Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, November 15, 2010

Black Belt

Salam hormat pada semua pembaca dan peminat yang di hormati. Semua harus sihat. Menjaga kesihatan adalah tanggung jawap. Bila kita sihat, kita akan bekerja dengan produktif, bila kita bekerja dengan produktif, kita dan negara kita akan menjadi cemerlang. So, jaga kesihatan.

Terima kasih pada semua komen yang di berikan. Ada lagi kawan Masterji yang berikan komen untuk isu 9 traps berkenaan facebook atau Face Red. Dia sendiri terkena. Amat riang perbualan kami.

Kata kawan Masterji ni, anak umur 19 tahun guna facebook tulis dalam ruangan interest ,perkataan woman , yang si ayahnya pun sama, kantoilah jawapnya. Ha ha ha. Kami tergelak besar bersama. Saya tak tahan gelak, ayah pi dating kat Mid Valley atau Berjaya Times Square , anak pun sama. Lagi sekali Masterji dan kawan tu tergelak besar. Thank you man, you make me happy. Nanti kalau ada berita melucukan beritahu ya.

Untuk Cik Sonia, thank you for your very specific explanation about Plato's statement quoted from Clean entry. Dalam entri 9 traps, you had left comment pertaining to more specific and simple elobration on what Plato stated. Anda telah permudah kan, Plato kata dua kategori sahaja, satu baik dan satu lagi tidak. Terimakasih kerana masih ingat dengan pesanan saya. Contoh yang anda berikan , cantik untuk ceramah motivasi. Apa pun benar, "Berubah, Berubah, Berubah.". Anda memang tenaga pengajar Quality yang berkualiti. Thank you.

Hari ini, Masterji nak cerita pasal Black Belt. Mengikut pengalaman Masterji, kalau kita belajar Aikido ( Martial Arts ) kita akan bermula daripada white belt sampai ke tahap Black Belt. Maksud nya dah terrer lah tu kalau Black Belt. Dah boleh ngajar orang pulak lepas tu. Pn Noor Jahan dah diberikan Black Belt.! Sudah lulus.

Tahniah Pn Noor Jahan atau Cik Fame kita. lama dah menuntut dari Masterji dan kini dah sampai tahap Black Belt.
Cik Fame kita menang pertandingan company yang terbaik dalam kriteria Productivity Enhancement di Japan menerusi perlaksanaan 5S.

Ini yang di katakan konsep Training Effectiveness. The rest please take note;
Bila kita buat training atau coaching , I give you the following examples:
STEP 1: Make your subordinate understand it.
STEP 2: Make your subordinate can practice it.
STEP 3: Make your subordinate can explain it. ( Presentation, Teaching ).

3 steps ini saya belajar awal lagi sewaktu jadi line leader dahulu. Ia terkandung dalam salah satu Supervisory Skills iaitu J.I. ( Job Instruction ).

Kalau di kaitkan dengan kejayaan Pn Noor Jahan, I believed now you have passed level 3. Mubarak ko Jahan Ji.
Sekarang with all respect, wear your black belt and do develop another person and make sure he or she is your best klon.

Bagi seorang guru, kejayaan manis nya adalah apabila pelajar nya berjaya oleh kerana didikan nya. Saya sertakan gambar pencapaian Pn Noor Jahan. Kepada yang lain, kita harus mengucapkan syabas dan tumpang bergembira dengan pencapaian beliau. Kita harus lihat dari perspektif yang mendalam, "Seorang rakyat Malaysia yang berjaya dan cemerlang".


Kepada yang lain, sekiranya ada mempunyai success story please do let me know and I will put it for everyone to share. Blog ini kepunyaan semua orang. Lagi banyak sharing , lagi bagus.

Again Pn Noor Jahan, syabas dan move foward with stronger action and results.!

Yang lain lain jangan lupa , 3 Steps of JOB INSTRUCTION: Understand, Practice, Can Teach.

She works hard for the money, so hard for the money, Kata Donna Summer.







2 comments:

sonia said...

She works hard for the money so better treat her right!haha. Cakap pasal Facebook, siang tadi saya baru bertekak dgn salah seorang kawan di pejabat. Dia cukup teruja dgn laman Facebook. Tiap hari online sampai pukul 2~3 pagi.Katanya pada saya, "aku rasa dalam Malaysia ni, engkau seorang je yang tak ada Facebook. Budak2 mentah pun ada laman ni tau, aku search nama engkau, tak ada pun!". Saya senyum aje sambil jawab, "kau layanlah Facebok sampai pukul 2~3 pagi..esok husband kau cari "Facebook" lain, baru padan muka kau". Dia ketawa ikhlas tak ikhlas. Kebetulan pandangan saya pasal Facebook, sama dgn Masterji. Belum test market lagi ni. Kalau masuk Facebook, mahu beribu 'friends' ni. Kena pulak kalau letak gambar yang macam 'hantu jepun' tu hehehe. Pada Pn Jahan, congratulation! Up, up.. and away!

Noor Jahan said...

Ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi kejayaan saya tu dlm blog Master ji. Kejayaan tersebut adalah kejayaan Master Ji jugak!!

Semoga ianya akan memberi semangat yg lebih kuat pd semua staff utk sama2 buat yg lebih baik. Bagi mereka yg ingin melawat kilang boleh menghubungi Master Ji. Dgn lawatan maka bolehlah kita sama2 bertukar2 fikiran utk melakukan perubahan yg lebih baik.

Tidak lupa terima kasih saya pada Cik Sonia!! Hope to see you one day.