Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, August 23, 2011

Sekali salah daa...


Hi everyone, apa khabar semua? Mesti sihat tau. Cabaran di Malaysia makin lama makin kuat dan kesihatan yang mantap adalah sumber kejayaan.

Hari ini Masterji melawat Propel. Thank you so much pada Bos HR, Cik Rozita, Cik Aishah dan Cik Cik lain lagi. Best perbincangan hari ini. Soalan yang diutarakan amat berguna dan berfaedah. Tepat semua pertanyaan tentang 5S.

Hujan diawal pagi dan suasana cukup nyaman. Hari ini Masterji bikin kelakar lah...sudah silap sikit..ha ha ha.

Pulang dari Bangunan Propel dan menuju ke arah pondok parking sambil memandu. Seorang Abang menghulurkan tangan untuk meminta parking ticket..Masterji pun dengan pantas menghulurkan tiket berkenaan dari kocek baju kemeja yang berwarna biru strike putih. Tunggu punya tunggu , tiada apa yang terjadi kecuali muka abang tadi tersenyum dan melihat Masterji.
"Aiseymen, apahal ini brader tengok satu macam ni," kata hati Masterji.

Perlahan lahan tangan nya di hulurkan semula bersama parking tiket tadi kembali pada Masterji.
"Encik, salah kad nie..." Kata nya.

"Ohh iye ke Bang.., " Jawap Masterji sambil mengambil kembali "tiket tadi"..cis , rupanya business card Cik Rozita yang diberikan pada Abang Parking tu kerana disimpan pada tempat yang sama untuk tujuan mencari ofis sebelum datang tadi.
Lantas Masterji berikan tiket berkenaan dari kocek dan baru lah betul parking tiket. Kah kah kah..dan Abang parking tu pun turut ketawa secara kecil kecilan tetapi nampak macam meriah sahaja ketawa nya.

Tak pa lah...satu kenangan di Taman Desa. Sewaktu memandu pulang terbayang betapa meriah nya Abang parking tadi ketawa. Masterji ikut tersenyum ha ha ha. Hiburan yang pertama dalam hidup pagi ni. Meriah sakan Abang tu.

So hari ini tak da moral of the story kecuali Masterji dan abang tu gelak secara meriah sahaja.

Pada warga PSMB , Thank you for your comments ya. Hidup anda pasti ceria kan hari ini.

Pada Cik Fame, thank you for talking to me early in the morning. Jay Jay punya sejarah dan kenangan berbuka hari itu. Best and enjoyed.


No comments: