Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakk
Ramadhan kali ini memberi Masterji satu seribu kerahmatan. Benar bagai di kata para alim ulama, bahawa Ramadhan mendatangkan keberkatan jika kita memahaminya secara mendalam dan beribadah dengan hati yang pasrah.
Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus juga di lancarkan menjelang Ramadhan. Ini sungguh bermakna buat Masterji.
Masterji suka untuk memetik tulisan dari blog Unit Umum Grup Buku Karangraf yang memperkatakan tentang buku Dulu Pencuci Kini Pengurus, ;
"Walaupun masih terlalu baru di pasaran, kekuatan buku ini nampaknya mampu menyaingi buku-buku lain yang ditulis oleh penulis-penulis yang lebih berpengalaman dan terkenal. Ternyata buku ini ada kelebihannya yang tidak ada pada buku lain."Pembaca semua boleh membaca secara edisi penuh komen tentang buku ini di laman blog Unit Umum Grup Buku Karangkraf.
Masterji amat berterima kasih kepada komen-komen yang di berikan. Sungguh Masterji tidak mengjangkakan buku ini akan mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Sebelum bermulanya penulisan buku ini, Masterji hanya andaikan ia sekadar impian, sekadar penyedap mimpi. Namun, setelah memikirkan pelbagai masalah dari pelbagai sudut, Masterji terus juga menulis kerana Masterji percaya, jika tidak di mulakan sekarang, bila lagi? Akhirnya, impian Masterji itu bertukar realiti.
Masterji ingin katakan, jika memikirkan sesuatu perkara, terus sahaja kita laksanakan.
Masterji juga telah menyerahkan senaskah buku Dulu Pencuci Kini Pengurus kepada Datuk Karam Singh Walia di pejabatnya iaitu di Sri Pentas Bandar Utama.
Datuk tersenyum suka sewaktu penyerahan buku ini. Masterji juga amat berterima kepada Datuk Karam Singh Walia kerana sudi menerima buku ini. Tanpa komen-komen awal dari Datuk, Masterji percaya buku ini tidak akan menjadi kenyataan. Walaupun Datuk memberikan komen yang ringkas, tetapi ianya cukup memberi kesan. Biar ringkas tetapi padat. Sama seperti buku ini juga, walaupun cuma 176 mukasurat tetapi ianya padat dengan panduan dan tips-tips berguna untuk pembaca semua.
Sekali lagi, terima kasih semua kerana memberi sokongan kepada Masterji.
"Impian tanpa tarikh sasaran ibarat mimpi yang tidak mungkin menjadi realiti."
2 comments:
Salam Masterji...
Go Masterji...go...tu lah nak saya jerit pepagi ni. Semakin hebat 'guru' saya ni...sebagai salah sorang anak murid..saya amat bangga!!
Bak kata Masterji untuk menulis sebuah buku pada asalnya adalah sekadar penyedap mimpi tetapi hasilnya....sangat menakjubkan. Semangat Masterji kuat...let me share this...THERE IS A BRIDGE BETWEEN HARD WORK AND SUCCESS AND THAT BRIDGE IS THE SPIRIT OF MAN... :))
Tahniah MasterJi! Usaha tanpa jemu pasti menjanjikan hasil.
Post a Comment