Terimakasih pada Pn Noor Jahan dan Sonia perihal comment entri Psycho.Menarik ya , pemandu lori boleh jadi communicator yang popular. Salah satu sebab nya adalah kerana pergaulan kita. Kalau Masterji kenal dia mungkin boleh buat entri pasal dia. Masterji suka orang macam tu. Dia sedar dia boleh jadi lebih baik walaupun kerja nya sebagai pemandu lori. Ramai lagi yang masih bermimpi di luar sana.
Cik Sonia berikan comment yang juga menarik. Benar. Jumlah Psycho sudah meningkat. Telah wujud di dalam diri mereka dari awal lagi. Faktor yang mempengaruhi tingkah laku seseorang individu itu banyak. Ada yang boleh jadi Psycho kerana didikan, rakan rakan, persekitaran, dan kurang nya pengetahuan berunsur agama atau pun lain lain. Mereka hanya hidup dalam sangkar kehidupan yang rumit, kecil dan yang hanya mereka sahaja fahami. Jangan salah faham, itu bukan seni tapi sakit sebenar nya.
Satu ayat yang yang menarik, life will be miserable kalau tak kesan dari awal. Sebenar nya ada banyak cara untuk mengenali orang orang begini.
Pertama ialah sifat panas baran dan di ikuti oleh lain lain. Bila mereka panas baran, tempat awam, maruah orang, rumah orang, kereta orang, dalam kedai makan sudah tidak di endahkan lagi. Janji panas baran mereka dapat di keluarkan. Itu yang di kata kan Psycho. Orang normal tak buat macam tu.
Apa pun, sebelum mengenali hati budi seseorang secara terperinci, janganlah mudah membuat keputusan.
Entri hari ini, It's time for a show! Apa tu?
Ketika itu, tahun 2006, Masterji sedang memandu ke destinasi yang agak jauh. Ada misi latihan di situ. Dari Shah Alam ke Cheneh Trengganu. Kehidupan seorang Tenaga Pengajar ni kadang kadang seperti seorang kelasi kapal pulak.
Program yang akan di kendalikan ialah Produktivity improvement Thru 5S. Memang kegemaran Masterji tika memandu suka mendengar lagu lagu hangat supaya mata terus celik. Kedengaran The Berlin Group dengan gesekan biolanya bekerjasama dengan kumpulan rock Scorpions dalam lagu Huricanne 2000 ( Rock you like a Huricanne ).
"......More days to come , new places to go,
I ve got to leave it's time for a show"...
Here I am....."
Hidup Masterji ketika itu, beli buku, baca buku , conduct training dan exercise + gym. Hampir tiap tiap hari rutin nya sama. Kalau tiada training, di rumah dan dalam bilik library saja. Buat training material, dan cipta kaedah baru ice breaking. Ada masa bawa family makan makan. Selalu nya kerja dan travelling.
Cheneh adalah kawasan tanaman kelapa sawit dan kawasan perumahan. Masterji pergi ke Syarikat Ladang Rakyat Terengganu untuk berkongsi pengetahuan dan menjadi tenaga pengajar untuk program productivity up.
Tuan Nordin adalah pengurus sumber manusia dan latihan di situ. Sungguh baik dan bersopan santun. Terima kasih ya Encik Nordin. Mungkin kita akan berjumpa lagi. Ladang Rakyat telah menjemput Masterji dari tahun 2006 sehingga ke tahun 2008. Semua lapisan pekerja melalui program yang sama. Kumpulan yang pertama adalah team Management dari kalangan pengurus besar dan ketua Jabatan.
Aktiviti mereka ialah menanam dan memungut kelapa sawit serta menternak ternakan seperti lembu dan kambing.
Komen dari General Manager mereka , "Program yang hebat , tentang efficiency kerja dan nampak berapa banyak pembaziran yang berlaku". Beliau datang dari HQ di Kuala Terengganu untuk meninjau ninjau program berkenaan.
"Berubah , berubah ! Bila tempat kita berubah tempat kerja akan turut berubah...." Ikrar program yang di mulai dengan Mind Change terlebih dahulu.
Gemba ( Tempat proses kerja ) is the source of money and not office! Therefore we must go to Gemba and train our eyes to pick up waste! There is many waste in Gemba!
Masterji selalu galak kan buat program seperti ini di tempat kerja dan bukan di hotel. Hotel tiada aspek kerja. Salah satu rutin dalam kelas ialah turun padang and check your self. Go to Gemba. Bila turun padang mereka harus cari 20 jenis pembaziran dan itu adalah project group mereka. Kalau satu group dua puluh cuba kali dengan lima group. 100 pembaziran bukan. 100 pembaziran akan bertukar menjadi 100 improvement dalam masa 2 hari program. Kalau ada yang merungut selalu tiada cukup space kerja, nak cari dokumen susah, nak cari tools susah, tempat kerja kotor, Masterji gerenti lepas program ini anda akan dapat space, sistem carian file yang pantas dan tempat kerja yang cantik serta menawan kalbu.
Azam peserta selepas training dan benar mereka boleh. Sebab Masterji akan datang check selepas sebulan.
Mungkin di masa lain Masterji akan berikan lebih banyak gambar yang boleh kita belajar.
Masterji sebenarnya dah boleh buat tesis untuk DBA atau PHD. Tapi mungkin lepas bersara nanti Masterji nak jadi Lawyer pulak. Dok fikir antara Law dan PHD sekarang. Lebih berat pada Law, minat dengan court room environment. Criminal cases amat diminati. Pendakwa raya atau pun peguam bela, no hal.
"More days to come, new places to go,
I' ve got to leave it's time for a show........Here I am...."
2 comments:
baca entri kali ini....seperti masa mula2 kenal Master Ji. Tak sangka yg 5S boleh mengubah banyak perkara!! Sekarang sudah terbukti 5S hebat!!
Kami yang baru setahun jagung bergelumang dgn 5S ni pun dah nampak hasilnya. Produktiviti meningkat, customer claim especially on dust, foreign material sgt kurang, penjimatan kos dgn perkongsian stationeries, penjimatan masa, dan mcm2 lagi...inventory, WIP.... (he..he..sape nk tahu lebih lanjut kenalah call Master Ji bagi training)
Tak kenal maka tak cinta!! Begitulah juga dengan 5S...
Salam masterji,
Lama tak masuk blog. Sibuk sikit dgn keje ngan belajar skrg.
Syabas, masterji telah buktikan 5S bukan shj untuk dipraktikan di Manufacturing shj malah boleh diaplikasi disemua tempat. Lebih bagus kalau diserapkan dalam perkhidmatan awam kita yg rasanya masih kurang mengamalkannya.
Teruskan usaha masterji.
rgds
One&only
Post a Comment