Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Tuesday, October 29, 2013
Nasi Kandar Best Di Mid Valley
Mentor saya Encik Azaman telah membuka gerai nasi kandar di Mid Valley level 2.
Saya berikan laluan blog hari ini untuk beliau.
Secara keturunan, memang hali keluarganya pakar dalam dalam bidang perniagaan makanan.
Silakan kesana . Nikmati lah nasi kandar yang sungguh menyelerakan.
Encik Azaman, syabas. satu lagi kejayaan
Jangan lupa Qasis Food Court Level 2 gerai nasi kandar best!
Datanglah berami ramai. Jangan lupa password, katakan pada nya saya rakan Rafi masterji. mana lah tau kot kot ada diskaun.
Hahaha.
Monday, October 28, 2013
Mera Biwi Sains Teacher.
Salam pada para pembaca yang dihormati.
Hari ini nak cerita pasal Mera Biwi ( Isteri saya yang pakar sains).
Pening kepala saya . Hari hari dengar pasal Sains. Memandangkan sains bukan bidang saya maka dengan
mudah lah saya tidak dapat menjawap banyak soalan perihal Sains.
Beliau sudah menjadi Cikgu Sains dalam kehidupan saya. Bukan sahaja Sains malah Matemaik pun dia soal juga. Cuma yang mampu saya jawap Cikgu Sains dan Matematik saya dulu selelu demam tak masuk kelas jadi saya ada kurang sikit. ha ha haha ha.
Kalau bercerita pasal pengurusan saya selalu kata Art tapi dia kata Sains.Kalau waktu sedang memandu dan banyak pokok atau perkara perkara lain yang dia nampak di sekeliling maka sessi akan bertukar jadi sessi pembelajaran Sains.
Saya jawap " Management tak perlu fikir detail cuma hasilkan result, Orang Sains selalu fikirkan
details maka lambat lah jumpa result " dan sangkaan saya meleset .Ingat kan topik boleh jadi reda tetapi hujah hujah Sains terus bertambah.
Kami gelak bersama sama dan selepas beberapa mini timbul balik pembelajaran Sains.Volume lagu diradio dikurangkan agar pembelajaran Sains diteruskan. Aduhai .. Mana mana Biro pertolongan boleh bantu saya.
Katanya Sains ada dua; Sains hidup dan Sains mati. Rasa tersembul bijik mata dengar hujah nya.
Sains hidup berkaitan dengan orang; tugas seorang Doktor. Sains mati, adalah mesin, equipment ; tugas seorang engineer.
Emm no Bad . Bab ini aje yang saya senyap sikit nampak jelas. Tapi masih kata Management penting. ha ha ha
Sabtu lepas, isteri saya ajar lagi subjek Sains.Penutup botol yang ketat kalau dipanaskan boleh terbuka.
Dia panggil saya dengan keadaan tergesa gesa ingatkan ada apa apa yang terjadi rupanya time untuk belajar Sains.
Kami gembira tetapi pembelajaran Sains masih berterusan ha ha ha.
Anyway......Orang Management tak perlu tau Sains cuma perlu uruskan orang Sains memberikan result yang kami mahukan. ha ha ha.
Kalau dia baca bab ini maka hari ini subjek Sains saya bertambah lah jawapnya.
Apa pun dunia ini ada Sifu dimana mana yang pakar didalam bidang mereka makatiada ruginya kita belajar dari mereka. Apatah lagi dari Isteri kita. Mesti dia happy tengok statement ini.
Pada Cik Fame terima kasih dan syabas sekali lagi kerana pencapaian anda.
Dr Lap Top apa khabar.
Friday, October 25, 2013
Prinsip seorang Samurai.
Mudah sahaja;
Tiada jawapan " TIDAK BOLEH"
Setiap misi adalah " BOLEH".
Setiap pergerakan harus lah " LANCAR"
Setiap kali pulang bersama " HASIL"
Setiap proses mencapai misi haruslah " MEMIMPIN DIRI SENDIRI DAN BERFIKIRAN PEMIMPIN".
Setiap usaha harus " BEKERJA 3 KALI GANDA DARI GAJI YANG DITERIMA"
Mudah sahaja rupanya kod etika kerja mereka. Memang diakui kehebatan mereka ini.
Kalau diserapkan dalam budaya kerja di organizasi saya pasti organizasi berkenaan akan selamat sejahtera!
Pada Cik Fame tahniah kerana telah mendapat sijil kualiti ISO standard untuk T.S. Satu lagi bab kecemerlangan Puan Noor Jahan aka Fame di Higahsifuji.
Saya terima berita berkenaan semalam. Value Guide sebagai tenaga pengajar tumpang gembira .
Value Guide jua berjaya mencipta record baru untuk tahun ini dengan pencapaian syarikat Puan. Satu lagi syarikat yang kami berjaya pimpin ke hadapan!
Apapun ia datangnya dari kepimpinan Cik Fame dan rakan rakan disana yang cukup bagus.
Jangan letak kan full stop. Panjangkan milestone anda lagi!
Pada Dr Lap Top rakan saya, kalau datang ke KL tolong beritahu dan saya cuba cari
masa bertemu dengan Tuan. Kita akan berbual dengan mesra ya. Terima kasih kerana
sering memberikan sokongan.
Thursday, October 24, 2013
Mastura simbol Isteri yang hebat !
Pasti ramai yang sudah menonton filem Ahmad Albab. Mungkin banyak perkara yang boleh kita pelajari.
Saya tertarik pada watak Mastura yang dilakonkan oleh Allahyarhammah Saloma.
Mastura model seorang Isteri yang hebat.

Sewaktu yang lain terkinja kinja mencari sikaya, siberada, berkereta kuda ,
tetapi Mastura mencari lelaki yang kaya dengan maruah diri, kaya dengan kesempurnaan akhlak,
Walaupun Syawal seorang yang miskin tetapi Syawal manusia yang jujur dan bijak.
Sewaktu krisis, Mastura berdiri teguh dibelakang suaminya , yakin dengan suaminya dan kenal suaminya begitu mendalam.
Mastura sedar ada seuatu yang berbeza dalam diri Syawal. Sesuatu yang akan memberikan
kebahagiaan hakiki serta lelaki yang akan mengajar mereka yang lain agar tunduk pada kebaikan!
Hebat Mastura!

Sewaktu Syawal dibuang kerja, Syawal kehilangan tugas sebagai pengembala kambing,
Mastura tidak memaki hamun bekas majikan Syawal tetapi memberikan sinar baru, idea baru pada Suaminya.
Ohh sungguh manis detik itu.
Gandingan hidup yang cukup sempurna sebagai sepasang suami Isteri.
Suami yang sedang risau , tidak dapat berfikir dengan betul, diselamatkan sekelip mata oleh otak Isterinya.
Percaturan Mastura untuk mengahwini Syawal amat tepat! Syawal akhirnya membawa Mastura ke tahap yang terpuji
dan dihormati . Mereka juga bahagia setiap hari berbanding dengan adik beradik lain Mastura
Yang terpaksa menangis selalu sehingga kan duduk di Balai Polis kerana suami masing masing.
Malah adik beradik Mastura, terpaksa merayu pada Syawal untuk menjamin suami masing masing.
Mereka tewas didalam persaingan maruah diantara keluarga!
Tewas terduduk.!
Ketika yang lain diagungkan kerana emas berlian, gaya kemewahan , Mastura dan Syawal mencipta
jalan kejayaan ! Mastura bertindak bijak menjadi penceria pada Syawal dan pemberi idea untuk terus maju.
Walaupun posisinya adalah anak orang kaya, Mastura bahagia ditangan Syawal dan Ibu nya yang miskin.
Syawal berjaya kerana Isteri nya . Syawal juga tidak kurang hebat dalam mendidik mereka yang rendah moral nya.
Kadang kadang setiap jodoh itu ditemukan sama padan bukan semata mata dari kecantikan tetapi hati budi masing masing, moral masing masing sama.!
Kadang kadang jodoh pertemuan itu diaturkan agar kita bertemu dengan seorang Mastura ataupun Syawal!
Mastura yang sabar dan pandai mencipta kejayaan dan Syawal yang lurus, amanah, miskin harta dunia tetapi kaya dengan akhlak murni.
Malah menjadi hero dalam menunduk kan kuasa kuasa manusia angkuh, serta bongkak.
Cuma kadang kadang kita lebih kenal harta, gaya, cakap besar pasangan kita lebih dari
hati budi nya yang sebenar.
Tergelak juga dalam banyak babak. Kalau sudah bersalah tu tetap hidup dalam ketakutan.
Posto yang masuk kerumah disangka Polis datang menangkap lantas menyorok bawah katil.
Scene yang saya fikir memang benar wujud dimana mana hari ini. Risau tidak bertempat. Melihat aktiviti Polis didalam TV, hati kita yang gundah gulana.
Melihat tangkapan JAIS disana sini, hotel itu hotel ini, hati kita yang menyirap marah!
Melihat drama di TV , hati kita yang gelisah memarahi anak anak untuk segera agar tukarkan channel
kerana Drama tersebut seakan menyindir perbuatan kita.
Itu belum lagi babak kereta Polis singgah tanya alamat rumah lain, mungkin scene filem
Ahmad Albab , Posto posto akan berlaku.
Sebuah filem yang banyak pengajaran.
Tuesday, October 22, 2013
Terharu
Saya terharu dengan pemberian seorang insan pembeli buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Ini lah hadiah yang terbesar saya terima selepas menjadi Penulis.
Hadiah ini datang nya dari seorang insan di Johor. Diberikan secara mengejut dan dikirimkan pada Masterji.
Kenapa Johor sebab salah satu dari hadiah berkenaan ada tanda negeri Johor.
Dari seorang insan murni yang Masterji sendiri tidak kenali dengan tepat.
Katanya dalam sekeping kad ucapan yang comel;
"Semoga pena ini menjadi dorongon untuk En Rafi Masterji terus menulis dan menerbitkan
banyak buku2 motivasi yang boleh dikongsikan bersama, selamat maju jaya
dan luaskan penulisan"
2 batang pena yang dihadiahkan amat mahal harganya.
Dari segi harga sudah pasti mahal tetapi lebih mahal ialah budi pemberian nya.
Kepada insan yang memberikan hadiah ini, mungkin anda sedang membaca blog saya tika ini.
Saya ucapkan jutaan terimakasih dan saya harap dapat bertemu dengan anda.
Saya sememangnya terharu dan terperanjat dengan pemberian ini.
Terimakasih dari saya buat anda yang saya hormati . Teruskan sokongan anda
dan saya janjikan yang lebih terbaik untuk buku kedua.
Teringat Masterji pada pesanan Mummy sewaktu kecil dulu;
"Apit bila besar nanti biar orang sanjung pasal kebaikan bukan kekayaan,
ada beza dua perkara tu ya nak"
Tepat cakap Mummy. Apit faham sekarang Mummy.
Pada Cik Fame dan juga Dr Lap Top harap anda berdua sihat adanya.
Cik Fame jangan lupa up date pada kami di blog ini tentang idea idea inovatif ya.
Anda seorang guru ji dah sekarang.
Thursday, October 3, 2013
Bintang hebat Rosyam Noor !
Bestseller nampak nya watak Tai Long .Tahniah pada beliau.
Masih teringat dialog dalam filem KL Gangster 2 , dari Tai Long pada Dragon!
GUA ORDER LU FOLLOW!
Watak Tai Long yang dibawa oleh Rosyam Noor Aktor Rosyam Noor manusia yang berjaya menjenamakan dirinya dari seorang pelakon tambahan pada pelakon utama!
Manusia mendaki hieraki kejayaan dengan kesungguhan yang tinggi. Ada diantara kita yang memulakan tugas dengan nama jawatan yang sama sampai lah ke pencen!
Tiada perubahan!
Aktor Rosyam Noor anda hebat! Contoh simbol motivasi yang cemerlang.
Diri kita adalah satu sumber yang boleh kita jadikan cemerlang atau pun malap!
Buatlah pilihan yang tepat.
Syabas Tai Long!
Cik Fame dan Dr Lap Top harap sihat ya.
Cik Fame dengar khabar ada banyak improvement idea yang baru!
Never Quick ya!
Monday, September 30, 2013
Filem KL Gangster 2 Hebat!
Sebuah filem Malaysia yang terhebat tahun ini.
Saya berikan two thumbs up buat filem ini dan Skop Production! Filem ini boleh memberikan mesej pada Hollywood, We are on our way to beat you!
Pawagam penuh sesak dan berbagai kaum yang datang menonton. Masterji menontonnya minggu lepas dipawagam.
Kalau dilihat dari segi bird view, filem ini mengisahkan pertembungan antara beberapa organizasi yang mahu merebut pasaran.
Masing masing punyai CEO, dan samurai di dalam organizasi mereka. Masing masing mahu melebarkan profit margin . Jelas kelihatan elemen coaching, leadership, recruitment dan strategi untuk berdaya saing.
Cuma produk mereka adalah haram, gangster dan perkara perkara lain.
Sebuah filem yang bukan sahaja memaparkan isu gangster tetapi perjuangan seorang Ibu tunggal yang di tinggalkan oleh seorang suami yang tidak berguna .
Sebuah filem yang memberikan kita mesej bercampurlah dengan mereka yang boleh membina.
Sebuah filem yang memberikan kita mesej , apa pun status profession kita kalau silap percaturan
kita boleh menjadi mangsa Tai Long, Dragon, King. Manusia pembinasa.
Semua watak utama jelas kelihatan hidup. Pertembungan dua wira yang perkasa tetapi berlainan jiwa.
Tai Long yang kejam bersama mimik mukanya.Tahniah kepada Rosyam Noor kerana mampu membawakan apa saja watak yang diberikan.
Malik seorang yang bertimbang rasa dan kesayuan yang jelas pada mimik muka nya mencerminkan beliau tidak suka dengan apa yang dibuat.
Syabas adik Syamsul , Dato Yusoff Haslam dan skop production.
Friday, September 27, 2013
Larry King
Ramai yang mungkin mengenali beliau. Selalu kelihatan di CNN.
Komunikator yang hebat!
Nama sebenarnya ialah Lawrence Leibel Harvey Zeiger .
Di ubah oleh Pengurus Besar sebuah stesen radio , Marshall Simmonds kepada Larry King agar ia lebih mudah, cepat untuk diingati.
Nama berkenaan akhirnya meletup dan menjadi popular !
Salah sseorang Pengurus disitu telah mengambil beliau bekerja untuk tugas lain.
Apabila salah seorang announcer di Radio berhenti, peluang berkenaan telah diberikan pada beliau.
Dan beliau jadikan hari berkenaan sebagai hari untuk bertolak ke sebuah destinasi yang lebih cemerlang!
Manusia yang bijak menggunakan peluang dengan menghargai nya dan bukan dengan seribu satu alasan tidak boleh.
" Err leceh lah"
" Err tak da orang lain ke"
" Hissssh tak nak lah apa nie suka suka aje pilih orang suruh buat itu ini"
" Err saya tak boleh bercakap lah tak nak lah.."
" Hissh malu lah , tak nak lah"
" Err kalau tukar kerja, gaji naik tak, elaun tambah tak, itu ini tambah tak".
Semua itu tidak wujud didalm kamus hidup Larry King ketika diberikan peluang.
Dia jadikan sebuah peluang itu sebagai pembuka jalan untuk beridir sama dengan mereka mereka yang hebat!
"Mereka yang berjaya bebas daripada penjara kegagalan seterusnya mencipta kejayaan adalah mereka yang menyedari kunci
pembuka nya adalah diri mereka sendiri"
Rafi Masterji!
Thursday, September 26, 2013
Kuasa seorang Pengawal Keselamatan!
Baru baru ini kecoh tentang berita seorang pengawal keselamatan di kasari dan dimarahi oleh isteri kepada seorang pemain bolasepak negara..
Masterji cuma membacanya di akhbar.
Sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Jabatan Sumber Manusia , setahu Masterji perkara ini bukan baru dan selalu terjadi.
Masterji tidak mahu komen perkara yang terjadi pada Encik Azman Nayan, pengawal keselamatan tersebut tetapi untuk komen am bagi pengawal keselamatan yang lain.
Dulu sewaktu bekerja , ramai staff Masterji yang bertugas sebagai pengawal keselamatan akan dimarahi, ditengking sesuka hati, diherdik dan dikatakan jangan menunjuk pandai.
"Kau kerja Security, apa yang kau tau?"
"Kau belajar pun tak tinggi. Dapat kerja sebagai guard dah kira cukup elok lah tu."
"Jangan sibuk boleh? Kau jangan campuri urusan akulah!"
Itu antara contoh caci maki yang sering diterima oleh pengawal keselamatan di tempat Masterji bekerja dulu.
Jangan salah faham dengan nama jawatan berkenaan. Walaupun nama jawatan cuma sebagai Pengawal Keselamatan, tetapi mereka sebenarnya mempunyai bidang kuasa yang luas.
Pengawal Keselamatan boleh menegur sesiapa sahaja termasuk C.E.O syarikatnya sendiri.
Seorang Pengawal Keselamatan juga boleh menahan mana-mana pekerja yang disyaki terlibat di dalam apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang syarikat tanpa ada sekatan dari segi pangkat, berjawatan tinggi atau rendah.
Pengawal Keselamatan juga berhak untuk memeriksa kenderaan pekerja, beg pekerja, almari, meja dan laci pekerja pada bila-bila masa sahaja sekiranya di dapati ada sesuatu yang mencurigakan mengikut kuasa yang diperuntukkan dan melalui prosedur yang tertentu.
Apabila kita memasuki mana-mana premis syarikat pegawai pertama yang harus kita patuhi dan hormati ialah pengawal keselamatan. Mereka mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana individu dari memasuki presmis mereka sekiranya di dapati ada kecurigaan atau alasan yang tidak munasabah.
Di zaman Masterji dulu, tiada keistimewaan diberikan sama ada kereta yang masuk ke syarikat kami punyai
pelekat-pelekat tertentu ataupun pengaruh pengaruh tertentu. Malah kereta C.E.O kami pun akan diperiksa.
Secara ringkasnya, jika polis bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan orang awam, Pengawal Keselamatan pula bertanggungjawab menjaga premis dan kakitangan yang berada di dalam premis yang di amanahkan kepada mereka.
Apabila ada orang memasuki rumah kita harus lah menghormati tuan rumah
itu sahaja asasnya!
Friday, September 20, 2013
DJ Tra
Semalam bertemu dengan DJ mysuara.fm, DJ Tra.
Semalam diadakan acara temubual perihal buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS..di mysuara.fm.
DJ T'Ra lakukan persediaan yang cukup rapi sebelum menebual Masterji.
Beliau mempelajari dahulu buku berkenaan dan berjaya mengupas perkara perkara yang penting.
Beliau mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat, dan Masterji fikir beliau boleh bergerak jauh kehadapan.
Masterji cadangkan DJ T' Ra jadi yang terbaik di Malaysia.
Beliau punyai pandangan yang jelas dalam penetapan kerjaya nya.
" Bukan berapa banyak kebolehan tapi fokus pada satu jua boleh berikan kejayaan".
Sama dengan apa yang Masterji selalu ajarkan dan tuliskan didalam buku.
Syabas T'Ra, anda bakal jadi manusia terkenal. Tetap kan tiang gol anda dan anda akan terbang tinggi.
Tiada yang bermula cemerlang kecuali mereka yang bermula untuk menjadi cemerlang!
Terimakasih pada Cik T' Ra dan juga semua kakitangan mysuara.fm yang cukup peramah dan tinggi nilai customer servicenya.
Jua pada saudara Fathi dan grup RJ dari Karang Kraf.
Friday, September 13, 2013
Six Million Dollar Man.
Gambar diatas pasti mengingatkan anda tentang Steve Austin, watak Bionic Man yang dbawa oleh Lee Majors.
Idea asal dari buku Cyborg yang ditulis oleh Martin Caidin.
1974 sehingga tahun 1978 kisah ini cukup popular. Disusuli kemudian oleh Cyborg wanita, Bionic Woman .
Mungkin ramai yang masih ingat wajah ayu Jaime Sommers dilakonkan oleh Lindsay Wagner ketika itu.
Ketika zaman itu, program Six Million Dollar Man ini adalah produk jauh kehadapan; Blue Ocean Strategy.
Memaparkan manusia yang punyai elemen kuasa Bionic dalam diri nya.
Mata, tubuh, larian dan kekuatan Bionic.
Menjadi program no 1 dan paling diminati. Watak Steve Austin menjadi icon, ikutan pada zaman kanak kanak ketika itu.
Apa sahaja filem lain yang dilakonkan oleh Lee Majors ketika itu pasti namanya tetap dipanggil Six Million Dollar Man. Identiti yang kekal bersamanya.
Idea yang innovatif ketika itu.Selepas itu banyak filem Cyborg yang dihasilkan sehingga hari ini.
Mungkin Six Millikon Dollar Man masih kuat di hati bagi setengah setengan penonton.
Ingat Inovatif ingat strategi lautan biru!
Indah dan manis kenangan ketika itu.
Wednesday, September 11, 2013
Bapa yang terpuji, Datuk Yusof Haslam, KL Gangster 2
Filem KL Gangster 2 ditimpa masalah sebelum ditayang kan.
Menyedihkan. Kita jua akan akan merasa tertekan andai kata kita berada di tempat Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof .
Ia tidak sepatutnya terjadi. Mencuri hasil pendapatan orang lain yang bukan hak kita.
Suratkhabar mengatakan Syamsul Yusof berada didalam keadaan yang tidak keruan dan emosi nya terganggu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Dugaan yang besar dan berat buat mereka.
Kalau dilihat dari satu sudut yang lain, sudah pasti nya filem ini adalah sebuah karya yang terhebat maka ia menarik perhatian mereka yang
menjadikan nya bahan curi.
Setiap dugaan membawa tanda hikmah yang kita manusia biasa tidak ketahui. Bersabarlah.
Setiap kesalahan jua akan dibalas sewajarnya yang dimana kita manusia biasa jua tidak tahu bagaimana dan bila ia akan berlaku. Tetapi ia tetap akan berlaku.
Masterji membaca akhbar hari ini.
Kes bunuh manusia kerana haiwan, Cicak Tokek dan;
kisah Datuk Yusof bersama isu filem KL Gangster 2.
Masterji berikan pujian pada Datuk Yusof.
Ciri ciri kebapaan dan kepimpinan yang hebat.
Filem nya dicuri, anak nya tertekan tetapi beliau masih cekal, sabar, berani kesana kesini untuk bertindak .
Beliau tidak putus asa.
Berusaha keras membimbing anak nya keluar dari kemelut ini dan masa yang sama mencari pesalah yang sebenarnya.
Bapa yang terpuji.
Masih kuat, mampu kedepan, kesana kesini memperbaiki keadaan.
Sebagai Bapa, Masterji juga belajar dengan sikap kepimpinan seorang Bapa seperti Datuk Yusof Haslam.
Leadership starts from family , in the home.
Syabas Datuk.
Pada adik Syamsul Yusof,
Jangan lah berpatah hati.
Walaupun anda seorang anak muda , anda ada bakat yang hebat.
Anda ada idea yang bagus. Anda telah memberikan sesuatu kelainan dalam industri perfileman Malaysia.
Kalau dulu kita asyik mengagungkan filem filem Gangster dari Barat dan lain lain tetapi kini anda serta Bapa anda berjaya mengubahkan persepsi berkenaan.
Anda adalah kilang penyelidikan dan pembangunan, sumber idea maka sudah pasti nya anda dapat menghasilkan lebih banyak filem filem lain.
Mereka tidak boleh mencuri otak anda.
Kita harus ada pelapis pengarah muda yang berbakat seperti anda untuk masa depan,
Ketika ini, lakukan lah apa yang kita boleh buat. Cari punca dan perbaiki lah ia.
Kita tidak boleh jatuh terus terusan.
Bangun kembali dengan LEDAKAN YANG LEBIH HEBAT!
CARI SAMPAI DAPAT ROOT CAUSE NYA!
Ayuh kembali dan ada ramai diluar sana yang akan berikan anda sokongan dan kerjasama yang bagus.
Datuk Yusof Haslam,
Anda hebat!
Tuesday, September 10, 2013
Heart Break Kid
Wajah dan orang nya pernah mengegarkan dunia gusti (wrestling tahun 90 an) .
Ketika itu dia membawa kebudayaan dan cara baru kealam berkenaan.
Beliau diberikan gelaran Heart Break Kid(HBK)
Menjadi pengusti y
untuk menjadi peminat gusti dan penonton distadium bertambah!
Beliau bukan sekadar hebat di gelangang gusti malah menjadi pujaan ramai peminat.
Beliau tidak punyai susuk tubuh yang beroto amat, teapi masih gagah untuk menjadi juara!
Menjadi juara WWF sebanyak 3 kali sepanjang karier nya dan kini sudah bersara akibat kecederaan dibahagian belakang!
Dilahirkan pada tahun 1965, 22 July anak kepada seoang askar.
Beliau tidak menjadi pengusti kerana kebetulan tetapi memang telah memasang tiang gol untuk menjadi
pengusti profesional sejak berumur 12 tahun!
Dia berjaya mencapai impian nya!
Berjaya membawa cetusan perubahan dengan gaya yang lebih keremajaan ketika zaman kemunculan nya.
Dia berjaya dengan tiang gol nya!
Salah seorang legenda terhebat di WWF selain daripada mereka yang lain seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Stone Cold, dan The Rock.
Saya masih ingat dengan jelas lagu tema background music Shawn tiap kali apabila giliran nya sampai untuk bertarung;
"I think i'm cute,
I know I'm sexy.
I got the looks,...,
I got the moves..." .
Saya bukan menyarankan anda menjadi pengusti tetapi pasang lah tiang gol dari awal agar kita tahu dimana harus bermula sekiranya kita tahu dimana mahu berakhir!
Ramai yang mungkin masih ingat dengan Shawn.
Ingat Shawn ingat lah ...umur 12 tahun sudah tiang gol!
Kadang ada diantara kita yang sibuk dengan pelbagai jenis perkara , semua terrer tetapi satupun yang tidak digenggam dengan betul dan berjaya!
Tahu kenapa kadang-kadang ada orang yang bekerja begitu lama tetapi masih tidak berubah pangkatnya?
Ini kerana mereka tidak mempunyai tiang gol yang jelas.
Cik Fame dan Dr Lap Top apa khabar?
Harap anda sihat selalu ya.
Tempoh har berbual dengan Cik Fame Puan Noor Jahan, beliau masih hebat dengan banyak tiang gol untuk menjayakan syarikat nya!
Thursday, September 5, 2013
Dulu Pencuci Kini Pengurus - Komen dari Cikgu Kamil
Komen ini datangnya dari Cikgu Kamil, penulis buku Rahsia Menjadi Genius.
"Salam Encik Rafi, terima kasih hadiahkan buku. Saya sedang membaca. Setakat ini apa yang boleh saya saya komen ialah ianya 'world class' in term of content and writing.
Baca buku tuan ada rasa macam baca buku Brian Tracy."
Terima kasih Cikgu Kamil. Masterji juga sedang membaca buku Rahsia Menjadi Genius dan mendapati ianya amat menarik.
"Salam Encik Rafi, terima kasih hadiahkan buku. Saya sedang membaca. Setakat ini apa yang boleh saya saya komen ialah ianya 'world class' in term of content and writing.
Baca buku tuan ada rasa macam baca buku Brian Tracy."
Terima kasih Cikgu Kamil. Masterji juga sedang membaca buku Rahsia Menjadi Genius dan mendapati ianya amat menarik.
Tuesday, September 3, 2013
Two thumbs up for Tanda Putera!
Filem yang harus ditonton.
Bukan dari segi perkauman tetapi kerana;
Tokoh pemimpin yang hebat!
Tokoh lelaki yang amat berkualiti dan disegani!
Tokoh pemimpin yang mendahulukan kerjaya, negara, misi lebih dari penyakit berat sendiri!
Malu rasanya Masterji.
Kadang demam sedikit, selsema sedikit, kita sudah meraung raung, mc lah, rehat lah, macam macam lagi.
Tidak pada Tokoh Hebat Tun Abdul Razak.
Syabas pada Datin Suhaimi Baba!
Berjaya menjadikan bahan bacaan keperwiraan Negara, kisah politik, Pemimpin menjadi visual yang mudah difahami!
Diharapkan lebih ramai Tokoh yang kisah kehebatan mereka di filemkan.
Malaysia perlukan lebih banyak filem seperti ini agar bukan sahaja generasi sekarang mengenali pengorbanan seorang pemimpin malah saya sendiri turut belajar!
Rasa taat, kasih dan berjuang untuk negara akan wujud!
Amat cemerlang filem ini.
Filem yang berjaya membuatkan banyak keluarga mengeluarkan airmata ketika menonton!
Filem yang diberikan tepukan gemuruh sejurus tamat dipawagam.
Terperanjat Masterji sampai begitu sekali respon penonton!
Memang sebak dada dan banyak boleh dipelajari.
Masterji benar benar tertarik dengan kualiti lelaki dan kepimpinan Tun Razak .
Juga Masterji tertarik dengan keperwiraan Kulasingam. Polis yang jujur , ditembak lebih kurang lapan belas das tetapi masih selamat!
Orang jujur, baik, amanah, tidak menganiaya orang lain akan terus selamat cuma perjalanan hidupnya banyak cabaran!
Tetapi mereka lah Hero sejati! Rock Star!
Banyak yang Masterji belajar dari filem ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















