Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, May 22, 2013

Nasi Lemak Kasih Sayang


Aha! Hari ini sentimental sikit ya..hari ini kita cerita pasal sumber inspirasi! Feeling sikit tetapi elok untuk kita.

Pagi ini dibekal kan nasi lemak dan teh tarik oleh Isteri. Bila buka penutup nasi lemak sebak rasa hati dan terpegun.Sungguh.
Terpegun melihat  daun pandan yang dipotong dengan bentuk love dan dihias dengan cantik diatas nasi lemak. Menitis airmata saya.
Tak sangka dapat surprise begini.  Terima kasih ya .
Walaupun hanya ada empat helai daun pandan, tetapi mesej nya sungguh besar dan bererti. Empat helai daun pandan yang dihias begitu rupa menjadikan saya lebih kuat menangani cabaran dunia. Selain misi tiang gol sebagai penegak semangat, cinta seorang isteri menjadi teman sepanjang detik.
Saya percaya ajal maut ditangan Allah S.W.T dan kita tidak tahu bila. Seorang suami yang keluar bertugas di waktu pagi belum tentu akan pulang dengan keadaan yang sama pada petangnya. Tetapi dengan dapat melihat empat helai daun pandan yang dihias begitu, ia akan menjadi ukiran cinta sewaktu hidup yang terhebat!
Saya sudah hantar sms ucapkan terima kasih dan tanda penghargaan dengan ayat yang ditulis dengan penuh tidak sekadar "K.. tq...."itu pemalas namanya. Hantarlah sms yang berbunga yang teliti, yang penuh ejaan nya pada mereka yang sanggup menangis dan berduka bersama.

Memanglah sms namanya pesanan ringkas tetapi  itu adalah konsep bukan penghalang kreativiti dan komunikasi. Up a bit lah. Mereka yang mengukir sejarah memahami konsep tetapi tidak tertakluk padanya semata mata! Is not a matter of best man wins, the best way of thinking that will make a man wins!

Emm nasi lemak dah habis dengan teh tarik tadi. Tetapi daunnya saya simpan. Best in the world! Cuma hari ini kena pi jogging lebih satu round pasal dah makan nasi lemak pagi tadi.
Terimakasih...
Andai dibenarkan bernafas untuk esok hari dan hari hari yang akan datang, tetapi dirimu jadi buruan ku.

Andai bagaimana? Hiduplah dengan cinta yang berjaya disegarkan setiap hari dengan pelbagai cara dan kreativiti. Silakan.

Mungkin sebuah lagu Allahyarham Sudirman dapat mengambarkan betapa hebat nya seorang insan yang bernama Isteri .


"Akanku tulis akan ku lagukan 
Semuanya kerana kau seorang 

Andainya aku bisa menulis 
Sebuah madah puisi indah 
Andainya aku bilsa melukis 
Sebuah potret hati 

Akanku tulis akan ku lukiskan 
Semuanya untukmu 
Akan tulis akan ku lukiskan 
Semuanya kerana kau seorang 

Andainya aku bisa mencipta 
Sebuah lagu, lagu syahadu 
Andainya aku bisa menyanyi 
Nyanyian suara merdu 

Akanku cipta akan ku lagukan 
Semuanya untukmu 
Akanku tulis akan ku lagukan 
Semuanya kerana kau seorang 

Andainya aku bisa menyanyi 
Akanku nyanyikan untukmu"

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Wahh....kreatifnya! Special award to Mrs. Masterji :-))