Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, August 1, 2011

The Un Wanted Gift.


Syukur pada Allah S.W.T , kerana kita berjaya mencapai pahala berpuasa setelah selesai hari pertama. Macam macam ragam kan hari ini. Bagi yang merokok termasuk Masterji, akan terasa sangat dugaan nya tetapi bagus untuk kesihatan kerana berjaya kurangkan merokok.

Exercise? Masih buat...cuma kurang sedikit dari hari biasa dan selalunya pukul 6 petang. Harus kerana kalau dtangguhkan selepas raya, ditakuti tidak akan menjejak kan kaki lagi ke gym ataupun track. Tak semestinya membina otot ya tetapi Masterji fokus pada fitness dan kesihatan kerana fitness adalah lebih mustahak dalam membina kesihatan dan stamina. Orang yang membina otot jarang jarang Masterji tengok berjogging tetapi jogging bagus untuk stamina dan terutama sekali jantung. Fitness membuatkan kita sihat dan sedikit berotot . It's ok as long as we are healthy. Shape kena jaga dan badan harus sihat. Sebenarnya boleh bersenam di Bulan puasa ni dan lebih senang untuk push up kerana perut kita kosong dan tidak mengah. Try it ya.

Siang tadi sewaktu Masterji membuka fail fail lama terjumpa satu risalah dan dokumen latihan lama daripada aktiviti PROSTAR. Aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, lama dahulu untuk mencegah penyakit yang tiada ubat iaitu HIV ataupun AIDS.

Sekarang Masterji tak pasti samaada aktiviti PROSTAR masih hidup lagi atau tidak. Ketika itu tahun 1996, Masterji bekerja dijabatan latihan dan di hantar untuk memasuki kursus PROSTAR selama seminggu di Pulau Pangkor. Tujuan syarikat mengantar Masterji ke kursus berkenaan adalah untuk memberikan kesedaran pada para pekerja di syarikat Masterji berkaitan dengan kesedaran tentang betapa bahaya nya penyakit tersebut. Kursus berkenaan adalah percuma tajaan kerajaan dan disertai oleh murid murid sekolah menengah, para penuntut Universiti , pasukan berseragam dan juga para pekerja dari pelbagai syarikat. Ketika itu Masterji adalah peserta yang paling tua sekali. Seoronok juga bersama mereka. Ada banyak aktiviti yang diberikan termasuk lah ceramah, membuat lakonan dan perbahasan. Gelak besar Masterji bila dipilih sebagai salah seorang pembahas. Kah kah kah...Masterji berbahas seperti mengajar tanpa slang bahas dan mereka yang lain lebih hebat. Ada juga yang Masterji, lain yang dihafal lain yang keluar ketika bahas sampai terlajak pada isu harga bekalan makanan yang tinggi dan ada juga yang bila putus idea terus kata, saya..errr...saya...err...saya tak ada apa nak cakap maka saya memohon diri ajelah...ha ha ha. Gelak besar. Kami yang bekerja ni, terpaksa berlawan bahas dengan para penuntut Universiti yang kebanyak kan mereka pakar bahas.

Kumpulan Masterji menjadi pembangkang dan menahan kan hak pesakit AIDS supaya status mereka tidak didedahkan dan macam macam lah terkeluar termasuk lah dialog anak ku Sazali, "Kalau dua puluh tahun dulu Bapak pukul Sazali, ya mungkin Sazali boleh berubah, Siapa yang tidak kenal Sazali ,ketua Samseng yang paling besar dikota Singapura ini, apa sahaja yang Sazali mahu Bapak berikan, sayang anak ku Sazali , Bapak yang bersalah..." Lebih kurang begitulah yang Masterji sampaikan ...disambut dengan tepukan gemuruh dan diakui kebenaran nya oleh pembahas pihak pembangkang selepas itu. Masterji sendiri pun gelak kerana macam slang langsung tak macam bahas..kah kah kah. Manis kenangan itu.

Masterji nak cerita sikit babak yang Masterji belajar ketika itu. Sensitif sedikit tetapi bagus untuk kita semua.

Bahan pelajaran yang diajarkan oleh tenaga pengajar dari kalangan Doktor amat tinggi nilai nya. Ada sekeping nota yang amat tinggi harganya diberikan pada para peserta. Apabila kita berjumpa dengan seseorang dan sebelum terlajak jauh harus lah kita teliti sejarah silam nya ataupun keperibadian nya yang sebenar. The True Colour kata orang. Nota berkenaan menunjuk kan gambar beberapa individu yang melakukan perhubungan rambang, seperti contoh:

Seseorang yang berkenalan atau terlajak perbuatan dengan seseorang tidak sedar yang dibelakang pasangan berkenaan ada pertalian dengan beberapa individu lain dan dibelakang individu individu berkenaan pula ada lagi pertalian atau perhubungan rambang yang berlaku dengan beberapa individu lain.

Untuk memudah kan kefahaman, katakan kan lah seseorang wanita terlajak dengan seseorang lelaki dan lelaki berkenaan punyai pasangan lain dibelakang nya ketika itu ataupun sejarah lama nya dan pasangan itu juga punyai pasangan lain dan pasangan yang lain itu juga punyai pasangan yang lain dan seterusnya tanpa kita sedari !
Ia juga boleh jadi sebalik nya seperti seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita dan menjadi contoh seperti diatas. Bahaya tu. Apa yang Masterji faham penyakit HIV ataupun AIDS tidak akan menjadi serta merta tetapi mengambil sedikit masa walaupun sudah ada., about five to ten years. Not sure mungkin lebih kurang. Disamping itu ada tanda tanda lain. Cuma gigitan nyamuk tidak akan merebak kan penyakit berkenaan . Kuasa Allah S.W.T.

Gunakan lah undang undang yang halal baik dari segi kesihatan ataupun ugama. Walaupun anda rasa begitu terpesona, anda rasa nak try try ataupun keinginan untuk membalas dendam kerana diri dipermainkan , jangan diteruskan selagi ia tidak diteliti, ataupun yang lebih baik ialah yang halal kerana jika tersalah langkah, sengsara nya boleh berkait kait dan amat teruk sekali kata Para Doktor merangkap tenaga pengajar ketika itu. The personality displayed for your eyes to see may not be the actual behaviour and practices of someone.

So , say no to the unwanted gift ya. Insyaallah kita semua selamat daripada penyakit penyakit yang berat. Kesihatan yang cemerlang adalah maruah diri. Bila sakit, kita akan hilang kebanyak kan benda dan orang yang penting.

Insyaallah sama sama lah kita meneruskan perjuangan hidup kita dengan cara yang sihat dan kita kan tenang dalam kehidupan.

Ron 97..amacam dah beli ke baju raya....dengar cerita dalam kelas hari itu, Mas nak beli sepuluh pasang baju raya...dah ke belum..ha ha ha. Harap Mas dan lain lain student sihat ya.




4 comments:

Wangi74 said...

I adalah some frens also also saudara yang ada AIDS.Dulu HIVlah tapi bila cd4(blood count sudah under 200)..boleh jadi AIDS lah.Sekrg belumlah ada apa-apa ubat yang boleh cure HIV/AIDS tapi kerajaan msia ni baguslah..ada ubat yang diberi free untuk mereka ni..untuk diprolongkan dari AIDS..second ubatnya HAART tu kenalah beli dalam RM500 untuk sebulan.Kenalan i semua related dengan drug abuselah..sharing needles..nak buat macammana bila sudah gian.Sekrg some NGO adalah yang promote bagi free needles untuk druggie ni.Apa-apapun..kita jangan discriminatelah dengan diaorang ni..bukan senang2 je nak menjangkit dengan kita.Anyway,Selamat mengurangkan smoking cik rafi..they never been good for youlah..hehe

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Alhamdulillah dapat kita menyambut Ramadhan sekali lagi...Ini peluang utk kita melipat-gandakan amalan kita...InsyaAllah.....

HIV/AIDS mmg cabaran yg terbesar bagi mereka yg menghadapi. Masih ingat lg ketika awal dulu...majority tidak dpt menerima mereka yg ada HIV/AIDS ni tp sekarang ramai yg berfikiran lebih terbuka & seterusnya memberi peluang kpd mereka ini. Ada yg sengaja menempahnya tp ada yg mendpt as a 'surprised gift'. Anyway...selalu berdoa agar kita & kaum keluarga kita dijauhi dari gejala HIV/AIDS.

Salam Ramadhan Al-Mubarak kpd Masterji sekeluarga & tidak lupa kpd En. Azaman & TheOne....

Anonymous said...

ha3..pandai cik rafi teka baju raya saya ye..lagi 2 nak cukup 10..last week dapat 2 saree dari puvan..kirim kat dia masa dia pergi india hari tu..selamat bpuasa ya

Sreetharan K said...

Hi...sayapun peserta PROSTAR kat P.Pangkor 1996.