Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, December 6, 2011

Customer First!

Hari ini, Masterji ke KWSP Shah Alam. Kagum dengan kehebatan Puan Norlia dalam kemahiran nya untuk para pelanggan. Amat bersopan santun dan dapat membuatkan pelanggan setia dan sabar menanti dengan cara penerangan yang jelas dan lengkap. Tidak menyakitkan hati dan terasa seperti anda berada di kedai penjualan barangan elektrik dimana juru jual nya begitu bersungguh sungguh meyakinkan customer nya tentang product nya serta taat dan sabar melayani karenah setiap pelanggan.

Banyak perbezaan antara KWSP dulu dan sekarang. Tahniah pada pihak pengurusannya. Puan Norlia daripada KWSP Shah Alam, front counter executive telah melaksanakan customer service activity dengan begitu extraordinary.

Puan Norlia-KWSP Shah Alam

Kiranya ada pelanggan yang kurang lengkap dengan dokumen beliau akan berkata " Encik, dokumen encik ada yang tak lengkap tetapi encik jangan risau kerana saya akan membantu semula bila Encik datang lagi, terus datang ke kaunter saya memandangkan saya tahu masalah Encik ini, dan ia dapat mempercepatkan permohonan Encik nanti ya,"

Masterji memang ready dengan kamera ke mana sahaja in order to records those excellent people. Kerana Masterji adalah salah seorang yang kena datang kali kedua jadi dah ready hari ini dengan camera.

Wow, Masterji beri two thumbs up pada Puan Norlia! Syabas dan ingin meminjam kata kata Dato Karam Singh Walia;

Malaysia Boleh!

Pn Norlia selamat berkenalan dan membaca blog ini. Anda cemerlang!

Pada Cik Fame, cantik quote yang diberikan. Of course, vision requires action. Tepat tu.

Seronok dan rasa ingin mengejar impian dengan lebih cepat kan bila dengar komen Dato Karam Singh Walia.

Thank you Cik Fame.

To Dato Karam Singh Walia,

Thank you so much for your time and willingly to share your words with me and the rest. I really appreciate it. Thank you so much! Perjuangan belum selesai, setuju and let's do it together. Cheersss...

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Semoga lebih banyak lagi syarikat-sayarikat lain terutamanya yang berorientasikan 'customer service' akan mengikut jejak langkah KWSP Shah Alam especially macam Pn. Norlia.....

Paling ketara bank...maaf ya kalau terasa. Ada yang bertugas macam tidak ikhlas...dengan airmuka yang mencuka, bahasa yang agak kasar juga perbuatan yang agak kasar apabila memberikan borang contohnya. Walaupun sudah ramai yang berubah tapi masih ada lagi segelintir yang tidak mahu berubah. Yang segelintir inilah yang merosakkn imej bank atau syarikat tersebut. Pihak pengurusan mestilah peka dengan keadaan ini dan mesti mengambil tindakan untuk pembaikan.

Masterji...terima kasih ya sebab sudi berkongsi komen Datuk Karam Singh berkaitan dengan buku yang bakal diterbitkan. Saya teruja dengan semangat yang Masterji tunjukkan dan sokongan yang diberikan oleh Datuk Karam Singh. Sokongan daripada rakan-rakan sudah tentu akan memberikan semangat yang lebih kuat kepada Masterji untuk terus mara ke hadapan...MALAYSIA BOLEH...MASTERJI BOLEH!!!!