Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, July 29, 2012

TERIMA KASIH DATO' YUSOF HASLAM

Pagi tadi, Masterji ke ibu pejabat Skop Production di Jalan Genting Klang untuk menyerahkan senaskah buku Dulu Pencuci Kini Pengurus(DPKP) kepada Dato' Yusof Haslam(DYH).
Masterji bertolak awal pagi walaupun khabarnya tidak mungkin dapat berjumpa DYH dek kerana kesibukan beliau.Masterji faham.

Matlamat Masterji cuma satu, mahu buku ini sampai tepat di tangan DYH. Melalui orang perantara DYH juga merangkap kakitangan Skop Production, Masterji serahkan senaskah buku DPKP. Syukur, matlamat Masterji untuk menyerahkan buku ini tercapai juga walaupun tidak ke tangan DYH sendiri.

Ianya lebih kepada menghargai sumbangan DYH yang telah memberi komennya untuk buku ini. Pada permulaan penulisan buku ini, Masterji telah menyerahkan manuskripnya untuk di baca dan di beri sepatah dua komen dari DYH. Akhirnya, DYH telah memberi komen dan telah di letakkan di bahagian muka hadapan buku DPKP(seperti di dalam gambar). Masterji amat-amat berterima kasih kepada DYH kerana kesudiannya meluangkan masa membaca naskah manuskrip yang ketika itu masih banyak cacat celanya.



Walaupun tidak berpeluang berjumpa DYH, tetapi kehadiran Masterji di Skop Production telah Masterji maklumkan terlebih dulu kepada DYH melalui kiriman sms Masterji. Tanpa di duga, DYH membalas sms itu. Kata DYH, "Salam Rafi..Terima kasih atas ingatan anda dan kejayaan anda...selamat berpuasa".
Masterji tersenyum sendirian ketika membaca sms ini. Jelas sekali, DYH amat merendah diri sifatnya kerana sudi membalas kiriman sms Masterji.
Terima kasih DYH.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Alhamdulillah...buku sudah sampai ke tangan DYH dan sungguh tinggi budi bahasa DYH kerana menghantar SMS terima kasih. No wonder beliau berjaya sampai ke puncak!!

Apa yg mahu saya katakan di sini ialah ramai yg sudah lupa perkataan TERIMA KASIH. Contoh kalau kita membeli sesuatu...tak kiralah kedai makan, kedai buku, pasar dll...tiada ucapan terima kasih yg kita dengar malah kita pula yg kata terima kasih apabila kita mendapat wang baki. Banyak contoh2 lain...dan saya rasa ianya makin dilupakan walaupun hanya 2 perkataan.

Saya suka Kumpulan Alleyscat...penyanyinya, David Arumugum tidak lupa menyebut "terima kasih" setiap kali lepas nyanyiannya. Dan cara sebutannya menjadi ikutan peminatnya hingga kini..."Terima kasihhhhh"