Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Tuesday, November 2, 2010
Punching Bag
Salam kepada semua peminat yang di hormati. Apa khabar? Cik Fame kita Pn Noor Jahan sedang sibuk membuat lapuran pertandingan yang di menangi agak nya. Terima kasih pada Encik Azaman. Lama tak dengar cerita ya. Terubat juga rindu melihat komen semalam.
Encik Azaman teringat kisah lama ya. Ya banyak yang manis masa tu kan. Masih teringat bagaimana sukarnya kita nak menukarkan conveyor panjang pada tanpa conveyor. Masih terbayang bagaimana kita berdua di tanya oleh Dr Ramly, bila nak sambung ngaji? Semuanya masih jelas ya. Paling manis ialah histeria kan Bang Man. ha ha ha. Macam macam lakonan manusia yang kita nampak.
Entri hari ini berkenaan dengan ketidakpuasan hati terhadap boss. Pertanyaan dari seorang student saya semalam.
En Rafi, I have one big and sickening problem. I ada seorang Boss yang tidak tahu membuat kerja , tidak pandai menyelia dan selalu cuba mengelak daripada menjawap soalan di dalam mesyuarat apabila di tanya oleh orang atasan nya. Puppet Boss. Seringkali saya di jadikan punching bag daripada jabatan lain dan di rujuk untuk mendapatkan idea daripada Boss saya. Saya yang terpaksa menjawap untuk beliau dalam kebanyak kan meeting dan membuat presentation as on behalf. Saya rasa marah dan sakit hati.Adakalanya saya sengaja mengambil cuti pada hari hari yang penting dimana supaya beliau akan menjalankan tanggungjawapnya sendiri.
Pandangan saya :
Isu asas kenapa anda kecewa tidak jelas. Adakah kerana dia seorang boss , dia harus lakukan semua nya, atau anda rasa gaji dia lebih banyak maka anda rasa dia patut buat kerja lebih?
Kalau di pandang dari sudut yang lebih positif, anda sebenar nya beruntung kerana mendapat ruang yang secukup nya untuk menjual diri. Jadi punching bag bermaksud anda lah yang akan di buru oleh ketua jabatan lain kerana mereka percaya lebih baik berjumpa dengan anda daripada bercakap dengan batu. Nama anda meniti dari bibir ke bibir kerana anda lah orang pertama kelihatan bila masalah melanda.Andalah tukang tepis, tukang jawap dan tukang rawat. Maka anda sudah popular. Kehebatan anda akan tetap sampai ke peringkat atasan walaupun di sekang dengan begitu hebat. Maka anggaplah ia sebagai peluang.
Sekiranya boss anda berhenti , peratusan anda menjadi calon amat besar.
Dia merujuk pada anda untuk mendapatkan idea dan sebagainya. Secara peribadi anda harus gembira. Mungkin idea anda kemudiannya di gunakan atas nama beliau dan itu membuatkan anda sakit hati. Kalau begitu, anda ada cara lain yang lebih banyak untuk menunjukkan itu hasil idea anda. Anda tidak perlu risau, amat nyata kebanyakkan pekerja di situ tahu siapa pengerak utama. Anda atau pun dia.
Dalam banyak sudut memang terasa sakit hati mendapat boss yang begitu tetapi cuba cari jalan bagaimana kekurangan dia boleh menguntungkan kita supaya kita boleh terus terusan menjual diri. Saya sendiri sudah lalui keadaan seperti itu. Sebenarnya if you know how to play ypur cards effectively, being no 2 is actually greater and more respectable than no 1! Tetapi jangan sampai tahap di pancung kerana kelihatan cuba melebihi Boss.
Cuba amati apa yang saya tulis di bawah ini dengan fikiran positif dan sebagai peluang;
1. Bila ada problem andalah penyelesai.
2. Bila presentation, andalah ke depan.
3. Bila orang cari, anda yang kelihatan.
Do you really think it is so bad?
Silap hari bulan kalau kena gayanya, boss berkenaan boleh jadi rakan yang paling akrab ditempat kerja anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Masterji,
Saya terpanggil untuk memberi komen di dalam artikel "Punching Bag" ini.
Saya 100% setuju dengan pendapat Masterji, ini adalah suatu peluang terbaik. Ramai orang yang akan mengeluh apabila di beri tugasan yang banyak. Mereka sering berkata kenapa mereka aje yang diberi tugasan, bukan rakan mereka. Tetapi mereka mungkin terlepas pandang, jika merekalah boss, kepada anak buah yang mana yang akan mereka bagi tugasan. Sudah tentu jawabnya anak buah yang bertanggungjawab, yang efisen dan amanah.
Tengoklah dari sudut yang positif. jangan risau, takkan rugi satu sen pun. Kita mungkin tidak akan mendapat "reward" instantly, tetapi kita pasti akan mendapatnya. Kalau tidak di tempat yang sama, mungkin di beri rezeki ke tempat yang berbeda, tetapi lebih lumayan.
Alamak, sorry lah Masterji terbawak loghat Bali pulak. Apa nak buat, baru balik dari Bali, ada company retreat and meeting kat sana, 4 hari. Tempat Masterji ada buat macam tu tak? Saja nak menyakat...
I am relating the real life experience here from what I have commented above. Alhamdulillah.
So, think positive, you just do your task/job/etc with sincerity and commitment and leave the rest to Allah.
azaman
Post a Comment