Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, August 13, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS MASIH BERTAHAN


Sila KLIK untuk senarai carta terlaris di MPH Bookstores bagi minggu yang berakhir 20-Ogos-2012

Buku dulu pencuci kini pengurus masih lagi berada di tempat pertama senarai bestseller MPH minggu ini. Masterji pernah terdengar kata ramai sahabat yang lebih lama dalam bidang penulisan;
"Kalau novel pasti meletup tetapi buku motivasi ni susah sikit lah nak berkembang".

Mungkin ada benar nya juga. Setakat ini Masterji bersyukur atas pencapaian ini. Sebuah buku motivasi yang masih dapat bertahan. Kalau boleh biarlah terus berada ditempat yang teratas tetapi kalau berubah ke tangga bawah pun Masterji tetap bersyukur. Sekurang kurang nya cita cita saya telah tercapai cuma tak sangka jadi bestseller.

Ok nak kongsi sikit pepatah...
"The difference between a loser and a winner is; loser uses weaknesses not to win, winner uses weaknesses to seek for victory!"
-Rafi Masterji-

Pada Cik Fame Puan Noor Jahan thank you so much ya support hari hari pasal buku ni.

Juga pada Master Q Saniyah Kadir bersusah payah ke kedai buku untuk memantau keadaan dan membuat promosi terimakasih ya.

Friday, August 10, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS DITANGAN 'QUALIFIED INSURANCE PROFESSIONAL'


Naskah DULU PENCUCI KINI PENGURUS bukan sahaja dapat membantu pemikiran baru dan lebih bermotivasi tetapi naskah ini telah
membuatkan Masterji berkenalan dengan ramai orang lain yang lebih hebat. Setinggi tinggi dahan dipokok tinggi lagi awan dilangit.
Masterji gembira dapat berbual bersama mereka.

Terbaru ini Masterji dapat komen daripada Raja Ahmad Khiruddin . An associate of the Malaysian Insurance Institute  (AMII) yang juga merupakan Qualified Insurance Professional.Beliau juga merupakan Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP).


Seorang yang hebat pandangannya dalam soal perkongsian ilmu.  Beliau juga boleh dijadikan rujukan untuk mencari ilmu.

Ramai yang telah menggunakan beberapa petikan ayat di dalam buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS untuk memotivasikan diri dan juga yang lain.

Raja telah memetik "Cipta Masa untuk Diri Di kenali ".
Syabas Raja betul tu JADILAH JAGUH YANG BIJAK MENYINARKAN DIRI.

Raja juga telah berkongsi petua kenapa kita harus rajin berkongsi ilmu :

"Sebaik baik sedekah adalah seorang muslim yang mempelajari ilmu lalu mengajarkan nya pada saudara muslimnya."
Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Ilmu yang kita ada ibarat setitik air daripada air lautan sebenarnya kita hanya tahu sedikit sedangkan pengetahuan itu masih banyak lagi harus dicari.

Tahniah Raja ! Let's rice to the race together.....

CIPTA MASA UNTUK DIKENALI , TAGLINE TERKINI RAJA AHMAD.
Boleh terus berbual dengan Raja Ahmad di FBnya. Masterji fikir dia juga seperti Hairi Nawawi dan ramai lagi yang boleh jadi rakan mentor.

Tuesday, August 7, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - IMPIAN EMAS


Sejak Masterji melibatkan diri di dalam penyebaran dan berkongsian ilmu melalui blog dan Facebook, Masterji telah berjaya berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Ada antaranya yang jauh beribu-ribu batu.
Lebih menarik, kenalan dunia maya ini langsung tidak pernah bertemu Masterji. Haa..menarik tu, bukan?
Rakan tetapi tidak bersua.

Apa yang ingin Masterji perkatakan adalah mengenai seorang kenalan di Facebook. Semenjak terbitnya Dulu Pencuci Kini Pengurus, banyak sekali yang mengutus komen melalui Facebook. Antaranya seorang rakan yang di kenali dengan nama Hairi Nawi dari Sarawak.
Beliau menulis di "wall" Facebook Masterji.
"asalamualaikum Rafi Masterji... saya baru saja terima poslaju buku tuan petang ini. tak sabar nak membacanya, pasti menarik. :)"

Bila membaca komen ini, walaupun ringkas tetapi amat bermakna untuk Masterji. Ini bermakna, buku Dulu Pencuci Kini Pengurus telah menyeberang Laut China Selatan, jauh terbang dari Semenanjung Malaysia hingga ke Sarawak. Masterji amat berterima kasih kepada Hairi Nawi yang berusaha mendapatkan buku ini.
Hairi yang juga merupakan seorang penulis laman IMPIAN EMAS juga rupa-rupanya sedang dalam usaha untuk menerbitkan buku.
Tahniah kawan!

Memetik kata-kata Mark Twain, “good friends, good books, and a sleepy conscience: this is the ideal life.”

Monday, August 6, 2012

Dulu Pencuci Kini Pengurus - BACALAH CIKGU....

Inilah dia adik Siti Aishah. Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Dia antara pembeli awal naskah Dulu Pencuci Kini Pengurus.
Semalam, gadis kecil molek ini mengirim sms kepada Masterji ; "buku Uncle Masterji sekarang sudah ada di perpustakaan sekolah saya dan menjadi rujukan guru dan juga pelajar. Tahniah Uncle Masterji!"

Ucapan terima kasih kepada adik Siti Aishah yang sudi mengirim sms kepada Rafi.

Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus bukan sahaja sesuai di baca golongan dewasa, tetapi juga baik kepada semua golongan, terutamanya untuk pelajar-pelajar sama ada di peringkat rendah atau menengah, juga universiti.
Banyak di selitkan kata-kata semangat yang rasanya boleh di gunakan oleh guru-guru sekolah bagi menaikkan semangat pelajar-pelajar.
"Bacalah cikgu..."

Terima kasih kepada semua.

Saturday, August 4, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - BAGAI GORENG PISANG PANAS!

Memandangkan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus adalah buku pertama tulisan Masterji, maka Masterji memperuntukkan banyak masa untuk mengikuti perkembangan jualan buku ini di pasaran.

Pada malam Khamis, hasil pemantauan Masterji di MPH Jaya Jusco Bandar Baru Bangi dan di MPH Alamanda Putrajaya mendapati, terdapat lebih dari sepuluh naskah di kedua-dua lokasi.
Seterusnya, pada hari Jumaat sekitar pukul 3 petang Masterji menerima maklumat yang naskah di kedua-dua lokasi tersebut sudah habis di jual.

Kepada pembeli semua, Masterji ucapkan jutaan terima kasih.

Bagi mereka yang berhasrat ingin membeli buku ini, Masterji nasihatkan untuk membuat belian secara "online".
Ada beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan belian dalam talian(online) ini.
Antarannya :
1) Hasani Book
2) Alaf 21
3) MPH Online
4) Ar Razi Networks

Apapun, Masterji ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak menyokong Masterji.

Friday, August 3, 2012

Profesor Cilik


Gambar 1


Gambar 2

Sebagai seorang tenaga pelatih/pensyarah, Masterji sering memberikan peluang kepada peserta program kendalian Masterji untuk mengasah daya kreativi dan inovasi yang ada dalam diri mereka.
Ujian-ujian ini selalunya berubah-berubah mengikut kesesuaian program yang di anjurkan.
Salah satu dari bentuk ujian yang Masterji lakukan kepada peserta program latihan kepimpinan(leadership training) adalah menguji daya kreativiti mereka.
Pada awalnya, Masterji akan melukis bentuk dua bentuk bulat, satu berbentuk lonjong dan lagi satu bulat tetapi kecil (gambar 1).
Ujian ini nampak seakan mudah, tetapi ia sebenarnya sukar kerana memerlukan daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi.


Proffesor Kecil

Semalam, Masterji telah menguji seorang anak kecil yang Masterji panggil Profesor atau Prof. Sejak kecil, dia mempunyai keterujaan yang tinggi untuk mengetahui banyak perkara dan gelaran Prof memang tepat untuk anak kecil ini.
Sesudah di berikan penerangan ringkas dan lukisan yang cuma ada dua bentuk bulatan, Prof mula menggunakan daya kreativitinya untuk menyiapkan lukisan ini dalam masa 5 minit.
Hasilnya sungguh memberangsangkan!(gambar 2)
Jika di lihat dari sudut kepimpinan, Prof sebenarnya mempunyai kreadibiliti "to be a successfull manager who deliver maximum resutl from minimum input."
Hebat anak ini.
Tahniah Masterji ucapkan.

Thursday, August 2, 2012

Dulu Pencuci Kini Pengurus - Komen Dari Pelajar

Dua orang pelajar yang telah membeli naskah Dulu Pencuci Kini Pengurus telah memberikan komen mereka pada Masterji.


Jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Uncle Masterji melihat cara anda memberikan komen seperti seorang yang telah lama berkerja di bahagian pengurusan. Semoga buku ini berjaya membantu anda berdua.

Ada banyak pelajar dari IPTA/IPTS dan juga kolej yang telah membeli naskah DULU PENCUCI KINI PENGURUS samaa da dibelikan oleh ibu bapa mereka ataupun hadiah yang diberikan oleh guru mereka.

Terimakasih pada semua yang membeli.


 Hafiy, seorang pelajar jurusan Mechanical Engneering

" Saya baru habis baca buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS , So far I think it's really a good book. Bagi Motivation kat Saya. It really boost up my spirit. I admit sebelum baca baca buku ni, I duduk atas ferris-wheel, bergerak tapi tak clear nak pergi mana.
Now, I dah nampak tiang gol, Apa yang Uncle cakap betul dalam buku ni, kalau visualizekan tiang gol kita kira dah separuh berjaya kerana ia menjadikan kita jelas dan seterusnya cuma perlu bertindak aje, Then banyak quote , kata kata semangat yang memang bagi kesan dalam diri, At the same time , Buku ni mematangkan lagi pemikiran I Uncle.
Tahniah Uncle Rafi."


Marsya ; pelajar jurusan undang-undang
" Uncle Masterji umpama Doktor dan buku ini ibarat formula ubat dalam menyembuhkan penyakit kurang daya melompat ke hadapan."

Jutaan terimakasih pada anak anak berdua dan ramai laig yang berikan komen pada Uncle ya. Nanti masa akan datang Uncle cuba publishkan.

Tuesday, July 31, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - KOMEN TIGA SERANGKAI



Jika semalam, Masterji paparkan komen dari pembaca yang mempunyai latar belakang dan bidang pekerjaan yang berbeza.
Hari ini, Masterji paparkan pula komen dari dari 3 individu yang bekerja di dalam satu organisasi yang sama namun mempunyai pandangan yang berbeza terhadap buku Dulu Pencuci Kini Pengurus.




NOOR AZIZAH BT. SULAIMAN

PENYELIA,
HIGASHIFUJI (M) SDN. BHD
"Apabila saya baca tajuk buku tersebut, terus saya berminat untuk membelinya untuk anak ke dua saya yang baru lepas SPM dan keputusannya jauh berbeza dengan kakaknya yang cemerlang.

Beliau merasa sangat rendah diri dan walaupun ada beberapa kolej menghantar surat tawaran tetapi beliau tidak ambil endah dengan alasan keputusan SPM beliau tidak seperti kakaknya dan beliau seolah2 tidak mahu sambung belajar. Maka saya suruh beliau baca buku ini dan setelah beliau habis baca saya bersyukur kerana beliau sudah berubah.
Saya sangat terharu apabila beliau sendiri datang kepada saya dan katanya, “mama, angah rasa nak sambung belajar sebab tidak kemana pun kalau kerja macam sekarang ni sekejap sana, sekejap sini.”

Sekarang saya sedang usahakan beliau dapat tempat untuk meneruskan pelajarannya. Terima kasih kepada En. Rafi yang telah berjaya mengubah pemikiran anak saya."





NUR HIDAYAH BT. ZAINUDIN

EKSEKUTIF
HIGASHIFUJI (M) SDN. BHD.
"Walaupun perjalanan kerjaya penulis yang beza dengan sebahagian besar pembaca, tetapi apabila diteliti, penggunaan bahasa yang mudah, tepat dan tidak berselindung dapat memberi impak positif yang tepat. Semasa membaca, kita akan mengangguk "ya, betul.." tentang apa yang ditulis.

Sekecil-kecil perkara seperti membawa buku 555 telah  dapat membuka mata kita tentang perkara yang seringkali dianggap remeh.

Buku ini sangat sesuai untuk remaja yang baru memulakan kerjaya dan juga kepada majikan untuk muhasabah semula tentang cara-cara untuk memotivasikan pekerja.
Semoga usaha murni Encik Rafi dapat dimanfaati semua.."






NOOR JAHAN BT. MOHD SULTAN

PENGURUS
HIGASHIFUJI (M) SDN. BHD.
"Penulis bukanlah orang asing bagi saya kerana beliau merupakan guru kepada saya, dan juga seorang kawan yang sering berbincang untuk kemajuan diri.

Bayangkanlah seorang pencuci boleh menjadi pengurus, Tajuknya saja sudah ‘catchy’ dan sebuah perkongsian yang ikhlas dari penulis untuk melihat lebih ramai lagi berjaya sepertinya. Buku ini amat sesuai di baca dan dijadikan panduan oleh untuk mencapai kejayaan.
Saya sendiri memulakan kerjaya saya dari seorang kerani. Kalau buku ini diterbitkan 20 tahun yang lalu, pasti saya akan sampai ke puncak dengan lebih awal lagi kerana ‘tips’ yang diberikan penulis sangat praktikal dan jika diikuti insyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita. ”PUSH YOURSELF…NO ONE IS GOING TO DO IT FOR YOU” .

Tahniah & Syabas!!  Kejayaan buku ini bukan sahaja menunjukkan bahawa pencuci boleh menjadi pengurus, malah pencuci boleh menjadi penulis buku, pelatih dan pakar motivasi.  Belilah buku ini kerana banyak manafaat yang boleh didapati tidak setanding dengan harganya yang hanya RM11.00"


 
Masterji ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka bertiga kerana memberi komen berguna. Komen-komen ini nanti akan Masterji gunakan bagi memantapkan lagi modul-modul latihan yang Masterji kendalikan.

Monday, July 30, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - KOMEN PEMBACA.





Di bawah ini, Masterji sertakan komen komen dari pelbagai lapisan para pembaca yang telah membaca DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Susah nak menjejaki mereka tetapi akhirnya dapat juga selepas bersabar menunggu di beberapa buah kedai buku sekitar shah alam dan juga Subang.
Terima kasih pada Puan Saniyah Kadir dan juga Cik Fame aka Puan Noor Jahan berusaha kuat untuk buku ini.



Mr Uthaya Sankar
Seorang penulis yang tidak asing dalam dunia sastera di Malaysia juga penulis blog http://uthayasankarsb.blogspot.com. Antara karya-karya beliau adalah Hanuman: Potret Diri (DBP: 1996), novel Panchayat (USSB: 2002), Koleksi Cerita Ikan (Maselga: 1997) dan Surat Dari Madras(DBP:1999).
Komen beliau ,"pasti ada sebab mengapa buku ini begitu laris walaupun baru seminggu berada dalam pasaran"


Encik Rahman.
Pengusaha Teksi dan pemanduk teksi.
Kata beliau, "sebagai pengusaha dan pemandu teksi , buku ini telah menarik perhatian saya di kedai buku MPH Seksyen 13, Shah Alam. Ramai yang bercerita mengenainya.  Jadi sewaktu menunggu-nunggu customer saya pi tengok.Bila di baca, buku ini dapat membantu saya serta anak anak saya . Saya beli lima naskah, satu untuk saya dan empat lagi nak bagi member teksi dan anak anak. Tahniah lah pada Encik Rafi."


Encik Firdaus,
Ketua group Pengawal Keselamatan.
"Saya ternampak seorang pelawat yang mendaftar di pos kawalan sekuriti saya membawa buku
DULU PENCUCI DAN KINI PENGURUS. Mata saya tertarik kat tajuk dan kulit buku yang menarik.,.
bila ditanya, pelawat berkenaan mengatakan buku motivasi yang elok untuk semua peringkat . Sebagai Pegawai Keselamatan ini kali pertama,saya memberanikan diri untuk melaburkan wang untuk membeli buku seperti ini, saya rasa tak rugi sebab ada tertulis bab pengawal keselamatan dalam tajuk
SERLAHKAN DIRI ANDA, so tahniahlah pada penulis buku ni dan baguslah untuk dibaca."

Mr Shaun Sandhu
Director at Straits Solutions ( M ) Sdn. Bhd.
"The Book is perfect for everyone young and old. Rafi speaking from experience on how to be successful at workplace. Aim high and Believe Can Do.If he can do it so can can I. This book content has a perfect guideline for all seeking success".



Jutaan terimakasih saya ucapkan pada mereka semua; Mr Uthaya Sankar, Encik Rahman, Encik Firdaus, Mr Shaun Sandhu.
Masterji akan cuba dapatkan lebih ramai lagi dan dari pelbagai lapisan. Terima kasih pada semua yang membeli dan membaca.

Sunday, July 29, 2012

TERIMA KASIH DATO' YUSOF HASLAM

Pagi tadi, Masterji ke ibu pejabat Skop Production di Jalan Genting Klang untuk menyerahkan senaskah buku Dulu Pencuci Kini Pengurus(DPKP) kepada Dato' Yusof Haslam(DYH).
Masterji bertolak awal pagi walaupun khabarnya tidak mungkin dapat berjumpa DYH dek kerana kesibukan beliau.Masterji faham.

Matlamat Masterji cuma satu, mahu buku ini sampai tepat di tangan DYH. Melalui orang perantara DYH juga merangkap kakitangan Skop Production, Masterji serahkan senaskah buku DPKP. Syukur, matlamat Masterji untuk menyerahkan buku ini tercapai juga walaupun tidak ke tangan DYH sendiri.

Ianya lebih kepada menghargai sumbangan DYH yang telah memberi komennya untuk buku ini. Pada permulaan penulisan buku ini, Masterji telah menyerahkan manuskripnya untuk di baca dan di beri sepatah dua komen dari DYH. Akhirnya, DYH telah memberi komen dan telah di letakkan di bahagian muka hadapan buku DPKP(seperti di dalam gambar). Masterji amat-amat berterima kasih kepada DYH kerana kesudiannya meluangkan masa membaca naskah manuskrip yang ketika itu masih banyak cacat celanya.



Walaupun tidak berpeluang berjumpa DYH, tetapi kehadiran Masterji di Skop Production telah Masterji maklumkan terlebih dulu kepada DYH melalui kiriman sms Masterji. Tanpa di duga, DYH membalas sms itu. Kata DYH, "Salam Rafi..Terima kasih atas ingatan anda dan kejayaan anda...selamat berpuasa".
Masterji tersenyum sendirian ketika membaca sms ini. Jelas sekali, DYH amat merendah diri sifatnya kerana sudi membalas kiriman sms Masterji.
Terima kasih DYH.

Friday, July 27, 2012

Up sikitlah...



Tersenyum riang dan bangga saya dengar perkataan yang terbit dari Samurai saya Shahrul Nizam pagi ini;
" Kalau dateline yang diberikan ialah 30hb ....maka kalau kita siapkan 29 hb atau lebih awal ia bermakna Extraordinary tetapi kalau tepat pada 30hb hanya ordinary tetapi kalau selepas 30hb terus di katakan below ordinary standard, maka kita ada tiga pilihan untuk dibuat bagi menentukan masa depan kita sama ada mahu yang cerah atau yang gelap"


Syabas brader! Masterji dengar dari jauh dan bangga dengan anda. Cantik tag line perihal datelinenya. Hebat.

Nampak macam dah hafal sangat dengan cadangan dalam buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.

Buku dulu pencuci kini pengurus masih mendapat sokongan yang baik daripada anda semua. Terimakasih kerana membeli nya. Semalam ada seorang pembaca yang memberitahu Masterji mula mula beli satu lepas baca beli sepuluh lagi untuk semua anak anak nya dan anak saudara yang sedang belajar di U. Kata nya buku ni " Gerenti keluar U dah tau teknik untuk bekerja dan melonjak dalam pekerjaan, terimakasih ya Rafi".

Ada juga yang membelikan untuk anak anak mereka yang terkandas dalam peperiksaan SPM atau terkeluar dari kolej dan sebagai nya. Kenapa? Rata ratanya memberikan pandangan buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS boleh memberikan kehidupan kedua!
Jutaan terima kasih pada mereka semua terimakasih ya.....

Thursday, July 26, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - 1500 NASKAH


Syukur alhamdulillah setakat hari ini, sebanyak 1,500 naskah Dulu Pencuci Kini Pengurus telah di edarkan oleh Karangkraf kepada peruncit-peruncit di sekitar negara kurang dari sebulan. Di fahamkan, permintaan dari peruncit-peruncit juga semakin menggalakkan! Hebat!
Masterji tidak pun nak berbangga tetapi sebagai seorang manusia yang pernah tercicir dalam kehidupan , pencapaian seperti ini Masterji sambut dengan linangan airmata terharu. Satu kenangan manis dalam kehidupan Masterji. Sesiapa yang pernah mengenali Masterji, rakan rakan kerja, rakan rakan sekolah pasti memahami apa yang Masterji maksudkan.


Kepada rakan rakan sekolah High School Klang, jutaan terimakasih Masterji ucapkan pada anda semua. Ya benar, buku yang anda beli tu buku kawan anda Mohd Rafi Jalaluddin, rakan yang sering kelihatan tidak ada daya saing, dipenuhi masalah dan sering berada dalam serba kekurangan.
Terima kasih Krangkraf, terimakasih rakan rakan ku dan terimakasih pada semua yang membeli !
Satu kenangan manis pada saya..........

Wednesday, July 25, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - TERIMA KASIH

Foto yang Masterji ambil dari MPH Bookstore Giant Seksyen 13, Shah Alam Selangor.

Masterji berpeluang melawat kedai buku MPH Bookstore cawangan Giant Seksyen 13 Shah Alam dan merasa sungguh terharu bila mendapati buku Dulu Pencuci Kini Pengurus di tempatkan di bahagian atas(seperti di dalam foto di atas).Ini merupakan penghormatan untuk segala usaha Masterji dan juga secara langsung inspirasi yang di cetuskan oleh orang-orang yang berada di sekeliling Masterji.
Semua kejayaan ini cukup memberikan semangat untuk Masterji menghasilkan buku yang kedua. Insyaallah, jika di berikanNya peluang dan ruang Masterji tetap akan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua pembaca.

Buat sementara waktu, buku ini masih lagi menjadi best seller's di cawangan MPH.

Masterji bukanlah mahu bermegah dengan kejayaan buku ini kerana dalam dunia perniagaan, ada pasang dan surutnya. Mungkin minggu ini buku sulung dari Masterji berada di tangga pertama, minggu depan belum tentu lagi di tangga pertama atau kedua.

Terima kasih kepada semua.

Tuesday, July 24, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - I HAVE A DREAM

Carta MPH Weekly Bestseller's dari MPH Bookstore SACC Mall, Shah Alam

"I have a dream..." ungkapan yang di ambil dari ucapan dari Marthin Luther King Jr. yang di sampaikan pada 28-Aug-1963 di Lincoln Memorial, Washing DC. Sehingga ke hari ini, ucapan ini amat popular sekali.
Masterji juga mempunya "dream" atau impian.
Impian Masterji untuk  menulis sebuah buku akhirnya tercapai. Dan impian kedua Masterji untuk cuba meletakkan buku ini di tangga teratas di dalam senarai buku terlaris juga akhirnya tercapai.
Hari ini(24-Julai-2012), buku Dulu Pencuci Kini Pengurus menduduki tangga pertama di carta jualan buku terlaris(best seller) di MPH Bookstore.

Kepada semua pembeli yang meyakini mutu dan kandungan buku ini, Masterji ucapkan jutaan terima kasih.
Sekarang, masa untuk membaca pula isi kandungannya dan mempraktikkan isi kandungan buku ini.

Kata pepatah Arab ;

 "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah"

Monday, July 23, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - IMPIAN YANG MENJADI REALITI

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakk

Ramadhan kali ini memberi Masterji satu seribu kerahmatan. Benar bagai di kata para alim ulama, bahawa Ramadhan mendatangkan keberkatan jika kita memahaminya secara mendalam dan beribadah dengan hati yang pasrah.
Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus juga di lancarkan menjelang Ramadhan. Ini sungguh bermakna buat Masterji.
Masterji suka untuk memetik tulisan dari blog Unit Umum Grup Buku Karangraf yang memperkatakan tentang buku Dulu Pencuci Kini Pengurus, ;
"Walaupun masih terlalu baru di pasaran, kekuatan buku ini nampaknya mampu menyaingi buku-buku lain yang ditulis oleh penulis-penulis yang lebih berpengalaman dan terkenal. Ternyata buku ini ada kelebihannya yang tidak ada pada buku lain."Pembaca semua boleh membaca secara edisi penuh komen tentang buku ini di laman blog Unit Umum Grup Buku Karangkraf.

Masterji amat berterima kasih kepada komen-komen yang di berikan. Sungguh Masterji tidak mengjangkakan buku ini akan mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Sebelum bermulanya penulisan buku ini, Masterji hanya andaikan ia sekadar impian, sekadar penyedap mimpi. Namun, setelah memikirkan pelbagai masalah dari pelbagai sudut, Masterji terus juga menulis kerana Masterji percaya, jika tidak di mulakan sekarang, bila lagi? Akhirnya, impian Masterji itu bertukar realiti.
Masterji ingin katakan, jika memikirkan sesuatu perkara, terus sahaja kita laksanakan.

Masterji juga telah menyerahkan senaskah buku Dulu Pencuci Kini Pengurus kepada Datuk Karam Singh Walia di pejabatnya iaitu di Sri Pentas Bandar Utama.
Datuk tersenyum suka sewaktu penyerahan buku ini. Masterji juga amat berterima kepada Datuk Karam Singh Walia kerana sudi menerima buku ini. Tanpa komen-komen awal dari Datuk, Masterji percaya buku ini tidak akan menjadi kenyataan. Walaupun Datuk memberikan komen yang ringkas, tetapi ianya cukup memberi kesan. Biar ringkas tetapi padat. Sama seperti buku ini juga, walaupun cuma 176 mukasurat tetapi ianya padat dengan panduan dan tips-tips berguna untuk pembaca semua.

Sekali lagi, terima kasih semua kerana memberi sokongan kepada Masterji.


"Impian tanpa tarikh sasaran ibarat mimpi yang tidak mungkin menjadi realiti."