Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, December 19, 2011

Taichi Master.

Pagi Sabtu di hospital Subang Medical Centre sama waktu dengan entri ini ditulis.
I 've met a man seating besides me and got another education point in my life which is important to be shared.

Kadang kadang untuk mengaku tidak bersalah kita ada seribu satu alasan kenapa kita tak berjaya. Ia juga termasuk lah bab menuding jari pada pihak lain ataupun perkara lain kenapa kita tidak berjaya. Kadang kadang kita seperti Taichi Master, asyil taichi kan masalah pada pihak dan perkara lain. Semua nya mereka dan keluarga mereka aje yang bersalah. Kita tidak.

Pagi ini berbual dengan seseorang. Cerita kegagalan mengenai diri dan betapa sukar nya kehidupan dan cabaran cabaran di sekeliling. Cerita yang bermula dengan menyalah kan ahli keluarga sebagai salah satu sebab tidak menjadi kaya sampailah merebak ke Nation Wide!

It seems instead of saying we can change for betterment but we went all over to against the whole nation and put the blame on them for why we can't do better! Kadang kelakar bunyi nya. Ramai yang mungkin berfikiran begini. Pengalaman kerja dan latihan buatkan Masterji jumpa ramai yang macam ini. Masterji panggil Taichi Master.

"Macamana hidup tak susah , keluarga pun miskin"
"Macam mana nak datang awal, hari hari hujan"
"Macam mana nak ada duit simpan, semua barang barang mahal"
"Macam mana nak ke depan, subsidi tak ada"
"Macam mana nak baca buku, rumah kecik aje:
"Macam mana nak buat kerja dengan laju, sistem pun tak betul"
" Eleh macam lah aku sorang yang tak ikut peraturan, orang lain pun langgar juga"
"Oleh kerana gaji majikan berikan kecik , maka kerja kita pun kita kecik kan lah"
" Macam mana nak berjaya, tiada sokongon dari sesiapa pun"
"Macam mana nak naik pangkat, bos tak nampak aku kerja"

Ayat ayat yang kita biasa dengar kan!

Pendek kata ada macam macam lah sebab kukuh yang buatkan kita gagal kerana faktor luaran dan orang lain.

Huh apa kata kalau kita fikirkan tentang beberapa individu yang ada sebab kukuh untuk mereka harus gagal tetapi sebalik nya mereka jadi legenda dan berjaya!

Mendiang Tan Sri Loh Boon Siew, seorang tokoh yang berjaya memberikan peluang pekerjaan pada ribuan orang walaupun tidak pandai menulis. Tak pernah pun gunakan alasan tu dan menyalah kan keturunan terdahulu kenapa dia jadi begitu tetapi mereka jadikan alasan itu sebagai pembakar semangat.

Charlie Chaplin si yatim yang berjaya. Kalau ikutkan hati, sudah cukup alasan menjadi yatim tu untuk menjadi orang biasa sahaja. Tetapi sebaliknya beliau dikenalai sebagai Raja Silent Comedy!

Dato Yusuf Haslam, dari seorang konduktor bas menjadi seorang pelakon seterusnya dikenali sebagai pengarah filem "six million dollar man" .

Mereka semua tidak pernah menyalahkan faktor luaran sebagai penyebab kesukaran hidup tetapi dengan kadar masa yang sama sehari 24 jam mereka gunakan untuk berfikiran mengubahkan keadaan dan bukan menyalah kan keadaan !!!

Para pembaca yang disayangi dan dihormati...tak nak jadi Taichi Master ya.

Pada Cik Fame, thank you so much for your comments. Betul tu kita bukan harus tinggi dari segi tubuh badan malah keperibadian jua harus tinggi nilai nya! amat setuju.

Sekarang Masterji gembira dengan pencapaian anda, dari seorang HR Manager yang cuma mahir tentang labour law dan proses pembayaran gaji tetapi kini menjadi sifu 5S dah. Dari Jepun dah ke Sarawak! Tok Guru mana yang tak gembira dengan pencapaian anak murid nya. Cik Jahan, selain dari menyuruh mereka berbuat baik, kita sebagai penyuruh pun akan dapat pahala menerusi sessi pengajaran kita. Tak rugi jadi Sifu. Mungkin tidak kaya material tetapi Insyaallah kaya dengan amalan baik.

Waw makan mee kelok ya... Best kan Sarawak. Thank you for your comments and continuous support.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Pagi ni cuti so...ambik peluang letak komen. Baca dah baca dah few days ago...bab Taichi Master ni agak mencabar sebab ramai yg suka jadi Taichi Master ni...tapi tak kemana pun sebab kebenaran akan keluar dgn sendiri...so apa yg ditaichi tu akan balik kat muka sendiri!!!

Sering juga berhadapan dengan Taichi Master....kekadang dah naik bosan!! Hasil tak nampak...tapi orang2 seperti ni memang bijak menuding jari...malah dengan seribu satu alasan.... So, kalau kena dengan masa & keadaaan... apalagi kita "kungfu" dia semula...betulkan keadaan!!!