Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Saturday, July 9, 2011

Mummy cakap .......


Kalau di tanya siapa kah Cikgu Disiplin yang terbaik pernah saya jumpa dan belajar dari nya....orang itu adalah ibu saya. Mummy my beloved mother.

Mummy telah menerapkan pemikiran disiplin dan adab yang tinggi dalam kehidupan kami tiga beradik. Pengalaman disiplin bersama Mummy..ha ha ha kalau tak buat akibatnya pipi akan menjadi merah kena tampar atau kaki serta bahagian belakang badan akan kena libas dengan rotan bulu ayam pembersih abuk.

1. Kalau tumpang kereta orang, mesti tutup pintu kereta dengan lembut dan ucapkan terimakasih termasuk kereta sendiri , jangan sesedap hati menutup pintu. Pernah ketika kanak kanak Masterji dan Mummy tumpang kereta orang dan Masterji tutup dengan kuat dan akibat nya selepas kereta itu bergerak, pipi Masterji merah kena lima jari. " Manners please have manners" kata Mummy. Masterji dengar sambil airmata menitis.

2. Ketika bercakap atau bergurau Mummy pantang mendengar perkataan kurang ajar sesama adik beradik atau ahli keluarga seperti perkataan "elehhhh...' " Suka hati lah nak buat ke tidak..." dan banyak lagi perkataan yang memperlekehkan ayat orang lain atau perkataan yang mencirikan tiada respect pada orang lain. Masterji ketika kanak kanak selalu cakap eleh...pada adik dan bulu ayam naik kebadan. Kata Mummy perkataan eleh boleh menghancurkan keyakinan dan masa depan orang lain. Sebab takut kena kutuk dengan perkataan " elehhhh,...action lah tu..." nanti orang tu walaupun bagus akan takut ke depan menampilkan kebolehan nya. Masterji rasa betul selepas dewasa. Ketika bercakap dengan sesiapa sahaja harus lembut dan bersopan santun. Jangan bersikap menunjuk nunjuk atau riak.

3. Bila bertandang kerumah orang, duduk satu tempat kecuali di arah kan sahaja. Jangan buat rumah orang macam dilanggar garuda dan bermain dengan permainan anak tuan rumah dengan sesuka hati dan melanyak barang barang dalam rumah tu sesuka hati seperti memijak katil anak tuan rumah atau berlari lari kesana kesini. "Behave your self " Kata Mummy. Pernah di tampar selepas pulang dari rumah seseorang kerana berlari lari dan terlanggar almari serta terjatuh barang hiasan orang tu.

4. Bila makan nasi tak boleh bersepah atau jatuh ke lantai. Rotan bulu ayam akan naik ke badan atau mana part yang sempat. Ha ha ha Mummy I love you mummy. Kalau nak ambil lauk dari pinggan lain pastikan dengan sudu lain dan tidak mencubit sesuka hati atau kata orang lama main ceku ceku sahaja. Berikan laluan pada orang lain untuk mengambil makanan dan tidak nampak macam anak yang tak pernah makan sepuluh hari.

5. Kalau buat kerja rumah tak boleh mendengus atau marah marah atau memberontak atau bunyi bising seperti kalau basuh pinggan harus tiada bunyi berdentum walaupun banyak. Ketika mengalihkan sesuatu pun mesti tiada bunyi berdentum. Tak boleh ada bunyi kelentang kelentung....

6. Ketika masuk tidur mesti wangi dan berbedak tak boleh berpeluh atau kotor. Selepas mandi Mummy akan periksa di belakang telinga ada daki daki atau tidak, dan di celah celah kaki ada kotoran atau tidak lagi. Kalau ada , ha ha ha pipi merah dan dah tentu kena mandi lagi. Mandi mesti bawa kole yang berisi berus gigi, sabun , shampoo , towel untuk lap daki daki di badan dan berus basuh kain untuk gosok kaki dan tapak kaki sampai bersih. Mummy kerja di dua tempat sehari dan bila pulang selalu nya kami dah masuk tidur. Perkara pertama yang akan dilakukan ialah mencium dahi kami dua beradik dan memeriksa samaada rambut ada bau shampoo tak, badan dan muka berbedak tak dan kaki ada tak apa apa kotoran...

7. Bila di panggil, sahut dengan tertib dan tak boleh ..."ya nak apa' ...kalau jawap macam tu jawap nya...Tsamina mina eh eh waka waka eh eh ...badan merah kena rotan eh eh ...ha ha ha... Mummy hai mummy.

8. Bila berjalan dengan adik harus pimpin tangan adik kerana ia penting untuk mengwujudkan sifat tanggungjawap dan erti kasih sayang antara adik beradik. Mummy...betul cakap Mummy. Walaupun darah lebih pekat dari air, ada juga yang bercakar sehingga tua kerana tiada permulaan yang cemerlang.

9. Mummy selalu mencadangkan untuk menjadi pelajar yang cerdik tetapi lebih kerap pada pembentukan tingkah laku dan betapa penting nya punyai akhlak yang mulia. Tepat! Akhlak yang mulia adalah the ultimate winner..Mummy bijak Mummy...Great! Hidup mesti lurus dan jangan sesekali mempermaikan orang kelak orang akan mempermainkan keturunan kita yang lain. Mummy selalu pesan begitu.

Banyak lagi yang Mummy lakukan untuk pastikan kami punyai rasa perikemanusiaan , adab dan akhlak yang mulia.
Pernah ketika di masih bersekolah ..tingkatan empat...Mummy tanya " Apit hisap rokok ke nak.." "Mummy jumpa tembakau dalam poket seluar sekolah"? Soalan sudden death!
Masterji cuba menepis dan malam itu ketika lepak bersama rakan rakan di tepi tembok sambil menghisap rokok..Bagaikan Ninja Mummy muncul secara tiba tiba dan mencekak tangan Masterji yang memegang rokok yang masih bernyala....Masterji pucat dan terus pulang kerumah. Mummy pintar menangkap orang...ha ha ha satu kebolehan yang Masterji perolehi kini secara keturunan....

Mummy...apa yang Mummy buat tidak sedikit pun rugi dan sakit Mummy...apa yang Mummy buat memang bagus dan tepat. Hari ini Apit dapat rasakan Apit ada banyak perbezaan dengan manusia lain. Apit adalah nama timangan Masterji yang diberikan oleh Ibu.

Mummy terimakasih dan Apit tidak akan lupakan semua ajaran tu Mummy. Ketika Apit menaip entri ni mata Apit merah berair Mummy...Mummy berjaya Mummy. Cuma Apit tak jadi Pilot kapal terbang tetapi Pilot untuk memandu manusia ke arah yang lebih cemerlang.

"Apit dah besar..mesti jadi manusia yang baik dan boleh jaga Mummy ya Nak..." " Kita tak ada sesiapa nak.." Perkataan yang selalu Mummy sebutkan pada saya ketika kanak kanak.
Kanak kanak tinggi yang kakinya terjuntai panjang kebawah ketika didukung oleh ibu nya. Mummy dan saya.

"Ya...Mummy and I love you Mummy.. I love you Mummyyyy..."

2 comments:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

First I'm not sure for the 1st time my comment kat BYC failed. Tak pe...gagal sekali tidak bermakna gagal selama2nyer....so saya akan terus komen.

Mungkin sebab ada sedikit persamaan dgn keturunan...maka saya tersenyum lebar membaca entri "mummy cakap....". Cuma beza nya for myself, "Bapak cakap...." Just to share a bit of my experience...

Arwah bapak larang sama sekali kalau bercakap semasa makan, bahkan jawab telefon pun tak boleh...sebab kena hormatkan rezeki kat depan mata. Pantang lagi satu jgn sesekali berbunyi semasa mengunyah makanan. Lg satu, must make sure nasi tidak melebihi dari takuk ke dua jari...tidak kena ketuk!! Jd nampak tertib & sopan.

Itu baru satu bab. Ada byak lagi rules & regulations!! Mcm2 peraturan terbayang didepan mata....teringat arwah bapak saya. Kalau tidak kerana peraturan beliau, saya tidak jadi seperti sekarang....."Terima kasih bapak".

catwoman said...

Salam cikgu,

I think some people should count their blessings. My parents divorce when I was very young and I live from one family to another while growing up. Those days, I used to hate my parents and envy other kids with family. Even when I was at boarding school, I dreaded the school holidays which also means that I have to travel to each of my parents home and had to watch my steps sisters and brothers live happily in the same house with their parents. (Both my parents were remarried) To cut short the stories, I become very rebellious and never wanted to listen to my parents or anyone as those educations (family values) was never instilled during my early years.
As I grow up and matured, I do realised the mistakes that my parents did and as such, I always learn and instilled good behavior in myself and to my family especially my 4 lovely kids. This is very important values to ensure that they grow up and become a better person.
Everyone can become a teacher but the best teacher will always be from our own parents.
Thanks cikgu and I always wish that no one will have to go through the same experience that I had.

Catwoman