Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Wednesday, July 13, 2011
Different Points.
Bersedia untuk menghadapi soalan di bawah dan fikir kan apa yang patut kita jawap dan apa yang kita patut buat untuk meningkatkan daya saing.
Pelanggan : " Sebelum membeli, saya nak bertanya, apakah kelebihan produk awak berbanding dengan produk yang sama tetapi dari syarikat lain"
Kalau anda seorang pegawai jualan , apa yang patut anda jawap dan fikirkan lah sebelum kita membuat sesuatu produk. Walaupun anda di proses akhir sesuatu produk itu tetapi anda juga lah proses pertama untuk membentuk strategy pihak pengeluar. So What is your Competitive Advantage?
Kalau anda pergi ke interview pulak.. samaada untuk kenaikan pangkat atau permohonan kerja:
Interviewer :
Interviewer : " Sebelum kami tawarkan jawatan / Kenaikan ini pada awak, apakah kelebihan yang anda ada berbanding dengan calon lain ?"
So jawapan nya adalah juga Competitive Advantage. Ingat ya dan bersedia lah.
Pada The One, lama tak dengar berita. Thank you for your great comments. 3 komen sekali. Untuk Sinegal, Inner Peace and Bendul. Yes, Saya masih ingat watak yang anda ceritakan dalam komen. Di akui memang terrer dia dalam discussion dan negotiation. Hebat lah kalau group anda finally boleh buat calculator terbalik. Pelajar kadang kadang lebih hebat dari guru. Memang di akui.
Perihal komen anda dalam bendul juga menarik. Akhirnya kain putih 6 ela sahaja dibawa ke sana. Semua yang harta benda akan tinggal dan carilah harta dengan cara yang mulia, halal dan tidak sesat kerana kita akan dapat merasa nikmat Inner Peace. Ya benar The One, blog ini adalah amal jariah dan sumbangan pengetahuan pada para pembaca.
Memang itu tujuan nya. itu salah satu sumbangan yang kekal selepas ketiadaan kita. Ilmu membuatkan insan menjadi celik dan bila mereka celik, akhlak mereka menjadi lebih sempurna dan seterusnya perlaksanaan nya akan menjadi lebih baik. Saya amat gembira dengan perkataan dari komen anda di entri Bendul dan saya petik semula di bawah ini:
" But for me the things that you had thought me had made me to be who I am now without expecting return. And now it's my turn to pass the things you thought me"!
The One, terharu saya membaca nya. Ya benar, keluarkan kan lah suara anda dan tulisan anda dengan apa cara sekalipun untuk mengajak manusia memperolehi kejayaan dan kemuliaan hidup. Silakan The One..Masterji bangga kerana anda menghargai pertolongan Masterji dan seterus nya faham apa yang kita harus buat untuk manusia lain dengan cara yang betul . Semuga apa yang kita lakukan diberkati Allah S.W.T dan ia akan di sambung selepas kita. Saya dah mencipta The One yang baru maka The One cipta lah seberapa ramai lagi The One yang lain ya.
Komen anda akan kekal di dalam blog ini. Samaada saya berumur panjang atau tidak , blog ini akan kekal untuk keturunan kita yang akan datang The One dan juga yang lain lain. Ia kan jadi kayu pengukur kita untuk generasi yang akan datang. Mungkin selepas ketiadaan saya, blog ini tiada up date tetapi ia mungkin akan kekal dengan apa yang telah saya dan anda yang lain tulis.Dengan jumlah entri yang ada, Sudah cukup untuk dijadikan asas bagi 7 keturunan bertindak cemerlang sekira nya digunakan dengan baik. Begitu juga dengan sumbangan Pn Noor Jahan, Saniyah Kadir, Encik Azaman, Abang Nas dari Coconut group, Wanita bertudung Hijau , Shahrul dan juga yang lain lain.
The One thank you. Komen untuk entri Sinegal juga best. William Shakespere..fulamak..nak compete dengan Sifu Azaman ke..ha ha ha. Ya saya juga minat dengan artikel Jim Sinegal tu.
"Know more than others,
Work more than others,
Expect less than others".
Pada pembaca lain, terimakasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Masterji....
Berkat tunjuk-ajar Masterji saya sudah ada "different points" sekarang...walaupun 'point' tu kecik jer kalau compare dgn orang lain tapi yang penting saya sudah ada 'point' tersebut!!!
Start minggu depan kena 200% fokus untuk cabaran hujung bulan ni. But will never fail to read your entry. Kalau nak ikutkan masa memang sentiasa tak cukup...suntuk semanjang!! Tapi saya terpaksa mengadakan masa tersebut demi syarikat dan rakan2 seperjuangan. Apa saya cakap ni??? Tungguuuuu... dalam entri2 yg akan datang. Nanti saya share ye!
Post a Comment