Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, December 16, 2011

Moral

Masterji nak komen filem ni. Tahniah kepada penulis novel kerana sudah berjaya menjadi menjadikan novel mereka tarikan dan dijadikan dalam bentuk filem.

Filem yang telah setakat ini mengutip rm 9 juta ! Tahniah pada Osman Ali. Aaron Aziz tetap unggul.
Maya Karin juga hebat dalam membawa kan watak sebagai pencetus perubahan pada seorang lelaki yang sudah lupa hukum Allah S.W.T.

Melihat Ombak rindu, saya ternampak elemen elemen filem Dato Jins Shamsuddin. Kalau dulu Noor Kumalasari mungkin sekarang Maya Karin. Filem Dato Jins Shamsuddin penuh pengajaran tentang moral seseorang insan. begitu juga
filem ombak rindu.

Banyak scene dan sudut yang menarik boleh kita komen. Mungkin terdapat juga elemen babak panas dalam cerita ini tetapi apa yang Masterji nampak dan tulis ini adalah dari segi moral. Apa yang kita tulis kadang kadang mencerminkan keperibadian dan moral kita yang sebenar. Itulah cermin tulisan nama nya.

Filem ini memaparkan bukan sedikit contoh moral yang baik dan tidak baik malah amat bagus dijadikan pengajaran dalam mengenali keperibadian seseorang manusia.

Watak Pak Cik yang tidak berhati perut dan kaki ugut no satu serta pedagang manusia dapat memperlihatkan pada kita supaya cerdik akal dalam perhitungan kehidupan. Jangan lembut hati pada haiwan seperti itu.

Watak Maya Karin sebagai manusia yang di aniaya akhirnya menang besar dan memperlihatkan pada kita selagi boleh berjuang untuk menyelamatkan diri kita, kita harus cuba sedaya upaya dan jangan cepat kata pasrah itu pasrah ini atau apa nak buat dah terperangkap.

isu rogol bukan satu kekalahan pada pihak wanita kerana ia menunjuk kan lelaki adalah dayus dalam perhitungan akal. Akhirnya berkat kekuatan akal dan agama , beliau berjaya membawa lelaki yang merosak kan nya bukan sahaja bertanggung jawap tetapi pulang ke pangkal jalan dan menjadi lelaki sejati! Two thumbs up! Wanita kadang lebih hebat menggunakan akal dalam percaturan emosi dan strategi perubahan walaupun dikatakan punyai hanya satu akal dan sembilan nafsu. Malah walaupun dipandang hina oleh pihak lain dan suami diambil orang lain beliau tetap kukuh pendirian nya dan tidak punyai slogan "kalau partner hidup aku boleh serong aku pun boleh serong jugalah'! Biarlah orang lain rosak dan beliau tetap kukuh. Syabas pada watak itu.

Watak Aaron Aziz juga hebat dalam memperlihatkan kaum lelaki haruslah menggunakan sedikit akal dalam apa jua perhitungan kehidupan. Emosi kata mau tetapi hukum kata tidak maka tidak. Hebat message yang di tonjolkan!
Masih ada rasa perikemanusiaan apabila mendengar sebutan sebutan nama tuhan yang disebut oleh simangsa ketika ingin dianiayai ataupun sekurang kurang nya simpati ketika air mata bercucuran. Contoh yang baik juga. Walaupun jahat tetapi harus beralah pada tuntutan hukum agama! Jahat tetapi cerdik akal lebih baik sikit dari jahat dan buta akal.

Lisa Suri Hani , you are much better now. Realistic!

Bagi Masterji, ia adalah filem yang boleh berikan pengajaran pada kita dalam pelbagai sudut terutama nya penilaian moral!
Masterji anggap bukan beli tiket wayang tetapi membeli sebuah buku yang menceritakan realiti moral manusia.

Pada Cik Fame thank you kerana masih sanggup hantar sms dari Sarawak. SIfu yang berjaya sekarang ya! Syukur dan syabas!

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Dah nonton Ombak Rindu yek!! Saya belum berkesempatan lagi ni.... harap ada juga la peluang tersebut. But you know...most of my frens dok citer pasal Aaron Aziz bukan keseluruhan citer tu.... hahaha...

Apa pun setiap cerita ada pengajarannya. Tetapi terpulang kepada individu bagaimana mereka melihat cerita. Sebaiknya lihat pada sudut positif...yang negetif juga ada baiknya tetapi jadikan ia satu pengajaran dalam kehidupan atau dalam perjalanan seharian.

Tapi kebanyakan anak2 muda zaman ini hanya menonton untuk hiburan semata-mata...tapi ada juga segelintir yg jadika ia tauladan!!