- American Proverbs.
Pegawai Polis di latih jadi Pakar Judi. Laporan akhbar dan Berita TV.
Mock Casino. Masterji tertarik melihat dan membaca berita tersebut.
Jabatan Polis menyediakan tempat latihan mirip kasino sebenar yang lengkap dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullete, mesin slot dan cip bagi tujuan latihan. Masterji teringat satu kenangan. Pernah satu ketika dulu, Masterji pernah di pancing oleh satu syarikat lain yang juga Multinational untuk jawatan Ketuan Jabatan HR merangkum Penasihat syarikat dari segi Legal. Sewaktu perbincangan, Masterji syorkan pada mereka, sekira nya di terima bekerja, Masterji mahu perkara ini dirahsia kan daripada semua pekerja di syarikat berkenaan. Biar sebulan Masterji mula bertugas sebagai production operator, ataupun pekerja biasa di bahagian bahagian yang kritikal. Biar saya campur dulu dengan pekerja yang paling bawah sekali. Supaya saya tahu siapa dan bagaimana, Mana puak rajin dan mana puak negatif dan kaki provakasi, siapa rules follower siapa rules breaker, siapa yang bawa barang syarikat keluar mengikut prosedur dan siapa yang bawa brang syarikat keluar tanpa prosedur dan ikut pagar belakang kilang, Siapa yang selalu memikirkan boleh dan siapa yang selalu dok fikir tak boleh, Mana pegawai keselamatan yang jujur dan mana pengawal keselamatan yang bisa di sogok, apa dan kenapa dan yang paling penting adalah proses kerja dan produk syarikat berkenaan. Maka selepas itu lah baru boleh istiharkan saya sebagai Ketua Jabatan baru. Interviewer syarikat berkenaan sedikit terperanjat. "Belum ada candidate yang minta macam tu, Encik Rafi, tapi ini teknik yang bagus."
Selepas pulang hari itu, sampai sahaja dirumah, hp berbunyi, panggilan dari syarikat tadi. Diterima bekerja. Tetapi Masterji kemudian menolak nya kerana lokasi syarikat itu jauh dari rumah dan kebetulan ketika itu peluang mengajar terlalu banyak. Finally pilih jadi Masterji. Lepas tu, semua panggilan dan offer Head Hunter , saya tolak. Impian sudah jelas. Nak jadi tenaga pengajar dan kalau ada pun mungkin selepas bersara nanti, nak jadi Lawyer.
ISMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.
KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.Satu inisiatif yang terpuji. Konsep sahaja tidak mencukupi. Theory sahaja tidak dapat membantu dengan berkesan. Kita perlu ada "How To" . Thiefs are changing.
Kalau dikaitkan ke konteks kerja kita dari contoh berkenaan, kita harus ada theory dan practical.
Satu perspektif latihan yang berkesan dan bernilai. Begitu juga dengan industri lain. Kita harus ada balance dalam perlaksanaan sistem latihan kita. Kita harus ada training centre yang seakan tempat bertugas.
Kalau untuk production department, kita juga harus mempunyai bilik latihan seakan production environment. Selalunya kita kata OJT, OJT dan OJT tetapi ditempat kerja. On The Job Training. Betul dia belajar sewaktu bekerja tetapi mempunyai satu set lokasi yang berlainan tetapi suasana yang sama adalah lebih baik.
Suasana tempat kerja amat berbeza kalau baut latihan sewaktu bekerja dan ditempat kerja, Tumpuan akan jadi lain. Tumpuan akan hanya fokus pada output dan mengejar masa. Bukan skill.
Kita boleh gunakan bukan sahaja untuk satu skill sahaja malah multiskilling proses jua boleh dilaksanakan. Lokasi tempat mock itu boleh juga digunakan untuk pekerja baru bagi tujuan kemahiran.
Satu idea yang menarik dan berkesan. Mereka bukan sahaja belajar bagaimana nak bermain judi, tetapi gaya pemain judi sekali.
Gaya mock ini juga bagus bagi anak anak kita yang nak menghadiri interview kerja.Mungkin mana mana ibu atau bapa yang punyai pengalaman pi interview atau pernah jadi interviewer, bisa melaksanakan idea ini. Doa memang bagus and why not we go a bit higher. Kalau boleh, ambil satu kawasan kecil dalam rumah dan decorate seakan tempat interview. Sekadar kerusi pun mencukupi. Ibu Bapa zaman moden nie, harus lebih strategik. Theory sahaja tak cukup.
"Son, you're going for interview right? Don't worry , I 'll guide you". ..."We may cover many parts of the interview questions", ...hah, kan senang hati anak tu. Sekurang kurang nya dia dapat image dan gambaran yang jelas tentang apa itu interview dan suasana nya! Ayuh cuba lah...
Bagi ketua ketua bahagian atau pun ketua ketua belia politik ataupun persatuan lain, same ideas can be shared, untuk menaik kan taraf anak bangsa masing masing. Banyak kawasan yang boleh di gunakan termasuk balai raya dan sebagai nya. Panggil mana mana penduduk yang ada pengalaman dan minta tolong jadi interviewer.
Idea yang praktikal. Mock training. Actual training!. Theory is not enough, training makes perfect!
Malam tadi, Saya ke KL dan terhibur dengan kawan lama. Masterji jumpa lagi rakan lama, Jack Separuh ( Sparrow) dan rakan nya Mail. Seperti biasa dia memanggil saya Jamal Tinggilah pasal saya tinggi. Dia claim kata rupa dia macam Jack Sparrow tapi dia rendah sikit. Jadi ramai rakan rakan lain setuju memanggil nya Jack Separuh. Ha ha ha. Kita bertemu lagi ya my friend. Wajah nya juga ada iras Abdul Wahid, dalam filem tiga Abdul. Kami ketawa bersama.
Dia kata , tiap kali jumpa saya, macam masuk rancangan lawak. Ha ha ha.
Parking depan Mirama hotel. Dulu pernah conduct training di Mirama , antara tahun 2006 ke 2008. Ramai juga orang malam tadi dan pelbagai ragam , pelbagai status dan pelbagai urusan . Kawasan di sini agak lenggang dan sunyi bila malam maka kurang masalah jem. Lama kami berborak. Akhirnya dia akur dan akui, yang tinggi itu jelas, lurus dan menarik .
Ha ha ha. Jack, you are my best friend. Selepas mengajar penat, dan gembira berjumpa dia.
Ok Jack, kita bertemu lagi.
Bak kata Dato Shake,
" kita bertemu lagi, di tengah tengah kota ini,
Ceritalah padaku tentang kota kemegahan kau dahulu,......
Pasti telah banyak kau pelajari darinya,
Perihal hidup kosmopolitan,
....hidup di hutan batu , jiwa mesti sekeras batu. "
1 comment:
Salam Masterji,
Option yang ada jangan di tutup terus. Kita tidak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Kalau tak memerlukan pada hari ini, tak apa, cuma contact tu di teruskan, manalah tahu.
azaman
Post a Comment