Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, August 24, 2011

Second Birth!




Berita gembira Kak Rosna berjaya bebas dan pulang ke tanah air menyambut hari bahagia bersama anak anak nya. Hari Raya ini akan lebih bermakna bagi diri nya. Kebebasan hakiki dan selama nya. Harap dijadikan pengajaran bagi sesiapa yang lain.

Jangan hidup ibarat burung yang bebas terbang tetapi di dalam sangkar. Tak ada makna nya. Mungkin selepas ini Kak Rosna boleh dijadikan guru kesedaran selepas ini. Bagi sesiapa yang terjebak dengan isu Awang Hitam mungkin boleh mengambil pengajaran. Tetapi isu ini bukan sahaja terhad pada Awang Hitam, ada juga yang lain menggunakan wanita untuk pelbagai tujuan yang tidak elok.

Kadang kadang kita bersama dengan seseorang dan kita tidak sedar apa yang ada dalam bag besar, bag sederhana atau porch bag yang dibawa nya. Kadang kadang kerana tolong pegang kan bag seseorang untuk ketandas pun boleh menjadikan kita merengkok dipenjara. Tak kira lah apa saiz bag nya ataupun bungkusan.

Bukan sekadar bag atau bungkusan, malah didalam kereta yang kita tumpangi ataupun bila makan bersama sama dan berkongsi kotak rokok. Kotak rokok luar nampak rasmi tetapi isi nya bukan brand yang tertera seperti di kotak rokok.

Kalau kita salah seorang yang berada dalam kawasan berkenaan ataupun meja makan tersebut, maka cepatlah cepatlah buat keputusan menyelamatkan diri. Samada itu tetamu penting ke, kawan sepusat sepusing ke kawan lama ke, kawan baik atau apa jenis kawan sekalipun. Selamatkan diri anda. Jangan sekali kali berpandangan " Eleh, benda macam tu biasa lah " . Salah pandangan tu. Kita mungkin belajar luar negeri atau pun tempat tempat tinggi, perkara perkara yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. itu important fundamental tu tak boleh di "eleh eleh" kan
Kerana kalau kena serbu, semua yang berada disitu kena angkut dahulu, lain lain belakang cerita. Silap haribulan , kena check in dulu dalam lokap semalam dua sebelum dibebaskan. Kawan kawan juga, hidup kena ada prinsip. Tak kan kawan tak baca buku dan dapat nombor paling corot dalam kelas tu pun kita kena ikut.

Jangan keliru dengan budaya "gaya, akal , penampilan high class tetapi value low classs".

Bagi mereka yang berada dalam dilemma atau sedang derita menahan pilu, kerana ditinggalkan kekasih ke, dimainkan oleh kekasih ke, atau baru lepas bercerai ke, jangan lah cepat menyerahkan jiwa raga secepat mungkin pada wajah wajah yang cukup manis. Mungkin benar niat seseorang kita tak nampak tetapi kita boleh gunakan fikiran dan instint kita. Pada awal nya memang lah confirm nampak membantu, masa diperlukan tak sampai sepuluh minit dah sampai ke depan wajah kita dengan gaya lakonan yang amat realistik untuk membantu. Tetapi bantuan itu akan jadi jembatan ke pintu yang lebih menderita. Masalah dilemma pertama belum tamat , kena tanggung satu lagi masalah. ada kemungkinan masalah kedua lebih teruk dari masalah pertama.

Pepatah moden yang sering Masterji dengar dari rakan rakan " Fi nothing is free" . Kadang kadang , setiap yang melabur tu dah kira berapa .R.O.I ( Return of Investment ) untuk setiap sen yang dilaburkan nya dan bagaimana untuk mendapatkan nya. Rasa nya benar. Jangan mudah dan cepat memberikan kata kata " Take lah anything you want, life or others" pada seseorang baru yang belum anda kenali seratus peratus. Marabahaya. Walaupun di rekomenkan oleh sesiapa sahaja, anda sendiri kena buat judgement! Sebab , bila susah, kita yang akan menanggungnya dan sukarelawan yang merekomenkan tadi pun hanya boleh mengeluh atau paling tinggi hanya boleh berkata "Ohh iye ke..macam tu" Naya kita jadi nya.

Apa pun tahniah pada Kak Rosna, Syawal yang menjelma adalah kebahagiaan hakiki. Perolehi semula kehidupan kita.

Bukan dari kes Kak Rosna sahaja kita boleh jadikan pengajaran malah dari set Television kita yang bersaiz besar atau mega ataupun yang paling latest pun kita boleh dapat pengajaran. Kalau dulu drama minggu ini terhad hanya pada hari Ahad malam tetapi sekarang dah ada banyak channel termasuk Astro lagi untuk kita melihat drama yang berunsurkan pengajaran. Masterji selalu pesan pada keluarga, TV adalah sumber informasi dan bukan kebanggaan atau hiasan persembahan.

Apa kata kita pun tumpang bergembira pada syawal yang akan menjelma tak lama lagi,


No comments: