Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, May 8, 2013

MOHABBATEIN


"Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Hum akele, kho na jaayen,
Door tumse, ho na jaayen,...."

Mohabbatein mengingatkan pada kita cinta bukan sementara, cinta bukan nafsu semata mata, cinta bukan penderitaan tetapi cinta adalah sebuah keindahan sewaktu betemu, selepas dan selama nya. Kekal hingga ke akhir hayat!
Hah hari ini kita cerita pasal kasih seorang isteri.

Sehebat sehebat seorang lelaki hebat lagi Isteri nya. Dikala kena marah dengan Bos ditempat kerja pulang ke rumah di sabarkan oleh Isteri nya dan kembali menjadi wira keluarga semula esok nya!

Sehebat hebat seorang lelaki menjadi pemimpin dunia, hanya Isteri nya seorang sahaja tahu bebanan nya, deritanya, kesakitan nya, stress nya dan bertindak menjadikan suami nya kembali ceria, bahagia dan menjadi rakan pendengar yang baik.

Sehebat hebat seorang lelaki ketika sihat, bila sakit maka jururawat, doktor, rakan pelawat, rakan penjaga yang sering ada adalah Isterinya. Kita mendapat ubat dari Doktor Hospital dan rawatan kasih dari Isteri. Badan sakit tetapi jiwa dibelai menjadi kuat untuk melawan cabaran sakit.

Sehebat sehebat restoran diluar dengan beraneka menu yang sedap, sedap lagi masakan seorang Isteri yang disediakan khas untuk selera suaminya, bersama kebersihan yang tinggi, serta doa kasih dan menyihatkan badan.

Kita mungkin hero di dunia dan seorang Isteri adalah Heroin memastikan Hero dunia berkenaan, bergerak dengan penuh cinta dalam diri nya, penuh semangat dalam hidup nya dan penuh dengan doa menjaga keselamatan nya.

Dan saya salah seorang beruntung. Isteri masih menghantar sms sehari 10 kali, dengan kata kata cinta, kata kata prihatin dan juga kadang kadang memberikan nasihat dikala dilanda cabaran kerja, persaingan dan macam macam lagi. Dalam perjalanan memandu ke tempat yang jauh untuk mengajar, selain lagu lagu , sms Isteri teman setia!

"Didalam perkahwinan , Kami tidak membina harta benda, tetapi percintaan yang berpanjangan "

Pulang nanti peluk lah Isteri anda, ucapkan terimakasih menjadikan anda Hero yang hebat! Bermula lah hari ini dan setiap hari laksanakan nya.
Katakan pada dia ; Tummara hei mere pyar...mere zindagi , mere dunia...and life will be fantastic! Cuba lah.

Cuma jangan peluk Isteri jiran sebelah sudah...ha ha ha jangan silap ya.

"Success in Marrieage does not come merely through finding the right mate, but through being the right mate'
Barnett R. Bricker.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Two thumbs up from me!! :-))