Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, November 11, 2010

I AM THE BOSS !

Salam hormat pada semua pembaca dan peminat . Di harap kan sihat dan sejahtera. Terimakasih pada semua yang sudi membaca dan jumlah pelawat bertambah dari sehari ke sehari. Terimakasih. Syukur blog seperti ini mendapat sambutan.

Ada sms masuk, suruh Masterji buat face book, untung untung dapat ramai kenalan dan kalau nasib baik dapat ramai mak we. Ha ha ha. Tergelak besar Masterji. Rambut Masterji pun dah banyak yang putih. Itu tanda visual yang di berikan oleh Tuhan. Maksud nya senja dah.

Maaf ya. kalau buat FACE BOOK pun tujuan nya tetap sama. Berkongsi pengetahuan. Bukan mencari glamer. Di dalam umur yang sedang menuju ke arah senja ni, bagi Masterji, buat blog dan face book untuk tujuan tu rasa nya tak berbaloi. Pertama malu kalau anak anak kita nampak dan baca. Anak yang baru berumur sembilan belas tahun mencari kenalan atau makwe menerusi facebook, yang bapaknya umur dekat 45 tahun pun sama juga menerusi face book. Ha ha ha, bahaya untuk moral seorang bapa tu. Biar baju yang kita pakai murah tapi kita tetap mahal. Jangan kita pakai baju mahal, tapi diri kita murah. Kadang dalam hidup ini, apa yang kita suka tetapi tak boleh buat maka nya tak boleh buat. Harus bezakan apa yang kita suka tetapi tak boleh dan apa yang kita suka dan boleh buat.

Kedua,setiap satu aktiviti itu biarlah yang berfaedah.

Tetapi bagi yang bujang bujang dan memang hobi nya mencari kenalan, terpulang lah. Hah! bagi isteri isteri dan suami suami , kadang kadang facebook boleh bertukar menjadi face red! Nanti bergolak rumahtangga pulak, jumpa macam macam dalam face book kita. Boleh berhati muda, tetapi akal biar lah seperti orang tua.

Pada The One, Syabas! Buku OB yang anda baca itu adalah buku yang terbaru dan terkini contents nya. Terus kan membaca. Dari kita sembang sembang kosong, lebih baik membaca. Anda semakin informative. Menjadi informative sebenarnya adalah satu lambang kuasa!. Kenapa Cikgu tak pergi rumah anak murid tetapi anak murid yang kena pergi sekolah cari Cikgu? Itu menunjuk kan , betapa besar nya kuasa informasi. Jangan pandang Belakang lagi!
Maju dan terus maju.

Pada Tok Guru, Encik Azaman, komen abang pasal punching bag itu benar benar tambah meyakinkan. Kita ambil sebagai peluang dan bukan bebenan. Kalau sudah bernama permata, di campak ke lumpur tetap bersinar juga.
Wah! pi Bali ya conference. Tempat kami tak sampai tahap tu cuma kalau ada pun, tahap minum air Barli sahaja kat Khulafah seksyen 20 Shah Alam. Ha ha ha.

Pn Noor Jahan , syabas sekarang dah jadi Tok Guru ya.

Kawan kawan di KWSP apa khabar? Periksa dah habis ke? Harap semua lulus dengan cemerlang ya.

Entri hari ini perihal Motivasi. Ada banyak faktor motivasi. Wang tak semesti nya menjadi faktor motivasi yang utama. Benar wang penting tetapi pekerja punyai lebih daripada satu keperluan motivasi atau pun pelbagai. Keperluan motivasi ini terpulang pada individu, situasi dan keadaan.

Minum coffee di kedai Mamak atau Starbuck atau Coffee Bean, tetap minuman yang sama iaitu Coffee.Beza nya adalah di kedai Mamak kita beli minuman tetapi di Starbuck kita beli imej! Kita mahu di kelihatan lebih prestij dan kelas.

Kenapa kita pakai jam? Untuk mengetahui masa. Tetapi kenapa ada yang pakai jam biasa dan ada yang pakai Rolex? Kerana yang melihat akan memuji atau berasa kagum pada kita dan kita akan rasa bangga! Rasa bangga adalah salah satu faktor motivasi.Dari teori Maslow sampai lah kepada yang terkini, mengatakan rasa bangga adalah salah satu keperluan Motivasi. Berjaya membuatkan pekerja kita berasa bangga kerana pemberian atau anugerah akan membuatkan mereka rasa bangga dan lebih rajin.

Itu sebab ada di antara kita yang masih memaparkan segala trophy , award yang kita perolehi dari zaman sekolah di rumah kita bagi para tetamu melihat. Tidak salah menunjuk kan pencapaian kita.

Seperti contoh yang saya berikan di bawah ini, betapa gembira nya para penyelia anda atau anda sendiri sekira nya di berikan pengiktirafan dan penghargaan seperti di bawah ini. Seribu mata yang memandang, seribu mata yang menghormati, seribu mata akan melihat , I M THE BOSS! Motivasi tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya satu sticker yang murah sahaja bisa membuatkan pekerja anda mengandakan keuntungan syarikat anda. Therefore, apa lagi?
Hah, sambil belajar kita dengar lagu. Lama dah tak dengar cerita pasal pelakon hindi pujaan Masterji suatu ketika dulu, Sunjay Dutt.

Lagu ni kata , Aap Ka Aana, Dil Dhakana, bermaksud, Setelah au datang, jantung ku mula berdetik. Haha ha. Lain macam pulak bunyinya. Habis kalau tak datang, tak berdetiklah. Lebih kurang begini kot, Aap Ka Aana, Dil Dhakana dan aku sudah kena. Ha ha ha seperti dialog filem Ahmad Albab.



No comments: