling street tp kalau org spt En. Ramly pakai tentu yang ori"

So status is important if we are going for brand then we have to create a status for us as said by Mdm Nor jahan image to personality.

So create that first....

Rgds

One&Only