Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, July 21, 2011

From The Coach : Abang Adam & Allan.

Hari ini, Masterji nak cerita topik yang amat menarik. "Best gilerr" kata generasi muda. Kisah dua lelaki di satu tempat yang sama.

Kisah motivasi kali ini daripada tempat Masterji berlatih bina badan dan bersenam. JR Muscle & Fitness Gym di Shah Alam.

Masterji nak cerita pasal Allan dan Abang Adam. Dua dua hebat. Banyak contoh yang boleh kita pelajari.



Gambar di atas ialah Allan, guru gym Masterji dan tokey Gym berkenaan. Business yang diusahakan bersama dengan adik beradik. Cukup aman dan sentosa perjalanan business yang dijalankan dua beradik ni. Gym yang terbesar di Shah Alam dan memang penuh dengan pelajar. Siapa kata adik beradik tak boleh buat business secara aman?
Allan seorang Coach yang istimewa. Dia pastikan semua pelajar mendapat pelan latihan yang mengikut step dan akan berjalan dari seorang pelajar ke pelajar lain untuk melihat prestasi mereka dan berborak perkara perkara am dengan begitu ramah. Bila nampak sahaja muka Masterji..." Hah Abang Rafi, selamat datang walaupun seminggu hampir 3 kali Masterji ke situ, dia tetap ucapkan selamat datang. First impression yang bagus. Pernah hampir satu minggu Masterji tak datang, dan Allan menghubungi mobile phone Masterji kenapa lama tak nampak.."Abang Rafi mana lama tak nampak..Abang sihat ke atau ada apa apa kekurangan dari pihak kami ke..."
Terus terang cakap, Masterji terperanjat dan impressed! Customer service yang cemerlang. Dia tak pernah pun attend mana mana training tetapi dia tahu erti customer service. Beliau juga seorang ahli bina badan. Tahniah Allan!
Business Profit starts with humbility, manners and caring!
Equipment di Gym ini tersusun kemas dan setiap alat punyai prosedur yang jelas. Yang pelik nya...Allan dapat mengwujudkan discipline dan budaya mengikut prosedur kepada pengguna nya. Setiap barang yang sudah digunakan harus di kembalikan ke tempat asal untuk kegunaan pengguna lain. Self Managed Culture! Setiap equipment bersih dan di selenggarakan dengan consistent. Contoh yang baik untuk Total Productive Maintenance ( TPM ).
Cuma Masterji sarankan Allan terapkan sistem 5S dan Masterji percaya dengan cara mudah anda boleh di iktiraf sebagai Gym centre yang pertama mendapat sijil pengiktirafan 5S.
Anyway Tahniah ya .


Hah ....ini gambar Abang Adam. Senior Masterji di Gym. Abang Adam orang nya cool dan dan semangat juangnya terlalu tinggi. Badannya penuh dengan otot! Seorang Abang yang peramah dan sering membantu pelajar lain. Dari mula lagi Masterji dapat agak , ada sesuatu yang istimewa pada lelaki ini.

Ya tekaan Masterji tepat...Umur Abang Adam ketika ini ialah 54 tahun. Masterji ulang semula 54 Tahun ya....
Terperanjat bila dengar dia jawap..." Abang dah 54 tahun..." ...." Kalau nak semua boleh janji kita mahu buat itu saja syarat utama nya"....

Itu dia! masih segak, sihat, sensasi pada umur 54 tahun. Ada six pack lagi. Challenge point yang tinggi untuk Masterji. Kalau Abang Adam yang berumur 54 tahun boleh kenapa tidak Masterji dan yang lain lain. Mungkin kita boleh bayang kan orang lain yang berumur 54 tahun dan membuat sedikit perbandingan dengan Abang Adam.

"Abang datang sini..hari hari dik..dan kesihatan adalah niat asal". Masterji terpegun tengok dia buat senaman.



Tahniah Abang Adam. Contoh yang baik. dan Masterji sertakan sekali no gym syarikat JR Muscle & Fitness Gym : 03 55493779. Masterji yakin anda tidak akan dikecewakan! Dalam masa sebulan kalau konsistent anda akan berupaya mempunyai otot yang menarik. Anda akan dapat bersama Allan , guru yang rajin dan bertemu dengan Abang Adam.

Mohd Rafi Jalaluddin or Rafimasterji is always searching for excellent examples people. Do let me know if you are one of them.

Pada Encik Azaman...Amar adalah salah seorang kenalan Masterji. Jangan risau kerana setiap yang terjadi adalah tauladan pada kita. Thank you Encik Azaman.

1 comment:

Anonymous said...

Salam Masterji....

Terpegun saya baca ttg Abang Allan yg rupaya begitu "humble". PR yg baik merupakan salah satu sebab beliau dapat bertahan dalam perniagaannya. Ramai di luar sana yg boleh saya katakan "terlingkup" kerana tiada PR. Org sekarang sudah pandai menilai.

Siap promosi lagi...begitulah kan mana yg bagus mesti akan meniti dari mulut ke mulut. Kalau tak bagus pun akan di jaja dari mulut ke mulut. Jadi buatlah keputusan sama ada mahu dijaja yg baik atau yg buruk??