Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, December 28, 2011

B.I.C Believe I Can! - Fame forever.



Mulai tahun 2012 Masterji akan memuatkan entri bercorak baru B.I.C Believe I Can !
Mungkin seminggu sekali untuk berkongsi formula kejayaan dan kredibiliti manusia yang berjaya di tempat kerja, negara, sekolah, ataupun di dunia.

Minggu ni B.I.C dimulakan dengan kisah rakan sifu Masterji, Puan Noor Jahan aka Cik Fame.
Mungkin ada banyak artikel perihal Cik Fame tetapi ruangan kali ini beza sedikit.

Ketika kali pertama bertemu di Higashifuji, Orang nya memang nampak firm, bersemangat dan precise. Program yang di minta ialah Program Peningkatan Kualiti dan 5S. Ketika itu, Masterji bukan pilihan utama sebagai tenaga pengajar kerana ada yang lain telah jadi pilihan. Ketika itu, Masterji belum sangat dikenali di dunia luar kerana baru memulakan business latihan. Mengajar secara Part time di kolej ataupun Institute dari tahun 1998, tetapi mula sepenuh masa pada tahun 2004.

2005 Bertemu Cik Fame. Selepas mengendalikan latihan disana, beliau dan majikan nya setuju membuat Turn Around Factory Improvement Program menerusi 5S dan Kaizen. Ketika itu syarikatnya hampir hitting the bottom. So misi Factory Rebuilder diteruskan. Masterji diberikan kepercayaan untuk mengubahkan minda serta kredibiliti staff disitu. End Result company harus kembali pulih dan survive.

Kalau belajar dari Masterji pun program sehari dua maka seterusnya harus dipantau dan dilakukan oleh staff sendiri. Factory Rebuilder Committee dilaksanakan bagi memastikan sasaran akan dicapai.

Puan Noor Jahan dipilih mengetuai misi Factory Rebuilder itu. Kepercayaan diberikan oleh Pengarah Urusannya.
Mengetahui latar belakangnya sebagai kakitangan ofis dan ketua Sumber Manusia department, Masterji punyai sedikit keraguan dan risau kerana bukan senang seorang Staff Ofis Ketua Jabatan membayar gaji seperti beliau kena buat analisa kualiti produk, kira out put, standard time, Inventory reduction, Peningkatan Produktiviti operasi dan macam macam lagi. Boleh ke orang HR mengendalikan misi peningkatan berkenaan?

Benar Masterji dari HR juga tetapi rekod kerja Masterji bermula dari bawah iaitu di Production dan terbang ke macam macam jabatan lain dan berakhir di HR Department. Jadi faham dengan pengendalian operasi secara total serta teknik nya. Mnakala Pn Noor Jahan hanya di HR.

Tetapi memang gagah perkasa orang nya Cik Fame ni. Akhirnya beliau berjaya dalam misi berkenaan. Dari seorang project cordinator Factory Rebuilding kini telah berjaya menjadi Sifu contoh dalam bidang Productivity Improvement. Orang yang membayar gaji pekerja boleh dengan cemerlang bercakap perihal Profit and Lost, Organization Waste, Lean Manufacturing, Just In Time, Lost Cost, Cost Saving dan macam macam aspek lain yang tiada kena mengena dengan kerjaya nya sebagai HR Manager.

Itulah dia Puan Noor Jahan. Baru baru ini dijemput oleh MPC ke Sarawak memberikan ucapan perihal "How To Become Excellent Company" Syabas Puan!

What is the secret? B.I.C is the most prominent answer. Believe I Can!

It's all about Believe You Can...So why not? Let's do it including me myself ok!!!! Jomm....

Pada Cik Fame, 2011 hampir berlabuh, Anda telah menutup tahun 2011 dengan begitu cemerlang untuk diri anda. ! Syabas ya. You had Rise up and had Rise up very high!

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Bagus...lebih byk kejayaan individual yg dapat dikongsi bersama dalam BIC. Perkongsian ini akan dapat memberi motivasi kpd yg lain....InsyaAllah...

By the way...TQVM sebab selalu berkongsi cerita saya yg tidak seberapa ini dalam blog Masterji. Ini juga membakar semangat saya utk terus ke hadapan. Byk yg saya & pembaca lain belajar dari blog ini.

Masterji sebagai 'sifu' sudah tentu seorang 'guru' yg hebat...tanpa tunjuk ajar & bantuan Masterji tidak saya mencapai apa yg telah dicapai setakat ini. Jasa 'guru' tidak akan saya lupa sampai bila2.... Saya selalu ingatkan diri saya...
"Always be the best version!!