Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, October 17, 2010

Tommorow Never Dies 3: No one like you.


"Tidak ku minta cacat begini , ... Ku menumpang di sudut dunia,
No one like you ? Yes. Akhbar metro melapurkan sesuatu dan seseorang yang hebat!

Lelaki OKU di pilih juara program bakat TV di China.

Shanghai, Liu Wei seorang lelaki yang berumur 23 tahun telah memenangi program bakat TV antarabangsa versi China "China's Got Talent" dengan keadaan yang unik!.

Liu main piano tanpa tangan. Hanya gunakan kaki sahaja. Beliau kehilangan kedua belah tangan nya ketika berumur 10 tahun kerana memegang wayar bervoltan tinggi ketika bermain.

Beliau bermain piano menerusi lagu James Blunt, You're Beautiful ketika pertandingan.

Kata nya " Sekurang kurang nya saya mempunyai sepasang kaki yang sempurna ". Menyedari kesilapan dan ke alpaan nya ketika kecil sehingga kehilangan tangan, beliau bertanggung jawap atas kesilapan itu dan meneruskan survival dengan apa yang ada tanpa menyusah kan sesiapa. Tidak meratap sepenuh masa dan terus buntu tanpa tahu apa yang perlu di lakukan.

Beliau mengakses computer, makan, memakai pakaian dan memberus gigi menggunakan kaki.

Guru pertama yang mengajar nya bermain piano tidak meneruskan kelas kerana beranggapan mustahil untuk Liu bermain Piano gunakan kaki.

Tetapi Liu telah buktikan sebalik nya. Syabas Liu. Kalau Liu boleh maju tanpa kedua belah tangan kenapa tidak kita yang lengkap ini?

Cik Fame kita apa khabar ya? Lama tak jumpa. Harap sihat ya Pn Noorjahan.
Encik Azaman dan lain lain juga di harap kan sihat ya.

Semalam Masterji jumpa kawan lama. Lama kami berbual dan ketawa. Dia minat pada Jack Sparrow. orang nya rendah. Kami bergurau, saya panggil dia Jack Separuh dan dia panggil saya Jamal Tinggilah memandang kan dia tahu saya meminati Jamal Abdillah. Memang pun ramai rakan rakan yang lain memanggil nya Jack Separuh. Ada juga yang memanggil nya Abdul Wahid salah satu Abdul dalam cerita 3 Abdul. Ada iras Abdul Wahid.

Jack Separuh bergurau, kalau dia dan saya melakukan pembedahan di perut, dia akan lebih cepat di selamatkan kerana perut nya lebih tinggi dan besar manakala saya akan akan susah di selamatkan sebab saiz perut saya yang leper dan tidak mancho seperti dia.

Kami ketawa dan Masterji rasa terhibur selepas penat bekerja.

Jack Separuh benar benar melucukan. Terima kasih, kepada Jack Separuh, you are The Best Joker my friend.

1 comment:

Noor Jahan said...

Tu la yer.....yg kurang sempurna cuba sedaya upaya bersaing utk jadi insan yg berguna. Tapi ramai di luar sana yang sempurna tp tidak menghargai kesempurnaan yg ada.....& tidak menggunakannya ke arah kebaikan!!

Yelah Masterji....lama kita tak jumpa ye. Bila agaknya nak melawat tempat saya. Saya pun sibuk bangat ni. Customer audit, ISO audit, 5S audit, Safety audit, Mgmt audit....mcm2 audit!!! Biasalah tu namapun kerja....presentation 90% OK. InsyaAllah saya cuba melaksanakannya dgn baik.