Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, May 3, 2013

Ingin Kau Jadi New York?

Pagi ini hidup dirancak kan oleh petikan gitar Papa Rock Malaysia; Ramli Sarip.

Sewaktu memandu keluar ke show program latihan Masterji hari ini, Masterji mendengar beberapa buah lagu yang diminati ketika remaja dulu tahun 80an. Emmmm..sekarang pun rasa nya masih remaja lagi kot...ha ha ha ha.

Bergema suara Abang Ramli Sarip didalam kereta dan rupa nya jauh sudah Masterji berjalan dari saat pertama kali mendengar lagu berkenaan dulu!
Lagu rancak tetapi penuh nasihat ; Orang Kota!
Ada diantara lirik senikata lagu berkenaan yang hebat dan buatkan kita terfikir. Secara sinis kata kata itu dilagukan.
"Kaya harta miskin budi bicara, tiap senyuman punya harga,
tepuk dada tanya selera, Oh..Kota manakah tujuan kita,
Ingin kau jadi New York, jadi orang asing ,
hidup tanpa batasan, jahil tentang halal haram, konon nya itulah kemajuan,
tak mahu diri ditertawakan,
Oh Kota ini kah yang kau mahu..
He orang kota , Kamu sudah lupa.."

Dimana adat ketimuran kita. Mana pergi nya sopan santun, kemuliaan , adab , jujur dan etika kita
Mungkin itu mesejnya.. mungkin.

Kita mungkin tenggelam di Kota KL yang kita sangka kan New York. kita lupa adat ketimuran kita. Mungkin
Bila marah atau tersinggung amat cepat makian ala New York serta perkataan popular 4 huruf akan terbit. Saya kira anda faham apa yang saya maksudkan.

Kita boleh menyapa manusia , rakan dengan salam, dengan tertib tetapi kita mula menyapa mereka dengan perkataan hoi Brader, Hei dude dan hei John. Kita menguna pakai perkataan berkenaan dan kesana kesini kita merasa bangga menggunakan nya .Kita fikirkan itulah kemajuan. Kita lupa kita punyai Bahasa kita sendiri, kita punyai cara sapaan yang lebih mulia atau lebih sopan. Mungkin.

Kalau kita menulis , kita suka double meaningkan mesej agar kita kelihatan WOW tetapi rupanya kita sudah melelongkan kan harga sebuah kemuliaan diri . Merata rata dibaca disana sini. Ketika tua datang menjenguk, ia akan menjadi harta yang tidak sanggup diterima oleh cucu dan cicit kita.. Malu .

Setiap perkara harus ada perkiraan ada agenda tersirat , nothing is free semua pertolongan harus dibayar bukan percuma! Mungkin.
Setiap bibir yang mengucapkan " Kesian, I jujur nak tolong you ni..." tetapi dihati niat nya lain. Mungkin.

Tali perkahwinan yang sah mungkin sebuah cerita dogengan purbakala, diganti dengan ;" I SUKA YOU SUKA, SO... " atau " I OK YOU OK SO.... dan hati budi soal kedua. Adab dan peraturan soal kedua. Mungkin.

Kita lupa ada batasannya. Mungkin.
Mungkin kita pernah lakukan dan kita boleh mengubah kan nya sekarang.. Masih boleh .

Masterji terus memandu dan terhibur dengan persiapan menjelang pilihan raya. Di sana sini terdapat banyak bendera dan semuanya sedang berfikir yang mana satu pilihan hati ataupun pencetus masa depan yang stabil . Apa pun Abang Ramli Sarip terus menyanyi dan lagu seterusnya yang Masterji dengar ialah di persimpangan . Juga dari Abang Ramli Sarip.
Masterji turut belajar dan masih belajar.

Pada Cik Fame thank you for your great comments. Tentu sibuk ya nak mengundi.Dengar ada pencapaian baru baru ini ya. Kongsikan sikit untuk kami belajar.

Dr Lap Top thank you so much for your comments too.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Teringat peribahasa dulu2 yg dah lama tidak kedengaran :

"yg merah itu saga, yg kurik itu kundi
yg indah itu bahasa, yg baik itu budi"