A Better Tommorow , filem yang popularkan Chow Yun Fatt. Watak Mark yang dibawakan hebat. Titisan darah dan airmata yang bukan sedikit.
Bila Kekasih, Mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap takbir
Tiada terbatas dengan kata kata,
Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima, setelah sekian lama,
Menghamba hidup pada duniaaaa.....
Seribu tahun tak kan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
kerana kasih ku sanggup korban kan jasad dan nyawa,....,
Ketika itu , tahun 1994, album baru Jamal Abdillah meletup. Di Penghujung Rindu. Zack, masih hidup malah makin lunak suaranya. Saya yang sememangnya minat pada Jamal dan lagu itu. Zack terus berjuang.
Junior telah di lahirkan pada tahun yang sama. Anak lelaki yang pertama. Dagunya sama . Punyai lekuk yang dalam. Gembira bukan kepalang. "Emm, dah ada anak sekarang". Bisik hati ini. Mohd Syafiq nama di beri, kemudian arwah atuknya memanggilnya Serpico. Arwah atuknya seorang anggota polis dan minat pada legenda Frank Serpico. Frank Serpico adalah anggota polis yang kebal kerana sikap yang jujur. Tapi saya memanggilnya Junior.
Dah tambah tanggunjawab. Dari berdua jadi bertiga. Esok lusa berempat dan sebagainya. Periuk nasi harus di besarkan. Impian menjadi Manager tak pernah padam.
"Walaupun awak masuk ke sini tanpa kelulusan, tapi kalau awak rajin, baik maka awak juga boleh jadi Manager walaupun hari ini awak semua hanya sebagai mesin operator". Pak Zol memberikan semangat pada semua pekerja baru termasuk saya beberapa tahun sebelum itu.
"Impian penting , tapi perlu ada strategy". Bisik saya dalam hati. Air teh tarik dan roti bakar habis di makan. Di kantin hospital, melawat Junior yang baru dilahirkan.
Berjalan kaki keluar dari kawasan hospital untuk merokok.
"Mungkin kata Encik Ramly betul", hati terperasan dan teringat sesuatu. Teringat pada perbualan dengan Encik Ramly Mat Zin. Encik Ramly Mat Zin adalah Executive Director dan kami bekerja di bawah satu bumbung. Syarikat Multinasional Jepun. Saya seorang Clerk dan function saya mengajar budak budak baru ketika itu.
Encik Ramly seorang yang berpendidikan tinggi dan satu-satunya pegawai yang ketika itu ada kelulusan MBA.
Dia belajar di Jepun. Orangnya kuat membaca. Kadang kadang bila ada in house training untuk penyelia, beliau akan di jemput untuk mengajar dan saya adalah training cordinator untuk menguruskan nya. Cara beliau mengajar cantik dan berkesan.
Case study dari Havard Business Review ataupun dari buku buku pengurusan berkualiti tinggi akan di gunakan oleh beliau. Menerusi beliaulah saya kenal Business School Havard, Peter F. Drucker, Kenichi Ohme, Tom Peters, William J. Ouchi, dan beberapa buku yang cemerlang ketika itu termasuklah In Search of Excellence, Build to Last , Mc'Kinsey 7S model dan Machine That Change The World dari P. Wommack. Kalau tidak saya tak kenal semua tu. Dengan penyelia saya Pak Zol, saya belajar bagaimana nak bercakap tapi dengan Encik Ramly saya banyak belajar tentang perihal buku. Tak kan saya lupa.
Terlopong mulut saya bila dengar dia bercerita dalam sessi latihan dan bila berjumpa dengan dia untuk mendapatkan tanda tangan atau nasihat dalam hal kerja sehari harian.
Beliau sering mendesak saya untuk banyak membaca dan perbaiki taraf hidup dengan lebih baik. Loghat utaranya cukup dalam.
" Fi, hang nie kerja mengajar, satu minggu baca berapa banyak buku?" Tanya beliau.
" Kadang baca buku novel dan surat khabar aje Encik Ramly dan apa apa manual dari syarikat."
"Lagu tu pulak". "Lagu mana nie hang jadi tok guru"?, "Tok Guru kena baca banyak buku baru boleh ajaq orang, kurang kurang satu program hang nak ngajaq , hang kena baca dua ke tiga buku sebelum tu, barulah di kata kan knowledge input". Kata Encik Ramly pada saya.
"Peter Drucker , hang kenal tak?" Encik Ramly.
"Tak kenal Encik Ramly".
"Saya suka tengok hang Rafi, hang kerja baguih dan rajin tapi hang kena baca banyak sikit, Rafi". Beliau pusing ke kabinet di belakang beliau dan mengambil satu buku yang tersusun dari pada puluhan buku di situ.
"Puh, banyaknya buku Encik Ramly nie". kata hati saya.
" Hang ada tengok Mickey Mouse tak"? Soalnya pada saya.
"Ada Encik Ramly".
"Hah , baguih, nie hang ambik buku nie, pinjam dan baca , lah nie saya bagi hang dua minggu untuk habiskan, pas tu nanti, Rafi datang jumpa saya , dan cerita kat saya apa ada dalam buku ini.". Arahannya sambil tersenyum.
"Hang tak mai kat saya, maksud nya Rafi nie orang melayu yang dah tak nak pi jauh lagi dah", sambung Encik Ramly lagi.
Saya tengok buku tu, tajuknya; Tom Peters, In Search Of Excellence. Saya ucapkan terima kasih dan janji akan baca tapi dalam hati "aduhai, tebal buku ini". "Nak summarize macam mana nie" pening saya.
Belum habis beban tu masuk lagi satu babak dari Encik Ramly.
"Rafi, hang muda lagi, hang kerja kuat tapi hang tak ada kelulusan. Kat sini mungkin kalau rekod hang baguih boleh lah naik, tapi ambik masa lama sikitlah".
"Nanti ada orang dapat anak dah jadi Manager tapi hang esok dapat cucu baru dapat jadi Manager, setahun dua pas tu pencen, tak best lagu tu Rafi"
"Lagi pun hang kerja mengajar, nanti depa dok kata, mana boleh belajar dari Tok Guru yang tak ada paper" ( Paper bermaksud qualification ).
" Hidup mesti ada impian dan pull stop.Hang taukan, hidup macam tulisan mesti ada Pull Stop" " Jangan terus aje tulis tak ada pull stop."
"Hang pi ambik paper, pi sambung belajar, tak usah nak habiskan masa enjoy sana, enjoy sini. Baik pi kelas hujung minggu dari hang pi karaoke atau disco kah atau hang duduk duduk sembang kosong kat kedai mamak"
"Saya mahu Rafi, pi belajar dan kalu boleh sampai PHD, potong saya, sebelum saya bersara".
"Tak ada undang undang dunia , syarikat atau pun keagamaan yang mengatakan , kalau hang kerja operator kah, clerk kah , hang tak boleh dapat PHD".
Berdetap detup otak dan fikiran di tinju oleh Encik Ramly.
Saya tersenyum dan ucapkan terima kasih pada beliau dan berlalu.
"Aduhai banyak nya request dan advise" saya mengomel.
Hari hari kemudian, bila berselisih atau bertemu, soalan sambung belajar pasti keluar dari Encik Ramly. "Bila Lagi?"
Minat saya pada buku bertambah meningkat. Terutama buku buku pengurusan. Selalu bertukar buku dengan Encik Ramly dan selalu juga memberitahu Encik Ramly buku baru yang berada di pasaran. Selalu menghabiskan masa di hujung minggu di kedai kedai buku. Isteri dan Mummy boleh pi shopping dengan syarat shopping centre itu mesti ada kedai buku.
Sebulan target saya dua buku. Satu yang berkaitan dengan pengurusan, leadership dan satu lagi novel.
Dan sekarang, saya di persimpangan. Junior telah hadir di dalam hidup. Tanggungan makin tambah. Hidup harus berubah. Mungkin juga kata Encik Ramly betul. Kena sambung ambil paper. Tidak akan berubah nasib satu satu kaum itu kecuali mereka sendiri bergerak untuk mengubahkannya. Jelas!. Ok jadi siap. Tekad baru. Misi baru. Impian akan lebih cepat tercapai. Kena ada paper. "Alamak duit yuran bagaimana"? Terlupa pulak. Tak pa , pinjam atau bayar secara ansuran.
Saya kena start semula. Dari certificate sampailah ke PHD. Jauh tu perjalanannya. Banyak wang yang di perlukan. Banyak masa harus di korbankan. Banyak air mata kasih yang akan tumpah kerana dah lah hari kerja sibuk , hujung minggu akan lebih sibuk. Tak boleh nak enjoy dengan family. Tak banyak masa yang akan ada untuk mendengar hilai tawa dan sedih tangis Junior. Junior akan membesar tanpa kehadiran saya sepenuh masa. Susah nak senang, senang nak susah. Tapi demi sekeping kertas yang bermaruah saya harus berkorban kalau tidak hidup tiada pull stop.
Kehidupan sebagai pelajar bermula. Terimbas di fikiran sewaktu di sekolah dulu. Dulu nak belajar, hidup perit, sekarang pun sama tetapi dah kerja mungkin boleh kali ini. Mula beli bag, mula beli note pad, mula beli kotak pensil, mula hafal jalan nak ke tempat belajar. Naik "kapcai", dah pakai kereta tapi kereta buruk masa tu. Tahap clerk, buatlah cara hidup clerk.
Hari Sabtu dan hari Ahad sudah sibuk. Bermulalah alam group study, assignment, case presentation, journal study, tesis dan macam macam lagi selain daripada kelas pengajian.
Hati gembira tetapi tetap sayu melihat family di tinggalkan. Junior membesar.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. 1994 sampai tahun 2003. Complete! Certificate sampai Masters. Syukur. Demi sekeping kertas yang bermaruah!.
Encik Ramly sempat melihat kelulusan Master saya sebelum beliau bersara. Ketika itu nama beliau ialah Dr Haji Ramly Mat Zin. Beliau berjaya sampai ke PHD. Penasihat yang membuktikan nasihat juga untuk dirinya.
Dr Ramly Mat Zin akhirnya tertawa dan mengucapkan syabas. " I know you can do it".
Hari ini apabila saya mengajar subject motivasi dan telah berjumpa dengan ramai orang , saya akan berkata anda bisa berubah! Dari seorang mesin operator ke pada sekeping kertas yang bermaruah.
May not be a perfect tommorow but A Better Tommorow!
Pn Noor Jahan, hari ini saya menjawap pertanyaan Pn satu ketika dulu dalam entri saya. "Nak tahu bila Masterji belajar". Juga ucap kan terimakasih pada sharing yang baik dalam entri baru baru ini. Camera Woman. Sama kita ya. Beruntung kan, dapat jumpa orang penting.
Kepada The One, lama dah tak dengar cerita. Terimakasih pada komen komen yang di berikan dalam beberapa entri. Komen sudah makin padu dan smart. Ya Masterji bukan sahaja mengajar 5S, di Manufacturing, ladang malah sudah sampai ke Pejabat pejabat awam. The One tanya bila nak pakai lagu Perfect Stranger pulak? Ha ha ha. Lagu tu sebenar nya di jadikan dari sebuah kisah benar . Un told stories of crime...."Can you remember, remember my name....., I am the Encho of your past.....". Ok entri lain nanti ya.
Pada Cik Sonia, ha ha ha. Saya terhibur membaca komen anda pada entri Camera man. Satu Nostalgia ya. Macam orang putih? Mungkin masa tu putih. Rupa nya curi tengok ya. Sebenar nya Masterji pun risau juga sebab baru belajar alam corporate sedikit demi sedikit. Maklum lah Masterji tak berpendidikan tinggi masa tu, macam Rusa masuk kampung lah jawap nya. Apa pun Masterji gembira dapat berjumpa dengan anda ketika itu dan sekarang. Kalau macam orang putih, ada chance lah Masterji apply untuk filem Bond yang akan datang nanti ya... he he he.
Masterji juga ucap kan selamat datang pada Pn Nazima sebagai pengikut blog. Anda berjaya sebagai ahli jawatan kuasa PIBG sekolah seksyen 7 Shah Alam. Saya dapat melihat gambar gambar aktiviti PIBG di Sekolah berkenaan dalam blog anda. Syabas.
Cik Fame kita semakin busy nak buat presentation items untuk ke Japan. Jangan lupa kami disini ya.
"Seribu tahun tak kan sama,
Sesaat bersatu dalam nyata,
.............................................,
May not be a Perfect Tommorow but for sure, A Better Tommorow.
1 comment:
Salam Masterji....akhirnya saya dapat baca citer sambungan Masterji setelah sekian lama ditunggu. Ia memberi semangat kepada saya.
Memang saya sedang sibuk sangat tapi bukan presentation sahaja tapi mcm2 termasuk Domestic Inquiry, dll. Anyway, doakan kejayaan saya ye.
Post a Comment