Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, July 21, 2010

Black Out


Salam mesra saya pada semua yang membaca. Maaf lama tidak kelihatan. Sedikit sibuk dalam urusan harian sehinggakan saya tidak sempat membetulkan ayat-ayat untuk entri terdahulu(Mangga).Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi membaca dan memberikan komen. Harap semua nya sihat.

Baru baru ini berpeluang untuk berjumpa dengan seorang rakan lama. Seorang pakar jiwa. Beliau adalah rakan yang menolong saya sewaktu pengajian Master saya dalam bab Organization Behaviour - Personality Disorder. Banyak topik yang kami bualkan. Kali terakhir saya bertemu beliau pada bulan Mac tahun ini. Perbualan kami menjadi menarik dengan cerita dan pandangan beliau.

Memeranjatkan bagi saya. Saya syorkan pada ibu bapa , sekira nya anda punyai wang yang lebih, selain melawat tempat tempat peranginan yang indah indah, lawatlah pusat-pusat rawatan jiwa ataupun wad-wad berkenaan. Juga jangan lupa rumah rumah orang tua tua yang di tinggalkan dan di kejami.

Melihat titisan airmata seorang ibu yang di tinggalkan akan menyedarkan kita dan anak anak kita. Pernah terdengar di telinga saya satu ketika di Jabatan Kebajikan Masyarakat. " Anak anak makcik ramai nak, tapi nak harapkan bagi sorang lima puluh ringgit sebulan pun susah nak, bini diorang tak kasilah, laki dia orang tak kasilah, sibuklah , entahlah nak." "Mak Cik harap duit welfare aje nak". Airmata nya menitis. Saya ikut sayu. Wajah mummy jelas di mata.

3 soalan terpacul di fikiran. Pertama: Adakah kerana proses didikan yang salah pada anak-anak nya? Kedua: Adakah kerana proses didikan yang betul tapi anak-anaknya lupa diri dan Ketiga : Suratan Takdir.

Melawat tempat berkenaan, walaupun bukan satu bentuk hiburan tetapi kesedaran dan pengetahuan. Semoga kita dan anak kita dapat melihat dengan jelas dan sudah tentu pembentukan masa depan menjadi lebih teliti dan berwaspasa sentiasa.


Petikan dari ruangan akhbar Mingguan Malaysia, Dicelah Celah Kehidupan (sudah menjadi minat saya dari belasan tahun lagi)

Tuesday , March 9 , 2010, Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, melihat kepada laporan kajian kesiahatan kebangsaan dan morbiditi ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental. "Ini bermakna kira kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan psikologi dan jumlah ini agak ketara". Beliau juga merupakan Penyarah Kanan Universiti Malaya dalam bidang ini. Beliau menambah, ada kemungkinan dari tangga ke sepuluh sekarang penyakit mental boleh menjadi penyakit kedua tertinggi menjelang 2020 nanti selepas penyakit jantung. Dunia berjalan dengan begitu pesat. Desakan hidup menjadi lebih kuat. Tingkah laku menjadi kepelbagaian. Tekanan diri menjadi lebih tinggi. Ada yang tertekan kerana kerjaya, ada yang tertekan kerana pasangan hidup masing masing, ada yang tertekan kerana ibu bapa, ada yang tertekan kerana anak anak dan ada yang tertekan kerana percintaan. Manusia juga boleh jadi apa sahaja kerana cinta, Benar. Amat benar.


Ketika itu, 1 Sept 2004, saya melawat sebuah wad pesakit mental atas urusan latihan dan seminar. Di bahagikan pada dua sel. Sel perempuan dan lelaki. Selepas sessi seminar tamat, saya melihat sel sel berkenaan dari luar. Hati bagai di hiris sembilu. Benar ada yang menggelikan hati tetapi mereka bukanlah satu tontonan untuk hiburan . Sel lelaki punyai pelbagai ragam.

Ada yang menyorok, ada yang menyanyi, ada yang bersyair dan tidur. Di sel perempuan , ada yang menari, menangis, tidur dan bercakap seorang diri. Sel mereka berhadapan. Kelihatan seorang wanita yang berjalan sambil menari . Cantik dan jelita. Dikejami oleh lelaki dan hinggap menumpang di situ. Anak nya masih kecil dan datang melawat bersama ibu nya. Melihat muka kanak kanak itu, membuat saya bersimpati. Anak itu tidak dapat berkomunikasi seperti biasa dengan ibu nya . Anak itu memanggil " Mak, mak, mak tengok lah sini." Tapi laungan itu tiada sambutan. Ibu nya benar benar sudah ke alam lain. Kanak kanak itu tidak berputus asa. Namun Ibu nya tidak langsung berikan apa apa respon. Nenek nya menyabarkan anak itu. Berborak dengan Nenek kanak kanak itu. Menyedihkan dan mengharukan. Kejam. Root Cause yang menjadikan wanita itu terganggu mental nya sungguh kejam.

Leka memandang ke arah sel perempuan , ada tangan yang menguis baju. Toleh dan sedikit risau kerana belakang saya adalah sel lelaki. Bila saya toleh dan bertentangan mata, rupanya ada seorang lelaki yang menguis. " Sir , why worry" tanya nya pada saya. "Alamak, dia boleh speaking lah". Kata hati saya. "Sir, don't worry sir, all success man must go through all this, they must stay here first". Ulasnya pada saya. Agak menarik intro yang di berikan. Timbul rasa pelik atas status dia sebenarnya. Dia mula bercerita yang beliau adalah seorang ahli perniagaan dan terdapat sedikit masalah ekonomi dan pinjaman membuatkan dia rasa sedikit kacau dan berehat seketika di situ. " Encik , awak apa business bikin " tanya saya. " Lori , Transportation Incik". Jawapnya. "Incik, tengok luar sana huh, saya punya lori ada parking dalam 6 atau 7 bijik lah" Spontan dia berkata. "Tempat tiada cukup, kalau Incik ada tanah , saya mahu sewa kasi parking lah" Dia menambah. Kebetulan sel berkenaan mengadap keluar. Saya ikut katanya . Saya lihat keluar. Tak nampak lori pun dan terus saya tersedar, dia juga pesakit. "Ceh, yang aku ikut tengok buat apa" bisik hati saya.

Saya anggukkan kepala dan berundur. Beliau terus bercakap di ikuti oleh gerakan tangan beliau merawang rawang ke udara. Toleh lagi ke sel wanita. Kedengaran dari sel lelaki lagu daripada kumpulan WOW . Engkau lah yang satu. Sedap suara lelaki itu. pandai dia membawakan lagu tersebut.
Saya melangkah keluar dan melalui sebuah taman. Di situ , saya lihat ada dua orang jururawat sedang berjalan dan memegang seorang wanita yang sedang menari rentak tarian melayu. Berjalan dengan tangan berlenggok.

Tuju ke kereta dan memandu keluar. Wajah pesakit perempuan yang jelita di mana anaknya datang melawat, wajah lelaki taukeh lori , wanita yang menari sambil berjalan di taman dan suara nyanyian lagu Engkaulah Yang Satu terbayang di mata. Saya tidak dapat menahan airmata. Satu pelajaran yang penting dalam hidup.

Hari ini dimana mereka tidak saya ketahui. Lawat lah tempat tempat seperti ini. Satu pengajaran yang bernilai. Jangan sampai kita Black Out!

Mangga


Apa khabar wahai rakan rakan yang di hormati? Sihat harapnya. Terima kasih untuk semua komen terutama yang terbaru, U TURN. Benar kita harus beringat untuk kembali semula ke pangkal jalan. Bila ada kereta Mercedez lalu sebelah, fikirkanlah kenapa bukan kita? Bila ada orang yang berjaya menerima awards ataupun anugerah, fikirkanlah kenapa bukan kita? Mudah mudahan kita akan maju. Jangan lah kita selalu kata "eleh , at least aku lebih baik sikit daripada sipolan dan sipolan". Salah benchmarking tu. Kita kena compare dengan orang yang lebih berjaya bukan yang kecundang.

Entri ini berkenaan Masterji. Entri ini berkongsi pandangan bagaimana bakat yang kita sangka kecil dan tidak bernilai boleh melonjakkan nama kita dengan sekelip mata dan dikenali. Jangan risau pada berapa banyak kelemahan yang kita ada tetapi fokuskan pada kelebihan kita walaupun satu.

Masih ingat dengan aura Pak Zol pada entri yang lepas? Saya gembira berjumpa dengannya. Ketika itu Encik Azaman berada sedikit jauh daripada department saya. Beliau seorang Engineer yang popular. Saya di tempatkan di sebuah department yang di penuhi dengan mesin. Barulah saya mengenali asas-asas elektronik dan teknikal. Luas rupanya dunia. Rupanya ada banyak perkara lain yang lebih menarik selain daripada memakai T - Shirt “Pakalolo”. Rupanya ada lain yang lebih penting selain daripada memetik gitar dan memekak tengah tengah malam, Rupanya ada perkara lain yang lebih indah selain daripada mengoyak seluar di bahagian lutut, mengejar glamour yang bukan-bukan dan memakai buckle Harley Davidson serta melilit sapu tangan warna merah atau hitam di kepala .

Rupanya banyak perkara lain yang menarik di dunia ini. Saya yang kurang berpelajaran, mengambil masa untuk memahami selok-belok pengendalian mesi. Barulah saya tahu, kegunaan Printed Circuit Board. Ceh..., singkat nya otak aku ni. Sistem kerja yang produktif. Tiada tolenransi kalau lewat.Surat Amaran terus. Supervisor tiada yang bercakap perkara perkara mengarut. Tiada topik tentang karaoke atau bercerita perihal skandal orang atau yang boleh membuatkan jiwa dan akal sesat. Tiada yang mencarut-carut. Tiada topik “double meaning” walaupun akta gangguan seks belum lagi di tekankan. Semuanya topik perbualan berkaitan dengan masa depan yang gemilang, ilmu pekerjaan dan peluang menambah kan kemahiran.

Kalau pergi rehat, mesti kembali semula ke kawasan kerja dengan tepat waktu. Jalan harus laju. Kalau seorang tidak hadir yang lain mesti tahu setiap inci maklumat. Tidak boleh gunakan alasan kawan tak datang kerja dan anda tak boleh buat kerja atau tak tahu. Brain toucher terlalu kuat tetapi bagus. Satu operator menjaga sepuluh mesin. Target harian diberikan,di mestikan mencapai target kalau tidak kena jawap pakai form 5W + 1 H. What, Why, When, Who, Where, and How production below target? Jawap jangan tak jawap. Selain memastikan mesin harus jalan dengan lancar operator harus tahu membaiki mesin sekiranya breakdown. Level Engineer dah tu. Berbeza dengan organizasi lain. Kalau jalankan mesin pakai operator, mesin rosak pakai engineer. Tapi di sini operator buat semua.

Ada yang merungut sebab gaji kira operator. Di situ ramai yang berhenti dan cari kerja di tempat lain. Tetapi bagi saya, itulah masa depan. Kita tidak boleh berkira untuk membina masa depan. Penat adalah yuran pelajaran dan pelaburan masa depan. Bagi saya mudah, dah lah sekolah bodoh, jangan nak berangan macam Raja Dunia.

Pagi sebelum mula kerja meeting dan balik pun meeting. Saya terasa benar Culture Shock. Beza dengan environment pekerjaan dulu dan kebudayaan hidup saya. Perlahan lahan kenangan menjadi kutu dan Mat Motor hilang berganti dengan harapan yang tinggi menggunung. Cuma bayangan Zack dalam filam Azura dan Jamal Abdillah masih keras tertanam di jiwa. Zack tidak akan pergi dari jiwa ini. Tidak sama sekali. Zack adalah asset di dalam jiwa ini. Masih teringat dialog Zack dalam filem Azura, sewaktu meninggalkan kumpulan motornya " Aku tidak mahu lagi menjadi anak anak yang rosak akhlak nya"

Yang masih kekal ketika itu ialah rambut yang panjang dan ada tail serta seutas gelang tangan ( Bukan emas ) tertera perkataan "Metalica" dan lantunan rokok ke bibir. Azam sudah berubah. Hidup semakin bererti. Jelas kelihatan tiang gol. Mahu jadi Manager. Pak Zol kata boleh.

Syarikat ini bukan sahaja memberikan anda pengetahuan tetapi yang paling mahal ialah perubahan karektor. Di situ saya belajar menjadi manusia yang berguna termasuk punyai moral yang baik, disiplin dan mengenali jalan ke hadapan. Walaupun sebagai operator tetapi kami di latih sebagai seorang samurai yang hebat. Kami boleh memimpin dan jadi perancang yang cemerlang. Ibarat kalau pergi berperang , walaupun peluru habis tetapi kami boleh survive dan selamat pulang. Is just a matter of time sahaja.

Pagi kerja bermula pukul 6.45am sampai jam 3 petang. Pukul 5.30am sudah terpacak menunggu bas. Kami bertiga menunggu bas seperti biasa. Kalau makan di kantin, pinggan dan gelas harus di letakkan di tempat pinggan pinggan kotor, tidak boleh di tinggalkan. Kalau di t inggalkan , boleh dikenakan tindakan disiplin. Bagus kilang ini. Tandas juga harus bersih. Disinilah saya belajar, erti kualiti yang cukup cantik. "Kalau bersih tandas kilang, bersihlah kualiti kerja kita. Dan kalau kualiti kerja kita bersih, maka produk kita juga berkualiti". "Kalau tandas kita kotor, pekerja kita pengotor maka produk kita juga kotor" Puh, as simple as that. Slogan yang selalu kami dengar sewaktu perhimpunan pagi.

2 bulan normal shift dan kemudian masuk 2 shif. 6.45 am - 3 pm ( shift pertama) , 3pm - 11pm ( Shift kedua). Kalau shift pagi saya akan masuk seawal 6 .15 am tanpa claim overtime. Begitu juga bila shift petang. Saya akan sampai pukul 2.00pm tanpa claim overtime. Tujuan nya mudah sahaja. Kalau saya datang awal, saya bisa mengaturkan semua keperluan kerja awal awal lagi maka sudah tentu saya dapat mencapai target harian line saya. Tak payah isi 5W + 1 H Report.

Strategy saya ketika itu.Apa nak buat, masa sekolah bodoh jadi kena kerja lebih daripada orang yang pandai. Kalau orang pandai kerja 8 jam sehari, kita yang bodoh ni harus kerja 12 jam. Baru lah hidup kita selesa.

Ravin dan saya menjadi rapat. kadang ada orang lain keliru. Ada yang panggil saya Ravin dan panggil dia Rafi. Kami rapat macam AmitabhBachan dan Dhamendra dalam cerita shoolay.

Motivasi kerja kuat walaupun pressure dan brain wash terlalu kuat. Mummy gembira. Adik mendapat wang saku yang lebih. Nenek.. ya Nenek dapat makan lauk pauk yang lebih baik dan wang belanja yang lebih. Rumah Mummy tiada lagi potongan bekalan elektrik. Adik sudah boleh tersenyum. Mummy lebih ceria kerana saya sudah nampak bersemangat kerja di situ. Betul juga kata Mummy, "Kita orang miskin nak, apa kerja yang kita ada, hargai lah".

Ketika itu shift petang. Seorang penyelia wanita menghampiri saya, " Rafi, siapa lukis kartun belakang kotak nie"? Saya sudah pucat. memang lukisan saya. Saya pandai melukis kartun. Itu yang saya belajar kat sekolah. cuma masalah nya soalan pasal kartun tak keluar waktu peperiksaan SPM. Kalau keluar tentu gred 1. "Tapi kotak tu kotak yang tak pakai , dan barang buangan kan".. jawap saya pada penyelia tersebut." You answer my question" hentak penyelia berkenaan. " Is this your drawing"? ...tambah nya. Dengan terketar ketar saya menjawap" Err..yes, and I am very sorry for doing that thing". Dah takut separuh mati. "Alright . you follow me Rafi." Arahan dia." Habislah aku." Gertus hati saya. Ini mesti pi ofis dan kena lecture dan silap haribulan dapat warning letter dan tak ada harapan confirm dalam perkhidmatan. Terbayang wajah adik, mummy dan Nenek.

Saya di bawah masuk ke sebuah bilik dan disitu saya nampak ramai Jepun dan Pak Zol. "Habis lah aku nie, ramai ramai nak belasah aku nie". Saya pucat dan rasa nak pi bilik air. " Ok Fukushima san, Rafi san can draw cartoon / mangga". Penyelia tadi bersuara pada seorang Boss Jepun dan lain lain. Fukushima san datang dan melihat kotak berkenaan dan berkata " Vely good ( Very good )." Terus bersalam dengan saya dan mempelawa saya duduk" Hait lafisan dozo,". Katanya. Saya pandang muka penyelia tadi dan bertanya" Kak Ju, ni pasal apa nie" ..saya binggung dan tidak mengerti. Jawap penyelia berkenaan, " Kami ada pertandingan kawalan mutu, so would like to use your skill in the project"." U kena lukis kartun yang berimejkan isu pekerjaan" Tambah nya. "Ohhhhh, macam tu ke, I will do it". Jawap saya dengan hormat dan jelas . Bekerja di syarikat Jepun ni, jawapan harus positive dan respond harus cepat. Tak boleh lah nak jawap, "Emm well, I will see first, " atau "Saya cuba lah ya" atau " May be". Kalau jawap macam tu, duduk lah kat takuk yang sama sampai pencen. Jawapan harus jelas, tegas dan mencerminkan keyakinan. Muka harus menunjuk kan kita gembira, hormat dan tidak nampak mencuka atau kening mengerut.

Kurang sikit rasa panik. Ingatkan kena marah ke atau tindakan tindakan disiplin yang lain pasal conteng kat kotak buangan. Penyelia saya tadi tersenyum dan saya dapat rasakan dia suka dan bangga kerana dia bisa menyediakan apa yang Boss dia mahukan. Pak Zol menghampiri saya, " Ohh Mohd Rafi , penyanyi lagu hindustan nie, u pandai lukis mangga ya?'Kata Pak Zol. Darah saya terus rasa nak berhenti tengok dan dengar suara dia. Semua operator memang takut dan hormat pada beliau. Saya ada rasa macam nak pi bilik air semula sebab takut dia perasan rambut saya panjang melebihi kolar baju uniform. Kalau tak silap saya, saya seorang sahaja operator lelaki yang berambut panjang ketika itu. Cepat cepat saya sorok kan rambut sikit dalam kolar baju.

Saya bersalam dengan nya dan Penyelia saya menyuruh saya duduk dan menerangkan apa yang saya patut lukis pada kertas A4. Saya terus lukis seperti yang di arah kan. Disamping itu saya cuba memahami apa itu Kumpulan Kawalan Mutu atau Quality Control Circle. Sekarang ini dipanggil KMK.

"U lukis gambar pekerja bawa troli dan sedang berjalan ya" Salah satu arahan penyelia tadi. Banyak gambar Kartun yang dihasilkan sewaktu itu. Selepas setiap satu siap, ia ditampal di dinding. Ramai pegawai Jepun yang melihat termasuk Executive Director . Orang besar no 2 dalam syarikat itu. Semua pegawai Jepun berkenaan datang melihat saya melukis dan bertanya nama saya. Selepas itu saya tak faham apa yang mereka bualkan kecuali sesekali terdengar perkataan Lafisan, Mangga , hait. Hait paling banyak. Hait tu maksud nya ya atau yes. Bukan datang haid.

Penyelia saya gembira dan tumpang bangga, Kerja berkenaan berlangsung selama 3 hari berturut turut. Pulang dari kerja, Ravin akan mengusik " Ye lah , orang dah kerja dalam opis, General manager lah katakan mana ingat machine lagi" Ha ha ha kami sama sama ketawa dalam Van pengangkutan syarikat.

Selepas itu, hampir ramai orang atasan yang mengenali saya. Amat memeranjatkan. Pernah beberapa kali apabila Executive Director itu berjalan d kawasan kerja dan terserampak dengan saya akan angkat tangan dari jauh " Lafisan, how are you". Semua rakan melihat. Saya jadi bangga dan malu pada rakan rakan. " Fuyoo' Din kawan kita sudah salam ngan orang besar lah" Usik Ravin dan seorang rakan lagi Din Bulat.

Pak Zol juga selalu menegur saya semenjak hari itu. Tapi setiap kali jumpa Pak Zol saya ada rasa nak pi bilik air. Rambut tetap panjang.

Motivasi kerja saya naik lebih tinggi dan saya rasa lebih gembira. Kerana saya pelukis kartun didalam projek Kawalan Mutu maka saya di jemput untuk hadir ke hari pertandingan Kumpulan Kawalan Mutu di Dewan Bangunan SUK Shah Alam. Dua perkara yang meruntun kan jiwa saya bila berada di sana. Pertama, di bangunan itulah saya menjadi cleaner yakni mencuci tandas dan yang kedua saya dapat lihat hasil kartun saya di Skrin besar menerusi penggunaan slide projector. Saya bangga. Penyelia tadi menunjuk kan kartun saya di skrin tersebut.

Pulang pada hari berkenaan, saya gembira dan bercerita pada Mummy. "Ye lah , kartun pun kemahiran juga". Kata mummy. Dulu selalu ditangkap Mummy sebab ingatkan saya buat home work sekolah rupa nya lukis kartun Sampai kan Mummy pernah tanya :"Adakah Universiti lukis Kartun dalam dunia nie huh?". Tak berani jawap.

Selepas itu banyak projek itu , banyak project lain yang saya dapat untuk melukis kartun. Dapat buat overtime, syukur rezeki bertambah dan dikenali oleh ramai orang. Pernah hampir 150 poster yang mengandungi kartun saya dalam bentuk poster di letak kan di sepanjang jalan menuju Ke Kantin pada dinding yang berdekatan. Mungkin Encik Azaman masih ingat lagi kot. Syarikat Jepun lebih percaya mesej yang penting harus disampaikan dalam bentuk bergambar supaya senang difahami. The One ketika itu adalah Repairman syarikat yang paling hebat.

Apapun saya gembira dan saya dapat rasakan saya boleh berjaya. A matter of time sahaja. Perlahan lahan, satu demi satu kenangan lama hinggap di kepala. Rafi sekarang Rafi yang berlainan. Terbayang muka One Man Gang dan pengalaman menjadi Captain Hook. 6 bulan kemudian rambut yang saya pertahankan akhirnya gugur menyembah di lantai kedai Mamak akibat nasihat yang menembusi jiwa daripada seseorang yang penting dalam hidup saya kini. Benar juga kata nya. " Pi, potong rambut dan masa depan akan lebih cerah".

Rambut di potong dan dan bermuka baru. Kecoh satu department dan benar , orang yang pertama datang bersalam dengan saya ialah Ketua Jabatan saya Fukushima san. "GOOD BOY" Kata nya. Mummy gembira bukan kepalang. Sewaktu saya menjadi pengurus sumber manusia belasan tahun kemudian, setiap kali melihat ada pekerja yang berambut panjang di tangkap, saya senyum sendiri dan memujuk nya dengan baik dan sopan.

Beberapa tahun selepas itu, lukisan-lukisan tadi di jadikan dalam bentuk gambar dan manual. Pekerja baru belajar dan melihatnya. Melihat situasi itu membuatkan airmata saya kadang menitis. "Itulah jasaku, itulah fitrah ku, itulah aku belas tahun dahulu" bisik hati saya.

Apa yang boleh kita pelajari dari entri ini:

1. Jangan risau pada kekurangan. Kalau di kira , memang kita ada banyak kekurangan. Guna kanlah kekuatan walaupun satu.

2. Bila di berikan peluang jangan abaikan. Terus mara.!

3. Bila anda mula popular , mutu kerja anda haruslah konsisten. Anda kini dibawah spotlight!

Terima kasih kepada yang membaca. Di entri ,Masterji yang akan datang ada lebih banyak cerita cerita yang menarik dan boleh digunakan dalam pekerjaaan kita. Silakan.

Saturday, July 17, 2010

U Turn


Salam pada semua yang membaca. Harap sihat dan sejahtera. Mula mula nak menjawap komen En Azaman berkaitan 6 packs. Sudah ada garis dan tinggal ototnya sahaja. Sedikit masa lagi rasanya,insyaallah. Nak challenge Danielle Craig, James Bond ataupun Randy Orton penggusti WWF. Dalam usia 40an, untuk melaksanakan senaman yang konsisten adalah satu cabaran. Tetapi ia adalah aset. dan saya teruja bila duduk dalam gym dan belajar teknik-teknik weightlifting dari anak-anak muda lain. Mereka merasa tertarik bila ada orang yang berumur nak belajar. Mereka juga secara tidak langsung akan lebih terdorong untuk meningkatkan prestasi mereka kerana kalau veteran boleh, mereka lagi boleh. Nanti saya mail kan pada Abang gambar dalam Gym dan almost 6 packs tu. Hopefully you'll follow. Ha, ha, ha.

Tertarik dengan perkataan En Azaman tentang positive campur assertive jadi creative. Benar. Zaman kita dahulu , amat takut berbicara di khalayak ramai. Kalau ada pun, akan di cemuh oleh rakan-rakan, "eleh, nak menunjuk-nunjuk lah tu." .
Pasal perkataan macam tu, ramai yang menyembah bumi dan ranap. Masuk temuduga, bercakap macam pisau di letakkan di pangkal leher. Padahal knowledge bukan sedikit. Saya amat bersetuju.

Terima kasih pada yang menghantar sms perihal entri semalam. Hang Nadim. Ya benar, kita harus bersaing.

Kali ini kita menyambung liku liku kehidupan Masterji, ramai yang bertanya dan menunggu. Saya akan cuba laksanakan seminggu sekali.

31 Mei 1989, Sehari sebelum saya mula bekerja di syarikat MNC milik Jepun dan saya baru sahaja dua hari berhenti di kilang tembakau. Bekas Capten Hook. Hati berdebar- debar, menunggu 1 Jun 1989. Hari pertama saya akan melaporkan diri di syarikat berkenaan. Lapor diri jam 6.30 pagi dan bas akan datang ambil pada pukul 5.45 pagi. Waktu percubaan enam bulan.
Seorang rakan yang pernah bekerja di sebuah syarikat MNC Jepun sebelum "mengresignkan"diri sendiri kerana ingin bebas selalu menghebahkan tentang aturan dan disiplin yang ketat, mengikut pengalaman beliau sendiri. Katanya " "Wooi Pi, Lu tak leh lama punya, banyak kuat disiplin woo", "Lu lagi simpan rambut, gua gurantee lu belah punya".

Petang hari, sehari sebelum saya melaporkan diri , saya mengadakan temujanji dengan seorang rakan yang telah terlebih dulu bekerja di syarikat yang sama, namanya Mie Kecik ( gelaran yang di berikan kerana di kalangan rakan saya, terdapat seorang lagi bernama Mie tetapi berbadan agak tegap, sementara Mie Kecik sedikit kecil dan rendah).
Setelah pulang dari tempat kerja, Mie Kecik yang sememangnya tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan saya pun datang ke rumah untuk menunjukkan tempat menunggu bas pagi esok.

Malamnya, kenangan manis sewaktu di kilang tembakau mula hinggap di fikiran saya. Tetapi, saya tidak akan kembali lagi ke situ, hanya kenangan yang berbekas di hati. "Man, jangan kembali ke sini yer.." pesan penyelia sewaktu saya melangkah meninggalkan pintu masuk pada hari terakhir di kilang tembakau,

Untuk menghilangkan resah, saya memasang lagu-lagu nyanyian Jamal Abdilah dan watak Jamal sebagai Zack di dalam filem Azura pun mudah meresap masuk ke jiwa saya.
"Zack tak perlukan bantuan Makcik, Zack ingin belajar hidup sendiri, Mungkin Mak Cik tidak seperti ibu tiri yang lain, Mak Cik terlalu baik pada Zack, dan Zack lupa diri", itu antara dialog ketika Zack(Jamal) bertemu dengan ibu tirinya lakonan Maria Arshad di sebuah stesen minyak tempat Zack bekerja.

Jauh di sudut hati, saya tahu , adik dan nenek sedang menunggu dan mengharapkan saya. "Abang Apit, kalau dapat kerja kat kilang Jepun tu, bolehlah sewa rumah, kita kembali bersatu sama seperti dulu. Adik, nenek dan abang ya". Permintaan adik saya. Apa yang saya tahu, gaji yang akan saya perolehi di tempat baru ialah sebanyak RM 285 sahaja. Jawatan yang di tawarkan ialah operator pengeluaran dan sesuailah dengan orang seperti saya, tiada kelulusan tinggi.
Tolak sana tolak sini, tinggal beberapa sen bakinya nanti. Entahlah. Malam itu, saya terlelap dengan linangan airmata dan hati yang semakin resah. Suara Jamal semakin jauh dan tenggelam perlahan-lahan bersama esakan jiwa saya.

"Apit, Apit , Apitttttttttt"....suara Mummy. "Bangun cepat. Mie dah tunggu kat luar tu" Mummy sedikit marah. "Alamak, dah lambat bangun", "5.35AM 1 June 1989. Mengelabah pagi tu. Mandi express dan semuanya express. Jeans tampal di lutut dan kemeja di sarung. Mummy dah berceloteh dan memohon maaf dari Mie Kecik. " Bla, bla, bla, bla...macam macam katanya". "Hari pertama dah lambat, macam mana ni, itu kilang Jepun tau" katanya. Mie kecik menunuggu dengan muka kelat yang terpaksa di maniskan. Apa nak buat. Kawan.

Mie Kecik terpaksa menekan panic button dan meminta bantuan bapanya untuk menghantar kami kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul 5.45am . Tiada harapan untuk naik bas. Beliau saya lihat cemas. "Puh, hebat kilang Jepun ni, Mie Kecik nampak gigil macam lagu Lefthanded pulak. "Gigil menggigil aku...."getar suara Nash.

Bapa Mie Kecik mula memandu keluar dari kawasan perumahan kami. Degupan jantung saya berdegup kencang dan sedang memikirkan apa yang akan saya lalui pada hari itu. Kereta berkenaan melalui tempat yang sepatutnya Mie Kecik menunggu bas setiap hari. Pick up point. Mie Kecik meminta bapanya memberhentikan kenderaan. Kereta berhenti dan Mie Kecik keluar untuk bercakap dengan seorang gadis.Tidak lama kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kereta dan Mie Kecik memberitahu itu rakan kerja dan beliau juga lambat dan Mie Kecik meminta kebenaran untuk menumpangkan beliau. Rupanya bas juga lambat pada hari itu. "Yes, kata hati saya". Kurang sikit bebanan rasa bersalah. Malu pada Mie Kecik dan bapanya. Di sebabkan kelewatan kami,duit petrol orang terbuang. Tak patut. Tapi bas pun lambat. Jeling muka Mie Kecik dan beliau tersenyum sikit. Mata saya terus ke gadis yang menumpang kereta bapa Mie Kecik. Pendiam dan sekali kerling. Sandang beg.
"Azura.." detik hati saya, Gadis berkenaan mencuri sesuatu di dalam kegelapan jiwa saya. Saya terhambat dengan seribu resah yang muncul mendadak.Desakan jiwa kontang yang seterusnya mengikat rasa kasih pada gadis berkenaan. Beberapa tahun kemudian, gadis yang mulanya menumpang kereta bapa Mie Kecik telah berbuku di hati saya dan saya tambat perasaan kasih yang pada mulanya tercetus tanpa di duga dengan ikatan perkahwinan. Gadis tadi, sekarang sudah menjadi isteri saya.
Kami sampai ke tempat kerja baru. Mie Kecik dan gadis berkenaan, adalah lebih senior. Mereka masuk kerja lebih awal. Saya melangkah masuk ke kilang. "Selamat Pagi semua", kata Pak Guard yang bertugas pagi itu di pintu masuk. "Puh, hebat manners kilang nie, sampai guard pun ucap selamat pagi kat pekerja". Detik hati saya. terperanjat saya. Ngan operator pun ucap selamat pagi. Hairan. Mie Kecik laju dan memberikan orientasi pada saya. tunggu bas kat mana, kantin mana, tempat hisap rokok mana , locker mana dan tempat yang harus saya lapor diri pada hari tu. Terperanjat saya tengok kantin kilang tu. Bersih dan bersinar sinar. Ramai pekerja pagi itu. Mereka masuk lebih awal. Saya berjalan dan menunduk kan muka. Saya lihat ramai yang berpakaian biasa tanpa uniform."Barangkali, mereka ini semua baru" kata hati saya. Loceng berbunyi menandakan tepat 6.30am dan pekerja semua bergegas masuk ke tempat kerja masing masing dan nampak ada yang berlari anak. kosong kantin." Wow, tak macam tempat lama, boleh sebatang rokok lagi dan kemudian jalan macam pengantin nak pi bersanding". Bisik hati saya. Confirm kilang ini kuat displin nya.

Seorang penyelia wanita yang beruniform datang menjemput kami. Penyelia mengenalkan diri dan kami bersalam antara pekerja baru. Kelihatan ada seorang rakan yang sama muka, tinggi, kurus seperti saya. Dia anak Bai, ( Singh ) dan nama nya pun hampir sama, Ravin, dan saya Rafi. Cuma rambut saya lebih panjang melepasi kolar .

Penyelia tadi juga hairan. Kami di bawa masuk ke department kami." Masyaallah....kilat nya lantai, boleh buat cermin sikat rambut". Kata hati saya. Saya terperanjat besar kerana lantai kilang berkenaan cukup bersih dan berkilat. Tiada tumpahan minyak atau pun habuk yang melekat. Betul kata Mummy. Kilang Jepun macam pi sekolah balik. Saya mencuri pandang kawasan sekeling, ratusan pekerja yang bertugas sedang membuat senaman pagi ." Kilang ini ada exercise ke" timbul gelihati saya. Pelik.

Selain itu, mesin mesin semua nya Teknology yang canggih. 'Ya Allah hai,...boleh ke aku kerja kat sini". Hati mula curiga dan fikiran seorang kutu menjelma. Lagipun pengetahuan am saya bukan lah tinggi sangat. Kami dibawa ditempat perhimpunan pagi . Di situlah department saya dan saya melihat mesin yang besar besar. "Tak pernah tengok semua nie". Bisik hati saya.

Kami mengenal kan diri masing masing. "I am Rafi, from Shah Alam". gigil saya ketika itu. Pagi tadi gelak kan Mie Kecik, sekarang baru tau. Tengok alam sekitar saje sudah takut. Memang benar, suasana tempat kerja boelh mengubah persepsi seseorang pekerja.

Kami seterus nya diberikan oreintasi yang lebih mendalam. Buku nota di berikan, pen diberikan, dan nota nota berkaitan konteks pekerjaa. "Puh...cukup sistematik syarikat ni". Hati lebih gementar. Risau kerana keadaan begitu formal. Beza sewaktu menjadi captain hook. Kami diberikan jadual latihan seminggu dan mengikut time. Hebat benar kilang tu.

Seorang lelaki sedikit gempal, saiz yang rendah sedikit berumur di perkenal kan. "Cis , melayu rupa nya, ingat kan Jepun". Memang lelaki itu seperti seorang Jepun. Kami panggil dia Pak Zol. Pak Zol, adalah seorang Boss di production ketika itu. Beliau sudah bekerja hampir dua puluh tahun ketika itu. Suaranya ibarat harimau yang mengamuk. Beliau tegas dan garang. Semua senyap tak berkata dan berbunyi sikit pun.

Pak Zol, menjadi cikgu pagi itu. Seorang rank and file and very strong personality.

"Walaupun anda semua production operator, tiada kelulusan tinggi, SPM atau SRP cukup cukup makan sahaja, tetapi disini anda boleh jadi Manager satu hari nanti". "Tetapi anda harus bekerja bermati matian , rajin, sabar dan jangan langgar undang undang kerja". Kata Pak Zol.

Bang! Bagai kan peluru berdesup masuk ke jiwa." Ini peluang bagus" kata hati saya." Ada chance nak jadi Manager", tanpa kelulusan janji rajin".

Kepala saya ligat berfikir. Lagi pun rekod saya di tempat lama amat cemerlang. Tiada MC, Tiada ponteng dan selalu datang awal.

Kata kata Pak Zol seterus nya membuat kan saya terus terbakar dan membuat saya tekad 200%.
' Cuba fikir ya semua, lihat dunia ini, banyak yang berjaya seperti tokeh tokeh besar adalah mereka yang tiada kelulusan ataupun mereka yang selalu gagal". Banyak nama yang di tebarkan termasuk Thomas Edison. Terus terang saya katakan. Memang terpengaruh habis dengan semua ayat ayat nya. Saya terbayang muka mummy, adik dan nenek."Dik, ini peluang kita". Nekad saya di dalam hati. Manusia yang bernama Pak Zol ini telah menjernihkan lagi fikiran saya. Sessi orientasi tamat pada hari itu dan esok adalah pintu kejayaan. Ravin mula mesra dengan saya. Kami digelar 'Twins". Saya tersasar jauh daripada lorong kejayaan. Saya harus membuat U-TURN.

Dan beberapa tahun selepas itu, saya jadikan ayat Pak Zol suatu realiti bagi diri saya. U-TURN.

Apa yang boleh kita pelajari dari entri ini:
1. Suasana tempat kerja yang menarik bisa meningkat kan semangat pekerja menjadi lebih tertarik dan positive.
2. Suasana tempat kerja yang bersih , kemas, dan sistematik adalah message pertama sampai ke otak pekerja dimana kualiti adalah yang terpenting.
3. Watak Pak Zol dan bicara nya adalah cemerlang. Beliau bukan sahaja menyampaikan pengetahuan malah menjadikan manusia lebih jelas dengan kehidupan. "Esok Masih ada" Pak Zol membuat manusia memasang agenda. Kalau kita seorang ketua Jabatan, kita harus punyai ayat yang sama. Ramai pekerja bawahan kita kadang kadang tidak tahu apa sebenar nya yang mereka cari dan kejar. Dengan kaedah seperti itu, pekerja yang punyai masalah kritikal akan membuat kan mereka lihat lebih banyak pintu dalam kehidupan ini rupanya. Banyak lagi jalan keluar yang lebih baik dan mulia. Saya sewaktu menjadi ketua jabatan , selalu menanyakan soalan pada kakitangan saya seperti, what do you want to be next 5 years, or what is this year mission or which is better for your week ends, fishing or taking part time diploma or certificate classes.?
4. Hidup harus ada tiang gol. Harus ada agenda. Selepas itu fikirkan ia boleh dan ia pasti boleh.
5. Kalau saya sebagai seorang tukang cuci tandas, seorang yang tiada kelulusan dan seorang kutu boleh capai sesuatu, saya percaya anda boleh jadi lebih cemerlang!

Bawah ini , adalah gambar saya dan Mie Kecik. Kenangan yang abadi. Masa yang lepas tak mungkin kembali. Kami bergambar bersama dua orang mek salleh yang melawat Malaysia. Kebetulan Mek Salleh dua orang ini menepati ketinggian kami. Mie Kecik sekarang adalah seorang Business man yang berjaya.

Terperanjat bertemu dengan Pak Zol. Bak nyanyian Mahima Chaudaray dalam filem Dhakan..Aksar Is Duniyame, Anjalne miltehe...Kita akan bertemu ramai orang dalam dunia ini dan kepelbagaian.

Wednesday, July 14, 2010

Hang Nadim


Salam pada semua. Apa khabar semua? Terima kasih pada semua yang memberi komen. Terharu pada sms Pn Norjahan. Naik sahaja kapal terbang untuk pulang ke Malaysia , "on" hand phone , sms Pn Norjahan tertera pantas dengan ucapan tahniah. Terima kasih. Masterji ke Singapura entah untuk kali yang ke berapa. Atas urusan training. Maka blog pun bercuti. Singapura seperti biasa , bersih dan berdisplin.

Tertarik dengan komen Pn Norjahan perihal Executive Despacth. Memang tugas asas seorang Pengurus adalah untuk memastikan
input menjadi output yang berkualiti, cepat dan menepati kehendak pelanggan. Semua Pengurus di berikan authority yang munasabah untuk menjalankan misi masing masing. Tetapi dalam keadaan HR hari ini, tidak seperti keadaan HR sekitar 5 atau 6 tahun yang lepas. Skop kerja HR hari ini lebih mencabar dan memerlukan keputusan majoriti dalam menangani masalah atau pun sesuatu perkara. Asasnya HR hari ini sebelum membuat keputusan harus melihat misi syarikat, faktor motivasi pekerja, faktor persekitaran, faktor perundangan, faktor jualan, faktor pengeluaran, faktor P and L syarikat dan macam macam lagi. Kalau dulu skop kerja HR sedikit mudah, recruit, bayar gaji dan kira gaji tetapi kini dalam era perniagaan yang terlalu kuat saingannya, banyak faktor-faktor yang harus kita rujuk sebelum membuat keputusan. Faktor ini di namakan Internal and External factors Affecting Organization. Apapun kita harus jual diri supaya kita boleh meraih kepercayaan yang tinggi, kemudiannya barulah authority akan di perolehi.

Pn Norjahan mempunyai pandangan yang agak tajam dalam mengutarakan pendapat tentang executive despatch. Terima kasih pada Puan kerana tiada putus untuk memantapkan lagi blog Masterji. Saya juga sebernarnya belajar daripada komen komen anda. Marilah , kita mempertaruhkan apa yang kita ada, demi kemajuan Malaysia.
Encik Azaman, Cik Sania, The One, Pn Norsiah, dan pada yang menghantar puluhan sms, perihal blog ini,ayuh kita menjana persepsi kejayaan pada yang lain. Curahkan apa yang anda ada. Masterji juga akan belajar. Anda adalah
thinker yang cemerlang. Kalau tiada yang berfikir, hari ini kita masih pakai lilin atau lampu minyak tanah. Kalau tiada thinker, hari ini kita naik kereta lembu lagi, kalau tiada pemikir, tiada ilmu matematik yang akan wujud, tanpa pemikir kita masih pakai public phone lagi, dan kalau tiada pemikir mungkin kita masih naik gajah lagi ke sana ke sini bukan kapal terbang.

Sebut pasal pemikir, terlanjur berada di Singapura , teringat kisah
Thinking Outside the Box Hang Nadim. Apabila Singapura di serang todak, semuanya menahan dengan betis tetapi Hang Nadim membawa perubahan. Seorang pemikir yang cemerlang. Beliau menyelamatkan beribu betis dan nyawa dengan mencadangkan batang pisang untuk menggantikan kubu perisai. Mungkin ada yang menganggap ini cuma cerita dongeng, apa pun ia menarik dan memberikan pengajaran. Seorang thinker.


Gambar di bawah ini, Masterji di hadapan Hotel Park Royal, melihat kebersihan di sana mencuit hati. Seksa betul nak merokok di sana. Semuanya pakai zone. Terdetik dalam hati,"peliknya , bagaimana rakyatnya boleh patuh?"
Timbul rasa kasih pada negara sendiri, betapa senang lenangnya kita di sini. Tetapi disiplin seperti di Singapura ini harus di ikuti. Melaka mungkin satu negeri yang boleh menyaingi Singapura. Makan nasi beriani di kedai Zam Zam di Arab Street. Sewaktu makan, pekerja yang bertaraf pekerja restoran juga mematuhi peraturan merokok. Di luar kedai dan kawasan terbuka.
Di Malaysia amat berbeza, kita masih dapat merokok sambil duduk selepas makan.



Hati makin sayu bila jumpa seorang Uncle pemandu teksi sewaktu ingin ke tempat latihan. Uncle Melayu , nampak blues tapi pemikirannya class. Bekas pegawai polis di Singapura. Selepas bersara , menjadi pemandu teksi sepenuh masa. Ingatkan saya foreingner tetapi lepas beritahu yang saya orang Malaysia perbualan menjadi rancak cuma telinga saya sedikit pedih. Hati menjadi sayu , akal menjadi luas, "Disini tiada subsidi dan kami harus berdikari, tetapi syukur kerana ia membuatkan kami kental dan kuat serta gigih untuk mencari sesuap nasi, campaklah kami di mana-mana negara pun, kami boleh survive". Kata Pak Cik Blues.
"Pak Cik, Singapore ini bersih ya pakcik.." kata saya cuba mengalih topik perbualan.
"Ini satu terapan yang bagus , dik di sini, walaupun di saman, ia mengajar kita berdisplin. Kuat sesuatu negeri itu adalah kerana disiplin rakyatnya", kata pakcik pemandu teksi lagi
"Aduhai pakcik", kata hati saya.
Apa pun saya bangga menjadi orang Malaysia. Terasa sayu melihatkan betapa manja saya di Malaysia. Ibarat kasih seorang ibu pada seorang anak walaupun keadaan tidak sepatutnya jadi begitu. Tetapi Ibu tadi masih membiarkan demi menjaga keharmonian perhubungan dan tiada mahu melukakan hati sesiapa. Jauh di sudut hati, Malaysia negara pengasih kot.
Gambar di bawah ini adalah gambar Pak Cik Blues tu yang terus bercerita betapa hebatnya Tun Mahathir. Destinasi saya sampai dan saya meminta kebenaran beliau untuk mengambil gambar nya. Cerita berkenaan kehebatan Tun Mahathir juga pernah saya dengar daripada ramai kenalan di Jepun dan boss-boss Jepun. Terperanjat bila lihat tulisan tulisan berita di Jepun perihal Tun Mahathir. Tumpang bangga dan gembira.


Jauh di sudut hati, "manjanya saya di Malaysia....."

Monday, July 12, 2010

Luke Skywalker

Salam pada semua rakan rakan yang membaca. Terima kasih kerana meluangkan masa ya. Pada yang sudi menghantar komen dan sms terima kasih. Ada yang kata creative dan sebagainya. Sebenarnya ingin saya terang kan, niat utama saya ialah untuk berkongsi pengetahuan bukan menunjuk bijak. Saya percaya setiap insan yang dilahirkan punyai kelebihan masing masing. Kata ustaz yang mengajar saya di sekolah menengah, "setiap hari manusia akan berkata kata. Maka bila bercakap ada yang akan mendengar, bila ada yang mendengar , ada yang terikut ada yang tidak. Bila kamu bercakap benda yang baik baik, kalau ada yang mendengar dan ikut, kamu untung dia pun untung. Tapi bila kamu bercakap benda yang tak baik, dia mendengar dan mengikut, nah, dia malang dan kamu juga dapat saham."
Benar kata ustaz tu. Sekurang kurang nya adalah sesuatu yang baik kita buat sewaktu hidup. Berkata benda yang baik dan berkongsi apa yang boleh itu mesti. Sekurang kurangnya perkongsian ini dapat memantapkan minda kita supaya kita tidak terus terusan berada di dalam dunia Merry Go Round.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada Encik Azaman yang tidak pernah lupa memberi komen pada hampir setiap entri yang saya tulis.Pandangan Encik Azaman tentang Ballack memang tepat. Satu komen yang "mahal". Man and boys banyak bezanya. Kalau dari sudut HR, ini di namakan Succession Planning yang bagus.
Pada Puan Norjahan,saya tertarik dengan perkataan Executive Despatch. Ya, tepat. Semua kerja Manager adalah umpama despatch.
Pada The One, ya betul mesti ada authority tetapi kadang-kadang kuasa HR di kawal kerana
di takuti menyalahgunakan kuasa yang ada sehingga menjadi kereta kebal yang sukar untuk di musnahkan. Kita seharusnya melihat dari sudut Organization Power and Politics. Apapun, kita harus jual diri kita dan akan mendorong orang untuk memberikan authority.

Kali ini, saya sertakan keratan akhbar tentang Junior. Keratan yang saya ambil daripada akhbar Sinar Harian .Junior dan rakannya berjaya menghasilkan roket parachut dan berjaya menerbangkan roket itu dalam masa yang paling lama. Ia adalah sempena Karnival Sains Daerah Petaling Perdana 2010 antara Sekolah Menengah. Mereka menjadi juara. Seterusnya akan ke peringkat negeri. Saya gembira.

Untuk Junior sekira nya anak membaca :

Tahniah kepada anak berdua.
Babah of kos Babah gembira dan juga berasa malu.
Di kala Babah berumur seperti Junior, Babah tidak pernah melakukannya.
Tetapi Junior lebih hebat dan jauh kehadapan.
Nampak benar Malaysia sudah maju. Junior dan rakan rakan dapat buktikan yang kita bukan lagi bangsa yang tidak boleh buat jarum sebatang pun. Kita boleh buat sesuatu yang hebat.
Hari ini Babah belajar satu perkara, yang kecil jangan di pandang rendah. Semangat Kanak kanak dalam berjihad mencari kejayaan kadang lebih hebat dari orang dewasa. Disaat ini Junior sudah jelas serba sedikit hala tuju kehidupan seterus nya. Tetapkan hala tuju , dan jangan pandang belakang nak. Menjadi anak lelaki dalam rumpun islam adalah cermin bangsa dan ukuran mertabat.

Junior ingat ini:
Betul ada beza antara sampah dan manusia tetapi manusia bijak juga boleh menjadi sampah. Maka jangan lupa akhlak yang mulia adalah kunci kejayaan. Kalau ditakdirkan senang dan sebelum memandu mercedez, pastikan ibu bapa , adik beradik dan yang tersayang tidak tercicir.

Junior syabas mera bete, Nafas Babah adalah pinjaman, teruskan perjalanan ya nak.

Dan...emm, cantik gaya rambut tu ye...

Friday, July 9, 2010

Memo to HR Practioners


Salam sejahtera kepada semua yang membaca dan dihormati. di harapkan semua sihat dan cemerlang ada nya.
Terima kasih pada semua yang membaca dan berkongsi pandangan. Ada yang menjadi follower rasmi dan ramai juga yang mengikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa. Ada yang tertarik dengan sajian lagu lagu yang dilampirkan. Ada yang bertanya apsal banyak lagu Hindi?
Banyak juga lagu lain tetapi seni kata lagu hindi ini kalau di fahami dengan tepat dan mendalam, terkandung banyak mesej tentang kehidupan. Terikut Abang Andy di radio pulak.

Kali ini saya mahu berkongsi pasal HR. Being a production man during my early days in working life, I've learned a lot. From sense of punctuality to sense of morale. Great! It covers a lot of things for sucess in life as well as career. Working in production environment making you to be the most powerfull organised person and strong emotionally / physically. Siri Masterji yang akan datang saya akan ceritakan.

Selepas beberapa tahun saya berada di Production Department, saya ditugaskan sebagai Pegawai Latihan yang bertanggungjawab mengajar pekerja baru serta pekerja senior. Banyak yang saya pelajari di Production. Yang paling penting ialah perkataan "MUDA". Apa itu Muda? Muda ialah perkataan Jepun yang bermaksud Pembaziran atau Waste. Ada banyak pembaziran yang berlaku di tempat kerja atau semasa proses kerja. Melatih mata to pick up waste adalah kemahiran kami. Langkah pertama mencari pembaziran dan langkah yang seterusnya ialah bagaimana mahu menyelesaikannya. Maka kami di longgok kan dengan pelbagai pengetahuan. Salah satunya ialah Kaizen. Bermaksud Continuous Improvement.
Masaaki Imai dalam bukunya yang bertajuk Gemba Kaizen berkata, ada proses kerja yang boleh di selesaikan dengan cara berikut : Elimination, Combination and Simplification of long or unproductive process. Buku ini lunyai di tangan saya tapi masih saya simpan dan masih serta akan gunakan lagi!

Selepas menjadi Pegawai Latihan saya di tukarkan lagi ke Jabatan HR. Banyak perbezaan antara shopfloor and administration. Bidang perundangan adalah mustahak di situ. Sedikit terasa Culture shock bila berada di dalam dunia administration. Mahu mencari satu fail sahaja sudah mengambil masa hampir sepuluh minit! Kadang-kadang hampir bertekak dan boleh menjejaskan keharmonian ketika bekerja. Kalau di production, insiden berkenaan boleh membuatkan kita di maki hamun berjam jam lamanya. Make it clear! Make it clear ! Make it clear! Itu antara perkataan maki yang sudah sebati. Tapi bagus.

Ketika di serapkan di bahagian Sumber Manusia, kebetulan juga saya sedang melanjutkan pelajaran ke tahap Master dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dan Akta Perhubungan Industri, Industrial Relations
Memang sukar. Terutama bila bertemu subjek perihal Employment Act dan IR Act. Employment Act mengandungi lebih kurang 103 akta dan IR Act mengandungi 63 akta. Macam mana nak hafal ni? Bingung, sedangkan saya harus lulus dalam bidang tersebut.
Untuk menghafal akta, tentu amat sukar di ikuti untuk memahaminya. Di sini masalah itu saya selesaikan dengan mengguna pakai cadangan dua orang Tok Guru. Pertama Vince Lombardi. Katanya play to your strength dan kedua Masaaki Imai dengan ajaran dan falsafah Kaizennya. Saya ubah susun atur akta berkaitan berpandukan pengetahuan saya dalam bidang Kaizen dan ikuti prinsip simplification Masaaki Imai. Saya menyusunnya mengikut aturan Alphabetical seperti di bawah ini:


SEBAHAGIAN CONTOH..

UNDER A
Annual Leave
Absennce
Arbitration

UNDER B
Bonded Contracts
Bonus
Breach of contract


UNDER C
Casual Labour
Certiorari
Check - off
Children and Employment
Closure of Organization
Code of Conduct Industrial Harmony
Collective Agreements
Collective Bargaining
Conciliation
Condonation
Confidentiality
Constrcutive Dismissal
Contract of Employment
Contract Workers

DAN SETERUSNYA SEHINGGALAH KE ABJAD W SEBAB TIADA YANG MULA DARI Z.

Faedahnya:
1. Cepat untuk memahami
2. Membantu saya mendapatkan markah kepujian dalam subjek berkenaan sewaktu mengambil Master.
3. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ketua kesatuan saya . Beliau juga hebat.
4. Bila ada aduan atau dispute, senang untuk buat rujukan.
5. Anda punyai masa depan yang luas dalam bidang Employment Law dan bisa jadi seorang Lawyer. Handphone anda akan selalu berbunyi dan pelbagai pertanyaan daripada rakan rakan atau pun yang ingin belajar.."Err Halo Sir,..I have a situation here where, my employee had commited...bla...bla...bla......

Taking this opportunity to say hello to all my previous students from either Diploma or Certifate classes in MIHRM, you guys will always be in my mind and I believed by now , of all you had leap foward effeciently . Be the most effective and honest HR Manager one day and with that such qualities, I will be more than happy to let my kids to work with your organization. Remember Mr Rafi huh ok guys. Make difference in the next generation of HR Practioners. Change HR department from Cost Centre to Profit Making Centre.

Pada HR Practioners yang lain, mempelajari teknik continuous improvement adalah asset bukan pembaziran.

Wednesday, July 7, 2010

Gurantee Letter

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca dan saya doakan anda semua di lindungi dari sebarang kemelaratan kesihatan.Bagi yang sudi singgah di laman ini untuk membaca dan memberi komen, sama ada melalui entri atau kiriman sms, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga, terutamanya untuk entri Like A Punch from Muhammad Ali. Benar, kita harus mendidik lebih dari satu sharp shooter.

Kali ini saya nak bercerita pasal kesihatan. Penting tu. Pelbagai slogan dan falsafah yang kita dengar perihal kesihatan. Bagi saya, kesihatan yang baik adalah maruah diri. Kalau kesihatan kita terjejas atau kritikal dan bila kita terbaring layu, tiada siapa yang akan mengenali kita baik saudara mara sekalipun. Hanya yang tersayang sahaja yang akan menunggu dan setia di sisi. Tetapi ada juga kes di mana mereka yang sakit akan tinggal keseorangan di hospital hospital kerajaan walaupun punyai isteri atau anak anak yang berjaya. Ketika itu doktor dan jururawat adalah segalanya. Ketika kita sakit banyak pengajaran hidup yang akan dapat kita perolehi. Tetapi jikalau boleh , amalkan slogan prevention is better than cure!

Sewaktu menjadi Pengurus Sumber Manusia , salah satu tugas saya ialah menandatangani surat jaminan hospital atau guarantee letter. Puh! Macam-macam jenis penyakit ada. Lama-lama jadi point kesedaran bagi saya. Saya terfikir, kalau hospitalized apa akan jadi pada keluarga dan kerjaya? Benar kalau sakit berubat tapi kalau terpaksa di tempatkan di wad hospital dalam satu jangka waktu yang lama, kerjaya kita mungkin terjejas. Ini belum lagi bab masuk hospital , keluar dan masuk semula. Lagi lah orang menyampah dengan kita. Tambahan pula sekiranya kita memegang jawatan penting di dalam syarikat ,pelbagai plan perubahan yang akan di lakukan untuk membuatkan kita berehat selamanya.

Pernah mencapai berat badan yang menghampiri 82 kg dan saiz ukur lilit pinggang 36 inci setengah. Puh! Berat betul rasa badan. Malas dan terlalu banyak penyakit sampingan yang akan hinggap di tubuh. Bila mengajar jadi semput, bila berjalan asyik nak cari tempat berlabuh. Selain dari doktor, banyak juga tukang urut yang saya kenal. Sana lenguh sini lenguh. Baik doktor mahu pun tukang urut komennya tetap sama, bersenam adalah penawar yang terbaik. Benar! Kalau kita ada sepuluh misi yang bernilai tapi tiada kesihatan yang cemerlang, nasib akan selalu malang.

Sekarang syukur, berat badan saya sudah semakin kurang, timbangan terbaru menunjukkan angka 70 kg dan ukur lilit pinggang menjadi 29. Syukur hasil berkat nasihat doktor dan semua tukang urut yang pernah saya jumpa. Yang paling kuat menyindir ialah Wak Kimin. Tukang urut yang bagus tapi tegas orangnya. Pasti kena urut dan lecture. Badan kena urut sudah tentu sakit di tambah pula telinga kena lecture aduhai,pedih sekali rasanya. Tetapi, apa yang di katakan oleh Wak Kimin ada benarnya. "Pi, sampai bila mahu hidup dengan pain killer(ubat tahan sakit)" , kata Wak Kimin. Fikir punya fikir, emm kalau Shah Rukh Khan pada umur 45 tahun bisa mendapat six packs di perutnya kenapa tidak saya, sekurang kurangnya cergas dan sihat. Yang penting anda sihat, bertenaga dan boleh berbakti pada keluarga. Anda ibarat lampu di rumah. Padam lampu berkenaan, gelap gelitalah jadinya. Mari kita lihat apa komen komen orang orang terkenal.


Beliau seorang artis Bollywood. Bila di tanya rahsia formula kecergasannya, dengan mudah beliau menjawap" Well, actually diet is not necessary , however consistent exercises is rather important". Benar! Kebanyakan orang akan memilih jalan untuk berdiet. Ada yang keterlaluan sehingga nampak faggot, cengkung dan tak bermaya. Badan slim tapi tenaga zero!

Ini salah satu mentor saya. Seorang motivator yang di kenali ramai. Beliau mengamalkan senaman di waktu pagi dan 7 sebab beliau melakukannya :

1: If you work out early, it just gets done. Otherwise, it's so easy to come up with excuses not to work out as your day unfolds (hungry/tired/stressed out/need to go home to my family/tomorrow will be a better day to do it)

2. By working out in the morning, you actually jump start your metabolism and start up your fat burning engine within. So your workout has an even greater impact and more leverage.

3. By working out in the morning, you'll make better choices around your diet (isn't that true?...when we feel fit, we eat better)

4. The burst of energy that an early morning workout provokes will sustain you and keep you energized all day. Increases your stamina.

5. The endorphin rush that your morning workout generates makes you feel happy - which carries through each of your day's remaining hours (that alone is worth it; there IS a “secret” to happiness. Cost: a pair of running shoes).

6: An early morning workout burns off your stress. And it increases your perspective. Problems just don't seem as big. And creativity soars. You can handle the day with far greater focus, resilience to change and calmness.

7. The morning workout will help you to think more clearly. As the best businesspeople are those who are the best thinkers (and decision-makers).

Saya mungkin tidak sehebat itu tetapi secara asas nya , inilah cara saya menjaga kecergasan diri:

Selepas bangun tidur:

1. Lari setempat secara perlahan selama 2 minit.

2. Seat up 10 kali.

3. Push up sepuluh kali.

Selepas waktu kerja atau latihan: 3 atau 4 kali seminggu.

1. Jogging 2 kilometer di dalam stadium ( Lebih kurang 5 pusingan )

2. Seat up 40 kali.

3. Push up sepuluh kali

4. Weight lifting 3 jenis dan setiap satu ,3 set. Setiap set sepuluh kali.

Makan lah apa yang saya nak makan . Cuma yang paling penting saya harus consistent dalam senaman. Kalau mengajar, saya pastikan hotel penginapan mempunyai kemudahan tersebut tanpa jogging. Kalau tiada maka di dalam biliklah saya akan bersenam sendirian, mengulangi beat selepas bangun tidur.

Faedah nya:

1. Cergas.

2. Stamina bila mengajar.

3. O pain killer kecuali panadol sekali sekala.

4. Tiada mengah

5. Keyakinan diri bertambah.

6. Fikiran lapang.

7. Boleh berdiri lama.

8. Dan paling best, boleh pakai seluar dulu-dulu.

Apa pun saya bersyukur dan harap ia kekal. Kesihatan adalah asset dan harga diri!

Saya sertakan sebuah lagu di bawah ini , dendangan filem Urmila Mantondkar dan kalau terdengar lagu ini, ingat lah entri ini: GUARANTEE LETTER. Jangan biarkan nama anda masuk dalam guarantee letter ya.

Lagu : Pyaar Tune Kya Kya

Monday, July 5, 2010

A PUNCH FROM MUHAMMAD ALI!


Hi Every one. Big thanks to Pn Noorjahan for your sharing the "Fame " techniques. No wonder you' ve got it well. Thank you to the rest for your attractive and lightning up comments for Snake Plissken write up. Bakri was suprised with it! Never thought that he "s having those kind of leadership qualities. The answer is yes Tuan, you've got it. You had a good grip on that. So the next step is how can you make another "Bakri" or "Snake Plissken"?

Entri kali ini berkaitan dengan insiden kekalahan pasukan Argentina di tangan pasukan Germany dengan 4 - 0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010.

Sebelum itu, Cik Sania a.k.a Sonia Shakir kena belanja saya makan pasal tekaan dan bacaan saya tepa lebih dari satu gol! Macammanapun Cik Sania juga hebat. Pasukan pilihan anda, Jepun cuma kalah dengan sepakan penalti.Kalah tetapi tidak pernah mengalah. Cik Sania terhutang dua dinner atau lunch dengan saya. Pertama pasal Argentina dan kedua pasal tragedi yang menimpa Brazil. Boleh juga di langsaikan dengan nasi lemak, kira oklah.

Rasanya Encik Azaman pun terhutang dinner dengan saya juga! (Tak pasal-pasal masuk dalam ini cerita ). Walaupun tiada perjanjian mutlak antara kita, Encik Azaman sudah tentu memilih Brazil dan Argentina kan? Kalau betul, kira kena belanja makan juga. Tak kira, kena juga belanja.

Pn Norjahan pun sama juga. Tak kira. Kira kena belanja juga.

Komen Maradona sejurus kekalahan pasukan bimbingan beliau ;
"Today , close to the 50 years I will be on October 30th, This is the hardest thing I 'VE EXPERIENCED. This was like a punch from Muhammad Ali. I have no strenght for anything"
Tersiar di akhbar The Sun bertarikh 5th Julai 2010.

Many shocking results right? Tsunami juga berlaku pada World Cup walaupun di anjurkan di Afrika.
Apa yang kita boleh belajar? Saya catat kan 3 key points yang mustahak.

1. Kalau pergi berperang, semua mesti jadi sharp shooter, jangan ada sorang dua sahaja, Buruk impactnya. Kalau seorang dua itu mengalami masalah , keseluruhan team atau organizasi akan terlingkup. Strategi kumpulan Germany menepati konsep team player! Semua pemain boleh bermain dengan cemerlang. Bukan satu dua sahaja. Kita tidak boleh gunakan alasan kerana ketiadaan Ronaldinho atau Ronaldo. Kalau begitu , selama-lamanya Brazil harus bergantung pada Pele sahaja. Semuanya harus jadi sharp shooter.

2. Nama pasukan atau organizasi yang kuat tidak menjamin kemenangan dan kejayaan. Jangan berasa selesa kerena anda sedang berada dalam pasukan atau organizasi yang besar kerana syarikat anda akan kembali kecil kerana semua pekerja akan mempunyai mindset mustahil giant company boleh tertiarap. Jawapannya boleh. Kalau inginkan kepastian yang lebih selain daripada tragedi yang melanda Brazil dan Argentina , bacalah tentang How Carlos Ghosn Rescued Nissan , From Good To Great by Jim Collins, Built to Last dari James C. Collins dan Blue Ocean Strategy. Anda boleh faham dengan lebih baik.

3. Jangan bimbang dengan nama yang besar. Diego Maradona ! Siapa yang tidak gentar. Bekas pemain dunia yang terbilang. Kemudian menjadi jurulatih pasukan Argentina. Manakala pasukan Germany di asuh oleh Joachhim Low yang hanya mewakili pasukan Germany bawah 21 satu tahun. Nama bukan isu tetapi strategi adalah segala nya. Mungkin anda sudah menonton filem Karate Kid . Kanak kanak yang di asuh oleh aktor terkenal Jacky Chan. Seorang kanak kanak yang bangsa asing(bukan dari rumpun China), bisa mengamalkan seni bela diri bangsa Cina itu sendiri dengan lebih baik dan menjadi juara! Saya tertarik dengan pukulan akhir oleh Dre Parker kepada lawannya. Pukulan yang membuat kan Dre Parker menjadi juara. Pukulan gaya seekor ular yang lembut rentaknya , tidak ganas dan tiada keangkuhan tepat mengenali kepala lawannya yang digelar sebagai Dragon atau Naga! When the snake is kickin... Siapa sangka ular bisa mengalahkan naga. Bak peribahasa mengatakan ; sekecil kecil semut, boleh jahanam harimau dibuat nya . Kerana semut boleh sampai ke telinganya. Saya juga tertarik pada cara Jacky Chan atau Mr Han mengasuh Dre Parker, starteginya jelas , mudah dan senang di ingati. Tiada banyak teori yang bukan-bukan dan dan mesej yang panjang berjela.

Mungkin dialog di bawah ini dapat mengingatkan kita bagi sesiapa yang sudah menonton filem ini sekiranya tidak, tak mengapa tapi amatilah dialog di bawah ini. Dialog ini berlaku sewaktu adegan Dre Parker memasuki pertandingan akhir . Dialog ini berlaku antara dia dan gurunya :

DRE PARKER : You don't know the rules, Mr Han ?

MR HAN : Simple. You hit him. Don't let him hit you.

Wow very simple and strategic.! Satu tepukan buat Mr Han.
Kenapa saya kata begitu? Masuk pertandingan dan berlawan sudah di kira sebagai satu beban yang besar bagi Dre. Otaknya berkecamuk.
Di tambah dengan mesej dan kata-kata akhir yang berjela-jela tentu lagi banyak bebanan yang di tanggung oleh Dre nanti . Beliau tidak tenang nanti.

Bagi para penyelia , pengurus dan tenaga pengajar, watak dan cara Mr Han adalah rujukan yang terbaik bagaimana kita bisa menjadi mentor yang cemerlang.

Bagi mana-mana individu yang merasakan diri anda gagal, watak Dre Parker adalah cemerlang untuk di jadikan rujukan. A soldier of one, became The Queen of every one!

Saya harap harap entri kali ini dapat memberikan gambaran pada kita bahawa sudah sampai masanya kita yang bekerja ini mempunyai slogan baru, Impossible can be possible!. Make it, do it!


Saya tertarik dengan komen dari FAME Pn Norjahan, dibawah ini adalah cebisan daripada komen yang diberikan dalam Entri It Cuts Like a Knife. Komen komen ini juga bagus dan berfaedah dijadikan panduan:

1. Macam dalam filem jangan pandang belakang. Benar kita harus tengok apa yang dihadapan. Ayat ini juga selalu digunakan oleh Cik Sania aka Sonia Shakir dalam sesi latihan nya atau setiap kali beliau memberikan nasihat. "Asyik asyik pandang belakang, bila nak maju". "Hidup jadi merry go round" kata nya.

2. HR practioner ni kalau buat kerja macam nak mati pun orang tak hargai..tak macam engineering, sales dan production. Benar sebab tu lah kita harus nampak kan kerja kita. Walaupun dalam sessi ucapan lima minit. Guna kan lah lima minit itu dengan kata kata dan gaya ucapan yang boleh buat hadirin mengingati kita selama lima tahun!.

3. Kita mesti pandai memainkan peranan kita pada tempat dan masa yang betul. Terutama pada peluang yang bisa menonjolkan diri, go and do it! Yes . tepat. Ada kalanya kita tidak boleh sandarkan masa depan kita pada peribahasa ikut resmi padi, makin tunduk bila berisi. Penyelia kita tak belajar peribahasa. Maka rugi kan masa sahaja.

4. Jual diri ketika berkomunikasi, pandangan mata, intonasi mata, suara dan bibir serta senyuman. Tepat. Keadaan stress dapat di redakan dengan pesanan cik Fame ni.

Di antara ayat ayat yang berguna dan power dari Cik Fame kita dan rakan rakan lain.

Friday, July 2, 2010

SNAKE PLISSKEN


Bertemu lagi kita. Apa khabar semua? Saya banyak menerima ucapan terima kasih di atas perbincangan kritikal dalam entri It Cuts Like A Knife. Ya benar, kita harus tonjolkan diri kita dan hasil kerja kita . Bayangkanlah, kalau kita bekerja bertungkus lumus tetapi lokasi kerja kita terlalu jauh daripada meja boss kita. Siapa yang akan nampak kehebatan kerja anda?

Anda harus punyai strategi, supaya anda dan pencapaian anda SPARKLE! .


Mungkin ramai yang terperanjat tengok tajuk di atas.Snake Plissken adalah nama watak seorang hero dalam filem Escape from New York dan LA yang di lakonkan oleh aktor Kurt Russel.Mungkin ramai yang masih ingat lagi.
Snake Plissken adalah lelaki yang pantas dan sering memberi kejutan. Beliau berupaya menyelesaikan pelbagai misi pelik dan penuh cabaran dengan jayanya. Di dalam filem Escape From New York, Snake Plissken telah di berikan tanggungjawab untuk menyelamatkan seorang Presiden yang telah di culik . Untuk memastikan beliau berjaya, tekaknya di lekatkan dengan sejenis bahan letupan. Beliau di berikan tempoh 24 jam untuk menyelesaikan misi tersebut dan sekiranya gagal, bahan letupan di pasang pada tekaknya akan meletup.Dia harus berjaya dan dia memang berjaya.

Begitu juga dengan seorang rakan yang boleh di samakan dengan Snake Plissken.Beliau telah di berikan misi yang sukar untuk menukar budaya kerja di salah sebuah pusat pengajian tinggi.

Orangnya nampak sederhana tetapi mempunyai kegeniusan luar biasa. Beliau telah berjaya menarik perhatian semua warga kerja di Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka(UTem), Ayer Keroh kerana pencapaian beliau menukar budaya kerja di bahagian/pejabat di bawah seliaan beliau. Pencapaian ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi semua warga kerja di UTeM.
Hebat. Menukar budaya kerja sekelompok pekerja adalah suatu misi yang amat sukar tetapi dengan kecekalan beliau, misi ini telah berjaya menetapi sasaran seperti yang di tetapkan.Bukan senang untuk mengwujudkan budaya kerja produktif ! Tidak semudah yang di perkatakan.

Snake yang membawa maksud senyap, sederhana tetapi berbisa, kerana ular nampak sederhana tetapi berbisa. Begitu juga dengan rakan saya seorang ini (gambar di atas). Saya telah memberikan gelaran Shah Rukh Khan Universiti Teknikal Malaysia Ayer Keroh Melaka atau dalam singkatannya SRK UTEM. Ada banyak perkara yang membuatkan saya tertarik pada nya. Beliau adalah seorang Timbalan Bendahari di Jabatan Bendahari di universiti berkenaan. Seorang pemikir yang inovatif dan perlaksana yang cekap dan gigih. Never give up! Orangnya manis dan handsome. Pasal tu dok panggil dia ShahRukh Khan. Janji ada sikit pun tak pa lah.
Sesuatu yang paling menarik, beliau mempunyai agenda pencapaian yang bertali arus. Dalam satu sesi latihan yang di kendalikan oleh saya sendiri pada tahun 2005, dia bertanya kepada saya, "Encik Rafi, bagaimana caranya saya boleh menukarkan budaya kerja sektor kerajaan terutama sekali jabatan saya, saya mahukan budaya kerja yang efisyen dan inovatif"
Fuhh! Kata hati saya. " Biar benar kawan ni". Sudah menjadi satu lumrah bila habis sesi latihan akan terdapat peserta yang bersemangat sementara dan akan menanyakan bermacam macam soalan tetapi sekadar pertanyaan sahaja tanpa apa-apa perlaksanaan. Namun sebagai tenaga pengajar saya memberikan jawapan yang ringkas. Jawap saya" Kaizen, kalau nak lagi cepat buat 5S". Dia kembali menyajukan soalan, " kat mana saya boleh belajar pasal perkara tu"..Waktu itu, saya sedang mengemaskan beg dan mengumpulkan barang-barang latihan. Jawap saya " cuba beli buku Gemba Kaizen oleh Masaaki Imai". Dia mencatat sesuatu dan bertanya di mana boleh buku yang saya sebutkan pada awal tadi.
"MPH " jawap saya ringkas. Kami berjabat tangan dan saya pulang. Dlam perjalanan saya terfikir sesuatu" Err, boleh ke budaya ini di serapkan dalam organizasi kerajaan? Mampu kah Bakri?"

Sebulan selepas itu, saya terima panggilan telefon dari beliau. " Hah Encik Rafi, saya dah beli buku tu dan dah baca pun". Saya mencuba dia bertanya apa isi kandungannya. "Buku ni ada cerita pasal 5S, Gemba Kaizen ,train eyes to pick up MUDA dan....". Bila dia sebutkan train eyes to pick up MUDA, saya sudah terperanjat dan yakin sekarang bahawa dia telah membeli buku tersebut dan sudah membacanya. Train Eyes to pick up muda itu bermaksud train our eyes to find for waste in the work place. Dia mula berhujah dengan begitu petah perihal kandungan buku tersebut. Bagaikan seorang pemikir Jepun dia berhujah.

Saya mengakhiri perbualan tersebut dan tersenyum, Saya silap menafsirkan kekuatannya. Benar dia ingin sampai ke puncak. benar azamnya kuat dan niatnya juga benar. Selepas itu banyak kali kami bertukar pandangan dan beliau mempunyai satu slogan yang catchy dan menarik".
"Saya mahu Pejabat Bendahari menjadi tempat rujukan untuk jabatan lain apabila mereka ingin megetahui apa itu budaya kerja yang cemerlang". Makin bersemangat suaranya. Saya gembira.

Dan setahun selepas itu, beliau berjaya menjadi change agent yang berjaya. Pejabat Bendahari di iktiraf sebagai pejabat yang pertama mempunyai sijil budaya kerja yang Efficent 5S daripada Malaysian Productivity Corporation (NPC) . Hebat.! Beliau di sokong kuat oleh seorang lagi orang atasan beliau yang bernama Encik Khairul Taib. Seorang boss yang benar-benar faham apa itu Top Management Commitment. Beliau sendiri masuk dan belajar dalam bilik latihan bersama kakitangan peringkat bawahan yang lain.
Snake Plissken atau Encik Bakri dengan bantuannya telah berjaya mengalihkan pandangan mata kakitangan lain ke pejabat mereka. "Selangkah ke Bendahari, sejuta pengetahuan". Slogan yang kemas dan dan mencabar. Di mana-mana sahaja bahagian di dalam pejabat tersebut di tampalkan poster yang tertera perkataan "BENDAHARI BOLEH".
Setiap pagi dalam masa setahun ikrar di bawah ini di baca oleh semua pekerja dalam jabatan bendahari. Kata Snake Plissken atau Bakri pada saya, "step satu tukar minda dulu ya Encik Rafi, step dua baru buat improvement di tempat kerja,kalau minda tak tukar tempat kerja pun tak tukar".

Ikrar yang dibaca oleh semua staff di Pejabat Bendahari selama setahun:

Berubah, Berubah !
Saya mesti berubah!
Berubah ! Berubah !
Bila saya berubah , tempat kerja akan turut berubah!
Berubah , Berubah!
Terus Berubah!

Dan benar mereka berubah dan telah memberi perubahan positif terhadap tempat kerja mereka! Syabas kepada Snake Plssken Encik bakri yang handsome, Syabas kepada semua staff Pejabat Bendahari dan syabas pada Ketua Jabatan, Encik Khairul Taib.
Anda semua cemerlang. Akhirnya benar pejabat anda menjadi rujukan! Tahniah. Patukan yang tepat dan berjaya.

Kini rakan saya Encik Bakri atau Snake Plissken merancang mematuk lagi. Kali ini ke arah pensijilan ISO 9001 Version 2008. Kata Snake Plissken, "agenda tak boleh stop Encik Rafi nanti tiada kemajuan". Hebat slogannya.

Kepada para pembaca, sekira nya anda ingin menghantar anak anda ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka, komen saya mudah sahaja. Hantarlah tanpa was was dan curiga, budaya kerja produktif sedang menular dengan hebat di seluruh organizasi tersebut. ! Satu demi satu jabatan yang mengikuti langkah Pejabat Bendahari.