Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, July 20, 2011

From The Coach : Value

Entri kali ini dari Encik Azaman. Beliau rajin membaca, menulis dan berkongsi dengan semua.

Salam Rafi,


Kali ni saya nak sentuh pasal harga diri dan keyakinan diri.

Walau apa pun masalah, krisis atau bencana yang kita hadapi, jika kita mempunyai keyakinan kepada diri kita sendiri sudah pasti kita akan dapat mengatasi kesemuanya. Kalau kita pun sendiri tak yakinkan pada keupayaan diri, macam mana orang lain nak yakin. Kita mungkin didalam dilema ditempat kerja, buat ini salah, buat itu pun tak betul, jadi kemungkinan besar kita pun patah semangat. Moral down, date line selalu terlepas, productivity drop. Bagi mereka yang kuat keyakinan diri mereka, mereka tak akan putus asa. Review balik where or what went wrong dan betulkan. Sekali gagal cuba lagi, dua kali gagal cuba lagi, tiga kali gagal give up? No way, terus cuba. Kalau tetap gagal....

Yang ini kita kena review lagi, dimanakah sebenarnya letak masalah tersebut? Kalau kita telah buat yang terbaik, setara dengan apa yang mereka kehendaki, tetapi masih lagi dipersoalkan atau dipersalahkan, adakah masalahnya kita atau mereka? Dalam dunia yang nyata ini, berbagai cabaran akan kita tempuhi. Ada yang disebakan oleh perbuatan kita sendiri dan ada juga disebabkan karenah orang lain. Disinilah datangnya harga diri. Janganlah sampai yang salah pun kita turut mengiyakan demi untuk menjaga hati mereka yang berkuasa, itu menjual maruah diri namanya. Walau pun kalau melawan nanti kena cold storage, tak ada promotion atau bonus tak dapat, saya tetap mengatakan harga diri perlu dijaga. Dengan keyakinan yang ada, kita mampu mengubah nasib kita. Luaskan pandangan, panjangkan daya kreativiti kita.

Artikel dibawah saya yakin ramai yang sudah membacanya. Tetapi saya ingin menyelitkannya disini kerana ada kaitan dengan topik yang saya tuliskan diatas.


A well known speaker started off his seminar by holding up a $20 bill. In the room of 200, he asked,"Who would like this $20 bill?" Hands started going up. He said,"I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this." He proceeded to crumple the bill up. He then asked,"Who still wants it?" Still the hands were up in the air. "Well," he replied,"What if I do this?" And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe.

He picked it up, now all crumpled and dirty. "Now who still wants it?" Still the hands went into the air."My friends, you have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20."

Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your self value or pride. Believe in yourselves.

Jika anda adalah permata, dimana jua anda berada, dalam keadaan apa pun yang anda hadapi, anda akan tetapkan bersinar.

azaman

-------------------------------------------------------------------------------------

Terimakasih Encik Azaman. Banyak dah artikel hantar dan banyak juga yang kami belajar. Yes Value adalah amat penting. Selagi wang di atas itu tidak dikoyak walaupun jatuh masih ada Value. Jangan koyak kan Value anda! Value adalah criteria utama manusia mengkaji manusia lain.

Meminjam pakai artikel ini, terlansung kita bercerita perihal Value; Tumpang lalu sikit ya Encik Azaman
Tetapi kalau anda ingin meningkatkan lagi Value anda.., Masterji cadangkan , hubungi lah Value Guide Training Consultant.
Hubungi lah Masterji, atau Master Q Puan Saniyah Kadir dan Puan Hafizah Jalaluddin.

Kami di Value Guide Training Consultant menitik beratkan peningkatan Value anda . Bila Value anda berubah, masa depan dan tempat kerja anda akan turut berubah. Segala perkara yang dibekal kan pada anda adalah berteraskan peningkatan nilai semata mata.

Nota kami adalah panduan yang lengkap dan bukan penuh dengan petikan semata mata dari mana mana teori kerana kami percaya selepas tenaga pengajar tiada, yang tinggal hanya nota dan nota itu sama dengan dengan apa yang di ajar oleh tenaga pengajar serta boleh digunakan sepanjang masa, kerana kami percaya training is how to do process! Itu salah satu kualiti yang kami sediakan.

Value Guide Training Consultant is not an option but an opportunity for you to increase your personal and organization SUCCESS!

Pada yang menghantar sms komen perihal Amar, terimakasih Masterji ucapkan. Salah satu kisah realiti yang Masterji perhatikan dan follow up secara dekat kerana Masterji punyaio ramai kenalan di alam perubatan stress. Masterji juga minat mendalami pengetahuan tentang masalah stress ini dan pattern nya. Bukan nama sebenar tetapi point yang penting ialah jangan jadi seperti itu.

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji.....

Terima kasih sb tanya khabar saya... saya dah agak dah...kalau saya tak memberi komen mesti Masterji ingat saya tidak sehat. Alhamdulillah sihat....cuma agak sibuk sepanjang minggu ni utk menghadapi CABARAN minggu hadapan. Perancangan yg rapi telah dibuat dan latihan dilakukan tanpa mengenal erti 'jemu' & 'letih'....Masterji doakan yer agar saya dpt menempuh CABARAN ini kerana matlamat saya adalah untuk berhadapan dgn CABARAN YG LEBIH BESAR di bulan Oktober ini.

Walau sibuk macam mana pun saya tetap akan baca blog Masterji... itu sudah menjadi "rutin" saya. Dan saya lihat En. Azman juga sudah menjadi "rutin" menghantar artikel ke blog Masterji. Satu peningkatan yg baik sekali....dan artikel kali ini memberi satu pengertian hidup yg amat mendalam. Tak cakap orang lain...adakala saya juga ada terasa very down bila tidak dapat mencapai apa yg saya "target". Terima kasih En. Azman kerana memberi kesedaran.... Ni nak usik sikit...tak lama lagi boleh buat blog sendiri. Syabas En. Azman & hope to see more articles from you!!

azaman said...

Masterji,

Minta laluan.

Terima kasih untuk komen yang memberangsangkan itu. Taklah, kalau buat blog lain nanti Masterji marah pulak.

Dia bila dah makin meningkat umur ni, kena reflect balik apa yang dah kita lalui. Mana yang boleh di kongsi kita sama-sama kongsi.

azaman