Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, October 27, 2010

Q & A

ajuk : Q and A.

Salam pada semua pembaca dan peminat. Terimakasih untuk semua komen yang di berikan. Cik Fame kita Pn. Noor Jahan mungkin sedang buat presentation.

Terimakasih Cik Rose dari KWSP untuk komen anda. Kita pasti berjumpa lagi.

Banyak komen sms yang saya dapat untuk entri Mission Impossible. Terimakasih ya.

Hari ini , babak Q/A .
Ada beberapa soalan yang di tujukan pada saya untuk berikan pandangan. Ada yang menerusi telefon dan sms. Maka saya kongsi kan bersama dengan yang lain:

Issue 1: Dilemma Pegawai Lurus Bendul.
Q :
Bos, saya seorang Executive di bahagian admin. Berpendirian tegas dan menjalan kan kerja dengan jujur dan mengikut prosedur. Masalah nya ialah, ia telah menimbulkan rasa marah, dengki daripada rakan setugas serta senior dan pelbagai rintangan serta cacian yang telah di lempar kan. Adakah saya patut meletak kan jawatan atau terus menjadi objek serangan rakan rakan kerja? Tolong Sir.

A:
Terimakasih kerana bertanya. Mahal sebenar nya isu ini. Pertama sekali jangan ubah prinsip saudara sekarang. Terus kan jujur , tegas dan mengikut prosedur. Tidak perlu risau. Mana mana bangsa, ibu bapa, isteri juga memerlukan kualiti seperti yang anda ada. Jadi jangan tengok satu pihak sahaja. Mungkin yang merisaukan saudara ialah mereka itu di tempat kerja dan akan berjumpa setiap hari. Niat datang nak bekerja tetapi timbul rasa takut, benci dan risau kepada keadaan attacking games di tempat kerja. Ini masalah biasa. Kalau saudara berhenti dan ketempat lain kemungkinan besar tetap melalui benda yang sama. Sebenar nya tabiat saudara ini adalah kuasa. Saudara sebenar nya kebal. Tiada dapat di musnahkan dengan mudah. Tiada access yang mudah untuk mereka nak jatuh kan saudara. Tiada vendor atau pembekal yang sudi bersubahat dengan mereka untuk menjatuh kan saudara walaupun regime berkenaan cuba bergabung dengan pihak pembekal atau pun supplier. itu dari segi imej bersih.Mungkin juga saudara ini jujur dalam menepati masa kerja menyebabkan saudara jadi target. Ketepatan masa saudara membuat kan regime itu di bawah spotlight serta merta. Mereka tahu anda benar dan itu menyusah kan mereka maka anda lah harus berubah mengikuti mereka dan bukan mereka yang berubah! Untuk melampiaskan rasa sakit hati, dendam atau memberikan sedikit pengajaran pada saudara maka bermacam macam lah yang akan di lakukan secara berkumpulan. Memang mempunyai tabiat berkenaan harus melalui semua cabaran dan risiko seperti ini. Mungkin saudara boleh lihat semula entri saya yang berkaitan Whistle Blower Frank Serpico. Di perangkap oleh rakan sekerja sehingga beliau cedera. Memang sakit tetapi seperti yang saya kata, being honest is a very powerfull tool. Beliau kemudian di angkat dan di julang menjadi anggota polis yang beretika dan kini menjadi pensyarah kepada Pusat latihan Polis. Tetap survive dan hidup dengan penuh gemilang. Mungkin lambat untuk orang menyedari nya tetapi adalah lebih baik di hormati dhujung jalan daripada sesat di hujung jalan. Apa pun saudara harus juga menjaga perkara perkara lain seperti, attendance, jangan ada salah penggunaan komputer syarikat dengan menerima, mengedar e mail yang tiada kaitan kerja ataupun ke laman web yang tiada kaitan kerja atau pun apa apa yang berkaitan dengan skandal di tempat kerja kerana semua itu adalah pintu bagi regime ini masuk dan memusnahkan kekebalan saudara. Dan mungkin walaupun satu hari nanti anda ada perselisihan faham dengan bos anda, jangan lah merajuk dan bertukar arah. Jangan sekali kali berfikiran " Eleh, buat baik pun kena maki, depa yang tak buat kerja tak jadi apa pun so aku kena lah ikut macam depa". Jangan!. Dugaan akan datang dan pergi tetapi prinsip tetap prinsip. Harap saudara dapat menenag kan fikiran dan kembali gagah ke tempat kerja.


Issue 2 : Dah sepuluh tahun buat 5S tapi tak jalan.
Q:
Masterji, saya bekas student u, sewaktu belajar HRM . Saya terbaca dalam blog Masterji tentang 5S dan yang terbaru semalam di Johor. Nampak mudah tetapi tempat kerja kami dah cuba buat beberapa kali namun tetap mengalami masalah mati di tengah jalan. Dlm masa sepuluh tahun kami dah melancarkan banyak kali aktiviti 5S. Bagaimana kah cara yang lebih berkesan. Hrp Bantu. Tqvm.

A:
Terimakasih kerana bertanya. Ya saya masih ingat lagi saudari. Lama tak berjumpa ya. Masterji cuba tolong ya.
1. Mesti ada carta organizasi. Tubuhkan team yang mempunyai kuasa terdiri daripada kalangan Ketua Jabatan.
Pengerusi juga harus punyai ciri ciri kepimpinan yang cemerlang.
2. Bahagi kan kepada Zone dan pilih ketua Zone. Selalu nya gagal kerana tiada garis panduan.
3. Berikan latihan yang intensif kepada comittee dan ketua zone.
4. Latih semua pekerja di dalam syarikat perihal 5S tanpa ada yang tertinggal termasuk pondok Jaga atau pengawal keselamatan.
5. Buat satu sample zone yang hebat supaya boleh jadi contoh bagi yang lain. Cut and Paste dulu. kemudian baru lah continuously touch up.
6. Laksana kan satu persatu dan bukan serentak semua nya.
7. Panggil Masterji datang, ha ha ha. Saya fikir 6 langkah diatas boleh membuatkan aktiviti anda breakthrough kali ini.

Di lain masa Masterji akan berkongsi soalan soalan lain. Terimakasih pada yang sudi merujuk dan kepada yang lain mungkin ia dapat membantu kita bersama.

No comments: