Hari ini berpeluang melawat syarikat cleaning untuk meninjau keadaan sekeliling untuk tujuan program latihan produktivity up. Pulang dengan senyuman dan sedikit airmata.
Mata terpaku pada sesuatu dan kenangan lama menyelinap masuk ke fikiran sewaktu di bawa melawat dari jabatan ke jabatan. Sampai di satu tempat, ternampak alat alat kerja yang diguna kan untuk membersihkan tingkap. Masterji tak dapat tahan rasa gembira dan terus merakam kan gambar.
Empat perkara yang mesti ada ketika operasi membersihkan tingkap. Wiper yang boleh dipendek kan dan dipanjangkan, roller untuk buih sabun dan kain buruk selepas wiper digunakan dan baldi berisi air. Masterji pakar menggunakan alat alat berkenaan.
Itulah tugas sepenuh masa yang pertama untuk Masterji satu ketika dulu. Lama dulu. Memcuci lantai menggunakan machine dan mencuci tingkap ketika itu dikira sebagai special skill.
Masih jelas diingatan viper ditangan kanan dan roller ditangan kiri. Setiap tingkap ada standard masa yang ditetapkan dan satu hari boleh dikira berapa banyak yang boleh di settlekan... Timba berisi air akan dibawa bersama trolley ataupun jinjit sahaja. Disitu juga Masterji belajar berkaitan kualiti. Cermin yang dicuci tidak harus ada kotoran selepas dicuci dan mesti cuci sebelah dalam dan luar.
Bangunan SUK Shah Alam ada 24 tingkat. Dari luar bangunan Masterji berdiri mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut tingkat yang telah ditetapkan. Yang challenging nya bila hari hujan dan kita tengah bersihkan tingkap dari luar bangunan dan ditempat yang tinggi ...basah dan perlahan lahan kita kena beredar dari lokasi operasi. Sehelai T Shirt dan seluar jeans lusuh serta koyak dilutut lencun...Basahhhh.
Hujan tak bererti rehat. Kena support group cuci tandas atau pun mop lantai atau clear kan sawang di bumbung. No rehat rehat.
Bayangkan lah satu bangunan ada berapa banyak tingkap? Tepuk dahi...kejap kejap kotor.
Ketika cuci tingkap dari luar, boleh nampak apa yang orang dalam office buat dan seronok ketika itu dan selalu ber angan angan, best nya kalau jadi staff dan kerja kat dalam office..
Ketika cuci tingkap dari luar boleh tengok student U tengah belajar dan kebanyak kan mereka sama umur dengan saya. Beza nya cuma mereka di U sebagai student dan saya sebagai Pencuci...Sedih dan pilu.
Mereka jinjit buku dan saya pun jinjit juga.. jinjit viper, roller dan timba. ...ha ha ha...
Satu kenangan yang plaing tragis berlaku...Ha ha ha sampai sekarang Masterji ingat.
Satu pagi ketika mencuci tingkap pada satu tingkat bangunan dari luar, Masterji terperasan salah seorang staff wanita sedang melihat dari dalam ofis.
Lama dia merenung. Kemudian tersenyum.
Aisey men...hati Masterji jadi tak tentu arah...kuat rasa degupan jantung..
"Alamak dia senyum dah pulak..."Kata hati.
Terus betulkan apa yang patut. Tangan cuba menutup bahagian seluar yang koyak dilutut. Maklum lah orang tu kerja kat dalam ofis dan begitu kemas , sedangkan Masterji ketika itu dressing T Shirt Uniform gantung, dan Seluar jeans sezen serta koyak dilutut. Rambut jangan cerita lah , dah lah panjang tambah ekor sikit lagi cecah pinggang. Tang rambut tu boleh rujuk kat entri pelayaran gambar kedua mengikut susunan. Bak kata Pn Noor Jahan macam David Arumugam Alleycats...Kah kah kah kah...
Sambil mencuci Masterji curi curi tengok lagi. Dan dia masih merenung.
"Berat nie,...dia masih pandang" Hati berkata dan masih berdebar.
Dia bangun dari kerusi dan berjalan menghampiri tingkap dimana Masterji berada.
Lagi kuat jantung Masterji bergerak..." Alamak, makwe ni kerja ofis, mesti sekurang kurang nya aku kena ada Motor besar, kap cai pun tak ada macam mana ni"...."Kalau serius nanti, mesti kena ada duit banyak nak pi makan makan ke, kena perbaiki hidup , dan yang pasti mesti kena suruh gunting rambut ni dan seluar mesti yang smart smart"...hati dan fikiran mula memandang jauh.
Dia sampai, tersenyum dan berikan isyarat turunkan untuk bercakap.
"Confirm lah nie..." Kata hati Masterji.
Maka Masterji berganjak sedikit dan membuka tingkap berkenaan.
"Awak cuci tingkap ni dari luar aje ke " Dia bertanya.
"Errrr...ya...err..tidak ...." Alamak dia nak suruh cuci dari dalam ke untuk berkenalan lebih lanjut. Masterji fikir begitu.
"Mana satu betul ni, dah ke belum cuci dari dalam..." Dia bertanya lagi.
"Sudah cuci dari dalam , sekarang Gua ..err saya cuci dari luar plak" Tersasul sebut gua yang sepatut nya jadi ayat yang berbunyi saya. Habislah..kantoi nie. Mula fikir starting point yang gagal...
"Ni saya nak beritahu yang awak cuci dari dalam ni tadi tak bersih sebenar nya, masih kotor boleh cuci kan lagi tak..tolong ya.." Dia berikan arahan dan berlalu tanpa senyuman.
"Cis....rugi karan aje"..rupa nya Masterji dah terperasan. Ha ha ha ha ha ha ha....aduhai malu nya rasa. nasib baik masa buka tingkap tadi tak terus melulu kenal kan diri..
Rupa nya dia nak komplen....haha ha ha Encik Azaman kalau membaca entri ni jangan tergelak besar sangat ya. Sikit sikit ok.
Satu perkara yang jelas...Customer Satisfaction is every where and anytime. Could be immediate or later. However do our work properly. Belas tahun selepas itu, cerita ini selalu Masterji gunakan dalam program latihan.
Melihat peralatan itu, membuatkan Masterji rasa terharu dan ketika pulang memandu, mata rasa sedikit berair. The place where I came from. ..jauh juga perjalanan dan setiap dari nya adalah pelajaran. Teringat pada Arwah Abang Din penyelia pertama yang mengenalkan ilmu motivasi kerja pada saya ketika bekerja sebagai cleaner,..."Pi, kalau kita malu , tak adap kerja pun kita boleh buat dan tak kemana pun "...pesan dan teguran dari dia ketika saya memonteng untuk tidak melaksanakan misi mencuci tandas. Pesanan itu kekal hingga ke hari ini.
Masterji gembira terima sms dari pembaca , " Masterji saab...sekarang lepas baca entri Laila & Majnu, saya bawa bekal ke tempat kerja."...OK ok thank youuuu dari Masterji. Bagus tu, hargai lah Laila anda!
Nanti kalau satu hari nanti kita terbaring dihospital kerana pelbagai sakit, hanya Laila yang asli sahaja yang akan menemani kita dan sabar melalui nya bersama.
Puan Saniyah Kadir, salute dengan effort anda. Memandangkan anak nya melanjutkan pelajaran dalm bidang law, Ibu nya turut mengorbankan masa untuk mempelajari serba sedikit perihal bidang tersebut. Sudah bijak dan faham perihal selok belok Law. Dah tahu Chambering tu apa dan macam macam ring lagi. Tujuan nya juga jelas, supaya dia tahu bila dan bagaimana dia dapat membantu kejayaan anak nya dan memberikan peransang serta dapat berikan bayangan yang jelas bagaimana jenis kerjaya yang bakal ditempuhi selepas belajar Law. Great. Contoh yang baik. We must make time to build up better future for our kids. EXTRA MILES is required , bukan sekadar berjaya memasuk kan anak ke U, malah Ibu nya turut belajar tentang selok belok pelajaran anak nya. Seorang belajar untuk mendapatkan kelulusan, seorang lagi belajar dari luar untuk membantu supaya kelulusan akan diperolehi. Model Coaching yang menarik. Thank you for the teh tarik, and roti bakar. Jangan lupa buat effort yang sama untuk Value Guide Training Consultant sekali ya....ha ha ha.
Pn Noor Jahan aka Cik Fame, apa khabar ya?harap sihat dan berjaya.
6 comments:
erimakasih masterji atas pujian. Anak adalah harta, itu sajalah harta yg saya ada. kita sbg double parent, atau single parent..function kita tetap sama..jadilah mentor dan pembimbing yg baik. Dulu masa saya remaja..lain. Dgn keputusan peperiksaan yg cemerlang, masih tidak kemana-mana kerana tidak ada pembimbing. Ibubapa pulak tidak berpelajaran tinggi jadi bidang apa atau ke mana hala tuju kita dlm b idang pelajaran, adalah bergantung pada diri sendiri.
Salam Masterji dan semua,
Maaf lama tak masuk blog, baru balik office. Yang lama, mana boleh dilupakan Materji. Dari pengalaman yang sudah, kita lebih bersedia menumpuh cabaran yang mendatang.
Saya corner sikit Masterji. Itu hari saya tak naik cable carlah. Itu hari (tahun lepas) dah naik, cukuplah. Dia tak ada perubahan kat atas sanakan? Jadi tak payahlah. Nanti bila ada benda baru, saya naiklah.
Restoran Tomato tu saya pergi, makan breakfast. Penuh board tu, nak tulis pun tak ada tempat. Saya komplen kat orang dia. Petang tu masa saya lalu kat situ, habis semua dah dipadamnya. Putih bersih, kosong, termasuklah komen Masterji, disappear. Nasib baik saya sempat snap gambar masa pagi tu.
azaman
Salam Masterji....
I'm back!!! Memori??? Yes..byk gak memori saya wlwpun hanya seminggu di Japan. Itu baru seminggu. Apatah lg entri memori Masterji kali ni....terharu gak membacanya. Ringkas aje komen saya kali ni....baru nk warm up...he..he..Anyway TQ very much sb tak lupa tanya khabar saya.
Salam masterji,
Itu dulu masa Masterji kerja cleaner, tapibila mula kerja di MNC company bersama saya... ramai gak gugur jiwa melihat MAsterji. Hensem mcm pelakon Hindustan... tue belum lagi part ramai yg frust dengar Masterji nak kawin dan org yg kena histeria pun bole kata mana yg hensem tadi... Nasib baik lah awak tue jenis lurus org nya kalau yg lain dah tentu sapu... Histeria pun histeria lah...
Ha..ha..ha.
Rgds
One& Only
Saya pun nak menambah sikit komen The One.
Masterji dari muda sampai sekarang masih lagi bergaya sama macam dulu2.
Seorang staff saya pnah joint training yang Masterji buat. Sampai sekarang kalau ada training program, semua staff masih bertanya kenapa tidak menjemput Masterji. Saya tak salahkan merreka kerana sudah banyak kali saya menghubungi Masterji tapi Masterji sibuk.Trainer yang bagus tentulah mendapat permintaan yang tinggi.
Staff saya juga selalu memberi pujian kepada Masterji kerana program yang di kendalikan Masterji sungguh berkesan dan memberi impak kepada staff dan syarikat.
Sometimes when kita mula daripada bottom line till VIP (Very Important Person)in organisation adalah pengalaman yang berharga sebab kita dah tahu macamana orang bawahan berfikir. Bila bergaul pulak dengan orang-orang VIP lain cara mereka berfikir dan bertindak.
Itu juga adalah satu titik tolak dalam mengubah dan mencapai matlamat dalam hidup kita.
Post a Comment