Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, July 18, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS ( DPKP) SYUKUR


Untuk tempahan secara 'online', boleh terus ke MPH Online

Berita terkini, naskah Dulu Pencuci Kini Pengurus telah diedarkan oleh Kumpulan Media Karangkraf sebanyak 750 buah dalam masa kurang dari seminggu atas permintaan tinggi daripada toko-toko buku, terutamanya dari MPH Bookstores.
Naskah ini sebenarnya dijadualkan terbit minggu hadapan tetapi diawalkan kerana desakan tinggi dari pihak penjual.
Syukur alhamdulillah pada Allah S.W.T..

Pada semua pembeli, Masterji tak dapat nak membalas budi baik anda atas pembelian ini, dengan linangan airmata Masterji ucapkan ribuan terima kasih pada semua ya.
Pagi ini Master Q Saniyah Kadir telah berjaya menjual dua buah naskah kepunyaannya pada dua orang pembeli. Seorang tenaga pengajar di CIAST ketika bersarapan dan seorang lagi Pensyarah UITM ketika
membeli belah di pasaraya. Beliau yang pada asalnya hanya sekadar cuba cuba mempromosi akhirnya terperanjat dengan persetujuan untuk membeli buku berkenaan. Terima kasih ya.
Yakin dengan Masterji dan Value Guide Training Consultant, terima kasih.

Sekali lagi Masterji berikan ucapan terima kasih pada semua dan dengan rasa rendah diri , Masterji harap ia dapat sokongan berterusan.

Terdapat banyak ayat magnet dan contoh hidup yang menarik dalam buku ini. Silakan membaca.
Seperti yang Masterji katakan sebelum ini, buku ini di tulis berdasarkan pengalaman Masterji sendiri. Testimoninya sudah tentulah dari apa yang Masterji kecapi sekarang.

"Konsep visual menjadikan maklumat lebih jelas, mudah danc cepat difahami. Sumbangannya amat luas dalam memberikan isyarat, maklumat mahupun tanda untuk mengambil sesuatu tindakan."
Di petik dari Dulu Pencuci Kini Pengurus - halaman 109

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Wow...tahniah sekali lagi...syukur alhamdilillah atas kejayaan ini. Memang buku menpunyai satu nilai yg tidak terkata. Banyak pengajaran dan penuh dgn motivasi.

Just to share...do you know the difference between school and life? In school we're taught a lesson and then given a test. But in life...we're given a test that teaches us a lesson.