Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, August 8, 2011

Boboi


Hari itu...
seorang kanak kanak perempuan yang berumur tujuh tahun, seorang lagi pun sama kanak kanak perempuan yang berumur 13 tahun dan seorang kanak kanak lelaki yang hampir remaja sedang mengikuti Boboi..."Nama saya Boboi, nama Bapak saya Koboi"
Mereka lantas ketawa.

Boboi tersenyum riang sambil berjalan terhenjut henjut , kadang kadang meloncat loncat sedikit dan berperangai sedikit pelik. Nampak sangat perangai keanak anak kan nya. Yang berumur tujuh tahun memegang erat tangan Boboi dan gembira. Yang berumur 13 tahun, ketawa pecah perut melihat tingkah laku Boboi dan budak yang hampir remaja tu sedikit merungut melihat perangai Boboi tetapi tidak dapat mengelak kan perasaan ingin ketawa nya...Mereka lucu melihat perangai dan gelagat Boboi..,di belakang mereka berdiri seorang wanita , ibu kepada ketiga tiga orang budak tadi. Juga ketawa dan mengeleng gelengkan kepala melihat gelagat Boboi....,

Sampai sahaja di sebuah pasaraya, Btoboi ternampak aiskrim nak menjerit ...nak aiskrim , nak aiskrim, jom kita makan aiskrim nak tak..Boboi bertanya pada ketiga tiga kanak kanak tersebut..mereka gembira ketawa melihat Boboi. Mereka semua bersetuju.
Yang berumur 7 tahun tu berkata.."jom lah Boboi...ok Boboi.". Yang hampir remaja tambah mengeleng tetapi ketawa...

"Auntie, Auntie...kita orang nak makan aiskrim...Auntie belikan lah ya" Boboi berkata pada ibu ketiga tiga orang budak itu.

Wanita berkenaan lagi kuat tersenyum dan mengeluarkan wang untuk belikan aiskrim untuk mereka berempat. Gembira mereka berempat. " Auntie Boboi nak yang kaler nya coklat tu ya..yeh yeh yeh Auntie best..Auntie best" Kata Boboi.

"Auntie ada tisu tak...mak Boboi marah kalau Boboi makan aiskrim nanti kan selekeh...." Boboi.
Wanita berkenaan keluarkan tisu dan berikan pada Boboi.

Ketika menaiki exculator, Boboi membuat gaya Superman terbang dan budak yang berumur tujuh tahun tu amat gembira dan ketawa berdekah dekah. Yang berumur 13 tahun juga gelak sambil menekan perut tetapi yang besar dan hampir remaja tu, sedang memegang Boboi tetapi masih ketawa secara malu malu. Ada juga mata keluarga lain yang memandang dan sedikit terhibur dengan gelagat Boboi...mereka pelik tetapi ketawa.

Sampai sahaja di satu floor dan ada permainan video untuk kanak kanak Boboi lah yang pertama menjerit dan meloncat loncat sedikit.." Nak main game, nak main game..." Kata Boboi. Terus disokong oleh yang berumur 7 tahun tadi. Mereka berempat bermain game.

Yang berumur 7 tahun duduk dan membaling bola bersama sama Boboi. Bila bola masuk jaring
" Yeh kita menang , yeh kita menang..." Kata Boboi.

Budak yang hampir remaja tiada lah lain selain gelak dan sedikit merungut melihat Boboi . Segan mungkin...

Di adegan yang lain ,
"Auntie , Auntie nak buang sampah ya..nanti Boboi buangkan ya..yeh, yeh, yeh , yeh..dapat buang sampah" Kata Boboi pada seorang wanita. Wanita itu setia mengikut Boboi dari belakang dan memberikan bungkusan sampah itu pada Boboi."Ye lah Boboi..Auntie bagi sampah ni kat Boboi ya" sambil wanita itu mencubit pipi si boboi.

Wanita berkenaan memegang tangan Boboi lewat senja itu selepas berbuka dan penuh kasih mengatakan " Happy having you in my life".

Hahaha ha Boboi juga tak tahan ketawa dan mereka gembira.
Boboi adalah suami nya yang berumur sekitar empat puluhan.
tiga orang budak budak tadi adalah anak anak Si Boboi. Termasuk lah yang hampir remaja tadi.
Dan Boboi itu adalah Masterji..ha ha ha ha.
Itu salah satu cara Masterji berikan masa pada keluarga dan berhibur bersama mereka.
Tak salah dan janji kita bahagia. Masterji sendiri pun tak tahan ketawa. Agak kerap juga Masterji berbuat begitu dan family amat menyukai nya termasuk semua anak saudara Masterji.

Mereka kadang bertanya bila berjumpa Masterji.."Boboi apa khabar "...
Masa marah , kena marah masa gurau kena gurau. Kenangan Manis seperti itu adalah lebih mahal dari hadiah berjuta untuk anak anak dan keluarga.

"So be jokeable. Relax.Yes, go for world class, but blend that drive with a sense of happiness"
- Robin Sharma.

Bak kata Rahul pada anak nya Anjali..."Ayah sanggup buat apa sahaja pada mu anak ku"
Filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998 yang Masterji tonton di Singapura sewaktu program latihan Lakonan SRK dan Kajol. Setahun selepas Dil To Pagal Hai meletup dipawagam.

An....An..ja..li Anjali sedap nama tu.

Puan Noor Jahan yes! cantik idea tu. pakai nombor kan. Ok nanti Masterji tolong rekomenkan. Memang Masterji 5S lah Cik Fame sekarang. Thank you.

Pada para pembaca lain terimakasih kerana sudi membaca ya.. kadang kadang kita kena jadi Boboi.

No comments: